Althea Pore Purifying Serum Cleanser Bertindak Sebagai Pembersih dan Serum Untuk PH Kulit Lebih Seimbang

By Mrs Liez - 3:28 PM


Althea Pore Purifying Serum Cleanser Bertindak Sebagai Pembersih dan Serum Untuk PH Kulit Lebih Seimbang | Assalamualaikum korang. Tahukah korang, bila kulit kita terdedah kepada sinaran matahari, pencemaran dan menggunakan bahan kosmetik yang mempunyai bahan kimia ia akan menjejaskan kulit bukan sahaja luaran tapi dari dalam kulit? Kulit akan menjadi kusam, kering dan PH kulit tidak normal. Jadi korang kena mendapatkan produk yang bukan sahaja selamat digunakan tetapi yang membantu menjaga kulit. Terbaru Althea telah mengeluarkan produk yang bukan sahaja membersihkan wajah tetapi juga mengandungi serum.



Althea Pore Purifying Serum Cleanser 
Produk terbaru yang dikeluarkan oleh Althea ini bukan sahaja digunakan sebagai pencuci wajah tetapi bolehh dijadikan sebagai menanggalkan solekan, membantu membersihkan liang pori di wajah. Lebih istimewa ia mengandungi serum untuk melindungi, melembapkan dan yang penting membantu mengekalkan PH kulit pada tahap yang normal.



Keistimewa Althea Pore Purifying Serum Cleanser

  • tahap PH 5.5 - 6.5 untuk memastikan kulit sihat
  • membersihkan solekan dengan lebih berkesandan tidak mendatangkan kerengsaan
  • mempunyai dua fungsimembersih dan serum untuk memberikan kelembapan
  • dengan ekstrak mint leaf ia menanggalkan kotoran, membersihkan liang pori dan sel-sel kulit mati

Kali pertama Liez mencuba Althea Pore Purifying Serum Cleanser memang teruja. Bau daun mint yang segar terus buat rasa nyaman. Bahan-bahan terbaik dalam Althea Pore Purifying Serum Cleanser sangat berkesan untuk memastikan wajah kita sentiasa bersih dan segar. Liez dapat rasa kulit tak kering dan yang penting nampak bersih.
  • Mint leaf extract - menyejukkan kulit dan merengsakan kerengsaan
  • Jojoba seed oil - melembapkan kulit dam memberikankelembutan pada kulit
  • Tea tree leaf extract - mempunyai sifat antibakteria dan membantu memberSIhkan kulit lebih mendalam

Untuk menanggalkan solekan:
Langkah 1: Tuang Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan atau pad tisu
Langkah 2: Sapukan pada wajah secara membulat sehingga hilang semua solekan
Langkah 3: Bilas wajah dengan air dan keringkan.

Untuk membersihkan wajah:

Langkah 1: Tuang sedikit Althea Pore Purifying Serum Cleanser pada tapak tangan 
Langkah 2: Sapukan pada wajah secara membulat dengan lembut selama 5 - 10 saat dan bilas dengan air bersih


Untuk pembelian, korang boleh dapatkan di Althea dengan harga RM 33/150ml


Website

Facebook

Instagram

  • Share:

You Might Also Like

22 comments

  1. Mudah betul nak remove make up guna ni kan kak Liez.

    ReplyDelete
  2. dah cuba pore purifying serum ni..recommended sangat..senang 2n1 kan..boleh remove makeup and cuci muka sekali..so mmg jimat ruang tak payah bawah 2 botol skincare dah

    ReplyDelete
  3. Ni kiranya macam cleanser 2 in 1 la kan. 1) untuk mencuci muka..... 2) sebagai make up removal

    ReplyDelete
  4. ee.. i'm using this.. great product.. always love to shop in althea.. 2 in 1 is so convinient!

    ReplyDelete
  5. Ini la yang SA guna sekarang...senang nak remove mekap dan seterusnya jadi pencuci muka..2 dalam 1 la pore purifying serum ni....best...

    ReplyDelete
  6. I am still using this too. Memang clear semua foundation I. Clean my pores well too. I love it and totally good for my skin. Highly recommended!

    ReplyDelete
  7. Owh yang ni serum cleanser plak. Macam mana jenis ada ye brand Althea ni. Blogger yg consume Althe pun ramai gak bila baca blogpost mereka semua

    ReplyDelete
  8. Again produk Althea! Memang nampak bagus produk ni. Betul2 bersih liang2 porti kita kan. Packaging pun ok cantik. hehehe

    ReplyDelete
  9. macam best je akak.kiranya yang ni nacan 2in1 la kan akak?
    Amni ade masalah pore teruk skang.so memang rasa nak cari something yg boleh fix.

    ReplyDelete
  10. Pore Purifying Serum Cleanser ni memang sangat mudah menangggalkan kesan make up yang dipakai.. suka sangat! pasti akan repeat beli lagi

    ReplyDelete
  11. Best kan Serum Cleanser ni. Nad pun selalu pakai. Senang nak tanggalkan make up dan tak berminyak. Rasa macam lap guna air je, tapi habis semua foundation bersih ha.

    ReplyDelete
  12. Senang gila guna ni kan.. Habis tanggal mekap3 tu semua..paling best la setakat ni pernah pakai

    ReplyDelete
  13. Sis pun suka produk ni. Sekarang tengah pakai ni..hehehe.
    Bestnya swbab tak payah nak susah2 buang makeup dengan remover lps tu cuci mjka gan produk lain sb yang ni dua2 boleh buat. Memang kalau travel pun senang

    ReplyDelete
  14. Suka dengan pembersih ni. Nampak best giler. Apatah packaging dia pun simple dan nampak esklusif juga :-)

    ReplyDelete
  15. looks like a good products with so many bloggers covering about it. i bet girls would love it since its cleanser plus serum. haha

    ReplyDelete
  16. Wawa serius suka dgn serum cleanser ni.. Sbb boleh tnggalkan makeup yg waterproof.. Senang nk guna kat mana2... Dan xkeringkan kulit..

    ReplyDelete
  17. Nampak macam best jugak ni Kak Liez. Packaging pun nampak elegen sebab simple macam tu je. Tak de fancy fancy.

    ReplyDelete
  18. senang nak cuci makeup guna serum cleanser ni.. TB suka pakai sebab ada rasa mint sejuk2 je kat muka kan.. makeup pun tanggal sepenuhnya

    ReplyDelete
  19. Since ramai sangat pengguna Althea ni, nampak gayanya saya ke try juga produk dorang. Baca komen-komen semua kata produk Althe memang terbaik.

    ReplyDelete
  20. wahhh menarik sungguh produk ni..mudah sungguh nak buang makeup rupanyaa

    ReplyDelete
  21. Produk yang bagus.. packaging dia tu nice..

    ReplyDelete