Wednesday, April 25, 2018

Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din

Wednesday, April 25, 2018 25
Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Tempat Makan di Kepala Batas - Restoran Ikan Bakar Din | Bab makan memang tak boleh nak tolak kan?? Liez pun sama je. Kena pula family Liez dan family mertua memang sejenis food hunter. Dapat tahu mana tempat makan yang best, memang sampai la ke situ hihihi~

Kali ini Liez nak story port terbaik bagi yang suka makan ikan bakar. Hari terakhir Liez di Penang, Baba in law ajak lunch di restoran Ikan Bakar Pak Din. Ni memang port favourite in laws kalau datang ke Penang. Seingat Liez, ini kali kedua Liez ke sini. Dan Liez suka, makanannya sedap dan yang penting banyak pilihan. Walaupun namanya restoran ikan bakar tapi ada juga daging bakar dan ayam bakar tau.
Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Memang ramai nak habaq mai kat hangpa~ Time tu time lunch hour kan, so memang meja penuh. Tapi rezeki kami dapat meja panjang yang cukup untuk 8 orang. Niyaz pulak time tu dah tidur..

MAKANAN BEST DEKAT RESTORAN IKAN BAKAR DIN
Haruslah makan yang dibakar macam pelbagai jenis ikan, sotong, ketam, ayam, daging lembu dan daging kambing. Must try 'Rimau Menangis' yang famous tu.

Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Kalau ada ikan bakar, harus lah ada pencicahnya. Apa lagi kalau tak lain tak bukan air asam, sambal kicap, sambal belacan.

Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Ulam- ulaman pula memang banyak. Ada pucuk ubi, ulam raja, pucuk labu, kacang kelisa, petai dan banyak lagi. Memang rambang mata. Ada satu lagi, bendi rebus kegemaran Qaseh. Siap berulang ambik la punya dia makan macam tu je. 

Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Lauk pauk pula, ada kari kepala ikan, gulai kawah, siput sedut masak lemak cili api, sup daging, telur masin dan banyak lagi. Memang rambang tak tahu nak pilih mana satu nak makan. Kerabu pun ada bermacam jenis seperti kerabu mangga, kerabu taugeh, kerabu perut..hmmm sambil menaip ni pun dah kecur air liur Liez tau. Memang sedap!
Tempat Makan di Kepala Batas - Kedai Ikan Bakar Din
Jangan risau walaupun orang ramai, restoran sangat selesa dan cukup untuk menampung orang yang ramai. Kalau yang nak stay agak lama pun tak ada masalah sebab terdapat surau disediakan. 

Bagi yang berada di Kepala Batas atau berhampiran, boleh la cuba makan di sini. Memang tak kan menyesal~

Map lokasi:

Alamat:
No 6735, Jalan Butterworth
13200 Kepala Batas, Penang

Jalan - Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong

Wednesday, April 25, 2018 27


Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Bungah | Hi korang!! Dah banyak hari Liez tak update blog kan? Sebenarnya penat bercuti di Penang masih terasa. Nak tuned balik mode ingat kerja rumah ni memang ambik masa..hihihi~

Entry kali ni Liez nak cerita kan sedikit tentang Avatar Secret Garden yang menjadi viral baru-baru ini. Nak dijadikan cerita 2 hari sebelum kami bergerak ke Penang, Mama called nak informed mengenai lokasi viral ini. Dan Liez kebetulan memang menyiapkan itinerary dan mengumpul sebanyak mungkin lokasi yang best untuk diterokai. Akhirnya kami sampai di Avatar Secret Garden pada malam kedua kami di Penang. Perancangan sepatutnya pada malam pertama tapi dibatalkan sebab hujan.


Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
APA YANG BEST SANGAT AVATAR SECRET GARDEN ?
Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong

Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
Sebenarnya ia menjadi tarikan kepada penduduk tempatan dan pelancong luar kerana keunikkan taman seakan dunia Pandora yang dicipta untuk filem Avatar yang popular pada tahun 2009. Terletak di dalam taman di Tokong Thai Pak Koong dihasi cantik dan indah dengan lampu-lampu yang menghiasi taman. Cantik sangat sebab ia seakan berada di dalam dunia fantasi. Terpegun sekejap..
Gambar kenangan dengan bunga Tulip tiruan
Jalan-Jalan di Penang ~ Avatar Secret Garden Tanjung Tokong
Selain kecantikkan lampu berwarna warni tu, terdapat satu kawasan yang dihiasi dengan bunga tulip tiruan yang bercahaya. Wow!! Dah la memang Liez suka bunga tulip,nampak je bunga tulip tu terus snap gambar tak tahu la berapa puluh keping. Excited giler~
Sempat minta tolong mama untuk ambil gambar Liez disamping bunga tulip ituw cewah..~
Jadi la kenangan terindah walaupun tak dapat merasa ke Holland untuk melihat dan baring disamping bunga tulip segar..tetiba emo apa hal la Liez hihihi~


TIPS UNTUK YANG HENDAK KE AVATAR SECRET GARDEN 

Ini penting untuk korang yang nak ke sana ye. Selepas Liez pergi sendiri dan melalui sendiri memang ada beberapa tips yang korang perlu ambil kira


  • Parkir - Disebabkan ia terletak di dalam kawasan sebuah tokong jadi kawasan parkir agak terhad tetapi aliran keluar masuk kenderaan dijaga oleh beberapa orang dan caj sebanyak RM2/kereta dikenakan.
  • Bagi yang membawa anak kecil, pastikan korang sentiasa pegang atau dukung mereka. Kawasan gelap dan cahaya samar-samar sahaja. Risau anak-anak hilang atau terjatuh.
  • Berhati-hati ketika melangkah. Anak tangga sepanjang taman ini agak kecil dan licin. Sila bawa lampu suluh atau gunakan torchlight hp korang untuk menyuluh sepanjang jalan.
  • Orang agak ramai dan cari lokasi bergambar yang cantik untuk dijadikan kenangan. ini sangat penting ok !
Harga Tiket masuk:
Tiada

Map lokasi

Alamat:
336, Jalan Tokong Thai Pak Koong, Tanjung Tokong, 
11200 Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Thursday, April 19, 2018

GLOW Penang - Hotel Selesa Dan Berbaloi

Thursday, April 19, 2018 29

Kemana korang hujung minggu yang lepas? Alhamdulillah, Liez sekeluarga dan keluarga mertua telah bercuti ke Penang. Rasanya kali terakhir Liez bercuti dengan keluarga mertua pada tahun 2015 ke A' Famosa Resort. Waktu tu Liez tengah mengandungkan Niyaz.

Liez pun dapat tahu kami akan bercuti ke Penang bila Dearie bagitahu sebulan sebelum. Percutian disponsor oleh Abang ipar Liez, anak-anak Liez panggil Ayah Chor. Percutian ni sebenarnya nak menggantikan rancangan nak bercuti ke Korea. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan, Penang adalah lokasi yang terpilih. Tapi Liez suka juga Penang sebab banyak tempat menarik dan makanan pun banyak yang sedap~ kerja makan je la kan!
Reservation desk

Lepas penat menyinggah ke Designer Village dan Bukit Bendera [next entry Liezs story ok] kami terus check-in di GLOW Penang hotel. Waktu dah hampir jam 6 petang dan masing-masing dah kepenatan. Alhamdulillah, Qaseh dan Niyaz tak meragam penat.. Jadi kami selamat check-in bilik masing-masing untuk mandi dan berehat sekejap sebelum itinerary seterusnya.
Bilik Superior
Jejak kaki ke dalam bilik, memang sangat selesa dan bersih. Tiada bau hapak dari karpet. Dengan warna interior kelabu dan kuning seakan serasi dan menampakkan keluasan bilik. Qaseh dan Niyaz tanpa dipelawa terus serbu ke atas katil.
Seronok dapat golek-golek atas katil

Bila  budak suka mandi jumpa bilik air cantik
Bilik air juga besar dan selesa~ nak mandi berdua pun no hal lah hik hik. Cukup semua kemudahan dan yang penting bagi Liez bersih. Baru seronok nak stay 2 malam tau. Cuma tiada sejadah disediakan. Tapi itu bukan alasan kan~ Kami guna tuala untuk dijadikan sejadah. Selesai masalah kan!

Nak jadi cerita  mandikan anak-anak, Niyaz mula merengek katanya lapar nak makan nasi. Belek service list rupanya tiada room service untuk hantaran makanan. Cafe hanya dibuka dari jam 7.00 pagi hingga 2.00 petang sahaja. Nak taknak terpaksa Dearie keluar dan mencari kedai makanan. Luckily, ada restoran mamak berhampiran. So gembira la anak-anak dapat makan nasi walaupun kejap lagi nak keluar dinner dah.


Glow Penang hotel ini mempunyai 131 buah bilik dari 2 kategori bilik samada Superior atau Family room. Lokasi pun sangat strategik di tengah-tengah bandar Georgetown. Even banyak kedai-kedai berhampiran seperti kedai serbaguna, kedai buah-buahan, kedai menjual barangan souvenir dan banyak lagi hanya jalan kaki je. Untuk ke tempat-tempat lawatan seperti Komtar dan banyak lagi memang mudah. 

KEMUDAHAN DI GLOW PENANG HOTEL

Hotel ini dipilih oleh abang ipar Liez, so memang boleh dikatakan sangat sesuai untuk keluarga macam Liez.
Swimming pool yang tak sempat nak rasa terjun!
  • 24 jam reception / front desk
  • Mini gym dibuka 24 jam
  • Outdoor swimming pool~ tapi tak sempat nak terjun!
  • Cafe dan coffee house
  • Free wifi yang sangat laju
  • pool bar
  • bell boy
SARAPAN PAGI DI ZEST BAR CAFE, GLOW PENANG HOTEL
Bab makan ni Liez suka. Walaupun jumlah menu yang ditawarkan tidak banyak tetapi kami berpuas hati kerana servis cepat dan cekap serta makanan sangat sedap. Walaupun simple tadi cukup dan selera kami makan. Cuma service dibuka untuk sarapan pagidan makan tengahri hingga jam 2.00 petang sahaja.




So, Liez sangat berpuas hati dan recommended. Dan korang boleh buat tempahan melalui Trivago dari serendah RM169/malam. Berbaloi sangat. Kalau Liez ke Penang lagi, memang ini antara hotel yang Liez kan pilih.


Website:

Facebook:

Instagram:

Wednesday, April 18, 2018

Riverside Cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadhan Dengan Konsep Pasar Malam

Wednesday, April 18, 2018 35
Riverside cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadhan Dengan Konsep Pasar Malam| Banyak kan?? Memang banyak! Liez sendiri dah tak tahu nak makan yang mana satu hihihi~ Baru-baru ini Liez telah menghadiri review Ramadan Buffet Riverside Cafe di Putra World Trade Centre (PWTC). Kalau bab makan, laju je Liez pergi kikiki~
Riverside Cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadhan
Dengan Konsep Pasar Malam
Riverside Cafe menawarkan lebih 300 juadah untuk berbuka puasa dengan konsep Pasar Malam / Bazaar Ramadan yang memang seakan sinonim bila datangnya bulan ramadan. Tapi ni pasar malam dalam bilik berhawa dingin ye, sejukk~ Ada 24 gerai yang dihias seakan gerai untuk memhidangkan pelbagai jenis makanan dari makanan utama hingga ke hidangan pemanis mulut. Chef Esklusif, Suzaini Mohamed Salih dan pasukan chef- Chef PWTC yang bertanggungjawab untuk memastikan semua hidangan menu istimewa masakan ala kampong bertukar setiap hari.

Makanan Kampung yang ditawarkan semua memikat selera Liez. Terutama sekali Daging Gulai Kawah, Sotong Masak Lemak Nenas, Dagi





Gerai-gerai pasar malam yang ditawarkan di Buffet Ramadan Riverside Cafe PWTC


Gerai Laksa dan bihun/mee sup
Pulut kuning, lemang dan telur pindang
Gerai satay ayam dan daging
Gerai minuman seperti Tea tarik cincau, air tebu, air barli, air mata kucing dan air sirap
Kambing Golek
Gerai Nasi Kerabu
Gerai Nasi Kandar
Gerai nasi goreng dan kuew Teaw Goreng

Pembuka Selera
Kerabu kacang botol, kerabu ikan masin, Acar buah, sambal tempe,serunding ayam dan daging dan banyak lagi.




Ulam-Ulaman dan sambal
Daun gajus, jantung pisang,tenggek burung dan banyak lagi. Sambal belacan, tempoyak, budu, cencalok, Air asam dan banyak lagi.



Pemanis Mulut (melayu dan barat)
8 jenis kuih muih melayu, 3 jenis bubur manis, Aneka biskut, Dodol, bahulu, wajik, tapai ubi dan tapai pulut. Pelbagai pai, jeli, puding, mousse dan biskut.






Buah-buahan
Nenas, tembikai, buah mata kucing, tembikai susu, betik dan banyak lagi


Pengunjung juga akan dihiburkan dengan alunan muzik indah dan nyanyian oleh kumpulan Picha-Picha dinyanyikan oleh Linda Eva. Bertambah selera dengan halwa telinga yang merdu tu kan~
Riverside Cafe PWTC Tawarkan 300 Juadah Buffet Ramadan 
Yang nak tunaikan solat Maghrib, Isyak dan Terawih, di paras 3 PWTC terdapat surau Ar-Rahman yang sangat selesa untuk pengunjungnya.

HARGA
Harga yang ditawarkan adalah RM88/dewasa, RM75/warga tua yang berusia 60 tahun ke atas dan RM45/kanak-kanak dari usia 7 hingga 12 tahun bermula dari 17 Mei hingga 13 Jun 2018. Nak harga lagi murah?? Tempah awal sebelum 16 Mei 2018 dan pengunjung dapat dengan harga RM75 sahaja.

Untuk  persendirian atau korporat yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa juga boleh dibuat di Riverside Cafe PWTC dengan harga dari RM98/orang siap dengan hidangan bufet, dewan khas, sistem audio, ruang solat khas dan kadar bayaran parkir tetap.

PROGRAM BERAMAL DI BULAN RAMADAN
Pihak PWTC juga akan mengadakan program "Mari Beramal Di Bulan Ramadan" untuk membantu meraka yang tidak bernasib baik dengan menaja bungkusan makanan juadah berbuka puasa kepada keluarga fakir miskin disekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, sumbangan bekalan makanan dan wang tunai akan diberikan pada beberapa rumahcpenjagaan orang tua dan anak-anak yatim.

Untuk tempahan dan pembelian baucer di
Kaunter Tempahan di aras 2 PWTC
Masa: 9.00pagi hingga 5.00 petang setiap hari
Tel: 03-26146701/6702 atau 03-2614 6262

Riverside Cafe
Putra World Trade Sentre
Paras 3, 41 Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur