Persembahan Qaseh di Majlis Gradusi Tahun 2018

By Mrs Liez - 8:30 AM

Persembahan Qaseh di Majlis Gradusi Tahun 2018 | pejam celik pejam celik dah nak sampai ke akhir tahun 2018. Dan selalunyawaktumacamni semuasekolah terutama sekolah tadika akan mengadakan majlis graduasi dan konsert. Tak terlepas sekolah tadika Qaseh juga mengadakan Majlis Graduasi dan konsert. 



Bertempat di Komplek Kraftangan Malaysia di Taman Rekreasi Templer, Rawang pada 17 November yang lalu. Perjalanan dalam 15 minit dari rumah kami di Batu Caves. Dandah pernah ke sana

Setiba disana, dah ramai ibu-bapa, saudara mara dan anak-anak sampai dan sedang disiapkan oleh cikgu untuk majlis nanti. Qaseh dan kawan-kawan yang berusia 4 dan 5 tahun membuat persembahan dan anak-anak berusia 6 tahun akan menerima sijil akhir sekolah. Dari muka Qaseh memang diteruja nak perform depan baba, mama dan Niyaz. Anak-anak dah berlatih setiap hari selama sebulan. Dan setiap hari di rumah, Qaseh sibuk bergoyang dan tunjuk tariannya. Baba dan mama lagi teruja sebab nak tahu confident level Qaseh bila berdepan dengan orang yang ramai.


Persembahan pertama Qaseh adalah menari dengan lagu Syantik. 
Qaseh berdiri dua dari kanan.
Persembahan kedua adalah pengembala kambing biri-biri dan serigala. Qaseh memegang watak seekor serigala.
Antara persembahan lain oleh sahabat-sahabat Qaseh ialah nasyid, silat tari, tarian kebudayaan negara Jepun, Paskal, story telling dalam Bahasa Inggeris dan Arab dan sketsa ibu ayam dan musang.
Majlis penutup adalah majlis pemberian hadiah untuk anak-anak berusia 5 tahun dan sijil akhir persekolahan untuk anak-anak 6 tahun.

Berakhir sudah majlis yang telah dirancang selama sebulan oleh guru-guru tadika dan ia berjalan lancardan ibu bapa gembira. 

Baba dan mama bangga dengan pencapaian Qaseh sepanjang setahun bersekolah dan semoga tahun hadapan kakak akan lebih menguasai semua ilmu yang diberikan.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments