REVIEW HELLOSKIN JUMISO CHEWY ELASTICITY SHEET MASK

By Mrs Liez - 2:00 PM


HELLOSKIN JUMISO CHEWY ELASTICITY SHEET MASK | Dua minggu yang lalu Liez dapat panggilan dari Encik posmen. Agak pelik juga sebab setahu Liez memang Liez tiada membuat sebarang pembelian online pun. Bila Liez mengambil parcel, dah ternampak warna pink bungkusan tu. Terkejut lagi sebab memang tak buat sebarang pembelian dengan Althea Korea. Hati dah meronta-ronta nak tahu adakah kejutan itu?

Helloskin Jumiso Chewy Elasticity Sheet mask

Liez terima Helloskin Jumiso Chewy Elasticity Sheet mask kiriman jauh dari Korea. I am super excited!!!! Bila buka parcel, wow bubble wrapnya sangat unik. Dah macam bentuk susun sosej tau. Dalam hati terfikir memang something la mask ni.  Liez terima 5 keping Helloskin Jumiso Chewy Elasticity sheet mask. Dan baru teringat yang Liez pernah isi form K-Beauty Giveaway #1 dari Mamasan Tammy Lim.



Keistimewaan Helloskin Jumiso Chewy Elasticity sheet mask

Isimewanya kerana Jumiso Chewy Elasticity ini mengandungi membran cengkerang telur yang kaya dengan kolagen. Semua orang tahun yang kolagen bagus untuk meningkatkan keanjalan kulit dan mampu bertindak sebagai anti penuaan. Uniknya, Jumiso Chewy Elasticity sheet mask ini diperbuat dengan kepingan kapas Cupra yang sangat lembut, nipis dan membuatkan kulit boleh boleh bernafas. Kelebihan kepingan kapas Cupra ini ia menahan 10 kali ganda cecair lebih dari kepingan kapas mask biasa dan memberikan serapan serum dengan lebih fokus ke dalam kulit.

Bahan-bahan utama Jumiso Chewy Elasticity sheet Mask

  • Minyak Jojoba - membaikpulih tekstur kulit
  • Adenosine - mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan
  • BL Fill up - dipatenkan untuk menegangkan kulit
  • Ceramida - membuatkan kulit menjadi lebih lembut dan tegang.
Bila Liez buka dan cuba sendiri Jumiso Chewy Elasticity sheet mask, bau wanginya terus menusuk hidung Liez. Baunya agak kuat tapi Liez suka sebab ia seakan bau terapi. Liez rasa selesa dan tenang.

Cara pemakaian Jumiso Chewy Elasticity sheet mask

1. Tampalkan mask dari material kapas ke wajah yang telah dibersihkan terlebih dahulu.
2. Tanggalkan kepingan net dengan berhati-hati.
3. Biarkan selama 10-20 minit pada wajah.
4. Selepas itu, tanggalkan dan urutkan lebihan cecair kedalam kulit.


Serius Liez suka dengan kelembutan kepingan mask ini. Mudah dilekatkan pada wajah dan dapat rasakan kedinginan pada wajah Liez. Selepas 20 minit Liez menggunakan mask ini, Liez boleh rasakan kulit lembut dan tegang. Serum juga menyerap dengan cepat dan tidak melekit.




Apa yang Liez boleh katakan, Helloskin Jumiso Chewy Elasticity sheet mask ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Lepas menggunakan untuk kali pertama, Liez dah jatuh cinta. Kulit menjadi lembut dan tegang. Bila tekan permukaan kulit boleh rasa keanjalan berbeza sebelum dan selepas menggunakannya. Yang pasti Liez akan repeat beli tau..

Mana nak dapat mask ini? Korang boleh dapatkan di Hermo.my dengan harga RM52 untuk 5 keping mask. Berbaloi dan korang mesti akan repeat beli.


  • Share:

You Might Also Like

18 comments

  1. wah.. this mask looks think and moisturizing! the packaging is cute also.. feel like having it also

    ReplyDelete
  2. Lama dah tak pakai mask. Anak dok cakap nak pakai mask. Mak dia buat dek je. Nanti nak try cari.

    ReplyDelete
  3. menarik lah wak..i olss dah la sejenis giler mask-mask ni hahaha..bstnya dapat pakai mask jauh dari Korea ni..ekekek..patut la awak syantikkkk

    ReplyDelete
  4. ur facial expression so cute.. hahaha.. looks like it's a great mask.. nice review you did... heheheh~

    ReplyDelete
  5. hahaah kelakar gambar yang 1st tu. bagus eh mask macam ni? anyway lelaki boleh pakai ke? hahaah

    ReplyDelete
  6. Dah lama tak pakai mask ni. Harga dia pun boleh tahan berbali RM52 untuk 5 keping kan.

    ReplyDelete
  7. Kenapa kena buat muka macam tu bila pakai mask ini hehehehe kelakar lah wakakakaka.. Tapi kita pun dah start guna mask bila umur dan cecah macam ni kan wakakakaa...

    ReplyDelete
  8. cutenya packaging ni. I kalau beli mask mmg suka tgk packaging dia dulu hehehehe..suka baca review u tentang mask ni :-)

    ReplyDelete
  9. Wahhh bestnye dapat mask terbang dari korea gitu. Confirm flawless lepasni.

    ReplyDelete
  10. amboi gambar last tu terus nampak muka cam anak dara hahaha... bau dia macma chewing gum packaging dah cantik hope dia punya bahan dalam tu membantu hydrate kan muka heeee

    ReplyDelete
  11. I can see your akin glowing after using, looks good,next time I can try this price wise is also affordable.

    ReplyDelete
  12. Oh my god - the mask looks like the rice sheet for spring rolls - I really want to try this !

    ReplyDelete
  13. Wahh boleh tahan juga harganya. Tapi tgk liz pakai mcm selesa sangat and look so fresh after u use the mask..

    ReplyDelete
  14. Comelnya packaging nie.. patutla mrs liez dah comel gebu gebas. Rupanya2 pakai produk althea.. boleh la AM cuba pula pasni

    ReplyDelete
  15. TB pun suka mask jugak.. rasa macam sejuk2 je muka lepas guna kan! Sekarang pun tengah kumpul sheet mask.. boleh la try yang ni pulak

    ReplyDelete
  16. Wah...nk sebut nama mask pun tergeliat lidah Haaaa..janji best dan cantik

    ReplyDelete
  17. Bestnya..Murni pon suka pakai mask..sebab lepas basuh muka terasa gebu jer..ehehe

    ReplyDelete