EGG-CITING” bersama Domino's “EGGSTRA SHIOK” Royale, Salted Egg Pizza yang Baru!



EGG-CITING” bersama Domino's “EGGSTRA SHIOK” Royale, Salted Egg Pizza yang Baru! | Domino’s telah melancarkan menu terkini iaitu Royale Salted Egg piza. Tawaran terhad ini mempromosikan kerak Royale merah yang dipadankan dengan sos telur masin bersama taburan telur masin untuk menambahkan “Eggstra kick” yang enak untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

Sempena pelancaran menu terbaru Domino’s Royale Salted Egg, diskusi menarik bertemakan “The Rise of Salted Eggs” telah diadakan. Mori Said dan Adikfoods telah dijemput untuk memeriahkan lagi perbincangan bersama dengan Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Semasa sesi diskusi tersebut, para panel berkongsi pendapat dan pandangan mereka terhadap tren telur masin serta membincangkan pelbagai topik seperti hidangan telur masin yang paling unik serta luar biasa yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Perbincangan tersebut telah membuktikan bahawa telur masin adalah sebuah hidangan yang versatil dimana ia sesuai untuk dipadankan bersama hidangan tempatan mahupun barat dan perisa yang sesuai untuk hidangan makanan utama mahupun pencuci mulut.
                                                                                          
Berpegang teguh kepada janjinya “It’s All About You”, Domino’s sentiasa memastikan kehendak para pelanggan dipenuhi dan ini terbukti dengan penghasilan Salted Egg piza. Demi memenuhi citarasa para pelanggan, terdapat tiga jenis piza yang boleh dipilih iaitu Royale Chicken Pizza, Royale Tuna Pizza, dan Royale Delight Pizza. Ramuan unik yang berjaya menyatukan pelbagai rasa sekaligus melazatkan piza ini adalah sos telur masin. Pizza Royale ini dihasilkan khusus untuk mengimbangkan rasa lazat dan berkrim yang melengkapkan rasa dalam setiap gigitan. Tambahan lagi, Domino’s memperkenalkan Royale Chicken Wings yang disaluti telur masin dan daun kari yang aromatik. Domino’s juga memperkenalkan Royale Cheesy Stix baharu, dengan sentuhan emas bagi melengkapkan menu ini.
Shamsul Amree, Deputy President of Operations, Domino's Pizza Malaysia & Singapore and Linda Hassan, Senior Vice President of Marketing, Domino's Pizza Malaysia & Singapore unveiling the Eggstra Shiock Royale Salted Egg Pizzas!
Linda Hassan, Naib Kanan Presiden, Pemasaran Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Telur masin kini bukan lagi asing dalam kalangan kita dan ini adalah kerana ia adalah makanan asas bagi rakyat Malaysia. Ini dapat dilihat apabila popularitinya meningkat dimana ia digunakan dalam pelbagai jenis makanan. Kami berasa amat “Egg-cited” kerana dapat berkongsi telur masin versi kami yang tersendiri. Kami juga berbesar hati kerana dapat memperkenalkan sos terbaru ini yang bukan sahaja akan membangkitkan selera mereka tapi juga bakal mencetuskan rasa nostalgia. Sejajar hidangan pada musim perayaan, piza telur masin Domino’s yang baru ini bakal menjadi penambah hidangan yang sesuai dalam meraikan perayaan dan juga bersama yang tersayang.”

Shamsul Amree, Timbalan Presiden, Operasi, Domino’s Pizza Malaysia & Singapura berkata, “Selain daripada memastikan para pelanggan teruja dengan perisa yang unik dan baru, kami juga sentiasa berpegang kepada janji untuk meningkatkan pengalaman mereka melalui pelbagai cara. Kami berbangga kerana dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti serta menyediakan pengalaman yang baik buat para pelanggan kerana dengan cara inilah kami mahu mereka mengingati kami. Misi utama kami adalah untuk mencipta pengalaman yang istimewa buat pelanggan menerusi perkhidmatan terunggul yang kami sediakan. Dalam menuju kearah mencapai matlamat kami untuk memiliki 300 buah kedai menjelang 2020, kami akan terus berusaha untuk menyediakan kemudahan yang terbaik, produk yang berkualiti, perkhidmatan terunggul serta menyediakan nilai buat pelanggan kami.
Domino's Pizza launches three Egg-cellent pizzas namely the Royale Chicken Pizza, the Royale Tuna Pizza and the Royale Delight Pizza! 
Untuk nilai yang lebih berbaloi, para pelanggan boleh memilih Royal Combos yang terdiri daripada Royale Buddy Combo hanya pada RM39.90 dan Royale Super Combo hanya untuk RM59.90. Di samping itu, para pelanggan boleh menambah Royale Chicken Wings pada RM12.90 atau RM13.70 sebagai ala carte. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk menambah Royale Cheesy Stix pada harga RM8.90 atau RM9.25 sebagai ala carte.

Pelbagai menu edisi terhad terbaharu seperti Eggstra Shiok Royale Salted Egg pizza, Royale Chicken Wings dan Royale Cheesy Stix boleh didapati di Domino’s Pizza di Semenanjung Malaysia bermula daripada 11 Februari 2019. Anda boleh mengunjungi cawangan Domino’s, membuat pesanan dalam talian di http://www.dominos.com.my/, atau menghubungi 1300-888-333.

Untuk mengetahui tentang menu terbaru Domino’s Pizza Royale Salted Egg dan juga promosi yang sedang berlangsung, sila layari laman web kami di http://www.dominos.com.my/.

Mengenai Domino’s Pizza

Dengan penghantaran lebih 1 juta piza sehari di seluruh dunia, Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang dan terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.
Setakat Suku 2, 2017, Domino’s Pizza Malaysia ialah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat 236 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Di Domino’s Pizza, kami BERBANGGA dengan komitmen kami untuk memperkaya kehidupan pelanggan kami, kakitangan kami, rakan niaga kami, pemegang saham kami dan juga masyarakat. Sebagai salah satu jenama paling digemari di Malaysia, kami akan melakukan lebih lagi untuk mengukir senyuman di wajah anda dan juga menegakkan budaya kami untuk ‘menjual lebih piza, mencetus lebih keseronokan’. Selaras dengan falsafah syarikat kami untuk berusaha secara bijak, Domino’s komited untuk memberikan pengalaman penghantaran piza yang tiada tandingan kepada pelanggan, dengan jaminan kepuasan produknya, jaminan penghantaran dalam masa 30 minit dan jaminan pesanan bawa pulang dalam masa 15 minit.

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia juga diberi penarafan #1 untuk kelajuan perkhidmatan dalam taliannya dalam industri QSR.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015, Gangsa pada 2016, Perak pada 2017 dan Gangsa pada 2018.

Post a Comment

22 Comments

  1. bila lah agaknya nak gi makanan dominos hahhah

    ReplyDelete
  2. Hari ni kan menu ni keluar. Rasa tak sabar pulak nak try. Sure sedap.

    ReplyDelete
  3. Dengar Dengar mersing ni baru buka Dominos. Nanti boleh la try menu abru dorang.
    Tapi kena tunggu baik dulu la dari kesan operation ni.
    Dominos sedap..
    Dah la menu pelbagai..

    ReplyDelete
  4. Semalam baru cuba pizza ni..memang sedap..kalau kita penggemar salted egg mesti cuba pizza terbaru dari Domino's ni

    ReplyDelete
  5. wahhh dah ada telur masin pula.. hujung minggu ni bolehlah cuba.

    ReplyDelete
  6. Lama xmkn dominos. .. Yg ni sedap eh. .Nnt nak try jugak la.tngok rasa dia mcm mana

    ReplyDelete
  7. Saya kan, tengok akak dah macam duta pizza sebab akak lah antara blogger yang paling kerap update promosi terbaru domino. Saya yang domino bawah rumah pun tak tau latest promotion. Saya masuk blog akak untuk cek. Hahahaha. Tq akak!

    ReplyDelete
  8. Tak sabar nak cuba pizza baru dari Dominos ni. Ramai yang dah cuba cakap best! Rumah jauh pulak dari Dominos. kena tunggu cuti panjang atau berjalan ke mana2 baru dapat singgah makan Dominos

    ReplyDelete
  9. belum cuba!
    lama juga tak oder dominos ni.
    weekend ni in shaa Allah :)
    tapi tu la, da ada menu special stand by nak masak dah,liez.
    hu hu hu hu lah nanti. tangguh lagi la oder nyer.

    ReplyDelete
  10. Macamana la rasanya tu. Kalau salted egg kena ada cili juga utk potong rasa lemak masin tu kan....kadang2 ada je budak2 dominos jual depan sekolah anak. Murah juga harganya...

    ReplyDelete
  11. Sedap ye wak? Teringin nak try tapi lom berkesempatan nak gi hehe

    ReplyDelete
  12. Lama dah tak order Dominos ni. Whoa! ada perisa baru? Salted Egg pulak tu! Mesti mau try ni. This weekend boleh la order.

    ReplyDelete
  13. I suka dominos. Pizza dia kalau dah sejuk pun still sedap jugak. Tak sabar nak gi dominos habiskan voucher RM5O yang ada ni. Nak dekat expired dah

    ReplyDelete
  14. Pergh mesti sedap yaamat kan. Saya ni pantang twngok produk makanan dari telur masin ni. Nak try la nanti.

    ReplyDelete
  15. Baru cuba semalam tpi honestly tak sedap. Tak kene dgn tekak. Hahaha. Lain giler rasa die... Prefer yg samyang sedap lagi.hehehe

    ReplyDelete
  16. Lately ni sis asyik tengok dominos salted egg ni..geram pulak jadinya. Ni yang sis nak gi Dominos ni..dah le fav sis salted egg..nak rasa gak kena tak gan pizza

    ReplyDelete
  17. walaupun dominos depan rumah tapi jarang pergi..ahhaa..banyak dah menu dekat dominos ni ye..ni pulak telur masin..nak kene cuba ni

    ReplyDelete
  18. Memang dah tak boleh sabar sabar lagi nak cuba menu baru yang gunakan telur masin ini. Meleleh air liur ini. Ha 😁

    ReplyDelete
  19. My bosses will be very happy to learn about the new pizzas as they both love Domino's. Now I want to try them out for lunch too.

    ReplyDelete
  20. Dah rasa haritu. Seriously memang sedpa, berbaloi la harga dia mahal sikit sebab memang tak kedekut telur masin tu.

    ReplyDelete
  21. sedapnya makan dominos rasa telur masin ni kita tengok pun sungguh sedap dan menyelerakan rasa macam nak order sekarang jer dominos hehehehe sapa ada baucer...

    ReplyDelete