Jom Ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 di Masjid Usmah Bin Zaid

By Mrs Liez - 9:42 PM

Jom Ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 di Masjid Usmah Bin Zaid | pada yang tiada rancangan hari pada 1 dan 2 Disember ini, Liez nak ajak korang ke Karnival YEZ - Year End Zakat yang diadakan di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju.


Majlis Perasmian Karnival YEZ - Year End Zakat telah dilaksanakan oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali. Turut bersama-sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff dan para penaja Jom Sertai Kempen Skim Thohir 2018 dan KempenJom Berzakat @ zakat.com.my


Juga di Majlis Perasmian Karnival YEZ ini, PPZ-MAIWP mengumum dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai-Oktober) yang ditaja oleh Five Estec Travel Services Sdn Bhd dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my (Ogos - Oktober) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn Bhd.

Ini merupakan usaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mempromosikan dakwah zakat di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk memberi kesedaran tentang pentingnya membayar zakat dan secara tidak langsung meningkatkan kutipan zakat. 



Lebih 90 booth disediakan antaranya gerai jualan minuman dan makanan, gerai jualan pakaian, Mini petting zoo dan booth-booth dari Pusat Pungutan Zakat termasuk booth dari golongan asnaf. Juga terdapat kaunter zakat bergerak dan juga kaunter bergerak Baitulmal MAIWP untuk memudahkan penggunjung untuk membuat pembayaran zakat dan mendapatkan lebih info mengenai zakat dan Baitulmal. Selain itu ada beberapa aktiviti menarik seperti memanah, pertandingan azan dan juga pertandingan Masterchef bersama Chef Zubir.



Tidak ketinggalan juga ada sesuatu menarik untuk kank-kanak iaitu Didi & friends, Maskot Omar dan Hana juga pertandingan mewarna. Tidak ketinggalan ada selebriti jemputan yang akan menyerikan Karnival YEZ iaitu kumpulan Hijjaz, Raihan, Ustaz Wan Akasyah dan juga Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, PU Amin, PU Idris dan ramai lagi yang akan menghiburkan pengunjung.




Pada yang ingin mengetahui lebih lagi mengenai Zakat, Baitulmal dan menikmati pelbagai jenis makanan bolehlah ke Karnival YEZ  pada 1 dan 2 Disember 2018 dari jam 9.30 pagi hingga 9.00 malam. 

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Bagus kempen YeZ ni. Dapat meningkatkan kesedaran dan kepentingan berzakat demi kemakmuran masyarakat. Dengan saluran2 yang disediakan,dah takde alasan untuk tidak sempat byr zakat kan.

    ReplyDelete
  2. Meriah dengan pelbagai aktiviti. Semoga masyarakat mendapat kesedaran untuk membayar zakat.. Ni tuntutan agama

    ReplyDelete
  3. wow nice year end carnival there, didn't know of it until I see here. Shall let my friends to know of this YEZ carnival that they missed out.

    ReplyDelete