Majlis Perasmian Pembukaan Uptown M3 Mall Meriah

By Mrs Liez - 7:29 PM

Majlis Perasmian Uptown M3 Mall Meriah | Assalamualaikum semua. Hujung minggu lepas Liez agak sibuk dengan hal rumahtangga, anak-anak dan juga event yang harus di hadiri. Antara event yang Liez hadiri ialah Majlis Perasmian pembukaan Uptown M3 Mall di Melati. Happening betul sebab ada persembahan artis popular tau!

Pada 1 Disember 2018 berlangsungnya majlis perasmian pembukaan Uptown M3 Mall yang dikelolai oleh Double Two Resources. Pembukaan Uptown M3 Mall ini adalah untuk peluang kepada peniaga-peniaga yang ingin berniaga tidak kira perniagaan makanan, minuman, pakaian dan aksesori juga tidak ketinggalan food truck. Juga ada hiburan dari artis-artis yang akan berlangsung sepanjang ia beroperasi.
Majlis Perasmian Pembukaan Uptown M3 Mall di Melati
Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan persembahan beberapa artis popular seperti Zul Handy Black dan As Salam Buskers, Baggio, Thalia Mentor, Yana dan Ameng. Dalam majlis ini, Yazit bekas pemain drum Search telah dilantik sebagai Duta Uptown M3 Mall dimana ia adalah salah satu cara pihak Double Two Resources membantu Yazit yang mengalami masalah kesihatan dan memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan. Selain membeli, pengunjung boleh menderma untuk membantu artis veteran dan baru yang memerlukan bantuan dan mendapat sokongan dari Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA)Terdapat Celebrity corner dimana para artis berpeluang berniaga dan memperkenalkan produk mereka juga beramah mesra dengan peminat mereka.
Majlis Perasmian Pembukaan Uptown M3 Mall di Melati
Uptown M3 Mall beroperasi dari hari rabu hingga ahad bermula jam 9.00 malam sehingga jam 3.00 pagi.
Majlis Perasmian Pembukaan Uptown M3 Mall di Melati
Untuk yang berminat untuk berniaga di Uptown M3 Mall, kos sewaan sangat berpatutan. Bermula dengan RM650 untuk lot gerai pakaian/aksesori (45 unit) , RM850 untuk lot gerai makanan/minuman (15 unit) dan RM1,100 untuk lot food truck (12 unit). Sebarang pertanyaan untuk tapak perniagaan di Uptown M3 Mall, boleh terus berhubung dengan pihak HSKLCC Resources.  

M3 Shopping MallJalan MadrasahTaman Melati, Setapak53100 Kuala LumpurMalaysia
Email:


Rosli
013 3242799 

Haizam
012 2195741 

  • Share:

You Might Also Like

13 comments

  1. wow school holiday now can plan to go there as never been to this place. Busy schedule with kids tuition need time out, shall tell my friend too. I like your pics, make me wanna go there now.

    ReplyDelete
  2. Wow...tempat shopping baru lah....best la kalau dok berdekatan sini. Yazit Search nampak kurus la kan....rasanya hubby kepada pelakon lama Suhaina Yahya. Mereka yang berdekatan boleh la shopping kat sini. Ada la alternatif tempat shopping kan...

    ReplyDelete
  3. uptown dlm shopping mall..1st time ni..biasa uptown ni kt tapak kawasan mcm area parking gitu..m3 ni pernah skali singgah juga....nanti bole la singgah tgk apa yg ada di uptown tu...tq for sharing

    ReplyDelete
  4. oh first time hear about Uptown M3 Mall . Good for people living nearby, one more choice to go shopping yay! The rental seems good, can consider to sell things there hehe.

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ada perasmian 2in1, sambil berbelanja sambil menderma. Bagus sungguh. Dahlah opening dia happening dengan artis² yang best. Ada pula aktiviti jualan. Memang seronok. Dahlah waktu operasi dia sampai jam 3pagi. Memang heaven.

    ReplyDelete
  6. Kat KL ni makin meriah dengan mall dan makin banyak tak tahu mana nak pergi merata semua tempata ada menda yang sama susah nak cari perbezaan cuma sekarang ni ramai orang suka cari yang dekat dengan rumah jer lah...

    ReplyDelete
  7. Bab makan tu lah yg seronok nak pergi terjah..nak shopping barangan dah belambak sangat mall baru kat KL ni. Negara kita bnyk sgt mall berbanding negara luar yg lebih buat kompleks budaya etc. Btw good event sb sambil menderma menolong artia Yazid..tak sabr nk try food truck!

    ReplyDelete
  8. Huhu KL dah padat sangat dgn mall, takut nanti jadi mall kosong je mcm Quill city mall. Apa pun suka inisiatif bantu artis tu~

    ReplyDelete
  9. Ada mall baru ehhh. Bestnya!! Tak pernah singgah area ni.. kalau datang nak singgah la mall ni. Mest best

    ReplyDelete
  10. Wah ada mall baru. Memang meeiahlah mall batu nih kalau macam macam ada di sana. Nak nak kalau ada persembahan artis dekat sana .Nampak kedudukan mall ni pun strategik memang jadi tunouan la

    ReplyDelete
  11. This place is quite near to my parent’s place - perhaps I should visit here - looks like a happening yet family friendly place. Hope it wouldn’t be so crowded since its school holiday.

    ReplyDelete
  12. getting more and more shopping malls in kL ya! must be very competitive to do business there. but the rental seems pretty reasonable if there's crowds there.

    Invest in PRS to get Tax Relief!

    ReplyDelete
  13. Meriahnya event. Bahagia anak-anak dan parents dapat bergembira di hari pembukaan nie kan. Ada banyak event pengisian.

    ReplyDelete