Resepi Dumpling Mudah Dan Yang Pasti Sedap

Resepi Dumpling Mudah Dan Yang Pasti Sedap | Assalamualaikum korang. Macam mana dengan hari minggu korang? Ada yang berjalan-jalan dengan keluarga atau kawan dan ada yang lepak dirumah je. Liez pula macam biasa memang habiskan masa dengan family sebab mak ayah Liez datang ke rumah. So hari minggu plan nak buat dumpling untuk family makan.
Resepi Dumpling Mudah Dan Yang Pasti Sedap
Kali kedua Liez buat dumpling selepas makan dumpling buatan MIL Liez buat masa cuti CNY hari tu. Sebenarnya dah lama nak buat tapi belum datang mood rajin lagi hihihi~ even resepi pun Liez dah ada. Minggu lepas, ada rezeki Liez buat dumpling di rumah Tok Liez. Sekarang Liez share kan resepi dan cara nak buat ok!

Bahan-Bahan
Kulit dumpling ( boleh dibeli di pasaraya)
Resepi Dumpling Mudah Dan Yang Pasti Sedap
Bahan untuk inti

300g isi ayam *dikisar
100g isi udang * dicincang kasar
50g sengkuang cina (Water chestnut) / sengkuang biasa *potong dadu kecil
Cendawan Shitake kering * rendam dan cincang halus
Cendawan telinga kering * rendam dan cincang halus
Daun bawang *dicincang halus
1 sudu kecil minyak bijan
1 biji telur
Serbuk Lada sulah atau serbuk perencah Hilal
Garam

- campurkan semua bahan- bahan untuk inti dan gaul hingga rata

Cara penyediaan dumpling:
1. Ambil sekeping kulit dumpling dan isikan inti setengah sudu.
2. Cara untuk membentuk dumpling boleg tengok video dibawah.
3. Selesai semua, bolehlah dumpling tadi digoreng atau dimakan dengan sup.


Nota:
1. Selain ayam dan udang,boleh gunakan sayuran untuk intinya
2. Dumpling juga boleh digoreng, dimakan dengan sup atau disimpan untuk sejukbeku

Post a Comment

6 Comments

  1. Nampak macam senang kan...SA save resepi ye..nanti nak cuba kat rumah Seremban..

    ReplyDelete
  2. kena cuba ni sebab selalu beli kat luar je...haha

    ReplyDelete
  3. Alahaii bestnya resepi ni kak liez.. Nak kena bookmark ni nanti boleh cuba masak.. Btw comel betul gambar kak liez 😍❤️

    ReplyDelete
  4. woaah akak..!! nampak so good. kalo CT buat ni da senget benget kot jadinya. hehe tau makan je nak buat x reti =P

    ReplyDelete
  5. oo ini ke yang hangat diperkatakan tu. kalau sebelah rumah dah lama buat muka tebal minta sikit. hehe

    ReplyDelete
  6. sedapppp...nak repeat ahh...sila buka order sekarang! hehe

    ReplyDelete