Resepi Pajeri Kedondong @ Ambra Versi Mudah

By Mrs Liez - 4:03 PM

Resepi Pajeri Kedondong @ Ambra Versi Mudah | Assalamualaikum semua. Dah masak ke? Liez macam biasa kalau mak ayah ada di rumah Liez memang tunggu je mak yang masak. Air tangan mak kan yang paling sedap, betul tak? 

Baru-baru ni Liez hantar mak ayah balik ke Gapi tapi sempat singgah ke Pasar pagi Batang kali untuk membeli daun kaduk untuk miangkam. Sambil jalan-jalan sepanjang gerai, ternampak buah kedondong. Bijinya besar juga, terus mak beli sekilo RM4. Dapatlah dalam 8 biji kedondong. Dalam otak dah fikir buat pajeri sebab dah lama tak msak dan makan pajeri kedondong. Mari Liez sharekan resepi Pajeri Kedondong @ Ambra versi mak Liez.


Bahan-Bahan
7 biji buah kedondong (kupas kulit, belah dua dan celur dengan air panas)
3 ulas barang merah - dihiris
2 ulasbawang putih - dihiris
1 inci halis - dihiris
Rempah tiga sekawan - kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
20 gram udang kering
350 gram santan pekat
1 paket kerisik
Air
Garam
Gula

Rempah
1 paket serbuk kari ikan
2 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halis - ditumbuk


Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan. Kemudian masukkan rempah tiga sekawan dan biarkan hingga naik bau.
2. Masukkan campuran rempah tadi dan goreng hingga garing.
3. Masukkan buah kedondong tadi dan gaul sebati dengan rempah.
4. Masukkan santan dan air. Biarkan mendidih.
5. Kemudian masukkan udang kering dan kerisik.
6. Bila dah mendidih, masukkan garam dan gula secukupnya.
7. Biar mendidihdan pekat, tutupair dan hidangkan.

Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. first time dgr pajeri kedondong..:)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    teringin nak rasa pajeri kedondong, saya belum pernah makan pajeri kedondong. Tq for sharing.

    ReplyDelete
  3. Mama auni memang rajin buat pajeri ambra ni kalau ada stok. Bezanya, mama auni masak ambra dengan air gula dulu, sama proses macam pajeri mangga. Ni kalau dapat partner dengan ikan masin pun best.

    ReplyDelete