Wednesday, January 31, 2018

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN

Wednesday, January 31, 2018 1
SOLAT SUNAT GERHANA BULAN (KHUSUF)
Ramai yang belum tahu, bila datang Fenomena Gerhana Bulan kita di sunatkan untuk melakukan Solat Sunat Gerhana Bulan. Ia banyak dilakukan secara berjemaah di masjid-masjid atau di surau. 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan menjalankan program  di Planetarium Negara dan Masjid Putra. Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) akan dilaksanakan di masjid-masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan bermula jam 8.39 malam (selepas solat Isyak). Manakala Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan akan mengadakan cerapan gerhana di Pantai Kg Tanjung Aru manakala Solat Sunat Khusuf di masjid-masjid dan surau-surau sekitar Labuan. 

Berikut adalah cara-cara melakukan solat sunat gerhana Bulan

SOLAT SUNAT GERHANA BULAN
Lafaz niat:
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى 
"Sahaja aku solat sunat gerhana BULAN dua rakaat kerana Allah Taala."
Kaifiat: Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Khaifiat yang lebih sempurna adalah seperti berikut:
  1. Rakaat Pertama
    1. Takbiratul Ihram.
    2. Membaca doa Iftitah.
    3. Membaca surah al-Fatihah.
    4. Membaca surah al-Baqarah atau mana-mana surah.
    5. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 100 ayat.
    6. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    7. Membaca surah Ali-lmran atau mana-mana surah.
    8. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira 90 ayat.
    9. Iktidal.
    10. Sujud dan membaca tasbih.
    11. Duduk antara dua sujud.
    12. Sujud kembali.
    13. Berdiri ke rakaat kedua.
  2. Rakaat Kedua
    1. Membaca surah al-Fatihah.
    2. Membaca surah al-Nisa' atau mana-mana surah.
    3. Ruku' dan membaca tasbih kira-kira 70 ayat.
    4. lktidal serta membaca surah al-Fatihah.
    5. Membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.
    6. Ruku dan membaca tasbih kira-kira 50 ayat.
    7. Iktidal.
    8. Sujud dan membaca tasbih.
    9. Duduk antara dua sujud.
    10. Sujud kembali.
    11. Membaca tasyahud akhir.
    12. Memberi salam.
Solat juga boleh dilakukan dengan dua kali berdiri, dua kali bacaan dan dua kali ruku' sebagaimana solat biasa tanpa memanjangkannya. Begitu juga sah dilakukan sebanyak dua rakaat dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku' sebagaimana solat fardu Jumaat. Namun cara ini meninggalkan fadhilat kerana berlainan daripada perbuatan Nabi

Sumber rujukan :
* Unit Falak, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan http://muftiwp.gov.my
* Falak Online (Encik Shahrin bin Ahmad; Ahli Jawatankuasa Falak Wilayah Persekutuan)http://falakonline.net/semesta/2018/01/maklumat-lengkap-fenomena-gerhana-bulan-penuh-31-januari-2018/

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH @ THE SUPER BLUE BLOOD MOON PADA 31 JAN 2018

Wednesday, January 31, 2018 8
SUMBER: http://www.angkasa.gov.my/
Gerhana bulan penuh akan berlaku pada 31 Januari 2018 di Amerika Syarikat, Timur Laut Eropah, Russia, Asia (termasuk Malaysia), Lautan Hindi, Pasifik dan Australia. Di Malaysia, gerhana bermula pada jam 7:45 malam, mencapai kemuncak (maksima) pada 9:30 malam dan berakhir pada jam 11:11 malam.  Kenampakan gerhana meliputi seluruh Malaysia.
Ini adalah gerhana bulan pertama sejak 2015 dan Blue Blood Moon yang pertama kelihatan di Amerika Syarikat sejak tahun 1866.

Kuala Lumpur (Waktu Malaysia)
Kenampakan Gerhana Bulan Penuh
Tempoh keseluruhan gerhana : 4 jam 50 minit 36 saat
Tempoh fasa penuh :1 jam 16 minit 4 saat
Fasa penumbral bermula : Bulan masih di bawah ufuk
Bulan terbit : 31 Jan 2018, 19:17:53
Fasa separa bermula: 31 Jan 2018, 19:48:27
Fasa penuh bermula : 31 Jan 2018, 20:51:47
Kemuncak (maksima) : 31 Jan 2018, 21:29:51
Fasa penuh berakhir : 31 Jan 2018, 22:07:51
Fasa separa berakhir : 31 Jan 2018, 23:11:11
Fasa penumbra berakhir :1 Feb 2018, 00:08:29
FENOMENA GERHANA BULAN PENUH @ THE SUPER BLUE BLOOD MOON
Di samping menghasilkan fenomena gerhana bulan penuh, Bulan penuh kali kedua yang berlaku pada 31 Januari 2018 jam 9:27 malam ini juga dikenali sebagai ‘Blue Moon’ (Bulan Penuh kali kedua yang berlaku dalam bulan yang sama).  Ia juga merupakan ‘Supermoon’ kali kedua dan terakhir bagi tahun 2018.

HOMEMADE BEBOLA DAGING SIHAT

Wednesday, January 31, 2018 4
Sejak ada anak-anak ni, Liez memang suka memasak sebab anak-anak memang suka makan. Diaorang pula bukan jenis memilih makanan atau ada alergik. Apa yang Liez masak, memang akan menjadi pujaan hati. Masakan air tangan mama kan? Hihihi

Liez suka kalau cukup bahan, Liez akan buat homemade food macam patty burger, nugget, sosej dan macam-macam lagi. Bila homemade, bukan sahaja sedap tapi terjamin bersih dan juga tiada perisa tambahan. Kali ni, Liez nak share resepi patty burger tapi versi yang ada sayuran. Ini adalah kegemaran Qaseh dan Niyaz.

Bahan-Bahan:
400gm daging/ isi ayam (cincang)
1 Biji bawang besar Holland (dipotong dadu)
1 Biji Capcisum Merah (dipotong dadu)
1/2 Biji Carrot (dipotong dadu)
1 sudu kecil Italian Herbs
150gm Mozarella cheese
1 Biji Telur
Sedikit daun sup/dauan bawang (dihiris halus)
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam
HOMEMADE BEBOLA DAGING SIHAT
Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan tadi didalam mangkuk. Gaul hingga semua sebati
HOMEMADE BEBOLA DAGING SIHAT
2. Bentukkan seperti patty burger atau bentuk bebola atau sosej.
HOMEMADE BEBOLA DAGING SIHAT
3. Panaskan sedikit minyak didalam pan atau periuk ajaib, masak patty tadi hingga keperangan. Bila sudah masak,boleh diangkat dan dimakan. Juga boleh disejukbekukan.
HOMEMADE BEBOLA DAGING SIHAT
HOMEMADE BEBOLA DAGING SIHAT
Nota:
1. Selain carrot, boleh juga dimasukkan batang saleri atau daun leek yang dicincang halus.
2. Untuk yang suka rasa pedas, boleh masukkan serbuk cili, Cayenne atau serbuk paprika.
3. Sebarang jenis cheese boleh digunakan sesuai mengikut citarasa masing-masing.
4. Selain dibuat sebagai patty burger, bebola daging juga boleh digunakan sebagai bahan dia dalam sos pasta, bakso dan macam-macam lagi masakan.
HOMEMADE BEBOLA DAGING SIHAT

JOM JOIN HAPPY BIRTHDAY BLOG SIS HAWA

Wednesday, January 31, 2018 1

Siapa nak menang wang tunai dan juga hadiah istimewa?

Tahun ini adalah ulangtahun pertama bagi blog sahabat blogger +SITI AWADAH  atau lebih mesti Liez panggil Awa. Bagi yang tidak mengenali Awa, beliau adalah seorang blogger yang mahir dalam mencantikkan atau makeover blog. Jadi, beliau telah mengadakan satu contest sempena ulangtahun blog beliau.

Ingin tahu lebih lanjut, boleh klik HAPPY BIRTHDAY SISHAWA DOT COM - BLOGGER CONTEST

Hadiah wang tunai juga menantipada yang bertuah. Contest akan berakhirpada 8 Februari nanti. Pemenang akan diumumkan pada 10 @ 11 Februari ini secara LIVE di FB Siti Awadah. So, korang masih lagi ada masa untuk join contest ini. Liez antara salah seorang sponsor dalam contest ini. Jom cuba mana tahu rezeki korang kali ini.

Antara sponsor-sponsor yang terlibat.
          

Tuesday, January 30, 2018

HARRISTON - COKLAT TEMPATAN SEHEBAT KUALITI ANTARABANGSA

Tuesday, January 30, 2018 13

“Anything is good if it's made of chocolate.” 
HARRISTON SIGNATURE
Siapa tak suka coklat kan? Tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa sangat suka dengan coklat. Dan baru-baru ini, Liez telah dijemput untuk bersama rakan-rakan blogger yang lain ke Harriston Signature Outlet di Cheras. Apa yang menarik di Harriston ni? 

Harriston adalah satu jenama produk tempatan yang ditubuhkan oleh sebuah keluarga pembuat coklat pada tahun 2005. Ditubuhkan oleh SC Teng yang merupakan seorang yang meminati coklat sejak dari kecil dan berimpian besar untuk memiliki sebuah emporium coklat yang terkenal di dunia dengan identiti Malaysia. Atas usahanya, kini Harriston merupakan salah satu pembuat coklat terbesar di Malaysia dan memiliki 5 cawangan di lokasi yang sangat strategik seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Pahang. 
HARRISTON SIGNATURE
HARRISTON SIGNATURE
Kami telah diberikan penerangan dan informasi-informasi berkaitan Harriston oleh Encik Shahrel yang merupakan Harriston's Sales and Marketing. 
Harriston Chocolate Durian
Harriston Chocolate Tongkat Ali
Harriston Chocolate Kelapa











Keunikkan tentang produk coklat di Harriston adalah kerana Harriston mengeluarkan lebih 150 pelbagai perisa selain yang melambangkan Malaysia antaranya Cili, Kari, Kelapa dan Durian. Juga mengeluarkan coklat yang ekslusif dan hanya terdapat di Harriston iaitu Tongkat Ali. Menarikkan! Lepas ni ramailah kaum Adam lagi suka makan coklat ye. 
HARRISTON SIGNATURE
Kepelbagaian coklat di Harriston telah mendapat perhatian dan menjadi lokasi pilihan pelancong-pelancong dari lebih 80 buah negara seluruh dunia. Ketika Liez disana, begitu ramai pelancong-pelancong luar yang datang untuk mendapatkan pelbagai jenis coklat yang unik ini.
HARRISTON SIGNATURE
HARRISTON SIGNATURE
HARRISTON SIGNATURE
HARRISTON SIGNATURE
HARRISTON SIGNATURE
Di Harriston juga, pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana coklat-coklat ini dihasilkan di Production Kitchen/Kiosk. Pengunjung boleh melihat setiap proses pengeluaran coklat dari mula hingga ke bahagian pembungkusan. Pengunjung akan mengetahui sendiri tahap kebersihan coklat yang dihasilkan disini.
HARRISTON SIGNATURE
HARRISTON SIGNATURE
Terdapat Harriston Signature Cafe yang menghidangkan pelbagai citarasa kopi dan coklat. Minuman unik seperti Nitro Coffee, 58% minuman coklat gelap ( dark chocolate), kopi karamel masin serta pencuci mulut yang lazat seperti muffin dan aiskrim durian. Semuanya sedap dan lazat.
HARRISTON SIGNATURE
HARRISTON SIGNATURE
Ada lagi yang menarik  di Harriston. Liez sangat excited bila dibawa ke Bengkel DIY dimana kami berpeluang menghias sendiri coklat yang telah disediakan. Dengan bayaran yang minimum, para pengunjung diberikan kit DIY dan akan diberikan sedikit penerangan bagaimana untuk menghias coklat.



Pelbagai jenis bengkel DIY disediakan seperti:

* Express DIY - RM8/seorang (15minit)
* Premium DIY - RM35/seorang (60 minit)
* Offsite Premium DIY - RM70/seorang (untuk diadakan diluar Harriston)
Semua bengkel DIY sangat sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 tahun keatas dan akan dibantu oleh pekerja Harriston.



Riuh rendah bila blogger-blogger diberi peluang untuk menghias coklat sendiri. Liez memang suka jika diberikan tugasan yang melibatkan kreativiti ni. Pada padangan mata nampak susah tapi sebenarnya mudah untuk yang baru pertama kali mencubanya. Satu pengalaman terbaik tahun 2018 ni!! Terima Kasih kepada Racheal Loh, founder Foodlifecious and drLife kerana memilih Liez untuk merasai pengalaman menarik ini.

Harriston terbuka untuk semua tidak kira lawatan secara persendirian atau berkumpulan.Jika ada yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh hubungi Harriston seperti dibawah:-


Website 

Facebook
Harriston chocolate


Harriston Signature
Kuala Lumpur
10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa.
Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tel : 603-92815122 / 603-92825122

Pulau Pinang
68, Jalan Kelawei, 
10250, Georgetown, Penang
Tel : 604-2261626 / 604-2262306
--------------------------------------------------------------
Harriston Boutique :
Pusat Pelancongan malaysia (MATIC)
139 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lu]mpur
Tel : 603-21622008/ 603-21624008

Pulau Pinang
20-D, Jalan Bagan Jermal, 10250 Penang
Tel : 604-2267010
--------------------------------------------------------------
Harriston
Gohtong Jaya Genting Highland
1 & 2, Jalan Jati 1,
Bandar Gohtong Jaya, 
69000 Genting Highland,
Tel : 603-61002010
---------------------------------------------------------------
Waktu Operasi : 
9.00 pagi hingga  6.00 petang (Isnin - Ahad)
* 9.00 pagi hingga  8.00 malam (Isnin - Ahad)
* untuk Harriston Boutique Jalan Ampang


Thursday, January 25, 2018

PENGALAMAN QASEH KE PRA-SEKOLAH

Thursday, January 25, 2018 11
PENGALAMAN QASEH KE SEKOLAH
Ini adalah pengalaman pertama Liez bila hantar anak ke sekolah. Sebelum ni hanya pernah hantar anak-anak ke nursery. Tapi kali ini ke sekolah. Liez dan Dearie decided untuk hantar Qaseh ke sekolah untuk umur 5 tahun. Sekolah yang Liez pilih hanya berada dibawah Kondo kami tinggal. Senang nak hantar dan jemput dari sekolah. Liez pun dah survey cara pembelajaran disitu dan kami berpuas hati. Sebenarnya Liez dah merancang nak masukkan Qaseh ke PASTI tapi bila memikirkan jarak agak jauh jadi kami cari yang berhampiran. Kalau sebut pasal fee untuk pendaftaran, sama je dengan tadika-tadika lain seperti Little Caliph dan Genius Aulad. Beribu juga kan? Hmmm bab tu malas nak komen nak fikir sebab memang kos persekolahan sekarang agak tinggi. Macam mana pun kena juga usaha untuk masukkan Qaseh ke sekolah.

Risau juga bila nak hantar Qaseh ke sekolah. Mana tahu dia menangis tak nak kan? Tapi since masa Liez start daftar bulan 11, dia asyik je sebut nak ke sekolah. Even tiap kali iklan di tv pasal sekolah akan dibuka,dia asyik bertanya bilanakbeli barangan persekolah dan bila nak mula sekolah.


Hari pertama persekolahan, Dearie yang hantar Qaseh ke sekolah. Liez pula, kebetulan kena bawa Niyaz ke klinik untuk check up. Tapi Liez sempat singgah sebentar di sekolah nak tengok Qaseh dan kawan-kawan sudah beratur di luar sekolah untuk perhimpunan. Comel sangat Liez tengok.

Dua hari juga teacher Ayu update aktiviti anak-anak di sekolah. Alhamdulillah, Qaseh tak menangis dan pandai bawa diri di sekolah. Pandai berkawan sebenarnya tapi Qaseh agak kasar macam Liez. Setiap hari, Qaseh akan cakap dia ada suprise untuk Liez. Rupanya, dia suprise Liez dengan aktiviti-aktivivti yang dilakukan disekolah setiap hari. Sweet sangat. DanLiez sediakan satu file untuk QASEH simpan semua yang dia belajar disekolah.Boleh buat kenangan dan dia boleh tengok semula bila dia sudah besar nanti. InsyaaALLAH


Alhamdulillah, sudah masuk minggu ketiga persekolahan dan Qaseh tetap semangat hendak ke sekolah. Walaupun agak susah bila disuruh mandi di awal pagi tapi kenalah pandai bermain psikologi dengan anak-anak kan? 



Niyaz pun sibuk nak pakai kasut sekolah