Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang

By mrsliez - 8:30 AM

Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang | Kalau bab makan, memang Liez tak tolak, Semua jenis makanan atau gaya masakan tidak kira makanan barat atau makanan melayu memang menjadi antara pilihan Liez. Tapi Liez dah jumpa restoran yang menghidangkan masakan asli melayu di bandar Klang. Restoran yang Liez maksudkan ialah Sisik Restoran Ikan Bakar.
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Restoran ini telah beroperasi pada tahun 2013 dan sebelum ini dikenali sebagai Resepi Warisan Tok. Pemilik restoran, Puan Linda yang berdarah campuran Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka tertarik untuk mengenengahkan dan memartabatkan masakan melayu asli dalam setiap hidangan di Restoran Sisik Ikan Bakar.
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Lokasi Restoran Sisik juga sangat strategik dan mudah dicari kerana ia berada berhadapan dengan GM Klang Wholesales City. Restoran yang menjadi port makan popular sekitarnya kerana menghidangkan bukan sahaja makanan melayu tetapi berasakan makanan laut. Memang segar-segar makanan laut yang korang boleh pilih. Liez jadi teruja pula terutama sekali nampak ketam tu. 
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang

Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Restoran Sisik ini mempunyai 2 waktu operasi iaitu pada waktu pertama bermula dari jam 8. 00 pagi hingga 4.30 petang yang menyediakan sajian masakan melayu asli. Untuk waktu operasi kedua, bermula dari jam 5.00 petang hingga 12.30 tengah malam dan menyediakan menu yang berasaskan makanan laut seperti ikan bakar berempah, sotong bakar madu, pepahat, dan sebagainya. Makanan laut korang boleh pilih sendiri dan pilih jenis masakan yang bagaimana korang nak. Juga menu pilihan atau hot seller iaitu ikan bakar tempoyak dan asam pedas telur ikan Mayong, telor sotong dan ikan siakap. Tak lupa juga banyak jenis ulam-ulaman dan pencicah yang korang boleh pilih.
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang


Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang

Selain itu, ada juga satu menu istimewa iaitu Nasi lemak buluh perindu. Nasi lemak hijau yang dikukus dalam buluh tu memang sedap. Nasinya cukup lemak dan sambal cukup pedas masinnya. Perrgghhh memang terangkat. Memang kalau repeat lagi, nak order lagi nasi lemak buluh perindu ni. Ada juga dihidangkan Steamboat dengan lebih dari 9 jenis sayuran atau makanan laut untuk dipilih. Uisshhh kalau nak sebut memang banyak menu yang sedap.
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Kalau korang tak tahu nak pilih yang mana satu, korang boleh order mengikut set-set yang ada mengikut budget korang la kan~
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang

Apa kata Liez?

Liez suka dengan menu-menu yang dihidangkan dan semuanya sedap. Antara menu yang Liez sangat suka adalah ikan bakar berempah, memang rempah atau sambal sangat sedap. Dan nasi lemak buluh perindu kerana kelemakan nasi dan juga bau istimewa dari buluh. Terangkat!!! 
Pilihan Makanan Melayu Asli di Sisik Restoran Ikan Bakar Klang

Alamat  
No.32, Jalan Kasuari 1/ks7
Bandar Botanic,  41200, Klang, 
Selangor Darul Ehsan.

Facebook

Whatapps : 
https://wa.me/+60192263004 & https://wa.me/+60162240474

  • Share:

You Might Also Like

26 comments

  1. oiitt sedapnya tengok ulaman tu buat kecur air liur kita sis. mmg kena tggu hari cuti utk ke sini sbb jauh jarak dr umah

    ReplyDelete
  2. Besar jugak kawasan dia ya, makanan pun not bad sis tengok, terlioq sudah. Nyesal pulak tak join uoll hari tu, tapi tu lah..jauh nunnn disana. Tak apa lah..tak ada rezeki..insaallah, satu hari harus dicuba juga

    ReplyDelete
  3. Aduh.. Sebagai penggemar nasi lemak, nasi lemak buluh perindu tu memang mencuri perhatian sangat. teringin rasanya nak mencuba. Dan menu lain semua tu pun nampak sedap juga. InsyaALLAH kalau ke Klang nanti nak cubalah. Nak ajak member sekali mesti syok. Woohoo!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya.. kena ajak rermi pegi ni. Menu bukan main banyak tu

    ReplyDelete
  5. Penuh meja korang :)
    Meriah makanan. Nasi buluh pun ada. Terbaik.
    Makanan gini lah yg org malaysja cari. Byk mana pun makanan hipster yg wujud, lauk pauk gini gak perut kita nak, kan :)

    ReplyDelete
  6. dah macam nasi bamboo sungai klah pulak tapi lauk dia lain2 yer kat sini nampak banyak seafood macam ikan2 ...next time boleh singgah sebab nampak ikan siakap steam limau tu cam sedap jerrr

    ReplyDelete
  7. Patut tak pernah nampak restoran ni rupanya start operasi tahun 2013..dah lama rupanya tinggalkan bandar diraja Klang...huhu...

    ReplyDelete
  8. makanan kat sini semua sedap2..suka dengan gaya menu yang diperkenalkan iaitu masakan tradisi melayu...paling best lauk asam pedas dan tempoyak

    ReplyDelete
  9. Bestnya kalau dekat dengan tempat ni. Boleh p makan kat sana. Hidangan dia sangat menarik. Kalau masakan kampung memang menjadi minat saya lah. Best nya tengok ikan tu..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog www.iyaseo.id

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete
  11. Banyaknya pilihan makanan kak liez. Rambang mata nak pilih. Tapi yang paling kinah nak cuba nasi lemak tu. Hijau warna nasik dia. Tempatnya pun strategik betul. Penat shopping boleh singgah makan kat sini hehe.

    ReplyDelete
  12. pergh makanan kampung...siapa je tak terliur nak makan..macam-macam menu pilihan ada..oo kedai berdekatan dengan gm klang..bolehla pergi nanti..nampak menarik ni..aduh terus lapar jadinya

    ReplyDelete
  13. sedapnya makan ikan bakar cicah kuah air asam. terliur BBL tengok gambar tu. lagi-lagi seafood tu fresh. memang manis la isi ikan bakar tu. oh depan Plaza GM Klang je, lepas shopping boleh la datang makan sini

    ReplyDelete
  14. Kalau pergi area GM Klang nanti boleh lah singgah makan kat sini. Suka tengok hidangan seafood dia memang fresh lah. Steamboat pun ada banyak betul pilihan

    ReplyDelete
  15. Terliur betul tengok perlbagai menu yang dihidangkan. Selalu juga ke GM tu tak pernah try lagi. Soon boleh la bwk family kesini. hehehe

    ReplyDelete
  16. Sedapnya lauk2 dia.. Adoi dah la tengah lapaq.. Tgk ikan bawal dengan tenggiri sambal tu.. Fuhhh

    ReplyDelete
  17. Aduyai.. Terliur kita tau! Masakan kampung memang favorite kita. Gambar menyelerakan! Kita save! Nanti kot pi area Klang leh laaa singgah makan sini.

    ReplyDelete
  18. ohhh gi makan x ajak i ye... hahaha!! anyway mmg nmpk sedap semua menu tu liez. terliur tgk ni ha.. tq utk this sharing... boleh masuk list tempat makan patut pergi nnti

    ReplyDelete
  19. nasi dia warna hijau..
    banyak ulam ulaman pula tu.. best nie..

    ReplyDelete
  20. Makanan Melayu mmg tak pernah mengecewakan saya, sedap-sedap belaka. dengan asam, pedas dan semua rasa bergabung menjadikannya WOW !

    ReplyDelete
  21. Eh haritu kawan baru pergi. Nmpk menarik tpi jauh mak nk pergi smpai Klang. Kalau dah kat GM boleh la singgah kan. Hehe. Kalau dia bukak dkt PJ dh cun dah.

    ReplyDelete
  22. Suka dgn nama dia Sisik Ikan Bakar rasa rugi xdpt pg sbb ada6 keja masa tu.. Tgk menu sedap2 belaka

    ReplyDelete
  23. wow wow wow! dia punya menu terbaiklah.. #lapar

    ReplyDelete