Resepi Sup Kimchi Dan Tofu Menu Baru Pikat Selera Anak-Anak

Resepi Sup Kimchi Dan Tofu Menu Baru Pikat Selera Anak-Anak | Sebut je pasal kimchi, mesti ramai yang suka makan kan? Liez pun suka kimchi since MIL Liez asyik bercerita pasal makanan korea yang terkenal tu. Jangan tak tahu, MIL bukan saja suka makanan korea tapi minat dengan drama-drama Korea juga. Sampai Liez terjebak sama dengan minatnya. Actualy Liez dan MIL ni minat sangat bab-bab memasak, kira share interest yang sama. Even kadang-kadang MIL call Liez tanya resepi ~ hahaha padahal Liez bukan tahu sangat memasak.
Resepi Sup Kimchi Dan Tofu Menu Baru Pikat Selera Anak-Anak 
Kali pertama Liez masak menggunakan Kimchi dan anak-anak pun tumpang suka rupanya. Selama Liez makan kimchi memang tak pernah nak offer pada anak-anak sebab kimchi agak pedas dan rasanya agak berasid. Agak diaorang tak kan suka tapi Liez salah. Diaorang layan makan je. So Liez ada geng la yang makan kimchi dalam rumah ni.

Siapa tak tahu kimchi kan? Kalau nak tahu ia adalah super food yang bagus untuk tubuh badan kita.Bukan sahaja banyak khasiat tapi boleh menurunkan berat badan. Haaaa~ mana yang nak kurus tu boleh amalkan makan kimchi k ! 

Nak dapatkan kimchi pun mudah sebab dah ada dijual di pasaraya. Tapi Liez memang beli kimchi halal buatan anak Malaysia Ommason HQ. kebetulan ada agent yang tinggal di kondo tempat Liez tinggal. Memang senang nak dapatkan stock makanan korea. Nak tahu apa lagi makanan yang di jual, korang usha je link tu.

Kimchi bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi tapi macam-macam menu boleh dimasak dengan kimchi. Liez nak share dengan korang satu resepi sup yang menggunakan kimchi sebagai bahan utama. Mudah dan yang penting sedap guys!!! 


SUP KIMCHI DENGAN TOFU

Bahan- Bahan
5 sudu besar kimchi (asingkan air kimchi)
1 biji bawang holand (dihiris)
2 keping tofu lembut
300g daging (dihiris)
1 batang leek (dihiris)
1 sudu besar minyak bijan
garam

Optional
serbuk cili
tauhu kering

Cara memasak
1. Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak. Tumis bawang holland hingga lembut.
2. Masukkan kimchi. kacau selama 5 minit dan masukkan air.Biarkan menggelegak.\
3. Masukkan air kimchi dan daging. Biarkan hingga daging masak dan masukkan tofu.
4. Kemudian garam, minyak bijan dan hirisan batang leek.
5. Siap untuk dihidangkan.

TIPS!
* kalau nak pedas boleh tambah serbuk cili atau Gochujang
* selain daging boleh letak ayam ke, sosej ke, udang ke ikut selera masing-masing
* jangan biarkan tofu masak terlalu lama, nanti hancur



Post a Comment

12 Comments

  1. Sedapnya. Kakak2 Syaza suka kalau makan maggi tambah dengan kimchi. Ala-ala dalam cerita korea gitu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. mmg sedap.. terus rasa nak makan lagi la...

      Delete
  2. SA suka makan kimchi gak..tapi tak selalu makan...anak dara langsung x suka..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liez dah addicted.. makan nasi lemak pun dgn kimchi.. sedap sgt

      Delete
  3. menarik resepi yang Liez kongsikan nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali tukar selera asyik makan tomyam je kann

      Delete
  4. Nampak sedap sangat tu kak liez.. Teringat pulak masa kat Korea husniey cuba buat tomyam kimchi, hehehe.. Hari hari beli kimchi makan dengan nasi..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. awa try beli yg brand ommason tu.. dia ada mcm2 makanan korea yg mmg sedap..

      Delete
  6. Nampak sedap pulak sup kimchi kak liez ni. Musim hujan gini memang layan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi kak liez sedap sbb masam pedas mcm tomyam..

      Delete