Misi Pencarian Untuk Memiliki Rumah Sendiri

By Mrs Liez - 9:38 AM


Misi Pencarian Untuk Memiliki Rumah Sendiri | Assalamualaikum korang.Bila sebut je pasal rumah, mesti setiap orang ada rumah idaman masing-masing kan?, Liez pun ada rumah idaman tapi kalau difikirkan balik agak mustahil akan dapat. Tapi topik pasal membeli rumah memang tak akan habis. Dari cerita hartanah atau rumah makin mahal harganya, cerita tentang beli rumah lebih bagus dari menyewa, beli rumah di usia muda sangat baguslah. Macam-macam yang kita dengar kan? Bagi Liez untuk membeli rumah perlu fikir banyak benda kerana tu kira investment atau pembayaran ansuran paling besar dan lama yang harus dibuat dalam hidup kita selain dari kereta. 


Liez nak story sikit tentang pencarian rumah pertama Liez dan hubby yang telah kami duduki hampir 4 tahun setelah berpindah dari rumah sewa di Ukay Perdana. 2009, bermula pencarian rumah ketika kami merancang untuk kahwin pada tahun hadapannya. Kami sibuk mencari rumah landed sebenarnya tapi bila tengok harga rumah landed di KL/Selangor semuanya harga atas RM500K keatas memang buat kami redha untuk cari kondo atau apartment sahaja. Kira ikut mana yang termampu je.

Misi mencari pun bermula menggunakan bantuan Mr Google. Pilihan pertama untuk membeli rumah adalah lokasi. Since Liez anak jati KL dan parents even adik beradik tinggal di KL jadi KL adalah lokasi utama yang dipilih. Antara lokasi di KL ni Liez suka sangat di kawasan sekitar Setapak, Wangsa Maju, Keramat, Setiawangsa dan kawasan yang berhampiran. Kira ini kawasan serba ada dan sebenarnya kawasan-kawasan ini dah sebati dengan kehidupan Liez. Dah boleh hafal setiap ceruk jalan.


Gambar Google
Masa dalam pencarian, Liez ada berjumpa beberapa rumah yang dicari tapi bila dapat tahu harganya,masyallah terlalu tinggidan diluar kemampuan kami. Ada yang kami pergi untuk melihat sendiri rumahnya tetapi tidak memenuhi ciri-ciri yang kami nak. Dan akhir sekali, Liez terjumpa satu projek kondominium baru yang akan dibina di Batu Caves. Mulanya, hubby Liez agak menentang kerana katanya ia berdekatan dengan lokasi tempat pembakaran mayat bagi kaum hindu. HAHAHHA~ kelakar betul bila dengar alasan itu. Nak tak nak, kami teruskan misi mencari rumah.

Nak dijadikan cerita, satu hari kami ke Carrefour (kini Aeon Big) Wangsa Maju. Kami ternampak pihak developer membuat promosi mengenai kondo yang Liez katakan sebelum ini. Liez terus ajak hubby untuk bertanya sendiri. Apa lagi,soalan demi soalan diberikan untuk mengesahkan kemusykilan itu. Yang parti, dakwaan yang itu TIDAK BENAR.

Setelah berfikir panjang, dengan harga kurang dari RM200K kami terus membuat keputusan untuk memberi kondo itu. Siap buat pembayaran RM1K untuk booking juga selesai. Waktu tu rasa lega sangat sebab impian untuk memiliki rumah kira 50% berjaya. Belum selesai bagi bab dapat kelulusan dari bank ke tidak???

Liez akan cerita selanjutnya..........

  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Yes rumah dekat KL memang mahal. Semuanya harga mampu tengok. Kitorang pun baru jumpa rumah idaman hati dan pastinya landed. Lepasni takde lagi masalah parking. Alhamdulillah☺

    ReplyDelete
  2. Wah x sabar nak baca sambungannya

    ReplyDelete
  3. semoga dipermudahkan urusan :)

    ReplyDelete
  4. yeah...walau saban tahun bila Thaipusam memang sesak tapi lokasi wise mmg best dan keluasan your house pun agak luas so kalau cari ilham untuk menulis tu mmg 'mari' lah..hehehe

    ReplyDelete
  5. Bukan mudah sebenarnya nak mencari rumah kan Liez.. Sha faham perasaan Liez tu.. Tapi alhamdulillah.. berjaya juga kan..

    ReplyDelete