Thursday, September 26, 2019

Pembukaan Cawangan Ke 60 TESCO Di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju

Thursday, September 26, 2019 6
Pembukaan Cawangan Ke 60 TESCO Di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju | Dua tiga dah ternampak iklan TESCO dalam Facebook tentang pembukaan cawangan terbaru di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju pada 25 September 2019. Dalam hati rasa macam nak pergi je tapi kena tengok juga anak teruna kecil Liez tu bangun jam berapa. Saja nak memeriahkan je.
Pembukaan Cawangan Ke 60 TESCO Di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju
Teruja tengok iklan barangan yang ditawarkan agak murah sempena pembukaannya. So pagi tu Liez bersiap sementara menunggu Niyaz bangun. Jam 9 Niyaz bangun terus mandikan dan bersiap. Niyaz bila kata ajak pergi jalan-jalan memang mood dia happy selalu walaupun dia memang jenis happy go lucky.
Pembukaan Cawangan Ke 60 TESCO Di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju
Pembukaan Cawangan Ke 60 TESCO Di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju
Kami sampai di Wangsa Walk Mall jam 9.40 dan ketika tu dah ramai orang menunggu di depan TESCO. Ada disediakan booth-booth makanan, barangan jualan, poothbooth dan booth untuk mendaftar untuk card keahlian.

Jam 10 pagi, pembukaan Tesco telah dirasmikan dan persembahan kumpulan gendang dan tarian singa. Niyaz sebenarnya takut dengan persembahan tarian singa tapi entah macam mana kali ni dia sangat excited.

Pembukaan Cawangan Ke 60 TESCO Di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju
Pembukaan Cawangan Ke 60 TESCO Di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju
Harga yang ditawarkan sempena pembukaan pun ada yang murah. Liez dah sambar beberapa barang tapi kerana ramai sangat orang beratur di kaunter, terus Liez batalkan niat. Its ok next time Liez pergi lagi.
Pembukaan Cawangan Ke 60 TESCO Di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju
Pembukaan Cawangan Ke 60 TESCO Di Wangsa Walk Mall Wangsa Maju


Wednesday, September 25, 2019

Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC

Wednesday, September 25, 2019 0
Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC | Hujung minggu lepas, Liez dijemput untuk menghadiri majlis meraikan ulangtahun ke 2 dan juga pelancaran Matxi Corp di Malaysia di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. 
Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC
Majlis juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran 2000 pengedar dari 30 negara dengan tema Glory to Glory yang penuh kilauan. Disamping hadirin dihiburkan dengan pembukaan majlis dari peserta Asia's Got Talent 2017, Vietnam’s 218 Dance Crew.



Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC
Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC
Matxi Corp memperkenalkan Matxi Corp di Malaysia sebagai pasaran negara ke 2 selepas Vietnam dan juga akan berkembang ke Korea dan Amerika Syarikat. Tidak ketinggalan adalah ucapan dari wakil kepimpinan antaranya Ms Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Mr Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Ms Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Mr Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan juga Mr Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holding Sdn Bhd).
Ms Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam)
Ms Jenny (Pengarah Matxi Corp USA)
Mr Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia)
Mr Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) 
Mr Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holding Sdn Bhd)
Matxi Corp (Vietnam) yang dulunya dikenali sebagai Matxi S.G adalah anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd yang telah mengkhususkan dalam pelbagai bidang terutama sekali dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia dan membantu individu-induvidu yang ingin berjaya dalam perniagaan. Selama 2 tahun beroperasi, Matxi Corp telah berjaya mencipta pencapaian yang luar biasa dengan memberikan pelan merancang dan alat sokongan dengan sistem paling profesional kepada 20,000 orang pengedar dan agen di Vietnam dan beberapa negara lagi. " Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik " merupakan slogan keramat Matxi Corp dalam memberikan semangat kepada ahli-ahlinya selain berusaha membekalkan kehidupan yang lebih baik dan bermatlamat untuk kepentingan untuk pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelaburnya.


Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC

Matxi Corp bukan sahaja memberi fokus kepada latihan dan pembangunan perniagaan tetapi mereka juga mempunyai beberapa lagi bidang perniagaan seperti:-

  • hartanah
  • peruncitan bahagian kanak-kanak
  • pencetakan dan pembungkusan
  • syarikat penyelengaraan Acara
  • produk kesihatan dan pengeluaran kosmetik
  • restoran
Matxi Corp memiliki kilang GMP yang diiktiraf di Vietnam dengan keluasan lebih 7000 meter persegi untuk pembuatan produk makanan dan kosmetik dengan kapasita pengeluaran 1.5 juta produk sebulan. Ia juga mempunyai pusat R&D sendiri untuk mengkaji dan meningkatkan kualiti produk mereka di selain mempunyai kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea dan Malaysia.
Kemeriahan Sambutan 2 Tahun Dan Pelancaran Matxi Corp Malaysia Di KLCC


Selain itu, Matxi Corp memperuntukkan 10% keuntungan syarikat untuk untuk membantu meringankan beban beribu isi rumah diVietnam dan juga kepada Yayasan Amal Matxi dalam memberi perlindungan sosial kepada kanak-kanak dan warga emas  Rumah Ah Nhien.

Semoga MatxiCorp terus maju dan menjadi perintis dan peneraju inovasi dimata dunia serta menjadi syarikat yang kukuh dalam pasaran dunia mejelang 2021.

Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)

Facebook : 

Instagram : 

#MATXICorp #YouDeserveABetterLife


Tuesday, September 24, 2019

5 Benda Yang Mak Wajib Bawa Ketika Travel Atau Holiday Bersama Baby Atau Anak Kecil ?

Tuesday, September 24, 2019 6
5 benda yang mak wajib bawa ketika travel atau holiday bersama baby atau anak kecil? | Travel bersama keluarga ini bukan perkara yang mudah, terutama kepada mereka yang mempunyai anak kecil berumur setahun kebawah ni. Percutian bersama anak yang masih kecil mesti dilakukan dengan teliti supaya semua orang yang berada dalam perjalanan itu berasa gembira dan enjoy. Ibu bapa pun tak perlu berasa stress sepanjang percutian.

Okay, Sis nak share 5 benda yang mak-mak wajib bawa ketika travel bersama baby atau anak kecil supaya mak yang handle anak tak panik dan stress.

1) ALAT HIBURAN, TOYS ATAU EDUCATION TOY MUDAH TRAVEL.
- Ketika sediakan barang perjalanan, jangan lupa mak bekalkan satu atau dua toys untuk anak bermain ketika flight atau sepanjang travel. Untuk membantu mak supaya anak tenang dan tenteram sepanjang percutian, mak boleh bekalkan gadget  seperti Ebookku Islamic, Buku Islamic Berbunyi dan Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop. Gadget seperti ini akan membuatkan anak leka explore sesuatu yang baru beserta berilmu dan menghiburkan. 
Mama Zie Kerlazz Shop
Mama Zie Kerlazz Shop
Mama Zie Kerlazz Shop
Islamic Audio Device dari Mama Zie Kerlazz Shop ini juga dapat membantu menenangkan anak dengan fungsi white noise untuk baby bawah usia sebulan, Lullaby (lagu dodoian anak) ketika letih ingin tidur serta terdapat fungsi butang alunan bunyi pantai yang mendamaikan. Bukan itu sahaja, terdapat butang surah-surah terpilih buat peneman anak ketika travel. Jika anak peminat tegar kartun Omar Hana, ibu bapa harus dapatkan Islamic Audio Device ini dari Mama Zie Kerlazz Shop kerana ada beberapa lagu hits dari kartun Omar Hana untuk hiburkan hati anak sepanjang perjalanan ibu bapa bercuti.

Facebook: Mamazie Kerlazz
Instagram: Mamazie Kerlazz
No Tel: 018-3962999

2) MAKANAN BAYI KHAS UNTUK TACKLE PICKY EATERS KETIKA TRAVEL.
Ha..baby bila lapar atau tak makan on time kadang boleh menyebabkan diorang ni restless time travel atau holiday. Tapi kadang-kadang nak travel dengan anak cerewet makan ni bukannya senang. Habis semua makanan diorang memilih dan reject untuk makan. Sampai stress kepala kita fikir nak bagi anak kita makan apa kan?
Baby Sadoo
So sis nak suggest mommy yang ada anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun untuk try travel dengan Baby Sadoo. Baby Sadoo ni merupakan makanan baby yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan dari 6 bulan sampai 3 tahun tanpa tambahan bahan perasa seperti garam, gula & pengawet tau. Baby Sadoo ni dibuat khas oleh bekas jururawat berdaftar yang pernah bekerja hampir 7 tahun bersama Sime Darby Medical Center. 
Baby Sadoo
Apa yang sis suka dengan Baby Sadoo ni sebab dia lengkap nutrisi, dalam 1 botol tu dah siap dah carbohydrate, protein dia, fiber dia, callorie dia. So waktu travel senang, mak-mak macam sis ni tinggal panaskan je Baby Sadoo ni tak sampai 1 minit dah boleh terus suap anak makan kat mana-mana je termasuklah bila diorang lapar dalam kereta, flight, train, atau time tengah janjalan menikmati pemandangan percutian pun boleh.

Bagi sis Baby Sadoo ni best sebab menu dia menarik dan sedap-sedap dari bahan semulajadi dan senang tak payah nak tambah apa-apa dah dan tak payah nak pening fikir nak masak apa untuk anak cerewet makan ni time travel. Bagi sis sangat praktikal untuk mak-mak yang nak travel dengan anak cerewet makan untuk bawak Baby Sadoo yang food on the go ni. 

Baby Sadoo
Botol dia ni pun selamat untuk nak panaskan terus dalam microwave atau water heater. Botol pun jenis botol kaca yang berkualiti. Tak delah sis nak risau tindak balas kimia dari botol ni pindah ke makanan baby atau apa time panaskan. Yang penting baby suka sangat makan dan sekali makan kadang-kadang tak cukup sebotol. Senang travel dengan Baby Sadoo ni. Panaskan, terus suap je makanan sihat, berkhasiat, sedap dan lengkap nutrisi untuk baby cerewet makan kita. Tak payah nak tambah apa-apa dah dalam Baby Sadoo yang 'Complete Meal' ni. Senang sangat.

Haa. kalau mommy nak tahu Baby Sadoo ni jugak merupakan antara Makanan Bayi No. 1 di Malaysia yang khas untuk tackle selera anak cerewet makan tau dan terbukti mempunyai hampai lebih 3000 testimoni dari ibu-ibu yang mempunyai masalah anak cerewet makan, bantu ibu bekerjaya yang tak sempat sediakan makanan bayi sihat dan berkhasiat untuk anak-anak dirumah atau bekalan ke rumah pengasuh dan bantu memudahkan mommy yang nak travel bersama anak picky eaters ni.

Baby Sadoo
Sis dan ramai mommy kat Malaysia pilih untuk travel dengan Baby Sadoo yang convenient for travelling ni. Recommended sangat. Sebab senang, Panaskan je sebotol Baby Sadoo, tak payah nak tambah apa-apa dah, boleh terus suap baby makan makanan bayi yang 'complete meal'. Kalau mommy nak dapatkan Baby Sadoo atau berminat untuk apply for agent reseller boleh Follow 👇

Facebook: Baby Sadoo HQ
Instagram: Baby Sadoo HQ

3) IZLIYAH KITCHEN BABY FOOD
Sekiranya bayi mommy sudah boleh makan, jangan dilupa bawa bekalan makanan instant yang sihat buat mereka. Instant di sini bermaksud mudah disediakan tetapi sihat kerana tidak mengandungi bahan terlarang yang belum mampu ditapis oleh usus bayi anda.
IZLIYAH KITCHEN BABY FOOD
Izliyah Kitchen menyediakan makanan bayi yang mudah disediakan ketika travel. Pastinya memudahkan kerja mak-mak tatkala travel tidak perlu membawa periuk nasi dan segala bahan mentah untuk dimasak atau perlu prepare awal2 dari rumah sebelum mula travel. Produk Izliyah telah diiktiraf dengan sijil HALAL dari JAKIM. Produk ni juga tidak sama sekali mengandungi bahan pengawet dan gula sintetik. 

Terdapat beberapa jenis makanan bayi di Izliyah Kitchen iaitu:
  • Bubur (ada bubur kasar dan bubur halus)
  • Biskut (ada pelbagai perisa seperti kurma,kismis dan pisang)
  • Serbuk perasa (ada serbuk ayam, serbuk bilis, serbuk sayuran dan serbuk buahan)
IZLIYAH KITCHEN BABY FOOD
Kesemua di atas adalah mesra travel kerana amat mudah untuk disediakan. Konsep kami, menyediakan bubur segera dengan hanya bancuh air panas tetapi sihat dan bebas bahan pengawet.

Facebook: Izliyah Kitchen
Instagram: Izliyah Kitchen
No Tel: 017-772 3571

4) PENYELAMAT ANAK DARI BATUK & SELESEMA
Kasihan bila tengok anak kecil tercungap-cungap susah nak nafas, sebab hidung tersumbat atau berkahak teruk. Tak lalu makan dan muka pucat bila jadi macam ni. Malah, jika tak dirawat, ia boleh mengancam nyawa! So sis nak ingatkan mak-mak untuk always standby benda wajib ni ketika travel dengan anak kecil.
Mamz Spray
Mamz Spray
Ramai juga yang tanya. Ada ke sapuan bayi yang boleh bantu rawat masalah ni secara semulajadi? Jawapan nya ADA! Gunakan jer sapuan bayi Mamz. Paling penting Mamz ni ada pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibuat dari bahan semulajadi Habbatus Sauda. Memang elok untuk bayi. 
Mamz Spray
Mamz Spray merupakan penawar bagi masalah utama bayi seperti masalah berkahak, masalah selsema dan masalah batuk. Sesuai digunakan oleh bayi seawal dalam pantang sehingga berusia 6 tahun. 
Mamz Spray
Mamz Spray juga sangat sesuai digunakan sebagai sapuan harian bayi walaupun telah sihat bagi menggantikan minyak telon. Sapukan selepas mandi agar antibody bayi semakin kuat dan sapukan sebelum tidur agar bayi tidur lebih lena. Kalau ibu-ibu nak tau lebih lanjut mengenai Mamz ni boleh je terus ke www.mamz.com.my atau boleh juga lihat kt https://www.facebook.com.my/MamzOfficialHQ . Testimoni yang dah guna Mamz ni pun da beribu dah. Kalau nak baca testimoni tu klik jer link wasap bawah ni.

Facebook: MamzOfficialHQ
Instagram: MamzOfficialHQ
No Tel/ Whatsapp: www.wasap.my/60196449092
Website: www.mamz.com.my

5) SNACKS & BISKUT SIHAT UNTUK ANAK KECIL
Rush Baby Food menjadi pilihan utama ibu-ibu yang mengutamakan #BMF dan yang terbaik untuk bayi mereka tetapi cepat mudah dan pantas. 

Bubur bayi segera keluaran Rush Baby Food dalam bentuk flakes beras semakin mendapat permintaan tinggi kerana ianya yang hanya perlu dibancuh dengan air panas sahaja, bila-bila masa sahaja boleh disediakan sama ada di dalam kereta, train, flight, tepi pantai dan sebagainya. Rasanya yang sedap dan harum seakan ibu baru lepas memasak diatas dapur membuatkan bubur bayi Rush Baby berbeza dari yang lain. Terdapat dua pilihan iaitu beras putih dan beras perang. Bancuh flakes sahaja pun dah licin bayi makan apatah lagi jika di tambah dengan Serbuk Buah Mango, Serbuk Ayam atau Serbuk Purple Sweet Potato yang juga dikeluarkan oleh Rush Baby Food. Tabur-tabur je dah siap, tak perlu masak pun. Senang kan?
Rush Baby Food
Bukan sahaja bubur, malah Rush Baby juga ada menyediakan Biskut bayi dengan nama Bone Broth Cookies. Mula diperkenalkan pada November 2017, ianya terus menjadi bualan mulut ibu-ibu yang lebih prefer Homemade Babyfood. Apa yang istimewanya tentang biskut bayi ini, salah satu kandungan di dalamnya ialah Chicken Bone Broth. 
Rush Baby Food
Banyak khasiat dan manfaat yang boleh didapati daripada Chicken Bone Broth dan ternyata ianya sangat bagus untuk perkembangan bayi seperti yang dinyatakan oleh Dr Suriyakhatun merupakan Doktor Perubatan Homeopathy. Kelebihan lain yang ada pada biskut bayi ini ialah tidak terlalu gebu dan tidak mudah hancur. Seawal 7 bulan bayi dah boleh mencuba Bone Broth Cookies ini walaupun belum ada gigi. Terdapat 3 pilihan rasa iaitu kurma yang menjadi best seller, kemudian apricot raisin dan yang terakhir adalah avocado cheese. Ketiga-tiga biskut bayi ini diadun menggunakan bahan yang berkualiti seperti unbleach flour, anchor unsalted butter, puree buah sebenar, tepung jagung dan juga Chicken Bone Broth.

Yang baru merancang percutian atau yang tengah bercuti, boleh je dapatkan Makanan bayi keluaran Rush Baby Food ini daripada agen-agen berdekatan anda atau dari butik-butik baby terpilih seperti Tateh, One Baby World, Yons dan banyak lagi. Boleh juga layari terus Facebok dan Instagram Rush Baby Food HQ untuk dapatkan info lebih lanjut.

Facebook: Rush Baby Food HQ
Instagram: Rush Baby Food HQ
No Tel: 019-9559334

Thursday, September 19, 2019

Nak Otak Muda? Amalkan 10 Makanan Untuk Kesihatan Otak Yang Baik

Thursday, September 19, 2019 11
Nak Otak Muda? Amalkan 10 Makanan Untuk Kesihatan Otak Yang Baik | Assalamualaikum sahabat semua. Agak lama Liez tak share tentang tips pemakanan untuk kesihatan kan? Tahu tak, pengambilan makanan yang terbaik boleh membuatkan otak korang sentiasa muda? Ehhhh~ macam mana otak muda tu?

Otak muda bermaksud pemikiran kita persis fikiran kanak-kanak yang sentiasa aktif dan otak kekal cergas. Agar otak sentiasa muda, pemilihan diet tetentu dan sentiasa giat melakukan kegiatan atau senaman minda seperti bermain catur, permainan silang kata, melakukan kira-kira matematik dan juga menghafal ayat Al-Quran.

Kalau korang perasan, bila kita mencecah usia 30an kemampuan daya pemikiran kita akan lemah atau menurun disebabkan penuaan sel-sel saraf otak. So jom amalkan 10 jenis makanan ni untuk dapat kuasa kesihatan minda yang hebat.
1. Kekacang
Penyelidikan ada menyarankan mengambil vitmin E untuk mengelak dari Kognitif terutama pada warga emas. Kekacang adalah sumber vitamin E terbaik selain sayuran hijau, telur, beras perang dan Asparagus.

2. Bijirin Penuh
Amalkan pengambilan bijiran rendah GI, contohnya bijiran perang seperti gandum bran, eoti gran dan pasta perang kerana ia boleh membebaskan glukos secara perlahan ke saluran darah dan membuatkan otak cergas.


3. Ikan
Mengandungi essential fatty acids (EFAs) yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia. Ia boleh didapati dari ikan yang kaya dengan lemak omega-3 yang bagus untuk meningkatkan fungsi otak selain baik untuk jantung dan sendi. Kandungan DHA dan EPA dari ikan seperti salmom, trout, kembung atau makerel, sardin, hering dan banyak lagi. Kekurangan DHA boleh menyebabkan penyakit alzheimer atau hilang ingatan.
4. Anggur Hitam atau Blackcurrant
Mengandungi vitamin C tang baik untuk meningkatkan ketangkasan mental



 5. Biji Labu
Amalkan makan segenggam biji labu setiap hari untuk mendapatkan khasiat zink untuk meningkatkan memori dan skil berfikir.
6. Brokoli
Mengandungi vitamin K yang baik untuk menambah baik kuasa minda.
7. Tomato
Mengandungi Likopena, sejenis antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang merosakkan sel dan meningkatkan risiko Alzheimer.

8. Vitamin
Vitamin B seperti B6, B1W dan Asid Folik yang mengurangkan paras Homocysteine dalam darah.

9. Herba SAGE
Berpotensi untuk meingkatkan memori. Jadi boleh cari minyak pati SAGE  dan jadikan sebagai sebgai dressing salad.

10. Beri Biru
Terbukti melalui kajian Universiti Tufts di Amerika Syarikat, beri biru boleh melambatkan kehilangan ingatan jangka pendek.

Haaaa.... so mulai hari ni boleh la kita bersama-sama amalkan pengambilan makanan yang baik untuk membantu kita dari cepat lupa atau hilang ingatan di usia emas nanti. Selain itu, kita juga kena selalu berdoa semoga diberikan kesihatan yang baik dan kekal cergas.

Apa itu Kognitif?
Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. 

#tips :
Pengambilan ubat tidur atau pil penahan sakit boleh mengakibatkan kerosakan Kognitif yang boleh memutuskan hubungan antara sel-sel otak.

Saturday, September 14, 2019

Peringatan !! Berhati - Hatilah Jika Banyak Cicak di Rumah

Saturday, September 14, 2019 8
Peringatan !! Berhati - Hatilah Jika Banyak Cicak di Rumah | Assalamualaikum korang. 
Hari minggu datang lagi!!!! Liez hari minggu adalah hari lepak, hari cuti dari memasak atau hari bersama keluarga. Tapi bagi ibu-ibu yang bekerja, hari minggu ni lah hari nak mengemas, mencuci dan sebagainya. Membersihkan rumah adalah satu kerja yang perlukan masa yang panjang sebab ambil masa untuk mengemas, menyusun, menyapu dan mengemop. Kalau kena ada nak anak-anak yang masih kecil memang lantai rumah kena bersih. Tapi Liez geram sangat bila lantai penuh dengan kesan tahi cicak. Sakit hati betul~
Peringatan !! Berhati - Hatilah Jika Banyak Cicak di Rumah
Dalam sebuah artikel yang pernah saya Liez baca, kita harus berhati-hati jika di rumah banyak sekali cicak selain haiwan yang merugikan bernama tikus. Untuk itulah mengapa haiwan kecil melata bernama "cicak" ini di sunnahkan untuk di bunuh.

Tentang cicak:
(الوزغة) bermaksud cicak dan dikenali sebagai binatang yang melata. Badannya berbintik-bintik seperti penyakit kusta dan merupakan binatang fawahish (perosak). (Lihat: Hayat al-Hayawan al-Kubra, 2/544)

Hikmah Membunuh Cicak
1. Kotoran dan bangkai cicak najis sehingga membatalkan wudhu dan shalat.
"Yang rajin adalah pendapat jumhur ulama, bahwa kotoran cicak dan juga bangkainya adalah termasuk najis. Sehingga wajib dihindari dan dibersihkan jika mengenai badan, pakaian atau tempat-tempat yang dipakai untuk beribadah. Wallahu a’lam"

2. Cicak adalah musuh Nabi Ibrahim
Cicak memiliki sifat munafik yakni berkhianat.

Dalam haditsnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Salam bersabda yang artinya: “Bahwasanya ketika Ibrahim dilemparkan ke dalam api maka mulailah semua haiwan melata berusaha memadamkannya, kecuali cicak. Karena sesungguhnya cicak itu mengembus-embus api yang membakar Ibrahim.” (HR. Ahmad)

3. Membunuh cicak berpahala
Didalam kitab Shahih Muslim disebutkan, “Barangsiapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan maka baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan kedua maka baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yang pertama), dan jika pada pukulan ketiga maka baginya (kebaikan) berbeda dengan itu (yang kedua).”

4. Cicak boleh menjadi media sihir
Ini kali pertama Liez dengar. Mungkin pernah terjadi, ada cicak yang tiba tiba sudah mati mengering atau hangus. Dan kita perlu waspada karena cicak ini termasuk haiwan melata yang sering di jadikan media pembawa sihir. Banyak dari golongan jin yang menjelma rupa menjadi cicak (haiwan melata) untuk meletakkan racun sihir dirumah.

" Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah menghabarkan kepada kami bahwasannya jin itu terdiri dari tiga kelompok. Pertama, jin yang selalu berterbangan (melayang) di udara, kedua, jin dalam wujud haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai tempat tinggal dan suka bepergian” (HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang shahih).

5. Cicak mengandung bakteria Escherichia coli (Ecoli)
bakteria yang terkandung dalam cicak bisa menyebabkan sakit perut dan membahayakan kesihatan tubuh. Maka harus hati hati jika ada makanan atau minuman yang kejatuhan kotoran cicak.
- jangan lupa menutup makanan dan minuman kita di malam hari karena kita tidak pernah tau ada penyakit apa yang masuk ke dalamnya termasuk salah satunya jika cicak menjilatinya.

Rasulullah SAW bersabda :
"Matikanlah lampu-lampu kalian, jika kalian hendak tidur. Dan tutuplah pintu-pintu serta tutuplah jendela serta wadah-wadah makan dan minum kalian" (Hr Bukhori)

Macam di rumah Liez memang payah nak jumpa cicak walaupun sebenarnya ada. Boleh dikesan bila tengok lantai ada najis cicak. Memang susah nak dibunuh. TApi apa yang korang boleh buat, beli racun atau perangkap cicak. Memudahkan kerja dan penting selamat.

Thursday, September 12, 2019

Semarakkan 62 Tahun Kemerdekaan Di The Curve Dan eCurve

Thursday, September 12, 2019 6
Semarakkan 62 tahun Kemerdekaan di the Curve dan eCurve | Ketika rakyat Malaysia di seluruh dunia bersama-sama membuat persiapan bagi menyambut ulang tahun ke-62 kemerdekaan negara, the Curve dan eCurve turut semua menyemarakkan lagi semangat patriotisme hujung minggu Merdeka dengan penuh riang ria. 

Semarakkan 62 tahun Kemerdekaan di the Curve dan eCurve
The Curve telah menganjurkan pelbagai aktiviti mesra keluarga untuk pengunjung pada hujung minggu 31 Ogos hingga 1 September 2019. Kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti lukisan muka dan menyertai bengkel batik, pin roda bunga, serta boneka patung Merdeka. Pengunjung juga berpeluang mengunjungi stesen menghias biskut bertemakan Merdeka. Manakala pengunjung cilik pula dihiburkan dengan kepelbagaian bentuk belon oleh badut. 
Semarakkan 62 tahun Kemerdekaan di the Curve dan eCurve
Semarakkan 62 tahun Kemerdekaan di the Curve dan eCurve
Sementara itu, di eCurve pula, pengunjung telah disajikan dengan keindahan dan kepelbagaian budaya Malaysia menerusi tarian Muhibbah. Persembahan tarian tradisi tersebut menggaungkan daripada tiga kumpulan etnik utama di Malaysia yang telah digubah dan dipadankan mengikut peralatan muzik tradisional masing. Pengunjung merasa tenaga dan terhibur dengan persembahan berkenaan mendengar. 

Pengurus Besar Kanan the Curve, Encik Jazmi Kamarudin berkata, “Kami terharu melihat pengunjung turut menghayati semangat patriotik di pusat beli-belah kami pada hujung minggu lalu. Dalam dunia moden kini, kita sering dibayangi kegelisahan mengenai masa depan. Penganjuran aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan di pusat beli-belah kami merupakan satu cara untuk membolehkan pengunjung mengimbau semula masa lalu di samping menyemarakkan semangat perpaduan.” 

Semarakkan 62 tahun Kemerdekaan di the Curve dan eCurve

Semarakkan 62 tahun Kemerdekaan di the Curve dan eCurve
Pemangku Pengurus Kompleks, Gina Long Ahmad berkata, “Rakyat akan berkumpul setiap tanggal 31 Ogos dalam herai kemerdekaan lagi mengenangkan sejarah negara yang kita kagumi. Kami turut mengadakan kempen ini bagi menonjolkan keindahan Malaysia melalui persembahan Muhibbah untuk diingati oleh semua pengunjung kami.” 

Perlukan maklumat lanjut mengenai sambutan Merdeka the Curve dan eCurve tahun ini? Hubungi Pegawai Perkhidmatan Pelanggan the Curve di talian 03-7710 6868 atau lawati www.thecurve.com.my atau laman FB the Curve www.facebook.com/theCurveShoppingMall atau laman Instagram di https://www.instagram.com/thecurve_official/ (thecurve_official). Untuk maklumat lanjut mengenai sambutan Merdeka eCurve, lawati http://www.ecurve.my atau laman Facebook eCurve www.facebook.com/eCurveMall/.

Wednesday, September 11, 2019

Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki

Wednesday, September 11, 2019 5
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki | Assalamualaikum korang. Cuti hujung minggu yang panjang lagi minggu ni kan? Apa plan korang. Liez minggu ni maybe just stay dekat rumah. Tak pasti if last minute ada yang nak ajak pergi hiking lagi. Liez ON je. Dah makin suka nak hiking sebab rasa best lepas complete turun naik bukit tu. Even penat sangat tapi puas hati. Liez yang amateur memang perlu belajar dan faham lagi bab hiking ni. So Liez dah baca beberapa info dan Liez nak share dekat sini. Mana tahu boleh bantu korang yang baru nak berjinak-jinak dengan hiking ni kan?
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki 
7 Tips Penting Untuk Yang Baru Berjinak Untuk Hiking 

1. Mulakan dengan yang kecil.
Maksudnya, cara laluan trail yang pendek atau yang biasa. Kira level beginner~ kalau korang biasa berlari atau berjalan atas treadmill berkilometer tapi ia tidak sama dengan hiking ye. Perbezaan nya bila trail hiking ada laluan di cerun, ada ketinggian yang berbeza dan permukaan tanah yang berbeza. Contoh, menaiki bukit di lumpur pada ketinggian yang tinggi akan mengambil lebih banyak kekuatan dan ketahanan berbanding berjalan-jalan yang biasa. Apabila memilih laluan, pertimbangkan berapa banyak masa yang korang ada dan tahap kecergasan. Semakin panjang dan curam jejak, semakin sukar korang kena tempuhi.

2. Tahu Kemampuan Diri
Sebelum korang keluar rumah, kenalpasti jarak dan juga masa yang diperlukan untuk turun dan naik bukit dan pastikan pulang sebelum senja. Buat permulaan, lakukan gerakan secara pelahan jangan nak cepat sampai di puncak. Lakukan secara konsisten dan rehat sebentar di antara masa mendaki. Waktu ni korang boleh minum atau makan. Jangan mulakan pendakian dengan pantas kerana bimbang korang akan kehabisan tenaga sebelum sampai ke puncak.

3. Pakai pakaian dan kasut yang sesuai

Yang ini sangat penting ye. Untuk melancarkan pendakian pastikan korang pakai pakaian yang selesa dan kasut yang sesuai. Jangan pakai yang labuh dan terlalu longgar yang boleh melambatkan pendakian. Dan yang penting kasut jangan pakai kasut yang tapaknya licin dan ketat. Kalau boleh pakai kasut yang ringan. Kalau yang nak bawa bag kena pakai bag galas yang ringan. Liez pun hari tu silap, bawa handbag kauuuuu.. padahal ada je bag ringan. So next hiking kena take note!!
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki 
4. Tanda pada Peta
Pastikan tanda pada peta sebelum korang mulakan pendakian. Belajar sedikit tentang tempat yang nak di daki. Kalau tiba di tempat yang agak curam jangan terus mendaki. Rehat dahulu dan kenal kondisi badan dan seimbangkan. Rehatkan badan sebelum melalui kawasan muka bumi yang berbeza.


Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki 
5. Bekalkan makanan dan barangan lain
Ini PENTING!! Pastikan bekalan air korang mencukupi. Liez dah laluinya sendiri, bawa air tapi tak cukup. Kena pulak ank-anak kejap-kejap minum. Dan bekalkan sekali makanan seperti kekacang, energy bar, coklat, pisang atau sebarang makanan yang boleh tambah tenaga. Dan jangan lupa, first aid kit bersaiz kecil, kacamata hitam, topi, insect repellent, and krim pelindung matahari. 
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki 
6. Cari Buddy
Yes~ Liez kalau ada geng baru seronok nak hiking. Kalau sorang-sorang memang malas la. Lagipun bila ada peneman yang lebih berpengalaman, kita akan belajar banyak tentang hiking darinya. Dan kelebihan ada peneman ialah jika sebarang kejadian yang tak diingini berlaku bolehlah bantuan diberikan. Dan lagi penting, sila beritahu ahli keluarga atau kawan-kawan lokasi korang nak pergi. Risau korang tak dapat dihubungi, tahu-tahu je lah dalam hutan mana ada phone coverage kan??
Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki 
7. Jaga kebersihan
Pastikan korang bawa beg plasik untuk menyimpan plastik makanan atau terjumpa sampah sepanjang pendakian korang. Tak salah kita bantu jaga keberishan dan keindahan alam sekitar. Jangan buang sampah merata-rata ye.

Liez harap dengan tips ni boleh bantu korang yang baru-baru nak berjinak dengan dunia hiking ni. Macam Liez la, masih belajar lagi dan harap muncul minat untuk terus hiking. Mana tahu tetiba jadi minat dan jadi addicted kan? Benda baik dari segi kesihatan dan aktiviti berfaedah, apa salah kalau kita lakukan selalu.

Baru Belajar Nak Mendaki Bukit @ Hiking?? 7 Tips Penting Yang Patut Diambil tahu Sebelum Mendaki 
Liez pun nak anak-anak Liez suka dengan aktiviti hiking ni sebab ini salah satu aktiviti kekeluargaan yang boleh merapatkan lagi hubungan dan juga kita tahu tahap kesihatan dan kecerdasan mereka. Actually hiking ni boleh bantu korang untuk lose weight tau sebab hiking adalah aktiviti senaman yang membakar kalori paling tinggi dan banyak berbanding berlari atau bersenam/zumba. Mana tau Liez boleh kurus~ ahak!! Nantikan lokasi seterusnya untuk aktiviti hiking Liez nanti.