Syahirah Korean Secrets : Hydro Soft Dewy Moist Essence Dan White Glow Snowy White Essence Untuk Kulit Tampak Licin Gebu dan Mulus Bak Artis Korea

By mrsliez - 9:30 PM

Syahirah Korean Secrets : Hydro Soft Dewy Moist Essence Dan White Glow Snowy White Essence Untuk Kulit Tampak Licin Gebu dan Mulus Bak Artis Korea | Kalau sebut je pasal Kpop, mesti terbayangkan drama-drama yang dilakonkan oleh oppa yang kacak dan gadis yang cantik. Tapi bukan sekadar drama-drama mereka yang menjadi bualan tetapi kecantikan kulit mereka yang juga menjadi idaman gadis-gadis sekarang. Kebanyakkan artis Korea memiliki kulit yang bersih, licin dan mulus. Dannnn... ada effect glass skin gitu.
Syahirah Korean Secrets Hydro Soft Dewy Moist Essence Dan White Glow Snowy White Essence
Terkini, trend kecantikan di Korea membuktikan betapa halus dan mulusnya kulit bintang- bintang di Korea dan ianya bukanlah daripada hasil solekan yang tebal, tetapi daripada efek Glass Skin yang mampu menyerlahkan kecantikan dan keserian kulit mereka. Trend Glass Skin menjadi semakin tular dan terkenal kerana pastinya semua wanita mahukan kulit yang kelihatan sihat dan tidak kusam, sekaligus menyerlahkan kejelitaan mereka.
Syahirah Korean Secrets Hydro Soft Dewy Moist Essence Dan White Glow Snowy White Essence
Korang boleh dapatkan kulit bak artis Korea dengan menggunakan dua produk terbaru dari Syahirah, iaitu Syahirah Korean secrets Hydro Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Snowy white Essence yang barudilancarkan minggu lepas di Le Meridien hotel KualaLumpur. Kedua- duanya dihasilkan dari Tri-Flower essence dari sumber bunga-bungaan Pulau Jeju menjadi sumber ubatan atau bahan kecantikan yang digunakan oleh orang Korea.

Syahirah Korean Secrets Hydro Soft Dewy Moist Essence 
Si botol hijau ini dihasilkan dari pati bunga-bungaan yang terdiri dari 3 ramuan penting iaitu dari bunga Ginseng, bunga Teh Hijau dan bunga Chamomile yang didapati di Pulau Jeju. Iaadalah esen yang membantu menyerlahkan kehalusan kulit, gebu dan lembut. Secara jujurnya bila Liez menggunakan Syahirah Korean secrets Hydro Soft Dewy Moist Essence memang Liez jatuh hati. Bukan sahaja dengan baunya yang sangat wangi tapi hasil selepas disapukan pada wajah. Ia meresap ke dalam kulit dengan cepat dan tidak berminyak.
Syahirah Korean Secrets Hydro Soft Dewy Moist Essence Dan White Glow Snowy White Essence
Bunga Ginseng 
- membantu menyegarkan, mengimbangi minyak pada kulit dan mencerahkan tona kulit.

Bunga Teh hijau 
- tinggi dengan ramuan anti-oksida membantu menentang radikal bebas, melembapkan dan mencerahkan kulit.

Bunga Chamomile 
- membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan membantu meratakan tona kulit lebih sekata.
Gambar : Google
Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy Essence 
Untuk kulit lebih cerah berseri dan polos, korang kena cuba Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy Essence. Esen ini mengandungi Tri-flower dari bunga Cherry Blossom, bunga Camellia dan bunga Lotus. Si botol merah jambu ini untukmendapatkan kulit wajah lebih cerah berseri, membantu meratakan tona kulit yang tidak sekata agar kelihatan lebih licin dan halus. Selain itu, ia dapat menghalang pembentukan tompok gelap disamping melembapkan kulit wajah.

Syahirah Korean Secrets Hydro Soft Dewy Moist Essence Dan White Glow Snowy White Essence
Gambar : Google
Bunga Cherry Blossom
- diperkaya dengan anti-oksidan dan membantu melegakan kulit dari kemerahan dan iritasi.

Bunga Camellia 
- memberikan kelembapan dan kesegaranpada kulit

Bunga Lotus 
-  membantu menyihatkan dan mencerahkan kulit.

Syahirah Korean Secrets Hydro Soft Dewy Moist Essence Dan White Glow Snowy White Essence
Produk Syahirah Korean secrets Hydro Soft Dewy Moist Essence dan Syahirah Korean Secrets White Glow Snowy Essence boleh korang dapatkan di farmasi terkemuka dan semua pasaraya terpilih seluruh Malaysia dengan harga runcit RM39.90 setiap satu.

Website 

Facebook

Instagram

  • Share:

You Might Also Like

21 comments

  1. of course la saya dah guna yang botol hijau setakat ni bekerjasam dengan kulit dgn baik sekali

    ReplyDelete
  2. Baru tahu rupa bunga camelia macam mana. Sebelum ni ingatkan chamomile berkhasiat untuk badan je rupanya ada khasiat untuk kulit muka jugak. Packaging botol dia cantik!

    ReplyDelete
  3. sebelum ni pernah pakai produk syahirah ni yg kaler blue tu..oklah sesuai dengan kulit kita..mostly produk2 korea ni mmg terbaik

    ReplyDelete
  4. ni mesti wangi semerbak kan. aduh k-beauty boleh la beli satu sebagai koleksi baru. kalu kena dengan kulit apa salahnya kan. bulan ni cuba warna merah, bulan depan beli warna biru tu

    ReplyDelete
  5. wahhhh...menariknya produk syahirah yg baru ni..botol dia cantik,membuatkan sis rasa tak sabar nak beli hehe

    ReplyDelete
  6. ramai yang kata produk ni best.. nak beli lah nanti..
    kita singgah n follow sini ya https://faradidi.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Wah syahirah ada produk minyak wangi baharu yea... bestlah nak belilah nanti... suka dengan minyak wangi nih! sedap wangi...

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar jenama syahirah tapi tak pernah pakai lagi. Bolehlah nanti sis cuba..tgok ramai je dah pakai kan..sure best. Memang kena cuba gak lah nanti

    ReplyDelete
  9. Sekarang ni banyak produk kosmetik yang nak guna teknologi korea kan. Sebab produk produk kosmetik korea memang berkualiti tinggi pun. Bagus la brand syahirah buat macam ni

    ReplyDelete
  10. Ayiooo kulit bak orang Korea tu yang tak tahan tu hehehe memang ini lah yang orang perempuan suka sekarang ni kan hehehehe tambah nak raya lagi lah mereka akan cari... Nama panjang susah kita nak sebut terbelit-belit wakakakakka..

    ReplyDelete
  11. Nampak elegant dan chic packaging dia. Dah nampak makin advanced dah Syahirah kan
    Maka lepas nie ramai la wanita di Malaysia yang dewy look dengan adanya Syahirah nie kan.

    ReplyDelete
  12. tertarik tengok botol dia yang clear tu.. warna pun TB suka.. huhu.. ni kalau habis isi mau sayang nak buang ni.. Korea Secret punya produk dah makin bertambah sekarang ni.. syoklah sape yang nak berkulit cantik macam artis korea tu.. heheh

    ReplyDelete
  13. I read many good reviews about this range, can't wait to check it out and try it too.

    ReplyDelete
  14. produk yang berasaskan bunga nie best sebab bau dia wangi. mesti wangi kan bau produk syahirah yg terbaru nie. eh lelaki sesuai ke pakai nie Kak Liez ? kalau sesuai, nak beli jugaklah nanti

    ReplyDelete
  15. Kandungan bahan daripada pelbagai bunga mesti harum semerbak kan. Kulit orang korea memang cantik mulus geram tengok. Tak sangka pulau jeju tu ada bahan ekstrak bunga yang baik untuk kulit.

    ReplyDelete
  16. Safi mmg terbaik. Tidak
    Pernah mengecewakan. Tgk packaging pun boleh nampak betapa esklusifnya. Nak tryla yang warna merah

    ReplyDelete
  17. Ni produk syahirah yang perfume tu ekk..
    Ingatkan dorang ada pewangi je. Rupanya ada keluarkan krim muka juga.
    Ke memang ada sebelum ni tapi kita yang tak tahu. Hehe

    ReplyDelete
  18. Produk K-Beauty ni honestly onie cakap memang tak pernah menghambarkan ye. Seronok dia tu memang lain macam plus essence dia mostly memang seronok. Nak pulak memang onie penggemar pakai essence. Nanti kalau jumpa nak beli,hehe..

    ReplyDelete
  19. Saya suka tengok pacakging Syahirah yang baru ni. Dia ada macam kelopak bunga. Pastu nampak transparent. Nanti pakai esen ni untuk cantik masa raya. hehehe

    ReplyDelete
  20. produk dari Korea semakin meningkat naik sekarang. Ianya lebih mesra poket harganya

    ReplyDelete
  21. Dah cuba dah! Bau dia segar freshhh sangat. Tapi kita masukkan dalam peti sejuk perghhhh sedap bila pakai kat mukaaaaa. Tapi comel kan dua2 pink and blue ni~ dia macam pakai hiasan je dengan kelopak kat dalam dia. Sayang nak pakai.

    ReplyDelete