Friday, December 20, 2019

Mee Segera Vit's Masak Chow Mien

Friday, December 20, 2019 8
Mee Segera Vit's Masak Chow Mien Lagi Mudah Dan Sedap | Assalamualaikum. Agak lama tak share resepi dalam blog kan? Since tak sihat dari bulan November sampai la kena warded selama seminggu, blog terbiar sepi. Memang tak larat nak mengadap hp dan lappy sebenarnya. Even encik suami bising nape dah jarang baca Whatsapp. Bukan apa, bila tengok terus rasa nak muntah dan badan jadi lemah. So caranya memang ignore Whatsapp. Alhamdulillah lepas discharged, kesihatan dah ok cuma pantau sendiri keadaan di rumah.

Mee Segera Vit's Masak Chow Mien Lagi Mudah Dan Sedap
Since anak-anak lama Liez tinggal dengan parents Liez dekat Gapi sebab kena warded tu, segala program nak bawa anak-anak mak ayah jalan-jalan naik tren, shopping terbantut. Even dah janji dengan Qaseh dan Niyaz nak balik ipoh duduk lama sikit pun postponed. Tapi alhamdulillah, dapat juga tunaikan permintaan diaorang nak balik ipoh selama seminggu.

Bila balik Ipoh, MIL Liez memang akan masak untuk kami semua. Selalunya kami anak menantu cucu tak balik memang makan dekat kedai je. Sebab tinggal MIL dan FIL je dekat rumah so rugi kalau memasak kan. So kali ni balik, Liez kena make sure tak skip dan makan on time.

Kali ni, MIL nak masak mee menggunakan mee segera jenama Vit's. Ini kali pertama Liez nak cuba mee segera ni. Selalunya makan yang siap ada perencahkan tapi ini yang perlu kita masak dengan rencah kita sendiri. MIL kata sedap kalau buat Lo Mien atau Chow Mien

Chow Mien ni adalah cara masakan cina yang terkenal di luar negara sebagai makanan takeout atau delivery. Kalau korang perasan dalam drama atau filem Hollywood, ada scene makan makanan dalam bekas makanan warna putih yang digunakan oleh kedai makanan cina.

Gambar: Google
Asalnya masakan gaya ini menggunakan mee telur tetapi sedap jugak menggunakan mee segera atau mee kering. Bahan-bahan pun hanya perlu 4, 5 bahan sahaja.


Mee Segera Masak Chow Mien

Bahan-bahan
3 keping mee segera Vit's ( rebus sehingga 3/4 masak dan toskan)
150g udang
100g isi ayam ( dipotong dadu)
5 biji cendawan Shitake ( dihiris)
1/4 kobis (dipotong kecil)
3 batang sawi kecil (dipotong kecil)

Bahan untuk sos
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap cair
2 sudu kicap pekat
2 sudu minyak bijan
Lada hitam
Garam

Cara memasak:
1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak masak hingga kekuningan.
2. Masukkan udang dan ayam, goreng sampai masak. Kemudian masukkan sayur dan sayuran dan cendawan.
3. Bila sudah layu, masukkan kicap cair, kicap pekat, sos tiram dan minyak bijan. Gaul rata.
4. Masukkan mee segera yang telah direbus dan gaul hingga sebati. Peeisakan dengan garam dan lada hitam.
5. Selepas 5 minit, tutup api dan hidangkan.

#TIPS
1. Boleh gantikan sos tiram dengan pati pekat ayam maggi.
2. Sayuran boleh ditukar ikut kesukaan.
3. Nak lebih sedap, boleh makan dengan cili potong kicap.

Thursday, December 19, 2019

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru

Thursday, December 19, 2019 22
SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru | Bab penjagaan kulit wajah memang menjadi perhatian utama kaum hawa tidak kira tua atau muda. Yang penting semua mahu kulit sihat, cerah dan yang penting kelihatan muda daru usia. Dan kini SAFI memperkenalkan produk yang dinamakan SAFI Youth Radiance, produk anti-penuaan dengan formulasi terbaharu.
SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru
Liez dah cuba sendiri selama seminggu since kena warded hari tu. Sebelum Liez share pengalaman menggunakan set SAFI Youth Radiance, Liez akan terangkan tentang produk ni.

Istimewanya produk SAFI YOUTH RADIANCE adalah ianya jenama rangkaian produk anti-penuaan pertama yang menggabungkan teknologi Saffron Gold dengan kombinasi manfaat ekstrak herba mewah Saffron, Nano Gold, Beetox dan jug Lipo Vit-C. Produk ini adalah hasil daripada penyelidikan dan pembangunan prosuk penjagaan kulit muka SAFI Research Institute yang merupakan makmal produk HALAL terbesar dunia yang beroperasi di Malaysia.

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru
Terdapat 2 produk dalam set SAFI YOUTH RADIANCE iaitu SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dan SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser. Keduanya berfungsi untuk melawan masalah penuaan kulit dari faktor luaran, mengurangkan garis halus, mengecilkan pori serta mengekalkan kelembapan kulit sekaligus mengekalkan keremajaan kulit agar cerah berseri.

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru
SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan teknologi Beetox, Saffron Gold dan Lipo Vit-C  @ RM 55.90 (100ML)
Liez suka produk ini kerana diformulasi berasaskan air dan tidak melekit. Ianya diperhebatkan dengan Asid Hialuronik yang berfungsi mengunci dan mengekalkan kelembapan pada kulit dengan lebih mendalam. Selain itu ia mampu meningkatkan kadar kandungan air dalam kulit dan sekaligus menganjalkan kulit wajah.

SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence jua merupakan produk 2 dalam 1 yang menghidratkan, menghaluskan liang pori-pori pada wajah serta memberikan penyerapan dengan lebih baik. Dan mengandungi bahan-bahan mewah seperti Nano Gold 24K dan juga Saffron yang mempunyai fungsi tersendiri.

Ekstrak Saffron:  Memperbaiki dan mencerahkan kulit wajah
Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
Hialuronik Asid: Menghidrat dan mengunci kelembapan kulit sehingga 24 jam

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru
Cara pengunaan:
Hanya tuangkan SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence dengan kadar yang mencukupi ke telapak tangan. Sapu rata pada wajah dengan urutan lembut secara bulatan sehingga ia menyerap sepenuhnya.

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru
SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser dengan Beetox Technology, Saffron Gold & Lipo Vit-C @ RM 55.90 (40g)
Mempunyai fungsi hampir sama dengan SAFI Youth Radiance Anti-Aging & Whitening Essence tetapi ini juga membantu merawat sekaligus melembapkan kulit dalam satu aplikasi. Liez tertarik dengan produk ini kerana teksturnya bertukar dari krim ke butiran serum kristal untuk memberikan kulit lembut, licin dan lembap. Mengandungi kombinasi nutrisi ramuan mewah seperti:

Ekstrak Saffron: Mengurangkan kadar keterlihatan kedutan pada wajah dan menyuburkan lapisan epidermis kulit wajah
Lipo Vit-C: Melawan radikal bebas dan kerosakan kulit dari pendedahan UV dan pencemaran
Vita-B3: Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata  mengurangkan garisan halus dan kulit kusam

SAFI Youth Radiance Serum Infused Moisturiser telan diuji secara klinikal secara berterusan dan terbukti 
1. 67% peningkatan kadar keanjalan kulit yang lebih baik
2. 75% peningkatan kadar pencerahan kulit

SAFI Youth Radiance Baharu Untuk Wajah Lebih Muda, Lebih Cerah Dengan Formulasi Terbaru
Cara penggunaan:
Tuangkan dengan jumlah secukupnya dan sapukan pada seluruh wajah dan leher. Urut secara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan air dan menyerap seluruhnya.

Peringatan!!
Jangan was-was menggunakan SAFI Youth Radiance kerana telah diuji secara dermatologi. Bebas minyak mineral, bebas Alkohol, Bebas Paraben dan Tidak diuji keats haiwan. Dan ianya HALAL

Pengalaman Liez menggunakan set SAFI Youth Radiance ni memang best. Kerana kulit Liez adalah kombinasi berminyak dan kering juga pori-pori wajah agak ketara. Jadi dengan penggunaan SAFI Youth Radiance memang mengurangkan pengeluaran minyak dan kulit terasa lembap. Lepas seminggu, boleh nampak pori-pori mengecil sedikit. Lagi syok bila nak makeup wajah, solekan jadi rata dan tidak bercapuk. Ini sebab produk SAFI Youth Radiance ini membantu serapan yang rata pada produk solekan.

Rangkaian SAFI Youth Radiance boleh didapati di Watsons, Guardian dan AEON Wellness seluruh negara. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari SAFI, boleh usha di:-

Website
www.safi.com.my 

Facebook 
www.facebook.com/SAFI.MY 

Instagram 
www.instagram.com/SAFIMalaysia

#SAFIYouthRadiance #RadiateYouth

Monday, December 16, 2019

Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall

Monday, December 16, 2019 22
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall | Assalamualaikum. Bila cuti sekolah, aktiviti wajib ialah bawa anak-anak jalan-jalan, makan-makan atau shopping. Baru-baru ni, kebetulan Liez bawa anak-anak ke M3 Mall yang terletak di Taman Melati, ternampak Jalan-Jalan Japan yang menjadi viral sejak dua menjak ni. Tak sangka rupanya ada branch terbaru di M3 Mall ni. Liez apa lagi, terus serbu untuk melihat sendiri apa yang best sangat seperti yang diperkatakan.


Bagi yang tidak tahu, Jalan Jalan Japan merupakan port membeli barangan preloved dari Japan yang menawarkan pelbagai barangan dari pakaian lelaki dan wanita, pakaian bayi dan kanak-kanak, perhiasan rumah, perkakasan rumah, keperluan bayi dan kanak-kanak, permainan, koleksi kayu golf, keperluan untuk perkhemahan dan perabot yang masih dalam kondisi tiptop. Harga pula memang murah giler!! Disebabkan Liez dah janji nak belanja anak-anak, kali ni Liez borong pakaian anak-anak yang memang buat Liez rambang mata.
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall 
Suka betul dengan blouse cantik tu. Qaseh terus jatuh suka dan terus masuk dalam bakul. Skirt jean pun cantik walaupun agak besar. Kasut hitam tu memang stylo. Kondisinya pun masih cantik
Gaya ni memang heavy sikit tapi tengok la anak dara Liez ni bergaya sakan. Semua dia pilih sendiri.
Liez suka gaya simple ni. Seluar checkered hijau ni memang favourite Liez. Sesuai sangat dengan blouse ropol-ropol tu.
Turn anak teruna pulak. Payah sungguh nak suruh dia cuba baju tapi bila kata baju dan seluar gaya camouflage terus tak nak tukar dah. Siap suruh dia posing, pergghhhh kalah kakaknya hihihihi
Gaya kedua ni sangat simple. Sesuai sangat chechkered shirt dan seluar 3/4 yang digayakan oleh teruna ni. Kasut sukan tu perghhh mengancam sangat
Gaya ni gaya ahli sukan sangat! Bagi cuba pakai terus taknak tukar. Aisshhhh anak, suka sangat dia dengan baju dan seluar ni. Kasut biru tu pun terus masuk bakul.
Ya Allah!!! Memang rambang mata tengok pakaian-pakaian untuk anak-anak ni. Kalau tak fikir panjang, mau berbakul-bakul Liez borong. Mana tidaknya, harga yang ditawarkan serendah RM1 tau, mana nak dapat kan? Selesai shopping pakaian anak-anak, konon terus ke kaunter tapi....... bila ternampak pula koleksi-koleksi kimono terus berhenti untuk cuba. Aishhhh memang tak tahu nak pilih yang mana sebab semunya cantik dan lebih terkejut lagi, ada promosi harga RM10. Apa lagi, terbeli satu kimono.

Selain di M3 Mall, Jalan Jalan Japan beroperasi di beberapa outlet di lokasi seperti :-
1. One City, USJ
2. 1 Shamelin Mall, Cheras
3. CenterPoint Seremban.
4. KIP Mall, Bangi (akan dibuka pada 28hb Disember, 2019)

Rambang Mata Shopping Pakaian Murah Untuk Anak-Anak di Jalan Jalan Japan M3 Mall
Liez memang recommend korang untuk shopping di Jalan Jalan Japan sebab korang boleh dapat pelbagai jenis barangan dengan harga murah dan berbaloi.

Website

Facebook