Thursday, May 30, 2019

Konsert Terakhir Boyzone "Thank you and Goodnight Farewell” Menampilkan Brian McFadden

Thursday, May 30, 2019 3
Konsert Terakhir Boyzone "Thank you and Goodnight Farewell” Menampilkan Brian McFadden | Bekas ahli boy band Westlife dan penulis lagu iaitu Brian McFadden telah diumumkan sebagai tetamu istimewa untuk konsert terakhir Boyzone “Thank You and Goodnight Farewell Tour” pada bulan Jun 14, di Malawati Stadium, Shah Alam.

McFadden memulakan karier nyanyinya sebagai ahli Westlife yang telah dibentuk pada tahun 1998 dan merilis album studio sulung “Westlife” pada tahun 1999.
Dia meninggalkan kumpulan Westlife tahun 2004 untuk memulakan kerjaya solonya dan telah mengeluarkan single “Real to Me,”
sebuah lagu dalam album solo debutnya “Irish Son.”
Pada tahun 2016, McFadden dan Keith Duffy, ahli dari Boyzone telah membentuk kumpulan "Boyzlife" dan tur dunia, mempersembahkan lagu hits band mereka
Ahli kumpulan Boyzone termasuk Duffy, Michael Graham, Ronan Keating dan Shane Lynch akan mempersembahkan beberapa hits terbesar termasuk “When You Say Nothing At All,” “No Matter What” dan “Love Me For A Reason.”

Menurut laman web tur, mereka berkata: “Apabila kami bermula sebagai lima pemuda dari utara Dublin yang tak sabar-sabar untuk menghadapi dunia, kami tidak pernah terbayang yang kami masih akan mempunyai peminat yang sama lebih 25 tahan kemudian…” Jika anda pernah melihat penampilan TV pertama kami di “The Late Late Show”, anda mungkin akan memeranjat juga. Boyzone menikmati kejayaan melalui kejaya mereka. Tambahan mereka: “Kami telah mempersembah di stadium dan arena di seluruh dunia, mengeluarkan enam album, dan mempunyai hampir dua dozen hits. Kami benar-benar tidak dapat menyatakan seberapa anda, peminat, telah menyokong kami di sepanjang jalan. Tanpa sokongan anda, kami tidak akan mencapai apa yang kami ada, dan untuk itu kami sentiasa bersyukur.” Laman sesawang pembelian tiket :  https://airasiaredtix.com/boyzone2019

Wowstar Creative Entertainment Co., Ltd. ditubuhkan pada tahun 2018, Wowstar Creative Entertainment adalah sebuah syarikat hiburan yang berkembang pesat yang mengkhusus dalam pelbagai perniagaan hiburan seperti konsert, muzik langsung dan acara hiburan, pengurusan artis, filem, televisyen, pengeluaran komersial dan pengedaran. 

Untuk maklumat lanjut, sila merujukkan kepada laman FACEBOOK kami:https://www.facebook.com/WowstarCreativeEntertainment/

Tuesday, May 28, 2019

Bersama Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol

Tuesday, May 28, 2019 1
Bersama Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol | Setiap tahun, sepanjang bulan Ramadan iaitu bulan kesembilan dalam kalender hijriah, umat Islam seluruh dunia akan menjalani ibadah berpuasa. Selain itu, bulan Ramadan juga merupakan masa untuk umat Islam beribadat, bersolat, membuat kebajikan dan mengamalkan kesederhanaan dalam pelbagai aspek.


Amalan kebersihan dapat membantu melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya


Waktu berbuka atau iftar adalah masa untuk seisi keluarga dan sahabat handai bertemu sambil menikmati hidangan makanan dan iftar dikira tidak lengkap tanpa mengunjungi bazar Ramadan terlebih dahulu!

Bazar Ramadan bukan sahaja menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang lazat setelah berpuasa seharian, malah memberi peluang kepada seluruh warga Malaysia untuk bersama-sama mengalami keistimewaan membeli-belah dalam suasana berbilang budaya yang meriah.  Walaupun begitu, berasak-asak pada waktu petang dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap sambil memilih apa yang dikehendaki meningkatkan risiko diri anda terdedah kepada banyak kuman yang tidak kelihatan.
Ada pelbagai cara untuk melindungi anda dan keluarga anda daripada kuman dengan rangkaian produk Dettol. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai sejak sekian lama, Dettol menjadikan tanggungjawabnya terutama pada bulan Ramadan ini untuk melindungi para keluarga di Malaysia dengan menggalakkan mereka mengamalkan amalan kebersihan dalam pelbagai keadaan.

Pada bulan Ramadan ini, Dettol melindungi anda dan keluarga anda dengan:
  • Sabun Tangan Dettol untuk mencuci tangan anda sebelum menyentuh makanan untuk sahur dan iftar
  • Sanitiser tangan Dettol boleh digunakan di mana-mana sahaja kerana ia boleh membersihkan tangan anda tanpa menggunakan air
  • Cecair Antiseptik Dettol membasmi kuman di ruang dan permukaan di kediaman anda sempena menyambut ketibaan Hari Raya.
 Bersama Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol
Sejak dilancarkan lebih 80 tahun yang lalu, Dettol merupakan peneraju dalam perlindungan daripada kuman dan membantu menjaga kesihatan para keluarga menerusi amalan kebersihan yang lebih baik. Menerusi produk terkenal seperti Antiseptic Liquid, Antibacterial Liquid Hand Wash dan Hand Sanitizer, Dettol melindungi keluarga anda daripada 100 jenis kuman yang berbahaya.
 Bersama Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol
Pada bulan yang begitu bermakna sekali untuk umat Islam, adalah wajar untuk semua orang kekal sihat supaya mereka boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan mereka. Dengan Dettol, kita boleh berasa yakin 100%.

Pengagihan Sabun Tangan Dettol di Bazar Ramadan
Tahun ini, Dettol menggalakkan rakyat Malaysia untuk kekal sihat dan ceria dengan melindungi diri mereka daripada 100 jenis kuman yang berbahaya. Cara terbaik untuk kekal sihat adalah dengan kerap membasuh tangan anda menggunakan Sabun Tangan Dettol. Jangan ketinggalan untuk bersama-sama mencari pasukan Dettol yang akan mengunjungi ke 20 buah bazar Ramadan di sekitar Lembah Kelang untuk meningkatkan kesedaran anda tentang amalan kebersihan tangan dan mengagihkan Sabun Tangan Dettol secara percuma kepada orang ramai!
 Bersama Kekal Sihat Dan Dilindungi Sepanjang Bulan Ramadan Dengan Dettol
Tentang Dettol
Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai semenjak tahun 1932 dan merupakan jenama antiseptik yang terkenal di seluruh dunia dan juara kesihatan keluarga yang dipercayai. Produk-produk Dettol juga menawarkan kadar pembunuhan kuman yang tinggi dan disarankan oleh pakar kesihatan berdasarkan keberkesanannya yang terbukti dalam mengekalkan kesihatan keluarga. Jenama ini telah kekal kontemporari menerusi pelancaran produk-produk baru dan menawarkan para pengguna pelbagai jenis produk merangkumi pelbagai jenis kategori bagi melindungi mereka daripada kuman. Ini termasuklah gel mandian, sabun, pembasmi kuman, sabun pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yang dipercayai oleh para ibu untuk melindungi keluarganya sepanjang hari.

Tuesday, May 21, 2019

Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran

Tuesday, May 21, 2019 4
Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran | kotak pink dari Korea muncul kembali!! Maknanya ada produk istimewa yang Liez nakshare dengan korang. Kali ini Althea Korea mengeluarkan 1 koleksi produk yang dipanggil A'Bloom. Dalam koleksi ini ada beberapa jenis mask, blackhead basterdan juga sponge untuk solekan wajah. Jom baca review Liez.
Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
A'Bloom Fruit Masks
Ini adalah mask paling comel Liez pernah jumpa. Kalau korang mencari-cari mask yang ada esen buah-buahan inilah jawapannya. Memang best pakai dan baunya pun wangi. Ada empat bauan buahan yang korang boleh pilih. Setiap satunya ada kelebihan tersendiri ye.


Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
















Nourishing Avocado Mask
Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
- melindungi kulit dari pencemaran dan melembutkan kulit
- mengandungi antioksidan dari buah avocado dan bunga raya yang bagus 
untuk kekal muda dan bersinar.
- mengandungi tahap PH yang sesuai dan membuatkan kulit bersinar

Brightening Lemon Lime Mask

Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
- mencerahkan, menghilangkan kekusaman wajah serta menyerlahkan 
keserian wajah dari dalam.
- mengandungi 2x ganda vitamin C dari lemon dan lime yang bagus untuk memudarkan tompok-tompok gelap dan juga menenangkan kulit.
- mengandungi tahap PH yang sesuai dan membuatkan kulit bersinar

Anti-Blemish Peach Mask

Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
-anti blemish yang sesuai untuk melembutkan danmerawat kulit sensitif.
- mengandungi ekstrak buah peach yang bagus untuk mengwala minyak, 
mengimbangi kelembapan dan melembutkan wajah
- mengandungi tahap PH yang sesuai dan membuatkan kulit bersinar

Moisturizing Watermelon Mask

Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
- melembapkan dan mengekalkan kelembapan pada wajah
- melembutkan wajah dan menenangkan kulit
- mengandungi tahap PH yang sesuai dan membuatkan kulit bersinar

Cara menggunakan A' Bloom Fruit Mask
  1. cuci wajah dengan bersih dan sapu toner.
  2. keluarkankepingan mask daribungkusan dan lekatkan pada wajah.
  3. biarkan selama 10 - 20 minit dan kemudian tanggalkan. Lakukan urutan membulat keatas wajah dengan lebihan esen yang tertinggal.
Harga: 
Nourishing Avocado Mask  RM2/1pc   RM15/10pcs
Brightening Lemon Lime Mask RM2/1pc   RM15/10pcs
Anti-Blemish Peach Mask RM2/1pc   RM15/10pcs
Moisturizing Watermelon Mask RM2/1pc   RM15/10pcs


Giant & Baby Meringue Puff
Buat kaki makeup, banda ini yang wajib ada dalam makeup pouch bag korang. Liez yang pertama kali cuba dah jatuh hati dengan kecomelan meringue puff ni. Geram rasa macam nak makan pun ada~ hihihi. Ada 2 saiz yang korang wajib dapatkan, satu giant dan satu lagi baby meringue. Meringue puff ini dibuat dari latex yang berkualiti tinggi dan yang penting telah diuji bebas kandungan logam berat yang memudaratkan.
Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
Giant Meringue puff ini bersaiz 48*46mm dan sangat sesuai digunakan untuk sapuan bedak asas. Baby meringue puff pula bersaiz 30*28mm dan di datang 3 biji dalam satu bekas. Baby meringue puff pula sesuai digunakan untuk sapuan concelar atau di kawasan - kawasan wajah yang kecil seperti celah hidung. 
Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran

Sapuan foundation atau concelar memang jadi rata dan tidak bercapuk bila menggunakan meringue puff ni. Cara menggunakannya sama seperti sponge puff yang lain. Sama ada dibasahkan untuk litupan yang lebih rata atau gunakan secara kering nak matte look.



Harga: Giant Meringue puff RM8/1pc

BHA Blackhead Buster
Apa produk ni? Yesss...ini adalah produk membasmi blackhead dan whitehead dikawasan hidung, pipi dan dagu korang. Yang penting proses ini tidak meyakitkan langsung. Just buka, putar dan tonyoh-tonyoh pada bahagian yang bermasalah. Ini cara paling mudah dan pantas.
Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
Istimewanya BHA Blackhead Buster
  1. Mudah digunakan dan tidak menyakitkan. Tak perlu dah nak picit-picit sampai merah-merah hidung. Silap gaya boleh tumbuh jerawat pulak keesokkan harinya.
  2. Mencuci bintik hitam dengan lembut tetapi berkesan. Dengan kandungan semulajadi ia dapat menghapuskan bintik-bintik serta-merta.
  3. Tekstur yang mudah lebur dan membuang bintik hitam dengan mudah selain mencegah blackhead dan whitehead untuk muncul kembali.
Koleksi Terbaru Althea A'Bloom Yang Eksklusif Kini Di Pasaran
Bahan-bahan dalam BHA Blackhead Buster:
  1. White Willow 
  2. Arang
  3. Biji buah aprikot
  4. Minyak Daun tree trea
Cara menggunakan BHA Blackhead Buster ini mudah je. Nak lebih berkesan, basahkan wajah dengan air suam untuk membuka liang-liang poridi wajah. Kemudian sapukan BHA Blackhead Buster secara membulat. Kemudian cuci wajah atau lap dengan air suam.



Harga: RM16/8gm

Korang boleh dapatkan semua item Althea A'Bloom di https://my.althea.kr/exclusive-brands/a-bloom. Memang berbaloi dan korang pasti puas hati dengan setiap pembelian di Althea Korea.


Saturday, May 18, 2019

Johnson's Perkenalkan Johnson's Baharu Cottontouch Ultra Gentle

Saturday, May 18, 2019 16
Johnson's Perkenalkan Johnson's Baharu Cottontouch Ultra Gentle | Menjadi pilihan No.1 para ibu di Malaysia, JOHNSON'S telah memperkenalkan JOHNSON'S Baharu iaitu rangkaian produk penjagaan bagi yang diformulasikan Ultra Gentle yang tidak mengandungi paraben, ftalat, sulfat dan pewarna. Sangat sesuai untuk bayi yang baru lahir tanpa memebrikan sebarang kerengsaan. Liez berpeluang untuk menghadiri majlis pelancaran rangkaian produk ini baru-baru ini di Grand Hyatt Hotel Kuala Lumpur yang turut sama dijayakan oleh Watsons.
Johnson's Perkenalkan Johnson's Baharu Cottontouch Ultra Gentle 
Pengarah Pengguna Johnson & Johnson Malaysia, Encik Prashant Mahalingam berkata "Johnson's baharu ini adalah bukan sekadar proses formulasi semula tetapi ia merupakan proses menghasilkan semula rangkaian penjagaan bayi Johnson's secara kesuluruhan dari perspektif pengguna. Proses ini turut dihasilkan oleh pengalaman dan pengetahuan mendalam jenama ini. Produk Johnson's baharu ini telah melalui proses penghasilan yang menyeluruh dan juga menitik beratkan pendapat 26,000 ibu bapa di seluruh dunia. Johnson'  baharu ini telah menetapkan piawaian kelembutan menerusi pemilihan bahan bermanafaat. Selain itu keselamatan juga diutamakan dalam setiap produk Johnson's dan memenuhi piawaian yang diiktiraf di peringkat antarabangsa."
Johnson's Perkenalkan Johnson's Baharu Cottontouch Ultra Gentle 
Perubahan pada Johnson's Baharu
Pilihan bahan yang bermanafaat: setiap bahan di uji dan telah menolak lebih 400 bahan ketika proses formulasi. 50% bahan dikurangkan dengan minyak yang diperoleh dari minyak kelapa dan biji kapas untuk menggantikan minyak mineral. mengandungi 0% paraben ftalat, sulfat dan bahan pewarna.

Wangian yang direka untuk ibu dan bayi: Johnson'sbukan sahajamengekalkan bau haruman ikoniknya tetapi mencipta wangian supaya bebas alergen dn mematuhi standard global Persatuan Pewangi Antarabangsa (IFRA) dan Institut Penyelidikan Bahan Pewangi (RIFM)

Bungkusan mesra ibu bapa: botol Johnson's Baharu dilengkapi dengan pam yang direka untuk memudahkan dengan menggunakan satu tangan.

Produk direka untuk setiap peringkat dan umur bayi: Johnson's bukan sahajamembersihkan dan melembapkan tetapi setiap formulasi yang khusus untuk anak yang baru lahir hingga usia 6 tahun. Rangkaian yang menampilkan 4 Umur & peringkat bagi membantu ibu bapa memilih produk untuk anak mereka.


Terdapat 3 rangkaian JOHNSON'S BAHARU

JOHNSON'S CottonTouch" top-to-toe"Bath for hair and Body & Face and Lotion 
(untuk bayi baru lahir)
Johnson's Perkenalkan Johnson's Baharu Cottontouch Ultra Gentle 
JOHNSON'S Milk + Rice dan Milk + Oats Wash & Lotion 
(untuk anak-anak kecil)
Johnson's Perkenalkan Johnson's Baharu Cottontouch Ultra Gentle 
JOHNSON'S Active Kids Shampoo 
(untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas)
Johnson's Perkenalkan Johnson's Baharu Cottontouch Ultra Gentle 
Sebab-sebab bayi perlukan produk yang lembut
Robert Kwon,Pengarah Bersekutu,Keterlibatan Saintifik bagi Johnson & Johnson Asia Pasifik berkata " kulit bayi berbeza dari kulit dewasa dan memerlukan pembersihan dan penjagaan yang rapi dan produk yang lembut. Kerana kulit bayi mudah hilang kelembapan dua kali atau lebih cepat berbanding orang dewasa. Di Johnson's,kami komited untuk memberikan hanya yang terbaik untuk bayi dan tetap bersemangat menyokong ibu bapa untuk CHOOSE GENTLE iaitu memberikan produk penjagaan bayi paling lembut untuk si manja"

Rangkaian produk penjagaan bayi Johnson's baharu boleh didapati di kedai-kedai jualan utama mulai Jun 2019. Untuk maklumat lanjut tentang mengenai produk Johnson's CottonTouch ini, , sila layari www.johnsonsbaby.com.my atau di laman Facebook Johnson's Malaysiadi www.facebook.com/JohnsonsbabyMY

Thursday, May 16, 2019

MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal

Thursday, May 16, 2019 2
MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal | Sempena bulan Ramadan yang mulia, MAGGI® telah mengadakan jamuan berbuka puasa istimewa dan menghidangkan bubur lambuk MAGGI® untuk meraikan penghuni Rumah Titian Kaseh (RTK), sebuah rumah amal yang menempatkan lebih 130 kanak-kanak, insan kurang upaya dan ibu tunggal.
MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal 
Kakitangan daripada MAGGI® dan Nestlé Malaysia telah mencurahkan tenaga dan masa mereka untuk inisiatif ini, yang bermula dengan penyediaan bubur lambuk MAGGI® yang terkenal oleh chef MAGGI®, bersama para pengelola dari RTK. Mencerminkan tema MAGGI® ‘Sajikan Kelainan’, bubur nasi penuh perisa ini yang secara tradisi diagihkan pada bulan Ramadan, dimasak dengan menggunakan ramuan segar dan rempah untuk menghasilkan sajian yang lazat dan sihat untuk berbuka puasa.
MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal 

Untuk membantu membersihkan rumah amal sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kakitangan Nestlé termasuk pasukan dari MAGGI® telah menganjurkan sesi gotong royong. Para sukarelawan yang turut menyertai juga telah mengecat baharu bahagian dinding rumah amal tersebut.

Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI®, Nestlé (Malaysia) Berhad menambah, “Usaha memasak dan mengedarkan hidangan bubur lambuk MAGGI® yang sungguh berkhasiat mencerminkan wawasan ‘Anda dan MAGGI Sajikan Kelainan’ untuk mewujudkan impak positif menerusi aktiviti masakan harian. Acara ini telah menjadi acara Ramadan tahunan kami dan kami berbangga untuk berkongsi keceriaan ini bersama Rumah Titian Kaseh pada tahun ini. Kami berharap pengalaman ini akan menjadi kenangan istimewa buat mereka dan kami berharap kami akan terus diberi rezeki dan peluang untuk menceriakan golongan- golongan yang memerlukan.”
MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal 
Mengulas mengenai majlis berbuka puasa anjuran MAGGI®, En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, "Ia amat bermakna bagi kami kerana dapat berbuka puasa bersama warga Rumah Titian Kaseh pada bulan Ramadan ini. Majlis hari ini merupakan peluang bagi kami untuk menyumbang kepada masyarakat dan kami amat bersyukur bukan sahaja kerana mengadakan jamuan berbuka puasa di rumah amal ini, tetapi diberikan kesempatan untuk meluangkan masa bersama para penghuninya.”

Di samping itu, demi memupuk amalan pemakanan yang baik, satu sesi pemakanan interaktif telah dianjurkan untuk kanak-kanak. Dalam sesi kendalian Puan Nurul Iliani Ahmad, Pengurus Pemakanan Kategori, Nestlé Malaysia, kanak-kanak telah diajar tentang kumpulan makanan dan piramid makanan menerusi permainan yang menyeronokkan.
MAGGI® Bawa Berkat Ramadan ke Rumah Amal 
Sejajar dengan komitmen Nestlé terhadap pemuliharaan alam sekitar, Nestlé telah mendidik kanak-kanak di RTK tentang betapa pentingnya amalan mengitar semula. Untuk menyemai amalan kitar semula yang efektif, kakitangan Nestlé berganding bahu dengan mereka untuk membuat hiasan rumah yang kreatif bagi menceriakan suasana menggunakan bahan kitar semula, termasuk bahan promosi, kotak kadbod dan botol plastik.

MAGGI® akan bekerjasama dengan RTK untuk menjual bahan seni dan kraf yang dihasilkan daripada bahan kitar semula di rumah amal tersebut. Hasil kerja tangan ini akan dijual dan dana yang dikutip bakal disalurkan kepada RTK. Rumah ini juga akan menjual biskut dan kuih sempena musim perayaan.

Menurut Hajah Sharifah Binti Haji Adlan - pengasas RTK, “Kami amat teruja dengan kunjungan pasukan dari MAGGI® dan Nestlé yang sudi mengadakan aktiviti ini bersama kami, disamping meluangkan masa dengan kanak-kanak dan penghuni lain. Majlis ini ternyata telah merapatkan hubungan silaturahim sesama insan pada bulan puasa dan kami amat menghargainya.”

Untuk belajar cara menyediakan bubur lambuk MAGGI® yang lazat, sila layari laman web MAGGI® di http://www.maggi.com.my/.

Mengenai MAGGI®
MAGGI® ialah jenama global yang diiktiraf dan menjadi sebutan ramai di Malaysia. Misi utamanya adalah untuk mencipta detik-detik indah menyediakan sajian kebahagiaan yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Menerusi pelbagai rangkaian produk dan penyelesaian makanannya, MAGGI® membantu ibu-ibu menyediakan sajian makanan masakan rumah yang lazat dan seimbang untuk keluarga mereka setiap hari. Jenama ini juga komited untuk memenuhi keperluan pengguna yang sentiasa berubah, dengan menghasilkan inovasi produk yang digemari oleh seisi keluarga di Malaysia sejak zaman-berzaman.

Mengenai Nestlé Malaysia
Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di 189 buah negara di seluruh dunia, dan seramai 328,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan serta memainkan peranan untuk membina masa depan yang lebih sihat. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami. Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia

Sunday, May 12, 2019

Resepi Beg Emas Thai Pembuka Selera

Sunday, May 12, 2019 9
Resepi Beg Emas Thai Pembuka Selera | Assalamualaikum korang. Dah hampir seminggu kita berpuasa. Dan selama itulah dilema nak masak apa untuk keluarga untuk berbuka puasa setiap hari kan? Liez pun melalui perkara yang sama. Buntu fikiran ni, buntu~ Nak dijadikan cerita, semalam Family in Law datang berbuka dirumah dan kami decided untuk buat potluck. Adik ipar Liez buat mee tomyam dan beli pizza Dominos untuk anak-anak so Liez pun terfikir nak buat menu yang ringan tetapi sedap. 

Belek-punya belek buku resepi Chef Wan. Terjumpa resepi Beg Emas Thai. Actually ia ada juga dihidangkan di restoran makanan Cina sebagai appertizer. Jom Liez share resepi dan cara-cara penyediaannya.

Resepi Beg Emas Thai Pembuka Selera
Bahan-bahan:
Kulit popia (dibahagi 4)
300g isi ayam (dikisarhalus)
100g isi udang (dikisar halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
50g sengkuang (dipotong dadu)
50g cendawan shitake (dipotong dadu)
Daun bawang (dipotong dadu)
Suhun (rendam, siram dengan air panas dan tos) - optional
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu lada sulah
garam

Cara penyediaan:
1. Panas sedikit minyakdan tumiskan bawang putih hingga kekuningan. Kemudian masukkan ayam, sos tiram, minyak bijan, kicap cair dan lada sulah. Gaul dan biarkan masak.
2. Kemudian masukkan sengkuang, cendawan, daun bawang dan udang. Gaul hingga masak .
3. Kemudian masukkan suhun dan gaul hingga sebati. Kemudian tabur garam.
4. Tutup api dan biarkan inti sejuk sebelum dibalut. Boleh tengok video di Youtube.
5. Sekepas selesai, boleh goreng dalam minyak panas.
6. Hidangkan dengan sos thai,


SELAMAT MENCUBA

Saturday, May 11, 2019

Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh

Saturday, May 11, 2019 20
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh | sebut pasal membeli barangan dapur ni memang menjadi aktiviti favourite Liez. Ia seakan terapi selepas menghabiskan masa menjaga anak-anak dan mengemas rumah. Apa yang Liez suka shopping barang dapur ialah bila dapat mencari tempat membeli yang lengkap dan yang penting menawarkan harga yang berpatutan selain produk yang segar dan berkualiti. SEGIFRESH adalah salah satu tempat yang korang boleh pergi dan mencari barangan keperluan.


Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh 
Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Segifresh merupakan kedai membeli barang runcit untuk peniaga dan pengguna. Segifresh juga menjadi perintis dalam industri dan menjanjikan baranagn yang dijuala adalah berkualiti dengan harga yang kompetitif, menawarkan pelbagai barangan dan yang lebih penting perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan adalah yang terbaik. Kiranya korang tak perlu ke tempat lain untuk mencari barangan keperluan kerana di Segifresh semuanya ada

Bila tiba bukan ramadhan, Liez dan Dearie akan ambil peluang untuk stock up barangan dapur untuk sebulan. Jadi kami ke Segifresh kerana disana kami boleh dapatkan pelbagai keperluan seperti pelbagai makanan laut, ayam dan daging, sayur-sayuran segar dan juga barangan keperluan lain. Percaya tak yang Liez beli lebih 20 barang dengan harga RM100? Percayalahhhhhhh.....hihihi. Liez pun terkejut juga.


Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Pelbagai barangan dalam tin seperti sardin, buah-buahan dalam tin seperti longan dan laici, susu pekat dan susu cair, jem buah-buahan, tisu muka dan banyak lagi. Semuanya jenama seperti Trader's Choice dan Crown's choice iaitu dibawah Segifresh. 

Bagi yang nak memulakan perniagaan makanan atau mengusahakan perniagaan katering memang Liez sarankan untuk korang dapatkan barang-barangan keperluan di Segifresh. Boleh dikatakan semua barang ada, barang basah dan kering semua tersedia.

Semalam Liez berbuka dengan keluarga mertua dan Liez hanya sempat menyediakan menu ringkas, Golden Chicken bag. Makan panas dan cicah dengan sos cili dari jenama Berkat yang Liez beli di SegiFresh. Terkejut juga sebab sosnya sedap sama seperti jenama terkenal dipasaran.


Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Segifresh juga menerima banyak penghargaan dan anugerah diatas kejayaan mereka dan perkhidmatan mereka. Antara anugerah yang mereka terima:-
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Barang Murah, Produk Berkualiti Boleh Didapati Di Segifresh
Korang tidak akan rugi jika membeli belah di Segifresh kerana ia menjanjikan kepuasan dan berbaloi dengan wang korang.

Website

Facebook

Instagram

Friday, May 10, 2019

Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks

Friday, May 10, 2019 17
Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks | Assalamualaikum korang. Ramai di antara kita yang mengalami masalah kesempitan hidup dengan masalah hutang yang tidak pernah selesai, masalah bisnes merosot dan juga sara diri yang tidak pernah cukup setiap bulan. Semua masalah ini yang membuatkan ramai yang serabut fikiran dan berputus asa dengan kehidupan. Pasti ada yang tidak kena dengan cara kita menguruskan kewangan dan menguruskan perniagaan. Tapi terfikirkah kita untuk mengubah cara hidup untuk berjaya dan menjadi jutawan? Ada caranya!!
Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Richworks International Sdn Bhd dengan sukacitanya telah melancarkan program baru NAK UBAH HIDUP 2019 – KUASAI POTENSI DIRI, KEWANGAN DAN BISNES secara Live Event pada 30 Ogos hingga 1 September 2019 di Setia City Convention Center (SCCC). Ramai antara mereka yang hadir, telah berjaya merubah diri mereka dari hidup biasa-biasa menjadi luar biasa dengan berniaga. Apa yang lebih menarik, ramai dari mereka asalnya hadir dengan keadaan kusut, penuh bermasalah, dengan tekanan kewangan dan beban hutang keliling pinggang.


Faktor utama masalah ini berlaku adalah kerana ramai yang berniaga tanpa ilmu perniagaan yang betul menyebabkan bisnes mereka susah nak berkembang. Malahan mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran untuk membuat jualan bulanan yang tinggi dan konsisten. Dan ini juga mempengaruhi tahap kewangan dan pendapatan mereka sehingga menyebabkan ramai antara mereka terpaksa menanggung beban hutang bisnes yang mempengaruhi keadaan hidup mereka.


Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Setelah 11 tahun ditubuhkan, lebih 700,000 peserta telah hadir ke program yang dianjurkan oleh RichWorks dan ramai yang mula menikmati hidup yang lebih baik sebagai usahawan berjaya di dalam pelbagai bidang kerana mereka berjaya mengambil tindakan merubah hidup mereka untuk keluar dari kepompong bebanan masalah dan tekanan kewangan.

Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Orang yang bertanggungjawab memberikan kata-kata hikmah ialah Dr Azizan Osman. Siapa tak kenal kan? Master Coach RichWorks telah berjaya melahirkan ramai usahawan jutawan dan banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan bidang keusahawanan di negara ini, antaranya kemajuan anak-anak bangsa dengan rekod peningkatan pencapaian usahawan melalui program bisnes dan pemasaran hanya dalam tempoh seawal 3 bulan hingga 18 bulan. Bergelar jutawan seawal usia 32 tahun melalui syarikat yang diasaskannya pada 2008, Azizan menerusi Richworks International Sdn Bhd, kini merupakan peneraju seminar latihan dan pencetus pembangunan keusahawanan dan pemasaran.

“Ramai di luar sana merasai bahang daripada tekanan ekonomi dan saya melihat ia semakin mencabar terutama buat mereka yang berpendapatan tetap, rendah atau sederhana dan golongan yang tidak bekerja, ditambah dengan kesan peningkatan harga barang dan kesan daripada kenaikan kos barangan dari luar negara disebabkan nilai tukaran ringgit yang lemah buat masa ini.” 

Nak Ubah Hidup Dari Zero Ke Jutawan? Jom Sertai Program Dengan RichWorks 
Kami yakin, Program Nak Ubah Hidup yang kami sasarkan pada bulan Ogos ini sempena Merdeka 2019 akan dihadiri oleh lebih 10,000 peserta selari dengan misi kami untuk melahirkan lebih ramai bakal usahawan. Program ini akan menjadi pencetus titik perubahan dalam kehidupan mereka apabila mereka sedar dan tahu bagaimana program ini boleh bantu ubah hidup mereka dari Zero ke Jutawan hanya dengan berniaga. 

“Mungkin tidak semua akan menghargai perkongsian ilmu bernilai ini tetapi mudah-mudahan ia dapat membantu mereka yang komited dan perlukan bimbingan daripada ilmu dan pengalaman saya selama ini untuk membina kehidupan dan tahap kewangan yang luar biasa, InsyaAllah. Selain dari itu, jika sebelum ini Richworks adalah sinonim dengan Program Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) yang telah berakhir pada bulan November 2018, kami yakin isi kandungan Program Nak Ubah Hidup ini akan 10 kali lebih berimpak dari Program IMKK kerana program baru ini dapat membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk memahami potensi sebenar diri mereka melalui ilmu serta pengalaman dan kesilapan saya untuk mereka mengubah dan memperbaiki diri, hidup dan tahap kewangan mereka menjadi luar biasa.”

Apa yang nak difikirkan lagi. Mari kita bersama-sama berusaha mengubah hidup kita untuk keluarga dan menjamin kehidupan yang berjaya di dunia dan di akhirat. Kita yang perlu mengubah kehidupan kita dengan mengorak langkah kehadapan dan berani mencabar diri keluar dari kepompong masalah. Untuk mendapatkan lebih lanjut boleh mendaftar di www.nakubahhidup.com

Website: 



Email: 
inquiries@richworks.com.my

RICHWORK HOTELINE:  1300-88-2424