Dapat Tajaan RM500K Untuk Majlis Perkahwinan!! Rezeki Siti JamuMall Di Usia 19 Tahun

By mrsliez - 8:30 AM

Dapat Tajaan RM500K Untuk Majlis Perkahwinan!! Rezeki Siti JamuMall Di Usia 19 Tahun | Kecoh minggu lepas tentang majlis perkahwinan seorang gadis yang selalu buat LIVE di Facebook. Siapa sangka, beliau mendapat tajaan sebanyak RM500k untuk hari bersejarah dalam hidupnya.


GADIS BUAT LIVE MENDAPAT TAJAAN KAHWIN RM500 RIBU!!

Gadis yang menjadi viral dan menjadi sebutan ialah Siti Suriani. Siapa Siti Suriani? Kalau yang rajin bersocial media di Facebook pasti tahu akan keletah si gadis ini. Liez sendiri teruja tiap kali nampak beliau bercelotoh mengenai produk yang hendak dijual.

Siti Suriani atau lebih dikenal sebagai SITI JAMUMALL bermula sebagai promoter atau host untuk jamumall.com selama 3 tahun yang menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan. Dengan celoteh dan gayanya tersendiri dalam memperkenalkan setiap produk membuatkan produk yang dijual menjadi viral dan mendapat tontonan ramai setiap kali beliau membuat LIVE.


Mengenai rancangan perkahwinannya, beliau merancang untuk mengadakan secara sederhana tetapi mungkin rezeki beliau mempromosikan produk-produk sehingga menjadi viral, ramai founder-founder produk, pemilik kedai dan ramai lagi yang ingin menaja majlis perkahwinannya.









Majlis perkahwinanya mendapat tajaan hampir 100 syarikat dari perbagai produk dan jenama berminat untuk menaja perkahwinan beliau. Beliau terharu kerana tidak menjangkakan akan mendapat perhatian sebegini kerana beliau menjalankan tanggungjawab untuk membantu mempromosikan produk-produk dengan ikhlas.







Antara syarikat-syarikat atau jenama-jenama yang berbesar hati menaja majlis perkahwinannya:-


- Pelamin dan Hiasan Dewan dari Wedding by emma
https://www.instagram.com/weddingsbyemma/

- Baju Pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection
https://instagram.com/mahligai_dlia_jane_bridal

- Grand Cake dari Mad About Cake
https://instagram.com/madaboutcake_official

- Vip Menu dari Rumpun Selera
https://instagram.com/rumpunselera

- Coffe Es-Cream dari Ana Zahra Beauty
https://www.facebook.com/anazahrabeautyhq/

- Jamu dari Seri Lady Empire Resources
https://instagram.com/seriladyofficialhq

- Tudung Bawal Bridesmaids dari Gallery Bawal
https://instagram.com/gallerybawal_galeri_bawal

-Kain Pasang Diamond dari Irahsukri
https://instagram.com/irah_sukri

- Telekung dari Pretty Aini
https://instagram.com/prettyainiumrahhaji

-Make Up Set dari Zacthira Navillionniza
https://www.facebook.com/kenitzcosmetic/

- Scarft dari Scarft By Mehrun
https://instagram.com/scarfbymehrun

- Printed Box dari Art Creation Printing
https://www.facebook.com/artcreationprintingmoq50pcs/

- Perfume dari Luxe Essencia Resources

- Honeymoon Pakej dari Arwana Resort





Liez sendiri terpegun bila melihat majlis perkahwinan Siti Suriani dan pasangannya. Cukup meriah dan grand!! Sangat beruntung pasangan dua sejoli ini kerana majlis berjalan lancar dan mendapat perhatian ramai. Dan Siti Suriani sangat cantik dengan persalinan yang menawan dan sepadan.



Tahniah kepada Siti Suriani dan pasangan. semoga perkahwinan ini kekal hingga ke Jannah.

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Salam Jumaat Mrs. Liez..
    Itulah kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu..
    Rezeki kannn..

    ReplyDelete
  2. mmg rezeki Siti dan pasangannya kan...

    ReplyDelete
  3. Bertuahnya badan.. Alhamdulillah rezeki pasangan ini

    ReplyDelete
  4. untungnya dia dan pasangan.. rezeki diorang nampak meriah sgt majlis

    ReplyDelete