Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull Kini Di Malaysia

By Mrs Liez - 10:25 AM

Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull Kini Di Malaysia | Kali ini Liez nak membebel tentang satu produk makanan yang terkenal di luar negara dan kini berada di Malaysia. Pada mulanya Liez tidak percaya bila mendapat tahu ia adalah produk yang dikeluarkan oleh syarikat milik penyanyi rap terkenal, Pitbull. Bayangkan seorang penghibur terkenal dunia memasarkan produk ayam panggang yang kini boleh dinikmati di Malaysia.
Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull Kini Di Malaysia 
Pasti ramai yang tahu siapa itu Pitbull kan? Beliau kini telah meluaskan lagi kariernya bukan sekadar penghibur tapi kini seorang usahawan dengan menjadi pemegang ekuiti terbesar dalam franchis Miami Subs Grill yang kini mempunyai lebih 200 rangkaian restoran termasuk di Malaysia. Mula bertapak di Florida pada tahun 1988 yang menghidangkan makanan gaya South Beach Amerika dengan nama Mr Submarine dan pada 2012 ia ditukar kepada Miami Grill.


Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull Kini Di Malaysia
Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull Kini Di Malaysia

Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull Kini Di Malaysia
Kini mereka telah melancarkan perniagaan runcit pertama di dunia untuk produk halal sejuk beku sedia untuk dimakan iaitu Ayam Salai dengan sos Chipotle yang mendapat sokongan Ibu pejabat di Amerika Syarikat. Selasih Journal Sdn Bhd, syarikat Bumiputra komited untuk memberikan kualiti serta mempromosikan peluang keusahawanan dan francais untuk mempromosikan jenama di seluruh Malaysia kini berkolaborasi dengan rakan strategik AAH Nippon, Edaran Komachi dan Pour Good Hub.
Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull Kini Di Malaysia 
Keistimewaan sos Chipotle dari Miami grill ini adalah hasil dari gabungan rempah sensasi dengan rasa Tangy dan smoky yang sesuai dimalan dengan ayam salai. Selain itu juga ayam salai dengan sos Chipotle ini sesuai dimakan bersama salad segar bagi mereka yang ingin menjaga pemakanan. Selain boleh makan begitu sahaja, ayam salai Miami Grill sesuai digunakan dalam masakan melayu iaitu Masak Lemak Cili Api atau masakan lain. Produk yang sangat mudah dimakan kerana boleh terus dipanaskan tanpa perlu dinyahbeku.

Ayam salai dengan sos Chipotle boleh korang dapatkan di semua rangkain AEON. Juga terdapat Beras Jepun dari Edaran Komachi untuk yang ingin mencuba beras yang ditanam di Jepun.

Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull Kini Di Malaysia
Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull Kini Di Malaysia
Bagi yang ingin menikmati hidangan Gaya Miami bersama keluarga dan kawan-kawan, korang boleh ke Miami Grill Restaurant and event yang bertempat di Putrajaya. Ia menghidangkan makanan gaya klasik Americana dari menu daging seperti Philly Cheesesteaks dan burger. Bagiyang minat mencuba chicken wingsyang dipanggang dan dihidangkan bersama 7 jenis sos dan tidak ketinggalan beberapa jenis pencuci mulut.


Semua hidangan daging dan ayam bebas dan bahan pengawet, MSG dan 100% daging lembu berkualiti tinggi dari Australia juga daging lembu Wagyu dari Jepun yang disahkan HALAL oleh JAKIM. Jadi korang perlu rasa was-was dengan hidangan hebat mereka tau!

Berminat untuk membuat tempahan,boleh hubungi nombor seperti di bawah


Miami Grill Restaurant and Event Space
No.3, B3  Menara PJH,
Presint 2,Putrajaya
(berhampiran Tasik Putrajaya)

Tel: 
03-88930133

Website: 

  • Share:

You Might Also Like

20 comments

  1. Ana dah rasa Smoked Chicken Breast ni. Sedap rupanya. Lagi2 ada sos masam manis Chipotle tu. Ayam pulak isi sesaja. Memang puas hati makan. Menariknua siap boleh olah utk masakan melayu lagi.

    ReplyDelete
  2. The food looks good, the chicken doesn't look too dry, will try it out when I happen to pop by Putrajaya. Getting bored with my usual restaurants and cafe.

    ReplyDelete
  3. #11 Wah! Menarik sungguh! Nak ajak husbandlah kalau pergi Putrajaya nanti. Tapi baru je blk dari sana sebenarnya. Kalau baca entry Mrsliez awal², alangkah bagusnya dapat pergi untuk rasa Smoked Chic Breast. Nak juga rasa sos Chipotle tu. Mesti lain daripada rasa di Malaysia. Hopefully dapat pergi nanti.

    ReplyDelete
  4. wowwww nampak menggiurkan sangat smoked chicken breast tu...kuah dia melimpah..nak try jgklah nanti..tak sangka plk pitbull penyanyi tu bt company utk food plk..otak ligat btul..

    ReplyDelete
  5. Nampak menarik. tak pernah lagi makan. mana tahu one day boleh try

    ReplyDelete
  6. Wow...kalau ada yang halal why not kan?. Memang tau Pitbull ni ada pernah nyanyi dengan penyanyi dari Amerika macam Jenifer Lopez. Pitbull ni penyanyi rap. Boleh la cuba since dekat dengan rumah je ni.

    ReplyDelete
  7. dah lama actually nk try makan di restoran tu tapi smpai skrg tak berkesempatan lagi haha. now tgk ni rasa terpanggil lg unt nk pergi haha. anyway nmpk mcm best je ek product baru mereka ni, nnt nk try lah since senang je kan boleh terus masuk oven jee hehe. 😍

    ReplyDelete
  8. Ayam salai Miami gitu. Tak pernah lagi pergi makan dekat restoran tu. And tak pernah nampak ada jual dekat mana-mana. Seronok jugak kalau makan camni dekat rumah kan. Sauce pun dia dah sediakan.

    ReplyDelete
  9. The smoked chicken breast looks delicious. I will get 1 to try it out since it is so easy to heat it up and eat. Ha ha ha...

    ReplyDelete
  10. oh wow the launch event macam very meriah. Ayam Salai Miami Grill Citarasa Gaya Penyanyi Pitbull look really delicious. glad that it is available in Malaysia now, hurray!

    ReplyDelete
  11. Pernah dengar lagi dari penyanyi pitbull ni
    Tapi lupa dah
    Rajin benar beliu main bisnes makanan ni haha
    Tapi tak pernah jumpa restoran dia
    Kena pusing3 lagi ni baru jumpa

    ReplyDelete
  12. Ala ingat ada sekali penyanyi Pitbull tu hehehe baru nak tengok akak bergambar denganya wakakakaka. Tapi semua makanan ni nampak sedap dan menyelerakan lah memang terbaik. Kita pernah makan sekali jer kat sini kat Sunway Pyramidnya cawangan..

    ReplyDelete
  13. ya ampun sedapnya nampak makanan kat sini...tak pernah makan kat kedai ni tapi pernah dengar....nampak food2 kat sini pun bervariasi kiranya banyak pilihan..

    ReplyDelete
  14. wahhh macam best! iday pernah makan burger dia dekat miami grill restoran dekat mid valley, tak tahu pulak diorang ada buka cawangan dekat putrajaya. nanti nak check hehehe

    nanti nak try Ayam Salai Miami Grill tu, dah ada jual dekat aeon kan hehehe

    ReplyDelete
  15. Menarik produk ni . Lagi lagi sos Chipotle dari Miami grill ni gabungan rempah rasa Tangy dan smoky yang sesuai dimakan dgn ayam salai. .

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap dan menarik produk ni. Ayam salai tuh pergh dapat bayangkan kesedapan tuh. Daging dan ayam yang bebas bahan pengawet dan MSG ni lah jadi pilihan. Kena juga jaga kesihatan kan

    ReplyDelete
  17. Aduhai!!! Tgk menu cenggini pepagi memang mengundang terutama kepakkepak ayam tue.. Lapar la pulakkk..

    ReplyDelete
  18. Senangnya bila ada menu macam ni dijual. Saya pun suka makanan camni. Jimat masa. Hahaha. Almaklumlah busy benor. Hahaha

    ReplyDelete
  19. restoran chain ni memang famous. siap ambik pittbull sgb duta. tak sangka ada yang frosen dah sekarang. boleh try nanti

    ReplyDelete
  20. Mmm.. macam sedap je? I always hear the Americans talking about this 'chipotle sauce' but have yet to tried it. I guess opportunity is here now

    ReplyDelete