Wednesday, February 28, 2018

RESEPI JAPANESE CHEESE CAKE MUDAH

Wednesday, February 28, 2018 23
RESEPI JAPANESE CHEESE CAKE MUDAH
Bila anak-anak requested nak makan kek, mamanya teringin nak buat Japanese Cheese cake je. Selama ni asyik tengok je resepi tapi tak berkesempatan nak buat. Dan Liez pernah makan beberapa Japanese chesse cake tapi Liez rasa Japanese Cheese cake dari Yaohan Bakery Yang sedap setakat ini. Nak kena cuba rasa Japanese Cheese cake dari kedai cheese cake yang viral tu. Katanya sangat sedap dan menjadi kegilaan peminat cheese cake.

Semalam, atas bantuan anak-anak akhirnya Liez berjaya buat Japanese Cheese cake merujuk kepada resepi dari Facebook. Bahan - bahan kebetulan semua ada so memang memudahkan operasi buat kek ni.. Alhamdulillah, menjadi dengan gebunya dan tidak berapa manis.  Jom Liez share resepi mudah untuk Japanese Cheese cake ni

Bahan -bahan
1 cawan gula
6 biji telur (gred A) asingkan putih dan kuning
1/4 sudu kecil cream of tartar
50 gram butter
250 gram Cream cheese
100ml susu segar
60 gram tepung naik sendiri
20 gram tepung jagung

Cara penyediaan:
1.Cairkan cream cheese, butter dan susu dengan cara double boiler. Kemudian masukkan tepung kek,tepung jagung dan kuning telur.Kacau hingga semua bahan sebati.

2. Putih telur dan cream of tartar tadi dipukul hingga kembang. Campurkan gula hingga telur tadi kembang hingga menjadi meringue (lihat gambar)

3. Ambil 1/3 meringue dan campurkan kedalam adunan cream cheese tadi secara kaup balik. Kemudian habiskan merigue tadi. Jangan terlebih kacau ye.

4. Masukkan adunan tadi dalam acuan bersaiz 8 atau 9 inchi yang telah dilapik dengan baking paper.

5. Bakar dengan cara water bath selama satu jam dengan kepanasan 170 degrees C. 

Nota:
1. Boleh cairkan cream cheese didalam microwave
2. Biarkan kek sejuk didalam oven sebelum dibawa keluar.
3. Boleh kurangkan jumlah gula jika ingin mengurangkan kemanisan

Monday, February 26, 2018

vBARISTA COFFEE INOVASI DARI MESIN KE BIJI KOPI KE CAWAN

Monday, February 26, 2018 13
Liez suka kopi? Tak, tapi Liez hantu kopi.. Haaaa hantu lagi. Liez mesti dapatkan secawan kopi setiap pagi untuk memulakan hari. Kalau tak minum, mood seakan hilang dan kerja seharian seakan lambat selesai. 
Bila sebut pasal kopi, Liez nak review satu jenama kopi yang boleh didapati dari mesin layan diri. Opsss jangan salah faham. Kopi ini bukan kopi dalam tin atau kopi 3 dalam satu ye. Kopi yang Liez jamin rasanya setanding kopi dari kafe terkenal. Ini adalah kopi berkualiti premium dan yang lagi penting di brew segar menggunakan biji kopi Caffe Verganano. Biji kopi ini berasal dari Itali ini adalah kopi panggang yang tertua juga terkenal dengan campuran bahan mentah berkualiti tinggi dan dipanggang secara tradisional.
vBarista merupakan mesin layan diri kopi dari Itali yang menggunakan teknologi terkini untuk di nikmati oleh orang ramai. Uniknya mesin layan diri vBarista ialah pembelian dibuat dengan menggunakan kod QR yang telah dimuatnaik di telefon bimbit. Memang sangat mudah dan cepat.Korang tidak akan mengalami masalah tiada duit kecil atau tiada wang tunai dalam simpanan.  


Apa yang korang perlu lakukan ialah:
1. Daftar masuk di www.vbarista.com
2. Isikan details ringkas
3. Kod QR akan diterima dan email akan di hantar untuk pengesahan
4. Pilih untuk tambah nilai sebanyak RM 5, RM 10, RM 20 atau RM 50

5. Kemudian pembayaran boleh dibuat menggunakan debit atau kredit kad.

Ok, Liez akan terangkan cara menggunakan kod QR untuk pembelian kopi vBarista
1. Pilih minuman pilihan korang pada mesin layan diri
2. Sentuh kod QR pada skrin yang disediakan
3. Selesai.. Tunggu minuman korang siap!!
Mudah kan? Ia seakan kad keahlian yang sentiasa ada dengan korang. Tidak perlu risau jika kad korang tertinggal ke, duit kecil tidak mencukupi ke. Hanya gunakan kod QR pada telefon bimbit sahaja. Tambah nilai juga bolehdibuat secara onlinepada bila-bila masa sahaja.
Mesin layan diri vBarista menyediakan pelbagai jenis kopi dan juga minuman lain seperti Espresso, Americano, Cappuccino, Moccaccino, Caffe Latte, Hot Chocolate, Gree Tea Latte, Organic Soya, Milk dan Lemon Tea. Semuanya dengan harga RM2.99 sahaja. Liez ulang sekali lagi RM 2.99 sahaja. Murah tu kan. Tapi ini adalah harga promosi sehingga perubahan diberitahu kelak.
Mana nak dapat kopi vBarista ni?
Mesin layan diri vBarista telah ditempatkan di beberapa tempat sekitar Lembah Klang seperti Bursa Malaysia, Digital Mall Section 14 Petaling Jaya, BAC @ VSQ Petaling Jaya, Sogo ATM hall dan MATRADE MEEC. Dan akan berada berada di beberapa lagi lokasi strategik untuk peminat kopi menikmatinya nanti.

Buat pencinta kopi, dapatkan secawan kopi vBarista untuk memulakan hari dengan ceria. Dan secara jujurnya, rasa kopi vBarista setanding kopi dari kafe terkenal.


Untuk maklumat lanjut, boleh terus klik 

Facebook

Instagram

Friday, February 23, 2018

DUDUK DI KONDO TAPI PERANGAI MACAM SAMPAH!!

Friday, February 23, 2018 14

Assalamualaikum semua..
Panas je hati ni.  Ni kejadian baru beberapa minit terjadi. Liez baru je on lappy untuk update blog. Tetiba dengar bunyi benda pecah dekat bawah. Usha punya usha, sampah dicampaknya dari atas. Dah banyak kali residents kondo Liez ni duk komplain pasal ada resident yang buang sampah dari tingkat atas.
Dah banyak kali berlaku residents buang sampah la, baling telur la. Lagi teruk lagi, buang bangkai kucing pun pernah sekali terjadi. Apa punya bengap la haiiiii.. Apa la susah sangat otak diaorang ni untuk berfikir. Bilik sampah dah ada di setiap tingkat bersebelahan lif je. Susah sangat ke nak pergi buang. Aishhhh memang otak sampah. Pihak management pun dah tak tahu nak buat apa dah. Kalau nak install CCTV lagi, memang residents marah sebab kos maintenance akan bertambah. Disebabkan seorang dua yang otak sampah, semua kena tanggung bahana.
Hidup jangan hanya fikirkan diri sendiri je. Kena juga ingat orang sekeliling. Buatnya baling kena budak-budak, orang yang lalu lalang dekat bawah tu siapa nak bertanggungjawab? Kalau cedera biasa takpe lagi, kalau cedera parah atau maut apa nak buat?? Benda mudah pun masih ramai yang tak boleh nak fikir..
Kalau dapat dekat Liez orang yang buang-buang sampah ni, memang Liez campak di ke bawah pulak!! 

Thursday, February 22, 2018

THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray BERI PERLINDUNGAN MAKSIMA DENGAN SEKALI SEMBURAN

Thursday, February 22, 2018 3
"Mama, kakak dah selsema"
"Ala kesiannya. Ada kawan kakak yang tak sihat ke?"
"Ada, Aishah"

Tapi boleh jadi sebab cuaca sekarang yang dingin membuatkan anak tidak sihat. Lagipun virus mudah berjangkit pada anak-anak kan? Mulalah Liez sibuk sapukan balm dan sanggup sedut hinggus asalkan anak-anak selesa. Tak keruan bila fikir bila malam nanti, mereka akan menghadapi masalah pernafasan berbunyi dan tidur tidak nyenyak. Mulalah mood anak-anak pun berubah asyik meragam saja. Lagi risau kalau berjangkit pula pada si adik, lagi parah!! Siapa lagi yang terpaksa berjaga malam memantau anak-anak, mama juga kan? Bukan mengeluh tapi itulah yang harus dihadapi bila anak-anak berdepan dengan masalah kesihatan

Liez masih ingat bila tahun 2016, negara kita diserang penyakit Hand, Foot, Mouth disease (HFMD) dan Influenza A H1N1.Ia terus menjadi masalah diseluruh dunia dan meragut banyak nyawa. Lebih berisiko bila virus ini senang berjangkit pada bayi dan kanak-kanak berusia bawah 10 tahun juga ibu mengandung. Dan ketika itu, kerajaan terus melancarkan kempen mengatasi masalah penyakit ini dan mencari cara mengubati yang berkesan. Dan yang paling menakutkan tiada vaksin atau ubatan sedia ada untuk mengatasi penyakit virus ini.

Apa itu HFMD?
Ia disebabkan oleh virus yang dikenali sebagai enterovirus meliputi Coxsackie Virus A16 (Cox A16) dan Enterovirus 71 (EV 71) yang menular melalui sentuhan dengan cecair hidung, air liur, luka dan najis kanak-kanak yang dijangkiti serta sentuhan pada permukaan dan alatan permainan yang tercemar dengan virus HFMD. Mengikut kajian, tahap bakteria yang berada di luar atau di taman permainan lebih banyak dari bakteria di tandas kita. Gerun dengar kan?? Bayangkan jika anak-anak seharian bermain diluar rumah dan balik ke rumah dengan membawa balik virus yang merbahaya ini. Faktor utama merebaknya penyakit adalah disebabkan kebersihan diri dan persekitaran kita. 

 "Mencegah lebih baik dari mengubati".

Kini, korang tidak perlu risau lagi sebab THYMOS® memperkenalkan satu formula semburan yang mampu membunuh virus penyebab HFMD iaitu THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray. Keistimewaan THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray adalah disinfektan yang berkuasa tinggi yang direka khas dalam membantu para ibu dalam mempersiapkan anak-anak dalam mencegah penyakit HFMD. Ia seakan perisai untuk anak-anak yang seharian terdedah dengan wabak penyakit ini. Telah berjaya dipasarkan dan mendapat sambutan hebat di 29 negara dalam masa 6 bulan.
Hanya dengan satu semburan mampu melindungi anak-anak
kita selama 10 hari? Biar betul?!!

THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray adalah sanitiser luar biasa yang terbukti secara klinikal membunuh 99.99% virus dan bakteria yang paling kecil dan paling merbahaya seperti virus penyakit HFMD EnteroVirus dan selsema Influenza A H1N1. Dengan satu semburan sahaja ia mampu melindungi anak-anak kita dari mendapat penyakit HFMD atau selsema berulang dan ia mampu bertahan selama 10 hari. THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray satu-satunya menggunakan revolutionary “Self-Sanitizing” Technology dari United Kingdom adalah yang terbaik di dunia. Teknologi Pembersihan Automatik ini telah dipaten, dan ia mengandungi mineral aktif berkualiti tinggi yang menghasilkan ion negative bakterostatik yang menyahfungsikan dan memusnahkan kuman-kuman, patogen dan allergen sebelum ia berpeluang menyerang. Mineral aktif ini akan cas semula secara automatik apabila terdedah kepada udara, maka sekali semburan boleh tahan 10 hari.

Kandungan THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray tidak mengandungi alkohol, tiada Paraben, tiada toksik, tiada Antibiotik dan tiada Steroid. Juga sangat selamat pada kulit kerana mengandungi pH5.5. Jadi korang tidak perlu risau jika terkena pada kulit.
THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray hanya untuk kegunaan luar sahaja. Kandungan botol kecil mampu bertahan sehingga lebih kurang 170 kali semburan. Boleh di semburkan pada:-
* pakaian
* barangan permainan
* meja dan kerusi bayi di restoran
* bantal dan tilam
* atau semua permukaan yang bersesuaian

Hanya semburkan sekali pakaian anak-anak seperti pemakaian minyak wangi, semburan pada barangan mainan dan kerusi anak-anak sudah cukup melindungi mereka dari mendapat penyakit merbahaya ini. Bersaiz kecil, mudah disimpan dan dibawa kemana-mana untuk digunakan bila-bila masa sahaja. Antara barangan yang wajib ada didalam bag atau laci untuk melindungi anak-anak korang.
Boleh dapatkan produk THYMOS® Anti HFMD/FLU Spray di semua Guardian Pharmacy Malaysia dengan harga promosi RM69.90 sahaja (harga asal RM75.00).

Untuk keterangan lanjut boleh lawati:

Website: www.thymos.uk

Pembelian boleh dibuat secara online

Malaysian Distributor: http://www.enapakmarketing.com/
OR

NIKMATI 18% PULANGAN TUNAI SEMPENA KEMPEN HARI GAJI HANYA DI SHOPEE

Thursday, February 22, 2018 8

Rugi tau kalau tak shopping di Shopee pada 26 - 28 Februari ni? Kenapa? Ini sebabnya Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji sebagai satu inisiatif kepada korang yang suka membeli-belah dalam tempoh penerimaan gaji.

Istimewanya, pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran dan penjimatan.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,”

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank. Haaa itu Liez setuju. Dan Liez pun buat pembelian pada waktu tersebut.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

No
Kategori
Kategori Kecil
1
Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri
2
Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek
3
Permainan, Kanak-kanak & Bayi
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan
4
Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun
5
Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur
*Sila rujuk infografik dilampirkan
Nak lagi tawaran menarik??? Ada tau..
Shopee akan mulakan  keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen bermula dari 21 Februari dengan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Dan sepanjang 3 hari kemuncak kempen (26 hingga 28 Februari) pula, korang boleh nikmati tawaran hebat atas lebih 5,000 produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet, Kesihatan & Kecantikan,  Permainan, Kanak-kanak & Bayi,  Perabot & Perhiasan Rumah, Perkakas Rumah, Barang Runcit & Haiwan Peliharaan, Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. 

Jenama seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo juga memberikan penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Tidak lupa juga, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh kempen pada harga yang amat rendah bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

Istimewa di Sosial Media
Bagi kaki Facebook, jangan ketinggalan untuk menyertai  Shopee Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang. Ada hadiah untuk pengguna memenangi syiling Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999. Ada juga Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau cara mudah muat turun aplikasi Shopee di telefon bimbit korang.

MEMBERSIHKAN PINTU SLIDING ATAU TINGKAP DENGAN MUDAH

Thursday, February 22, 2018 3

Assalamualaikum semua.. 
Macam mana hari ini? Ada yang sibuk dengan kerja di pejabat dan ada juga yang sibuk dirumah. Suri rumah macam Liez memang sentiasa sibuk je tambah lagi dengan anak-anak yang masih kecil. Rumah bersepah satu hal.. masa nak fokus pada membersihkan rumah pun tak menentu. Kalau bab cuci tingkat atau pintu sliding ni memang paling Liez rasa bercinta sangat nak buat. Bukan apa,rasa renyah sikit. Tapi Liez dah jumpa barang yang sangat membantu ni.

Kali ini Liez nak share review satu barang yang Liez beli di Chillindo.com. Sebenarnya dah lama Liez mencari barang ni tapi tak pasti namanya. Kebetulan masa perhatikan barang-barang yang nak dibida tu, ternampak la benda ini. Macam tahu-tahu je Liez duk mencari kan.. Duk asyik membida, akhirnya Liez berjaya!! Liez berjaya membida dengan harga RM 7.00 sahaja. Memang excited la kan. 

Cara penggunaan pun senang. Korang perlu dekatkan 2 permukaan pencuci ke tingkat didalam dan diluar sahaja. Ia mempunyai magnet yang akan melekat antara cermin. Semburkan sahaja cecair pencuci pada cermin. Kemudian gerakkan glass clean tersebut. Untuk keselamatan, ia juga menyediakan tali untuk korang ikatkan pada tangan bagi mengelakkan ianya terjatuh. Kalau duduk apartment atau kondo, tak pasal-pasal orang lalu lalang kat bawah kena hihihi. Bab keselamatan memang Liez rasa sangat bagus. 2 permukaan ada span yang berfungsi untuk mencuci dan getah untuk tujuan membuang air di cermin. 
Bersih dah sliding door!!
Doublefaced Glass clean ini memang sangat berguna tau. Sebabnya ia memudahkan kita mencuci tingkat dan pintu yang dipasangkan grill. Memang susah tangan ni nak mencelah di celah-celah besi tu. Satu lagi, tingkap-tingkap yang diluar sangat susah untuk dibersihkan. Liez makin semangat nak bersihkan cermin tingkat kalau ada glass clean hihihi.. Even anak-anak pun boleh tolong cucikan.

Korang kena dapatkan doublefaced glass clean ni memang memang berbaloi dan menyenangkan kerja mencuci cermin. Boleh dibeli di Lazada dan Shopee juga. Macam-macam bentuk Liez tengok dan harga berbeza. Beli jangan tak beli tau

Wednesday, February 21, 2018

KEBAIKAN BAHAN-BAHAN DALAM SUP AYAM HERBA BAGI MERAWAT BATUK DAN SELSEMA

Wednesday, February 21, 2018 1
Assalamualaikum semua..
Penat seharian hari ni dengan anak-anak. Baru 2 orang tapi macam 5 orang hihihi. Toys bersepah sana sini. Redha jela kan, kalau duduk rumah tinggi ni, memang dalam rumah la playgroundnya.Kali ni Liez nak share kebaikkan bahan-bahan dalam dalam resepi rawatan alami yang Liez amalkan untuk merawat anak-anak bila batuk dan selsema.



Apakah kebaikan sup tulang?
1. Membantu meningkatkan daya tahan penyakit
2. Sejenis makanan cecair yang menenangkan
3. Memiliki kadar mineral yang tinggi seperti Kalsium, Magnesium,Phosphorus
4. Sangat berkesan dengan bawang putih 
5. Mempunyai gelatin baik untuk sendi
6. Bagus untuk meningkatkan keanjalan rambut, kulit dan kuku
7. membantu melancarkan sistem pencernaan
8. Menangani stress dan mendapatkan kualiti tidur yang baik

Sebenarnya, amalan tradisional seperti makan sup oleh penghidap demam selesema membantu meredakan simptom demam selain itu sup dapat meredakan inflamasi atau keradangan. Asid-asid amino glycine, proline dan arginine bersifat anti keradangan. Begitu juga dengan bawang, bawang putih, halia serta merangkumi semua herba yang ditambah dalam sup. Sayur-sayuran seperti saderi, karot dan tomato yang ditambah dalam sup juga bersifat antikeradangan.

1. Habatussauda

- membantu membunuh bacteria jahat dalam tubuh
- membantu meningkatkan sistem daya tahan penyakit dan menjadi Bioregulator
- anti bakteria, anti fungus, anti parasit yang membantu sistem dalam badan.

2. Minyak Kelapa Dara

- mengandungi asid Laurik untuk memberi sokongan terhadap sistem imun badan
- Asid Caprylic yang di akui dapat membunuh bakteria jahat
- mempunyai lemak yang baik sebagai anti bakteria, anti fungus, anti parasit yang membantu sistem dalam badan.

3. Cuka epal

- alkali yang baik untuk membantu menangkis virus
- kandungan potassium membantu dalam membuang lendir dan kahak
- asid Asetik menghalang pertumbuhan bakteria
- meningkatkan sistem daya tahan penyakit dalam badan.

4. Kunyit dan Halia

- mempunyai kesan Terapeutik pada batuk terutama batuk kering
- kadungan vitamin C yang rendah dan meningkatkan imun badan
- mempunyai anti keradangan semulajadi

5. Bawang putih
-Bawang putih mempunyai kedua-dua komponen antibakteria dan antimikro yang membantu merawat batuk.

6. Bawang Merah

- meningkat sistem imun badan dan melawan toksik dalam badan
anti bakteria, anti fungus, anti parasit yang membantu sistem dalam badan.

Haaa..semua bahan yang Liez guna dalam sup ayam herba memang bersifat antibakteria dan antitussive (antibatuk), antipiretik (cegah atau redakan suhu tinggi akibat demam), antispasmodic (antikekejangan) dan decongestant (redakan hidung tersumbat). Dan juga bertindak secara sinergi dalam meredakan demam selesema dan batuk.

Selain buat sup ayam untuk batuk dan selsema, Liez juga buat ubat batuk semulajadi.. Nak tahu, baca sini >>> Jus Nenas 5 kali lebih berkesan dari ubat

Tuesday, February 20, 2018

JUS NENAS 5 KALI LEBIH BERKESAN DARI UBAT

Tuesday, February 20, 2018 13

Assalamualaikum semua..
Sekarang musim anak-anak batuk selesema. Nak bagi ubat batuk, Liez memang cerewet sikit. Tak nak ajar bagi anak-anak makan ubat ni. Kalau boleh beri cara alami, Liez bagi dulu. Tapi kalau keadaan masih tidak berubah, baru Liez ke klinik dan dapatkan nasihat doktor. Qaseh cukup serasi sangat. Sekarang bila dia selsema dan batuk, Liez amalkan buat jus nenas selain Sup Ayam Herba.

Entry >> SUP AYAM HERBA 9 JAM MERAWAT BATUK DAN SELSEMA DENGAN BERKESAN

Kebaikan Jus Nenas
kaya dengan antioksidan dan membantu untuk membantu pencernaan, dan membersihkan badan dengan lembut dan alkali. Minuman detox halia nanas ini menawarkan manfaat nutrisi yang membunuh bakteria tidak baik.

Bahan-Bahan:
* Sebiji buah nenas yang masak(tak kisah Josephine ke nenas madu ke asalkan nenas)
* 3 hirisan lemon (sekali kulit ye, buang bijinya)
* Seinci halia.

Cara Penyediaan:
1. Buang nipis kulit nenas, cuci . Buang empulur dalam dan potong kecil-kecil.
2. Masukkan dalam blender or juice processer kesemua bahan-bahan tadi dan blend sampai hancur. Kalau yang ada Slow Juicer tak perlu tambah air. Tapis airnya dan minum. Jus boleh disimpan dalam botol dan simpan didalam peti sejuk. Boleh tahan selama 3 hari.


Alhamdulillah, cara minum jus nenas pun serasi dengan Qaseh. Liez pun try, memang berkesan dan sedap pulak tu. So, kawan - kawan boleh la cuba. Boleh juga dicampur dengan madu pada sesiapa tak tahan rasa masam tu. Sedap tau.. jangan letak lemon banyak sangat nanti pahit pulak..

SUP AYAM HERBA 9 JAM MERAWAT BATUK DAN SELSEMA DENGAN BERKESAN

Tuesday, February 20, 2018 14
SUP AYAM HERBA 9 JAM
Assalamualaikum semua..
Sihat tak? Alhamdulillah Liez sekeluarga sihat kecuali Qaseh. Pagi tadi tetiba dia macam tak bermaya dan asyik menempek atas sofa. Boleh nampak ketidakaktifan dia. Malam tadi dia batuk-batuk dan tidur pun terganggu. Bila periksa suhu badan, suhu badan agak tinggi dari suhu normal. Liez mula la kalau anak-anak tak sihat, Liez susah hati. Kepala pun mula la fikirkan makanan yang sesuai untuk bantu anak-anak melawan virus-virus jahat tu. Liez tidak galakkan anak-anak makan ubat melainkan sakit dah lama tapi masih belum pulih baru Liez jumpa doktor untuk dapatkan penjelasan lanjut.

Selain Liez sapukan minyak herba, Liez akan masak makanan yang membantu tubuh badan melawan penyakit dan virus. Perlu rawatan bukan sekadar luaran tapi dari dalaman juga untuk lebih cepat bertindak ke atas tubuh badan. Kandungan bahan-bahan yang Liez guna memang sangat membantu anak-anak Liez kembali sihat dalam masa yang singkat. Lagi penting, Qaseh dan Niyaz memang suka giler dengan sup ni. Walaupun nama je herba tapi memang sedap tau. Liez akan share resepi wajib buat sejak dari Qaseh lagi.

Bahan-Bahan:
Tulang ayam
2 batang serai ( diketuk)
Minyak kelapa dara
Cuka epal
Serbuk habatussauda
Sup bunjut Adabi
Garam bukit
Air secukupnya

Sayuran:
Lobak merah (dipotong kecil)
Batang saleri (dipotong kecil)
Bunga kobis (dipotong kecil)
Sayur Broccoli (dipotong kecil)

Bahan untuk dikisar halus:
Bawang merah
Bawang putih (lebihkan)
Halia (lebihkan)
Kunyit

Peralatan:
Periuk Slow cooker

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan-bahan diatas ke dalam periuk slow cooker.
2. Biarkan ia masak dan mereneh sekurang-kurangnya 9 jam
3. Siap dihidangkan makan bersama nasi, bubur nasi atau bihun.

Nota:
- jumlah bahan yang digunakan terpulang kepada individu.
- penting lebihkan halia dan bawang putih
- sayur boleh pilih antara yang Liez senaraikan. Cukup sekadar lobak merah dan batang saleri pun kira ok dah

Mudah kan? Bahan-bahan pun memang sedia ada dirumah. Macam Liez memang akan pastikan semua bahan-bahan ada dirumah. Batuk selesema ni datang tanpa disangka so boleh je masak bila-bila masa je. Liez bagi anak-anak makan sup ni 3 kali sehari. selalunya 2,3 hari batuk selsema anak-anak pun hilang. Pastikan anak-anak dah cukupusia untuk ambik semua bahan-bahan dalm sup ayam ni tau. Liez suggestion anak dah berusia 15 bulan ke atas.

Liez sebenarnya dah lama amalkan sup ayam herba ni dan kongsi dengan kawan-kawan dan adik beradik. Dan alhamdulillah diaorang pun boleh nampak keberkesanan sup ayam ni.

Sunday, February 18, 2018

MINUM AIR SECUKUPNYA ELAK PENYAKIT MERBAHAYA

Sunday, February 18, 2018 4

Air membentuk sekitar 66% berat badan
Setiap organ, tisu, dan sel dalam badan bergantung pada air.

Uishhhkkkk, mana boleh tahan kalau takde air kan? Liez pulak jenis kena minum air banyak even masa dalam pantang pun banyak minum air sebab nak produce susu banyak. Lupa habis pantang larang orang tua untuk kurangkan pengambilan air masa dalam pantang.

Air sebenarnya sangat diperlukan dalam tubuh badan kita. Banyak kebanyakan air dalam sistem tubuh badan manusia antaranya
  • mengimbangi cecair dalam badan
  • mengawal suhu badan
  • pelincir kepada matadan juga sendi-sendi
  • menjaga tisu dan saraf tunjang 
  • membantu membuang kandungan racun dalam badan
  • mengawal kalori dalam badan
  • memastikan kulit sentiasa lembap dan awet muda
  • Memastikan tisu dan garis tunjang anda.
Tanpa air, badan kita akan berhenti bekerja dengan sewajarnya. Untuk kekal terhidrasi, cuma memerlukan minuman dan makan makanan kaya dengan cecair. Sekali-sekala, badan mungkin kehilangan lebih banyak cecair dari yang diharapkan. Ini boleh berlaku kerana tindakan fizikal, berpeluh, kencing manis, muntah atau cirit-birit. Ini menyebabkan ketidakteraturan elektrolit dalam badan, yang menyebabkan dehidrasi. Ramai individu tidak tahu apabila badan mereka memerlukan air.

Tanda-tanda amaran badan manusia memerlukan lebih banyak air:

1. Sakit Kepala
Ini antara tanda biasa berlaku kepada kita. Akan terjadi bila cuaca panasdan kurang pengambilan cecair. Apabila tahap penghidratan badan berkurangan,ia mempungaruhi bendalir dan mengurangkan oksigen serta aliran darah ke otak. Jadi, selepas ini jika rasa sakit kepala ubatnya adalah perbanyakkan minum air suam.

2. Mulut kering dan nafas berbau
kekurangan air membuatkan bakteria cepat merebak dan ia akan berlaku di dalam mulut manusia. Mulut akan berbau dan kering. Air seakan mencuci dan membersihkan mulut dengan berkesan.

3. Sembelit
Haaaa ini Liez kerap alami kalau kurang minum air. Sebabnya air menjaga saluran perut agar sentiasa lembab. Kekurangan air disebabkan muntah dan cirit birit membuatkan air kurang dan najis menjadi keras. Is juga membuatkan pedih ulu hati.

4. Mengatasi keinginan makan keterlaluan
Kalau nak kurus,ini salah satu cara yangperlu diamalkan. Banyakkan minum air ketika dalam proses penurunan berat badan. Dan pengambilan segelas air sebelum makan boleh mengurangkan selera makan. Air juga membantu membuang toksik-toksik dalam badan seperti garam dan gula. Air mempercepatkan proses penurunan berat badan dengan cepat dan selamat.

5. Proses membuangan air kecil terganggu
Ini kena diambil perhatian!! Bukan saja membuang air keil boleh menguruskan badan tetapiia juga membolehkan toksik-toksik jahat untuk ibuat dengan betul. Kekerapan membuang air kecil sangat penting untuk kesihatan. Tanda-tanda kekurangan air boleh dilihat dari warna air kencing. Semakin gelap warna kuningnya bermaksud tubuh badan memerlukan lebih banyak air.

6. Lesu dan tidak bermaya
Kekurangan air menyebabkan ketegangan dalam peredaran darah dan oksigen tidak dihantar secukupkan ke badan. Ia akan kering dan membuatkan badan letih dan malas. Jadi kerapkan minum air.

7. Sakit pada otot dan sendi
Air adalah penting bagi sendi dan ligamen yang kukuh kerana mengandungi 80 peratus air. Pada masa tubuh terhidrasi, sendiakan mengembang secara mendadak dan ia menyebabkan pergeresan antara satu sama lain. Kekejangan juga akan mudah berlaku.

8. Kulit dan bibir kering
Kesan kekeringan kulit dan bibir memang ketara. Kulit dan mula mengelupas atau bersisik, bibir akan mengelupas dan pedih. Air memberikan kelembapan pada kulit dan juga membuatkan kulit bernafas dan bercahaya walaupun tanpa makeup.

Haaaa, ada tak korang alami tanda-tanda seperti Liez sebutkan? Kalau ada, berhati-hati dan apa yang perlu korang buat? Minum air banyak-banyak.Minum air banyak takkan buat gemuk air macam yang orang duk sebut-sebut. Sebenarnya minum air banyak la yang bagus.

Bagaimana nak mengatasi masalah dehidrasi?

- Banyakkan minum air atau makanan yang mengandungi kadar cecair yang tinggi
- Mulakan hari dengan minum secawan air (suhu bilik) dan segelas sebelum mengambil makanan
- setkan masa untuk mengambil air
- sentiasa bawa air kemana sahaja korang pergi
- Elakkanmengambilminumamberkabonat, berkafein atau minuman keras
- Jika mengalami cirit birit atau muntah-muntah,kerapkan lagi minum air

Lepas ni, pastikan korang minum air untuk pastikan badan sihat dan kulit cantik macam Liez..ahakk!!