TERKEJUT DAPAT PANGGILAN DARI SPRM!


TERKEJUT DAPAT PANGGILAN DARI SPRM! | suspen kan bila baca tajuk entry ni? Liez rasa lagi takut, pelik jugak dengan tidak semena-mena dapat call dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kejadian ini terjadi sebulan yang lepas. Liez di dapur tengah buat persiapan bahan-bahan untuk masak. Hp pula waktu tu Liez tengah charge di ruang tamu. Bila Liez terdengar ada bunyi hp berbunyi terus Liez berlari tapi tak sempat nak angkat talian dan ditamtkan. Bila Liez checknombor yang tertera, ia dari nombor hp. Dalam hati memang terfikirmungkin panggilan dari PR.

Jadi disebabkan tak nak lagi miss angkat panggilan, Liez bawa hp ke dapur dan charge. Selepas 30 minit, satu lagi panggilan telefon dari nombor yang sama berbunyi.Liez terus angkat dan dengar suara si pemanggil itu.

Panggilan terus disambungkan tanpa ada orang inform dan Liez terus menunggu talian disambungkan. Terkejut Liez bila, panggilan itu terus diangkat oleh seorang lelaki yang memaklumkan beliau dari SPRM, whattttttt??!!! Liez terkejut dan pemanggil itu terus bertanya

Pemanggil: Hello, siapa yang sambungkan talian puan pada saya? boleh saya tahu puan nak bercakap mengenai apa? (dengan nada garang)

Liez: saya dapat panggilan dari no 0111xxxxxx dan bila saya angkat talian terus disambungkan pada encik. Boleh saya tahu mengenai apa? (ketaq perut time ni)

Pemanggil: tut........... (terus menamatkan panggilan tanpa sepatah perkataan)

AMBOIIII!!!! main letak macam tu je. At least bagitahu la maybe ada problem talian ke kan? tak ada la Liez terpingga-pingga dibiarkan blur macam tu. Geram rasa selama 30 minit tau! Sapa punya kerjalah yang buat panggilan macam ni. Scammer kah?

Dalam hati masa dengar je kata dari SPRM, mulalah Liez cuak. Duk terfikir dalam fikiran, ada ke Liez ambik rasuah atau wang saguhati masa berkerja dulu? Ishhkkkk memang tak la. Gila nak buat kerja tu.Tapi macam mana boleh talian dari nombor peribadi boleh menyambungkan panggilan ke nombor talian tetap? Musykil betul.

Gambar: www.bnm.gov.my
Liez terus google mencari info dan Liez terjumpa artikel ini Waspada panggilan palsu menyamar SPRM !! Serammmmm!!! So hati-hati ye korang if dapat panggilan yang tidak logik dek akal seperti ini. Dan satu lagi tolong jangan tertipu bila dapat panggilan dari bank dan minta macam-macam details tentang akaun dan kredit kad korang. Either korang just tamatkan panggilan atau bagitahu yang korang akan call sendiri bank untuk kepastian. Bahaya sangat tau sebab orang sekarang sanggup menipu untuk dapatkan duit.Peringatan buat Liez sendiri dan untuk semua.

Post a Comment

10 Comments

  1. downloapp app truecall kak, kalau pr selalu mesti ada nama dorang hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada tapi tak pasti nape yang ni takde nama pun

      Delete
  2. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    ReplyDelete
  3. scammer ler tu..skrg mcm2 ada...hati2 yer

    ReplyDelete
  4. sekarang ni dah banyak sangat kes macamni. Hati2 kak liez

    ReplyDelete
  5. Macam2 yea..baru mak saudara sha pon dapat panggilan dr balai polis..mintak duit.. last2 mak saudara pegi balai terbabit..polis memang betol nombor balai situ..tapi tak ada buat panggilan macam tuu

    ReplyDelete
  6. Makin menjadi jadibpula diorangbini.. Hari tu Sha dapat dari bank.. dengar suara ada pelat indonesia, terus sha letak..

    ReplyDelete
  7. mak aihh...seram ahh tu yg I install truecaller tu..

    ReplyDelete