Resepi Kerabu Pegaga Sihat Bagus Untuk Wanita

Resepi Kerabu Pegaga Sihat Bagus Untuk Wanita | Assalamualaikum. Selamat pagi Khamis. Bangun pagi-pag ini Liez dah kena settlekan Qaseh ke sekolah dan Niyaz punya sarapan. Macam biasalah sarapan dia mesti nasi. Pening juga nak sediakan nasi untuk Niyaz pagi-pagi. Dah malas nak masak kadang-kadang Liez turun beli nasi lemak je.

Dah 4 hari Liez dalam misi nak menurunkan berat badan dan alhamdulillah ada penurunan walaupun tak nampak sangat. Skip karbo guyss!!! kena istiqomah. Sebelum ni melantak makan pun istiqomah so nak kurus berlebih lagi la kena istiqomah kan? hihihi Baru tiga hari diet dan bosan tak tahu nak makan apa so teringat Liez ada beli pegaga masa balik hantar mak ayah ke Gapi minggu lepas. Kami ke pasar tani Batang Kali dan Liez terus decide nak beli pegaga. Jadi semalam terus teringat nak buat Kerabu pegaga. Simple dan mudah. Cara penyediaan pun tak makan masa.

Resepi Kerabu Pegaga Sihat Bagus Untuk Wanita
Bahan-Bahan

Daun pegaga

Bahan perencah

halia (hiris nipis)
bawang putih (hiris nipis)
biji lada hitam
serai (dihiris halus)

Cara penyediaan:

1. Sangaikan bahan-bahan perencah didalam kuali hingga ikan bilis menjadi garing. Pastikan api perlahan dan selalu kacau untuk elak hangus.
2. Dah siap, tumbuk atau kisar bahan tadi hingga halus.
3. Hiris daun pegaga dan masukkan ke dalam mangkuk. Tuangkan perencah tadi dan gaul.
4. Tak perlu letak garam kerana ikan bilis dah ada garam.
5. Dan hidangkan. Boleh makan dengan nasi panas. Memang terangkat!!

Post a Comment

3 Comments