PRODUK BOTANECO GARDEN DARI SUMBER SEMULAJADI MINYAK CHIA SEED DAN MADU UNTUK KELEMBAPAN PADA KULIT DAN RAMBUT

By Mrs Liez - 8:30 AM


PRODUK BOTANECO GARDEN DARI SUMBER SEMULAJADI MINYAK CHIA SEED DAN MADU UNTUK KELEMBAPAN PADA KULIT DAN RAMBUT | baru-baru ini Guardian telah memperkenalkan rangkaian produk Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey di A Cut Above bagi berkongsi rahsia cantik dengan produk berinsiprasikan kepada alam sekitar.

Perlancaran yang bertemakan 'Be a Mess Free Beauty' juga mengadakan sesi "DIY" untuk menghasilakan ramuan kecantikan dengan menggunakan biji Chia Seed dan madu yang sesuai untuk kulit dan rambut kering hingga normal.

Faktor utama masalah kulit dan rambut kering adalah kerana keadaan persekitran yang berhawa dingin,mandi, kerap mengeringkan rambut dengan pengering rambut dengan kadar suhu yang tinggi dan salah menggunakan produk yang sesuai. Selain itu, peningkatan usia membuatkan kulit makin kurang anjal dan kulit kepala kurang mengeluarkan minyak. Jadi dengan rangkaian Botaneco Garden boleh menyelesaikan masalah ini.

Gambar oleh www.umifuzy.com
Michelle Yeap - Pengurus Jenama Sendiri, Kesihatan dan Kecantikan, Malaysia dan Brunei, Guardian Health & Beauty Sdn Bhd
"Diinspirasi dari alam semulajadi, produk yang melembab secara mendalam serta menjadi penyelesaian protektif ke atas kulit dan rambut kering ini sememangnya dimahukan oleh para pelanggan kami. Kami sudah mengkaji banyak ramuan yang disahkan eco dan organik sebelum menjumpai kombinasi unik 100% minyak chia seed dan ekstrak madu organik yang menawarkan tahap lembapan, hidrasi dan manfaat berkesan kepada kulit kering dan normal. Pelanggan tegar kami sukakan produk kecantikan DIY yang disediakan di rumah tetapi kurang gemar dengan jumlah masa, tenaga dan kos yang terpaksa dihabiskan  untuk menghasilkannya. Penyediaan membersihkan dapur dan kemudiannya mandi memang memenatkan! Risiko juga ada jika mereka menggunakan resepi yang salah di mana nisbah ramuan tidak memberikan hasil yang diingini" 

Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey

Produk Botaneco Garden dari Organic Chia Seed oil dan madu mengeluarkan 6 produk yang diformulasikan dari 100% minyak Chia Seed organik dari German untuk memulihara kelembapan semulajadi kulit dan rambut. Ekstrak madu dari Peranchis pula akan menjadikan kulit kekal lembap kerana mengandungi kandungan vitamin,mineral dan anti-oksidan yang tinggi. Dua bahanyang sangat bagus untuk meberikan kelembapan serta hidrasi yang sesuai untuk kelit kering dan normal. Produk Botaneco Garden juga telah diuji secara dermatologi dan terbukti berkesan serta tidak di uji ke atas haiwan.


 

1. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Shampoo
2. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect conditioner 
Harga: RM18.77 setiap satu (500ml)
Sesuai untuk rambut kering dan rosak kerana ia membantu melembabkan dari dalam bagi mengembalikan rambut yang berkilat dan licin secara semula jadi. Diperkaya dengan Panthenol dan Hydrolyzed protein yang membantu meningkatkan kekuatan rambut,mengurangkan rambut bercabnag dan melicinkankutikel rambut yang rosak. Selain itu membantu melindungi rambut rosak dari sinaran UV, haba dan air laut.


3. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Hair Oil
Harga: RM17.83 (95ml)
Sesuai untuk rambut kering dan rosak kerana ia membantu melembabkan secara mendalam untuk memulihara,melembutkan dan melicinkan rambut. Ia juga menambah baik keanjalan rambut dan mudah diurus ketika disikat. Diperkaya dengan Vitamin E dan Hydrolyzed protein yang membantu meningkatkan kekuatan rambut, mengurangkan rambut bercabnag dan melicinkan kutikel rambut yang rosak. Selain itu membantu melindungi rambut dari rosak daripada haba sehingga 185, UV dan air laut.

 

4. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Body Wash
5. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Body Lotion
Harga: RM18.77 (500ml)
Untuk kulit kering kerana ia membantu memulihara dan melindungi kulit daripada masalan luaran selain melegakan kulit.  Di adun dengan CoQ untuk membantu mengurangkan kedutan selain membantu kulit lebih licin dan lembut.


6. Botaneco Garden Organic Chia Seed oil and Honey Deep moist and protect Hand Cream 
Harga: RM9.34 (60ml)
Boleh digunakan setiap hari  dan dapat membantu menyegarkan dan melindungi kulit. Ia diformulasi untuk meberikan sapuan yang ringan, tidak berminyak dan tidak melekit.

Selain Botaneco Garden Organic Chia seed and Honey terdapat 4 lagi produk iaitu Inca Inchi dari Incha Inchi dan Aloe Vera, Premium Organik Argan and Olive oil, Botaneco Garden Baby dan Trio Oil yang boleh didapati di 400 Guardian Seluruh Malaysia.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk Botaneco Garden, sila layari

Website:

Instagram 


Mengenai Guardian Malaysia
Bermula sebagai kedai menjual produk farmaseutikal seluas 200 kaki persegi yang memberi khidmat kepada komuniti ekspatriat, ia kemudian bertukar menjadi peneraju rantaian jualan runcit Farmasi, Kesihatan dan Kecantikan di Malaysia, Guardian kini mempunyai lebih dari 420 buah kedai. Ia menawarkan pelbagai produk  Farmaseutikal, Kesihatan dan Kecantikan kepada lebih 3 juta pelanggan di Malaysia sebulan di seluruh negara.

Komitmen Guardian terhadap keperluan para pelanggannya turut diserlahkan melalui pasukan ahli farmasi yang berdedikasi dengan menawarkan khidmat nasihat dan rundingan profesional. Guardian komited terhadap tadbir urus korporat yang berpegang kepada tanggungjawab dan etika pada setiap masa. 

Guardian juga menjalankan aktiviti sumbangan korporat dan percaya terhadap usaha menyumbang kembali kepada masyarakat. Guardian meraikan kejayaannya selama empat dekad dengan berjanji untuk menyumbang kepada aktiviti yang bermanfaat. Ia melibatkan diri dalam usaha-usaha yang membantu menyedia serta mempromosikan aspek penjagaan, pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat. Di samping menyokong program-program yang membantu mereka yang memerlukan terutama golongan wanita dan kanak-kanak.  

Mengenai Dairy Farm
Dairy Farm merupakan peneraju peruncitan di pasaran pan-Asia. Pada 30 Jun 2016, Kumpulan, Rakan Niaga dan Usahasama mengendalikan lebih 6,500 cawangan serta menggaji lebih 180,000 orang pekerja. Ia mencatatkan jumlah jualan keseluruhan lebih AS$17 bilion pada tahun 2015. Kumpulan ini beroperasi di bawah beberapa jenama terkenal melibatkan empat divisyen. Jenama-jenama utama termasuklah:

Makanan
Supermarkets 
Wellcome di Hong Kong, Taiwan dan Filipina, Yonghui di China, Cold Storage di Singapore dan Malaysia, Giant di Malaysia, Indonesia dan Singapora, Hero di Indonesia
Hypermarkets 
Giant di Malaysia, Indonesia, Singapura, Brunei dan Vietnam, Yonghui di China
Convenience stores 
7-Eleven di Hong Kong, Singapura, Selatan China dan Macau

Kesihatan dan Kecantikan
Mannings di Greater China, Guardian pasaran Asia lain dan Rose Pharmacy di Filipina
Perhiasan Rumah
IKEA di Hong Kong, Taiwan dan Indonesia
Restoran
Maxim’s di Hong Kong, China dan Vietnam. 
Dairy Farm International Holdings Limited ditubuhkan di Bermuda dan disenaraikan di London Stock Exchange sebagai senaraian utamanya, dan senarai kedua di Bermuda dan Singapura. Perniagaan kumpulan diuruskan dari Hong Kong oleh Dairy Farm Management Services Limited menerusi pejabat serantaunya. Dairy Farm ialah ahli Jardine Matheson Group.

  • Share:

You Might Also Like

24 comments

  1. selalu jugak nampak kat guardian, nanti nak beli la!

    ReplyDelete
  2. waa kalau tengoj dari details product mmg bagus ingredients dan fungsinya tu kan, mcm menarik jugak ni product2 dari Botaneco ni hehe..Harga pon murah jugak tu, nnt nk tgk lah kat Guardian 😃

    ReplyDelete
  3. Menarik. Harga pun mampu milik. Nak beli pun mudah nak cari kat mana kan.
    masalah rambut ni memang semua orang pun alami kan. kadang pening nak cari jln untuk pulihkan.

    ReplyDelete
  4. Hari tu pi Guardian ada nampak shampoo ni. Tak sempat belek-belek. Bagus laaa berasaskan bahan organic. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  5. produk terbaru ye, nampak menarik..boleh cari dekat guardian. Bahan semulajadi, mesti bau dia best ni..

    ReplyDelete
  6. Rambut ni mahkota kita. Kena jaga dari kulit kepala hinggalah helaian rambut. Lelebih bila pakai tudung.
    Pemilihan shampoo penting.
    Yg ni bagus. Harga murah. Mudah carik.

    ReplyDelete
  7. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete
  8. Produk ni boleh beli kat Guardian ker ok juga ni tengok dari sumber yang semulajadi memang bagus kita suka hehehe harga ok juga ni nanti kita akan cuba....

    ReplyDelete
  9. memang nak kena cuba nie tengok ulasan produk pun macam menarik je dengan fungsi setiap produk tu..harga pun harga mampu milik!

    ReplyDelete
  10. Bila produk ni ada jual dekat guardian, rasa macam confident sikit nak beli dan pakai. Ye la kan, sekarang ni banyak produk yang seram seram sikit. Kena cari yang betul betul bagus dan bebas bahan kimia yang memudaratkan

    ReplyDelete
  11. Eh macam menarik pula produk ni. Kena cuba juga ni. Yela kalau produk selamat dan bebas kimia berani lah nak cuba kan

    ReplyDelete
  12. Affordable price untuk 500ml. Nak dapatkannya pun mudah cuma pergi ke Guardian. Boleh cuba nanti. Harap bau lepas cucian tak busuk. Hehe. Cerewet sket kalau pasal syampoo sb kulit kepala sensitip sangat.

    ReplyDelete
  13. dah ada kat Guardian kan..pasti ramai orang akan grab produk ni...dah la murah pastu seriously I like sebab wangi especially cream tuu..

    ReplyDelete
  14. Nak try la jugak..my hair kering kejung dekat2 hujung tu..stress nk pikir..jeles tengok rambut mcm anzalna tu..cantik berkilau je

    ReplyDelete
  15. Klu pi Guardian selalu nmpk tpi duk belek2 je.. Bca review liez ni, boleh la nk cuba...

    ReplyDelete
  16. Berbaloi gak harga produk dia kan - with the products being organic and all. Thanks for sharing the information with me

    ReplyDelete
  17. Chia seed mmg bagus untuk merawat tapi baru taw boleh guna untuk rambut juga. Ditambah pula dgn madu . Rasa mcm nk cubalah. Memangdang kite mmg ad masalah rambut

    ReplyDelete
  18. bagus betul yer produk botanecco garden nie. lengkap satu set penjagaan rambut yang rapi. lepas nie confirm rambut cantik kalau pakai set dari botanecco garden. harga pon mampu milik dan mudah didapati

    ReplyDelete
  19. I've personally tried out this brand before, very good products especially one of their hair mask, I really like it.

    ReplyDelete
  20. chia seeds dan madu ni betul2 bagus utk kulit dan rambut. banyak juga product yg include dua bahan ini. teringin nak beli hair mask tu sebab tak pernah guna.

    ReplyDelete
  21. Baguslah produk nie.. harga oun mampu milik & ada pelbagai faedah.. boleh AM cuba & senang didapati di guardian plak tue..

    ReplyDelete
  22. Sha pakai dah produk 8ni.. wangi bau dia..suka..

    ReplyDelete