Thursday, March 29, 2018

Estime & Sens Produk Penjagaan Wajah dan Badan Organik dari Perancis

Thursday, March 29, 2018 2

Kalau bab nak cantik ni memang Liez suka. Walaupun biasa-biasa saje tapi dah namanya perempuan memang itu la yang ditenungkan hihihi. Baru-baru ini, Liez telah menghadiri majlis pelancaran produk penjagaan wajah dan badan Estime & Sens dari Perancis di RUANG, SS18 Subang. Ia adalah untuk memperkenalkan beberapa siri produk penjagaan wajah dan badan  yang dibuat dari bahan organik dan dijual secara esklusif di spa dan di salon kecantikkan. Produk- produk Estime & Sens ini dihasilkan untuk memberikan yang terbaik dari sumber yang terbaik untuk mendapakan hasil terbaik. 


Bagaimana dengan kualiti dan keberkesanan?
  1. Setiap produk Estime & Sens telah melalui penyelidikan untuk memastikan bahan aktif utama dipilih dengan teliti dan diukur tepat bagi memberikan penyelesaian pada masalah kulit tertentu.
  2. Setiap produk Estime & Sens dikembangkan untuk menyamai dengan produk-produk lain dipasaran dan mengoptimumkan keberkesanan pada kulit.
Adakah selamat digunakan?
  1. Estime & Sens hanya dihasilkan dari bahan organik dan satu-satunya yang mampu memberi jaminan kualiti dan selamat pada kulit. Kesemua produk telah disahkan oleh ECOCART dan mempunyai label COISMEBIO.
  2. Semua produk Estime & Sens dihasilkan di Perancis dan melalui ujian yang ketat.
Ada 5 siri set penjagaan wajah dan mengandungi formula-formula berbeza
  1. Anti Aging - melembutkan, memelihara dan menguatkan kulit Mengandungi Evening primose oil, Pomegranate extract, Organic prickly pear oil and Pelvetia canaliculata seaweed extract.
  2. Comforting - melembapkan dan sesuai untuk kulit sensitifMengandungi Organic rose flower water, Organic Argan oil dan Organic sesame oil
  3. Brightening - membantumembuang pigmentasi dan memberikan kelembutanMengandungi NewZealand tree fern, Apple seed extract dan Papaya extract
  4. Purity  & Balance - untuk kulit berminyak                                                  Mengandungi Rice extract, Organic sweet orange,Lemon essential oil, organic apline willow herb dan organic orange blossom water.
  5. Dry & Dehydrate - memberikan kesegaran, kecerahan dan kulit sihat      Mengandungi organic olive oil, mint,jojoba beads dan organic indian chestnut.
Produk Estime & Sens telah memilih untuk memasarkan produk-produknya kepada salon dan spa terpilih kerana ingin memastikan produk dan perkhidmatannya diberikan kepada pelanggan dengan bantuan dari pakar kecantikkan bertauliah.

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi info dibawah:

Alamat:
Pusat Perdagangan One Puchong 46-2,
 Jalan OP 1/3, Pusat Bandar Puchong 47100 Puchong Selangor 
Tel: 019-333 4718

Website:

Facebook:

Thursday, March 22, 2018

Cetus Minat Anak-Anak di KidZania GO! di Quill City Mall Kuala Lumpur

Thursday, March 22, 2018 7



Hai korang.. Apa aktiviti anak-anak time cuti sekolah ni? Liez baru balik dari KidZania GO di Quill City Mall. Disana macam -macam aktiviti menarik untuk anak-anak korang cuba. Liez ke sana bersama Qaseh dan menaiki Komuter dari Serendah dan Monorail dari KL Sentral. Memang jauh perjalanan kami hari ni. Tapi seronok dan mudah sebab ada pengangkutan seperti Monorail untuk Quill City Mall.

Bagi yang nak bawa anak-anak ke KidZania GO!, ia adalah PERCUMA. Korang hanya perlu berbelanja RM38 dalam satu resit di mana-mana outlet di dalam Quill City Mall sahaja. Dan tiket masuk boleh ditebus di kaunter di KidZania GO! di Main Atrium di tingkat bawah Quill City Mall

Ada 8 aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti:
Sharp Air Quality Control


Court house 


Volvo - Stop, look and wave



Scott's Research Lab

Magic Studio


Recycling centre

TV Studio


Mc Donald's Fitness Centre
Liez pun jadi excited bila tengok Qaseh seronok melakukan aktiviti -aktiviti tu. Rasa macam Liez nak join sekali. Korang jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak korang untuk menerokai alam pekerjaan yang sebenar bermula dari 19 March hingga 25 March ini dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Juga ada promosi untuk yang berminat untuk dapatkan tiket ke KidZania Kuala Lumpur.

Wednesday, March 21, 2018

Pembedahan Bariatric Kaedah Penurunkan berat badan berkesan

Wednesday, March 21, 2018 26
Berat badan dah naik ni. Risau pula Liez bila tengok angka dekat scale. Uiishhhh memang kena start balik program penurunan berat badan ni. Tapi mampukah Liez berjaya turunkan berat badan ni sebelum menjelang Ramadhan nanti? Perlukan usaha lebih untuk penurunan berat kali ini. Ada tak cara yang mudah dan cepat untuk penurunan berat badan ni? Hmm... memang ada. Pembedahan Bariatric adalah penyelesaianya..

Apa itu Pembedahan Bariatric?
Pembedahan bariatric adalah pembedahan pada sistem pencernaan dalaman untuk membantu pesakit obesiti melampau dalam proses penurunan berat badan. Boleh je dikatakan pembedahan ini cara berkesan mengawal risiko penyakit yang lebih serius seperti tekanan darah tinggi, strok, kencing manis, serangan sakit jantung atau penyakit yang disebabkan oleh lebihan berat badan.
Sumber: Google
Ada 4 jenis pembedahan Bariatric yang boleh dipilih mengikut kesesuaian termasuk BMI, tabiat makan, masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti

1. Adjustable gastric banding (AGB)
2. Roux-en-Y gastric bypass (RYGB)
3. Biliopancreatic diversion with a duodenal switch (BPD-DS)
4. Vertical sleeve gastrectomy (VSG)
Tapi korang jangan fikir mudah untuk menyelesaikan masalah obesiti ini dengan membuat pembedahan Bariatric je tapi ada beberapa kriteria yang perlu diambil kira sebelum membuat pembedahan ini. Dan bukan semua orang dibenarkan membuat pembedahan Bariatric tau. Mereka yang mempunyai masalah seperti dibawah sahaja yang digalakkan membuat pembedahan ini.

1. Berlebihan berat badan sebanyak 20kg atau lebih
2. BMI lebih besar daripada 37 dan mempunyai masalah kesihatan berkait obesiti seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, sakit belakang kronik dan sakit sendi, apnea tidur, hiperkolesterolemia, dan lain-lain.
3. Berumur dari 16 tahun ke atas.
4. Telah mencuba pelbagai jenis diet tetapi tidak berjaya menurunkan berat badan.

Nampak macam best je bila dapat turunkan berat badan dengan banyak lepas pembedahan Bariatric kan. Tapi doktor pakar akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum seseorang itu dibenarkan membuat pembedahan ini. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan bila korang memilih untuk melalukan pembedahan Bariatric  ni seperti:

1. Tidak dibenarkan hamil selama dua tahun kerana kekurangan nutrisi akan terjadi dan sangat merbahaya untuk ibu dan juga janin.
2. Perlu penyediaan emosi dan psikologi yang tinggi kerana perubahan gaya hidup.perlu dibuat dan diet sepanjang hayat supaya tidak kembali obesiti.

Kalau nak tahu, selain pembedahan Batiatric ini berjaya menurunkan berat badan tetapi ia juga berisiko yang mungkin akan berlaku antaranya seperti:

1. Berlaku gumpalan darah
2. Masalah pernafasan
3. Jangkitan kuman
4. Masalah anestesia
5. Masalah keguguran rambut
6. Kekurangan zat besi dan vitamim
7.  Ulser dalam perut

Seram pulak Liez baca tapi kalau korang sudah mendapatkan konsultasi secukupnya dari doktor bertauliah, insyaaALLAH masalah berat badan korang berjaya diturunkan. Liez baca banyak testimonial pesakit yang berjaya menurunkan berat badan selepas pembedahan Bariatik dan ada juga yang tidak menunjukkan perubahan. Kalau perasan ada selebriti Malaysia yang telah membuat pembedan Bariatrik seperti Chef Zam, Syanie dan yang terbaru penyanyi Aishah. Memang nampak ketara penurunan berat badan mereka tau. Tapi yang pasti mereka mendapatkan khidmat dari doktor yang bertauliah. Pada korang yang berniat untuk menurunkan berat badan boleh dapatkan perkhidmatan dari doktor bertauliah sahaja tau.



Kalau baca balik, memang Liez tidak boleh melakukan pembedahan Bariatric nampak gayanya. Kos pembedahan Bariatric pun agak mahal dari RM25,000 hingga RM35,000. Pembedahan Bariatric boleh dibuat di hospital-hospital terpilih di Malaysia. Nampak gayanya kena la Liez berusaha menurunkan berat badan dengan menjaga pemakanan dan kerap bersenam selepas ni. Jom korang, kita turunkan berat badan untuk mendapat kesihatan yang baik dan cantik.

Moral of the story, tiada jalan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal. Even membuat pembedahan mempunyai risiko -risiko. Makanya, kita perlu menjaga pemakanan dan kerap bersenam untuk mendapatkan berat idaman korang tu. Ada macam-macam jenis diet gang korang boleh amalkan tapi yang lebih baik adalah diet makanan seimbang. Jadi siapa nak join Liez untuk kurua sebelum ramadhan?

Thursday, March 15, 2018

Jibby East Cafe & Restaurant Kuala Lumpur

Thursday, March 15, 2018 6

Sesiapa yang mencari tempat untuk celebrate birthday ke, anniversary ke, Liez cadangkan korang boleh cuba makan di Jibby East. Kali pertama Liez makan disini dengan family in law. Tahu mengenai Jibby East pun tu pun sebab ternampak iklan buffet berbuka puasa masa bulan puasa dua tahun yang lalu. Kalau tidak, sampai sudah ingat Sime Darby punya show room.

Lokasi di Taman Melati. Landmark yang senang ye lah... Dari MRR2 ke arah Batu Caves, berhadapan balai bomba Wangsa Maju tue.. Kira satu row dengan KLFA. Sekarang tengah rancak project condo dan mall nak naik kat situ.. Ada signage KL East Gallery Sime Darby so disitu lah Jibby East.
Spicy Seafood Aglio Olio
Spaghetti Carbonara
Seafood Pizza
Burger


Fish and Chips
Dessert
Foods dia memang superb dan sedap.. Service tip top.. Menu apa nama pun dah tak ingat.. Tapi serius sedap..

Liez boleh bagi 5 bintang semua makanan di sini. Boleh buat reservation seperti dibawah

Jibby East Cafe & Restaurant by Jibby Group

KL East Gallery, Off Middle Ring Road 2,

KL East, Kuala Lumpur.
Tel : 03 – 4162 8050
Opening Hours: Mon-Sun (10:30AM – 10PM)

Facebook: 


Cara mengelak terlupa anak di dalam kereta (Forgotten Baby Syndrom)

Thursday, March 15, 2018 10
 Forgotten Baby Syndrom
Allahuakbar, luruh jantung Liez bila baca berita semalam mengenai seorang kanak-kanak dua tahun meninggal dunia akibat tertinggal 4 jam di dalam kereta. Tapi tak boleh dibayangkan perasaan ibu bapa yang melalui pengalaman ini. Kita tidak boleh nak salahkan ibu bapa yang terlibat sebab kita tidak tahu apa yang dilalui ketika kejadian kan. 

Liez ada terbaca ini dipanggil Forgotten Baby Syndrom dimana ia merujuk kepada keadaan psikologi di mana ibu bapa terlupakan anak-anak mereka yang berada di dalam kenderaan. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira berapa penyayang ibu bapa tersebut. Mengikut Profesor Psikologi, Farmakologi dan Fisiologi University of South Florida membuktikan sindrom ini memang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dibawah sedar ibu bapa. Ini dijelaskan apabila ada persaingan antara "Sistem ingatan tabiat" dan sistem memori propektif". Keadaan ini berlaku apabila bahagian otak yang berfikir tentang apa yang perlu dilakukan (seperti mengambil anak di pusat asuhan) bersaing dengan bahagian otak yang melakukan rutin harian(seperti pergi ke pejabat)
Juga boleh berlaku bila seseorang itu terlalu letih dan pemikiran tidak mengendahkan aktiviti-aktiviti yang berada dipersekitaran.

Bagi mengelakkan kita terlupa akan kehadiaran anak-anak didalam kereta, ada beberapa tips yang boleh diikuti

  1. Pastikan kita periksa tempat duduk belakang tiap kali keluar dari kereta
  2. Gunakan alarm Children reminder yang ada dalam aplikasi Waze.
  3. Letak sebelah kasut yang dipakai di tempat duduk belakang.
  4. Letak loceng atau mainan bayi yang berbunyi di car seat anak korang.
  5. Jangan main handphone sebelum keluar kereta.
Liez berharap tips yang Liez beri ini boleh digunakan untuk Liez sendiri dan untuk semua ibu bapa bagi mengelakkan hal ini berlaku. Liez doakan semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang mendukacita ini.

Al-Fatihah

Have Fun with KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur

Thursday, March 15, 2018 4
Have Fun with KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur 
Yeay.. cuti sekolah dah nak dekat ni. Liez ni walaupun Qaseh hanya bersekolah di pre-school tapi still juga Liez kena juga tunggu cuti sekolah untuk bawa anak-anak keluar bercuti atau pun bergembira diluar. Korang pula dah plan nak bawa anak-anak pergi mana nanti? Mesti ada yang balik kampung atau bercuti makan angin didalam atau keluar negara kan? Bestnya.. Liez ada berita lagi best untuk yang tiada lagi perancangan sempena cuti sekolah ni

Apa yang bestnya??
Sempena cuti sekolah ini, KidZania telah mengadakan KidZania GO! di Quill City Mall Kuala Lumpur

Tarikh: 
Bermula 19 hingga 25 March 2018

Masa:
Dari 10 pagi hingga 9.30 malam setiap hari

Bagaimana hendak mendapatkan tiket masuk?
Korang hanya perlu membuat sebarang pembelian sebanyak RM35 dalam satu resit dimana-mana outlet dalam Quill City Mall dan boleh tebus sebagai 1 ticket ke KidZania GO! 

Bermacam-macam aktiviti yang menarik di KidZania GO! Quill City Mall tawarkan seperti:
1. Sharp Air Quality Control
2. Scott's Research Lab
3. Mc Donald's Fitness Centre
4. Magic Studio
5. TV Studio
6. Volvo - Stop, Look and wave
7. Court house 
8. Recycling centre

Jadi, korang jangan lepaskan peluang bawa anak-anak korang untuk ke KidZania GO! Quill City Mall cuti sekolah ni. Jangan biarkan cuti sekolah mereka berlalu tanpa aktiviti-aktivitimenarik yang ada di KidZania Go! Quill City Mall.

Tuesday, March 13, 2018

Kek Butter Lembap Mudah Dengan 5 Bahan

Tuesday, March 13, 2018 16
Kek Butter Lembap Mudah Dengan 5 Bahan
Dearie dan anak-anak Liez memang suka kalau Liez buat kek atau cookies. Liez tak berapa makan tapi suka masak untuk diaorang. Tambahan Qaseh dan Niyaz memang hantu kek. Pantang tahu je Liez buat kek, memang pagi petang siang malam asyik mengadap makan kek. Baru-baru ni, Niyaz meragam nak kek. Bangun dari tidur terus ke dapur sebut kek. Sebab seminggu lepas memang Liez buat Japanese Cheese cake untuk dua hari berturut-turut. Tapi tak sampai dua hari, habis kek dimakannya.

Klik sini untuk resepi Japanese Cheese Cake Mudah dan gebu


Dua hari lepas, Niyaz merengek nak kek lagi. Pening nak duduk kat dapur lama-lama, terus terfikir kek apa yang mudah dan sedap. Datang masuk idea nak buat Kek butter lembap. Bahan-bahan memang ada dan senang.Perlu 5 bahan je untuk Kek butter lembap ni. Jom Liez sharekan resepi yang Liez dapat dari Kak Azie Kitchen


Bahan - bahan

250 gm butter 
250 gm tepung naik sendiri (atau tepung gandum + 1 sudu baking powder)
150 gm gula kaster
4 biji telur 
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla

Cara penyediaan:

  1. Panaskan oven 170c selama 10 minit
  2. Pukul butter dan telur hingga warna bertukar menjadi pucat.
  3. Masukkan telur satu perstu berselang dengan tepung. Akhir sekali masukkan susu segar dan esen vanilla.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang 9" yang telahdilapik dengan baking paper.
  5. Bakar selama 35 minit. Angkat dan sejukkan sebelum dihidangkan
Senangkan nak buat kek butter ni? Dan yang pasti memang sedap dan lembap. Actually, resepi kek butter ni boleh diubah mengikut selera korang. Kalau nak buat perasa lemon atau oren, boleh masukkan jusnya dan parut sedikit kulitnya dan gaul bersama adunan tadi. Memang terangkat.

Monday, March 12, 2018

Is Real Estate a Good Investment?

Monday, March 12, 2018 27
Is Real Estate a Good Investment?
Real estate is a good investment strategy that can potentially generate ongoing passive income and create financial independence. Real estate investment affords exponential appreciation in value and this is what makes it a good long-term investment strategy, especially in terms of building wealth.

Buying a home, or a rental property can be an expensive endeavour. It doesn’t matter what type of property you are buying, even a melaka apartment, you will need to be prepared mentally and financially. You will be faced with increasing responsibility: ongoing maintenance and repair costs, potential gaps in income between tenants, or operating costs during rental turnover.

Thus, before you begin investing in real estate, you need to know if it is the right choice for you. Here are some tips that we have prepared for you to equip you well before you delve into any real estate investments.

1.    Pay with Cash
n general, borrowing to invest is risky business and many financial experts tend to warn against it. Before purchasing any piece of investment real estate, you need to consider if you can afford to pay for it. The key factor in any investment plan is that you should be able to afford all costs of investment.

However, it should be noted that not all of us are cash-rich. If you cannot afford to pay for the investment property with cash in full and need to take out a loan to finance it, you need to be able to afford the monthly loan repayments and mortgage and still live comfortably when no rental payments are coming in.

Although it is the norm for investors to borrow to invest, and to expect the rental returns to cover the cost of borrowing, you need to be prepared for times when you have no tenants for the property as well as the operating costs associated with tenant turnovers. There is usually a high turnover for tenants and with this in mind, remember that tenant turnover is one of the biggest cash flow killers in real estate rental investment.

2.    Have a solid plan that covers all expenses
Before you start thinking about investing in and purchasing real estate, you will need to consider the hidden costs and operating expenses that are not included in the purchase price. This includes the cost of taxes, utilities, upkeep and repairs. Do not overlook these hidden costs, as they can add up to a small fortune that might derail your investment plans and goals.

A smart tip is to factor in these expenses when you price your rental property. Make sure that these hidden expenses are fully covered. Another tip is to set aside the first few months of surplus rental income to cover the cost of future repairs on the property. Also make sure that your property is insured, and plan for the cost of insurance in your rental pricing. It is a good idea to be prepared with a sinking fund to deal with additional costs and other situations as they arise. Cover all your bases to prepare yourself for any unforeseen expenses that may arise.

3.    Start small to build your investment portfolio
Although real estate investing sounds like an expensive venture at the onset, you don’t have to fork out a fortune in initial investment to be able to be a real estate investor today. This might seem impossible if you’re only looking at the end result, but by taking baby steps in your first foray into real estate investment, you can make continued and forward progress even if you have a limited amount of funds to start investing with.

Start by looking at smaller and more affordable properties. Keep in mind that it doesn’t matter the size of the rental property, as long as there is a good market and income potential for it. Once your initial investments start generating return, you can consider putting these reaped returns to use to buy larger properties with better income potential. As your property portfolio grows, it becomes easier for you to purchase and manage more properties. Starting small helps you work your way up to owning several properties, and in turn generate greater returns on your investments and build more wealth.

4.    Do your research thoroughly
It doesn’t matter if you are going to keep the property for long-term appreciation, or flip the property or quick profits, doing your own research on prospective investment properties is vital for you to make sound investment decisions.

You should have full information on the property itself. Look through the land title and deed thoroughly and check out if there are any liens or caveats on the property in order to anticipate any prospective barriers in selling the property. Extend this research to the neighbourhood and surrounding environment of your property. Consider the comparables (properties that you can use to compared with) in the same area, the general environment, as well as other external factors that could possible affect property and market values. Also find out about the public planning of the surrounding area and neighbourhood to consider how this might affect the value, whether short- or long-term, of your property.

5.    Last Words
Keep in mind that there is always a risk involved in investment. You may make money with your investments; likewise, you may lose money too. Your end returns might not reflect your initial investments. Whatever the case, keep the end goal in sight and deal with any turns in tide with a sound mind and ample preparation.

Friday, March 9, 2018

NAK KURUS DENGAN MUDAH TANPA KE GYM? BOLEH CUBA BRISK WALK

Friday, March 09, 2018 10

NAK KURUS DENGAN MUDAH TANPA KE GYM? BOLEH CUBA BRISK WALKKalau sebut nak kurus je, ramai berazam nekad nak turunkan berat badan tak kira untuk azam awal tahun ke sebab nak kahwin ke kan.. Liez pun sama juga, nekad setiap minggu nak turunkan berat badan.. Tapi harapan tinggal harapan. Mula la pasang niat nak ke gym, nak jogging pusing 14 rounds Tasik Titiwangsa la..hmmm hanya dalam mimpi. Nak bayar personal trainer memang tak mampu.

Tapi sebenarnya, kita boleh boleh mempercepatkan penurunan berat badan dengan hanya brisk walk selain dari menjaga pemakanan kita. Kena ingat untuk berjaya dalam penurunan berat badan mengambil kira 80% pemakanan dan 20% senaman. Kalau exercise bagai nak rak tapi makan still macam dinasour pun tak guna. Liez ada terbaca satu artikel yang mengatakan keberkesanan brisk walk lebih ketara berbanding jogging. Bukan sahaja untuk menurunkan berat badan tapi ada kelebihan lain yang perlu korang tahu.

Kelebihan Brisk Walk
  1. Para saintis di University of Pittsburgh mendedahkan bahawa orang yang berlebihan berat badan yang berjalan dengan cepat selama 30 hingga 60 minit sehari boleh kehilangan berat walaupun mereka tidak mengubah cara pemakanan seharian.
  2. Penyelidik di University of Colorado mendapati bahawa berjalan membantu mencegah penyakit arteri perifer (yang merosakkan aliran darah di kaki dan menyebabkan sakit kaki dikalangan orang tua).
  3. Penyelidik di sekolah perubatan University of Massachusetts mendapati bahawa orang yang berjalan setiap hari mempunyai 25 peratus kurang menghidap selesema berbanding yang tidak aktif.
  4. Berjalan adalah latihan berat badan, ia juga dapat membantu mencegah osteoporosis penyakit tulang.
  5. Bagi orang yang mengalami kemurungan, berjalan tiga hingga empat kali seminggu selama 30 minit membantu meningkatkan mood seseorang.
Kekerapan melakukan Brisk Walk
Mengikut jurulatih kecerdasan, pakar kesihatan mengesyorkan brisk walk dilakukan sebanyak 10,000langkah sehari ( jarak 5 batu) untuk sihat, 16,000 langkah untuk menurunkan berat badan. Tapi sebenarnya ia terpulang kepada individu sendiri. Nak cepat kurus, lagi banyak langkah yang korang kena buat.

Jadual Brisk Walk
Minggu Pertama 
Isnin hingga Sabtu: Berjalan sepuluh minit pada kadar yang sederhana.
Ahad: Berjalan perlahan selama 20 minit.

Minggu kedua- ketiga
Isnin: Rehat
Selasa hingga Jumaat: Berjalan selama 25 minit pada kadar sederhana satu hari, 30 minit seterusnya.
Sabtu: Berjalan 20 minit dengan cepat.
Ahad: Berjalan 45 minit pada kadar yang sederhana.

Minggu keempat dan seterusnya
Isnin: Rehat
Selasa hingga jumaat: Berjalan 45 minit pada kadar sederhana satu hari dan 50 minit keesokan harinya
Sabtu: Berjalan 50 minit dengan pantas
Ahad: Berjalan 60 minit pada kadar sederhana

Sumber: Google
Nak tahu macam mana brisk walk boleh cari di Youtube. Ada video untuk semua pergerakkan briskwalk yang patut korang buat. Jadi tiada alasan lagi nak turunkan berat badan walaupun duduk dirumah kan? Liez pun nak mulakan brisk walk pagi ni. SemogaLiez berjaya menurunkan berat badan sebelum bulan ramadhan ni.

CAROUSELL LIVE! TO RAISE FUNDS FOR THE MALAYSIAN RED CRESCENT SOCIETY

Friday, March 09, 2018 0

The Malaysian Red Crescent Society (MRCS) is partnering with Carousell, one of the world’s largest and fastest growing mobile classifieds marketplace for its Carousell LIVE! flea market happening this weekend, 10 and 11 March 2018, at Publika, Solaris Dutamas. The event will be used to raise fund for MRCS’ activities such as the disaster relief operation, health and community service, capacity building as well as in youth development.

The event will provide a physical platform for MRCS to sell their pre-loved goods donated by the public as part of its on-going efforts to raise funds. The items will be listed on Carousell to extend the fundraising’s outreach beyond Klang Valley.

Carousell LIVE! will also feature booths by 20 top Carousellers and celebrities such as Zahiril Adzim, Sheira Ayoub, Nadia Brian, Sarah Hidelbrand, Nabil Mahir, Shalma Ainaa, and Natrah, who will be selling new and pre-loved items in the fashion, accessories, art and electronic goods categories. Visitors will almost certainly find some great deals for these pre-loved items.

This marks Carousell’s continued commitment towards a community-driven mobile marketplace, which promotes a sustainable lifestyle.  This vision is very much shared by MRCS, with its strong foundation built on humanity, independence, neutrality, impartiality, voluntary service, unity and universality, the Fundamental Principles of the International Red Cross and Red Crescent Movement.

“Carousell LIVE! is more than just an avenue for Carousellers to display and sell their goods. It is also a platform for us to contribute back to the society through such significant partnerships, like this one with MRCS. As an established humanitarian society that has dedicated its services to Malaysians for 70 years, we hope Malaysians will show their support at this event and assist in funding their operations,” said Lucas Ngoo, Co-Founder and Chief Technology Officer of Carousell.

The fundraising collaboration highlights the importance of joint engagement to build a safer and disaster-resilient country.

“MRCS gratefully welcomes this fundraising partnership in the spirit of community engagement and reaffirm our commitment to the alleviation of human suffering in the aftermath of natural and man-made disasters and other related challenges in the country,” said Dato’ Sayed A. Rahman Sayed Mohd, Secretary General of MRCS.

MRCS is presently one of 191 National Societies that are members of the International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies (IFRC), which together with the International Committee of the Red Cross (ICRC) are components of the International Red Cross and Red Crescent Movement.

Founded by three passionate and enterprising men in Singapore, Lucas Ngoo, Quek Siu Rui and Marcus Tan in 2012, Carousell is a mobile and online consumer to consumer marketplace for buying and selling new and second-hand goods available in Malaysia, Singapore, Indonesia, Taiwan, Hong Kong and Australia. Co-founders Siu Rui and Lucas were also recognised by Forbes Asia in its annual 30 Under 30 list.

Event Details:

Venue:          The Square, Publika Shopping Gallery
                     No.1, Jalan Dutamas 1
                     50480 Kuala Lumpur
Date:            10 – 11 March 2018
Time:            11 a.m. to 10 p.m.

For more information, follow us on www.facebook.com/carousell.my or download the Carousell app from the Apple Store or Google Play Store.

Thursday, March 8, 2018

PERASMIAN PEMBUKAAN RESTORAN AUTOMASI PERTAMA GREAT DI ONE UTAMA

Thursday, March 08, 2018 21

Perasmian Pembukaan Restoran Automasi Pertama grEAT di One Utama| Liez perasan sejak kebelakangan ini ramai yang sedar akan kepentingan gaya hidup sihat. Semuanya bermula dari pemakanan yang kita ambil seharian. Jadi pemakanan yang sihat sangat penting bagi menjamin kualiti hidup kita.
Baru-baru ini, Liez telah dijemput untuk pembukaan restoran makanan sihat grEAT di One Utama yang dirasmikan oleh chef selebriti Antarabangsa, Datuk (Dr) Chef Wan. Restoran ini adalah outlet kedua selepas di Pulau Pinang. Ini merupakan restoran healthy fast food automasi pertama di Malaysia yang menggunakan telefon bimbit.
Menurut Mr Tan Yong Jen pengasas restoran grEAT, konsep restoran automasi dicetuskan kerana melihat kebanyakkan dari kita yang tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan yang sihat. Konsep restoran automasi grEAT ini sangat unik kerana menggunakan teknologi dari telefon pintar untuk membuat pesanan dan mengambil pesanan  melalui kotak aotomasi yang disediakan. Wow..memang canggih kan? Mudah dan cepat. Teknologi yang digunakan adalah berasal dari Amerika Syarikat dan telah banyak digunakan di seluruh dunia. Semua menu di grEAT adalah hasil ciptaan sekumpulan chef dan juga ahli diet yang ingin memastikan hidangan grEAT adalah yang penuh nutrisi, berkhasiat dan enak.





Signature Smoky Burger 
Appertising Asian Bowl
Japanese Sesame Bowl
Green Curry Bowl 
Tempura Mushroom
Majlis pembukaan restoran grEATdimeriahkan lagi dengan kehadiran Chef Wan yang juga menunjukkan demontrasi masakan Kari hijau (Green curry) dan tips pemakanan yang bagus untuk kesihatan. Tak kering gusi dengan Chef Wan berceloteh.


Bagaimana ingin membuat pesanan makanan di grEAT?

Langkah pertama
Scan QR Code and follow WeChat grEAT -The Healthier Burger
Langkah kedua
Klik "order" dan pilih makanan dan sahkan masa untuk
mengambil makanan dan bayaran dibuat
Langkah ketiga
Klik "Arrive shop" 5 minit sebelum sampai di restoran.
Bila makanan telah sedia, notofikasi akan dihantar
bersama nombor kotak automasi
  Langkah ke empat 
Nama pembeli akan dipaparkan pada kotak automasi.
Klik "open vault" di applikasi 
 Langkah ke lima
Makanan boleh dinikmati sama ada dibawa pulang
atau makan di restoran grEAT
Tapi korang jangan risau, bagi yang tidak mahu membuat pesanan melalui applikasi korang masih lagi boleh membuat pesanan dan bayaran di restoran. No worries ok! 

Pada korang yang ingin menikmati makanan sihat dan yang penting cepat dan mudah boleh cuba pelbagai menu sihat di grEAT 



Alamat:

Lot LG 328, Lower Ground Floor, 1 Utama Shopping Centre

Petaling Jaya, Malaysia 47800

Tel: 016-682 1752

Facebook