Anak - Anak Seronok Di Pantai Port Dickson

By Mrs Liez - 8:30 AM

Anak - Anak Seronok Di Pantai Port Dickson | Assalamualaikum korang. Sekejap saja masa berlalu dan masuk bulan ketiga tahun 2019. Banyak perancangan untuk tahun ni tapi masih perlu dilaksanakan secara perlahan la.
Anak - Anak Seronok Di Pantai Port Dickson

Dalam fikiran nak je rasa bercuti keluar negara tapi kewangan tak mengizinkan lagi. Kita kumpul dulu duit banyak-banyak then kita bercuti sakan k! Bulan Februari lepas, Liez bawa anak-anak ke Pantai Port Dickson dengan ayah makadan juga adik bongsu serta isteri. Macam biasa Encik suami ditinggalkan hahahah~ Kebetulan kami menghadiri kenduri jiran di Seremban so terus ke Port Dickson.

Sumber: Google
Sumber: Google
Dah petang kami sampai di Port Dickson dan bermalam di Mess Greysands @ Mess Pegawai Kanan Polis Port Dickson. Not bad, setiap unit rumah ada dua bilik dengan penghawa dingin, satu tandas, dapur dan ruang tamu beserta tv. Bagi kami cukup selesa la sebab hanya untuk satu malam.

Dah rehat dan solat asar, kami keluar ke Pantai Teluk Kemang. Konon nya nak ke vpantai hanya untuk menikmati keindahan matahari terbenam tapi anak-anak dah serbu masuk dalam air. Yang syoknya, baju spare tak bawa sebab semua ada dekat Mess. Apa lagi, terpaksalah beli dua pasang baju di gerai berhampiran.



Seronok tengok anak-anak main air dan pasir, dengan Liez sekali masuk dalam air. Lupa diri kejap hihihi~ sempat shoot gambar posing sikit untuk simpanan. Seronok rasanya dapat main air laut ni.

Tapi lagi seronok tengok anak-anak bermain pasir dan air laut. Berkejar bila ombak datang. Bermain pasir dan membina istana pasir.
Anak - Anak Seronok Di Pantai Port Dickson
Harap lepas ni dapat spent time dengan encik suami pulak di Port Dickson. Mungkin bermalam di Grand Lexis atau Thistle Port Dickson kan. Encik suami, silalah baca isi hati iniiii!!!!

  • Share:

You Might Also Like

8 comments

  1. rindunya nk ke PD lagi...teringat family trip kat Bagan Lalalng dulu...rinduuu

    ReplyDelete
  2. Hehehe... LeYa yg balik kampung PD pun jarang nak ke pantai. Almaklumlah selalu memg mcm tu.. Org tempatan jarang pegi tempat sendiri kan...heheh..

    ReplyDelete
  3. Lmanya tak mandi pantai..dapat berkelah sambil bbq tepi pantai pun best kan...

    ReplyDelete
  4. best la dapat main pasir siap melunjur kaki kat tepi pantai tu ha ...hihi

    ReplyDelete
  5. wow bestnya ni yg terasa ke ke pd ni

    ReplyDelete
  6. allahu best nya pi ke pantai. kami paling dekat pantai merdeka di merbok. tu pun makan perjalanan 2 jam. hehehehee

    ReplyDelete
  7. awa tak pernah sampai lg ke PD ni liez.. jeles kita

    ReplyDelete
  8. Kalau dapat g grand lexis sure budak2 tu main kolam 24 jam liez.

    ReplyDelete