Resepi Beg Emas Thai Pembuka Selera

By mrsliez - 3:46 PM

Resepi Beg Emas Thai Pembuka Selera | Assalamualaikum korang. Dah hampir seminggu kita berpuasa. Dan selama itulah dilema nak masak apa untuk keluarga untuk berbuka puasa setiap hari kan? Liez pun melalui perkara yang sama. Buntu fikiran ni, buntu~ Nak dijadikan cerita, semalam Family in Law datang berbuka dirumah dan kami decided untuk buat potluck. Adik ipar Liez buat mee tomyam dan beli pizza Dominos untuk anak-anak so Liez pun terfikir nak buat menu yang ringan tetapi sedap. 

Belek-punya belek buku resepi Chef Wan. Terjumpa resepi Beg Emas Thai. Actually ia ada juga dihidangkan di restoran makanan Cina sebagai appertizer. Jom Liez share resepi dan cara-cara penyediaannya.

Resepi Beg Emas Thai Pembuka Selera
Bahan-bahan:
Kulit popia (dibahagi 4)
300g isi ayam (dikisarhalus)
100g isi udang (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
50g sengkuang (dipotong dadu)
50g cendawan shitake (dipotong dadu)
Daun bawang (dipotong dadu)
Suhun (rendam, siram dengan air panas dan tos) - optional
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu lada sulah
garam

Cara penyediaan:
1. Panas sedikit minyakdan tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan ayam, sos tiram, minyak bijan, kicap cair dan lada sulah. Gaul dan biarkan masak.
2. Kemudian masukkan sengkuang, cendawan, daun bawang dan udang. Gaul hingga masak .
3. Kemudian masukkan suhun dan gaul hingga sebati. Kemudian tabur garam.
4. Tutup api dan biarkan inti sejuk sebelum dibalut. Boleh tengok video di Youtube.
5. Sekepas selesai, boleh goreng dalam minyak panas.
6. Hidangkan dengan sos thai,


SELAMAT MENCUBA

  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Sedapnya kak liez..first time tahu menu ni

    ReplyDelete
  2. Sedapnya! Sudah tentu keenakannya sehebat namanya! Kalaulah ada depan mata, mau 7 ketul ngap masuk mulut!

    ReplyDelete
  3. wowww beg emas gitchuww. nama vogue sungguh hahaha

    ReplyDelete
  4. ohhhhhhhhhhhhhhhhhh.. namanya beg emas.. hee~ kite tau makan jek kak.. tu pun siap berebut.. eh.. tak masak jugak, beli jek haritu..

    ReplyDelete
  5. terliur tengok, boleh la nak cuba ni untuk berbuka. mesti anak akan suka ^_^

    ReplyDelete
  6. first time tahu pasal beg emas thai ni

    ReplyDelete
  7. igtkn beg emas ape td. ni similar to wanton ke mmg wanton?

    hi akak, ray singgah smbil klik klik ads sini hehe

    ReplyDelete