07 May 2019

Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan

Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan | Assalamualaikum korang. Bulan Ramadhan akan kita sambut dalam masa 2 hari lagi. Waktu ni mesti korang dah bersesak ke pasaraya untuk membeli bahan-bahan masakan untuk menu untuk bersahur dan berbuka puasa nanti. Jadi kali ini Liez nak share beberapa resepi kerabu yang korang boleh sediakan untuk santapan nanti.

Kerabu Suhun
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan:
Suun (rendam dengan air panas dan tos)
Ikan bilis( basuh, tos dan goreng
Cili padi (hiris)
Kacang tanah (disangai atau digoreng)
Serai (hiris)
Bunga kantan (hiris)
Bawang besar (hiris)
Batang seleri (hiris)
Daun bawang (hiris)
Sos ikan
Jus limau nipis
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)

Cara penyediaan:
Gaulkan semua dalam mangkuk besar dan hidangkan.


Nota:
1. Kuantiti setiap barang ikut selera masing-masing. Kalau Liez suka ikan bilis, bunga kantan, bawang besar dalam kuantiti banyak.
2. Cili padi ikut kepedasan selera masing-masing.


Kerabu Ikan kembung rebus
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan kembung (direbus dan diasingkan isinya)
1 biji timun (dibelahdua dan di hiris nipis)
3 biji cili api (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan dalam satu bekas. perasa kan dengan garam dan air limau nipis secukupnya.

Nota:
Boleh juga menggunakan ikan yang telah digoreng


Kerabu Pegaga
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan
Daun pegaga
Halia (hiris nipis)
bawang putih (hiris nipis)
biji lada hitam
serai (dihiris halus)

Cara penyediaan:
1. Sangaikan bahan-bahan perencah didalam kuali hingga ikan bilis menjadi garing. Pastikan api perlahan dan selalu kacau untuk elak hangus.
2. Dah siap, tumbuk atau kisar bahan tadi hingga halus.
3. Hiris daun pegaga dan masukkan ke dalam mangkuk.Tuangkan perencah tadi dan gaul.
4. Tak perlu letak garam kerana ikan bilis dah ada garam.
5. Dan hidangkan. Boleh makan dengan nasi panas. Memang terangkat!!

Urap Ulam Selom
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan
Daun selom (dihiris halus)
kelapa parut (disangai dan ditumbuk)
ikan bilis (disangai dan ditumbuk)
bawang besar (dihiris halus)
lada hitam (ditumbuk halus)
biji lada hitam
garam

Cara penyediaan
1. Gaulkan semua bahan-bahan dan hidangkan


Kerabu Epal Hijau
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan
buah epal hijau (dihiris halus)
bunga kantan (dihiris halus)
cili api (dipotong kasar)
jus lemon
garam
gula

Cara penyediaan
1. Gaulkan semua bahan-bahan dan hidangkan.

2 comments: