Wednesday, January 29, 2020

Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery The Garden Midvalley

Wednesday, January 29, 2020 22
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery  The Garden Midvalley | Roti antara makanan ruji yang menjadi pilihan Liez dan keluarga jadi seminggu sekali mesti Liez ke kedai bakeri untuk mendapatkan roti untuk kami sekeluarga. Liez pernah bercita-cita nak belajar untuk membuat roti tetapi impian hanya tinggal impian. Nak buat perlukan kesabaran dan juga skill yang tertentu ye. Nampak mudah tapi sebenarnya susah.
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery The Garden Midvalley

Pelbagai Roti Dan Pastri Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery

Baru-baru ini Liez ke Barcook bakery terletak di The Garden Midvalley untuk melihat sendiri cara pembuatan roti yang menjadi best seller disitu. Memang excited sebab Liez memang suka kalau bab baking-baking ni cuma belum ada rezeki yang sesuai untuk belajar membuat roti.
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Di Barcook bakery, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai jenis roti atau pastri yang segar kerana ia dibuat setiap hari untuk memastikan setiap roti atau pastri yang dijual adalah yang terbaik dan sedap. Ketika Liez sampai disana sekitar jam 11.30 pagi, tertarik dengan bauan roti yang sedang dibakar tu. Kemudian ada pekerja yang sedang menyusunkan roti dan pastri yang baru siap dimasak di tray yang tersedia. Terliur tengok sebab memang tempting sangat!
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Pelbagai jenis roti dan pastri yang ada di Barcook dan ada beberapa roti yang menjadi best seller di Barcook ini antaranya Pumpkin Walnut, Mixberry Cheese, Salty Egg Yolk, Liu Sa Bun dan belbagai jenis roti.
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley

Proses membuat roti Pumpkin Walnut di Barcook Bakery
Kemudian Liez dijemput untuk melihat sendiri proses membuat roti Pumpkin Walnut yang merupakan best seller nombor 1 di sini. Proses dimulakan dengan membuat inti iaitu dari buah labu. Inti atau filling Pumpkin Walnut dibuat sendiri untuk memastikan kualitinya sentiasa terjaga.

1. Kulit labu dibuang dan dibersihkan sebelum dicuci dan dipotong kecil-kecil
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
2. Kemudian labu tadi dibakar dalam ketuhar dengan kepanasan selama 2 jam. Labu yang dibakar di hancurkan dan dibiarkan sejuk sebelum digunakan.
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Kemudian proses membuat roti Pumpkin walnut boleh dimulakan.

1. Dimulakan dengan menimbang doh dengan berat yang betul untuk memastikan saiz setiap roti adalah sama. Kemudian inti labu dimasukkan dan ditimbang semula sebelum disusun di loyang.
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
3. Doh yang sudah siap akan dibiarkan selama 2 jam untuk proses mengembang sebelum dibakar selama 11 minit. Sebelum dibakar, roti tadi ditutup dengan loyang lain untuk memastikan saiz roti adalah sama antara satu sama lain.
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Fuhh, laju betul Chef Alvin yang membuat Pumpkin walnut ni. Sekejap sahaja dia mengadun untuk memenuhkan loyang tu. Orang dah pakar memang laju je. Actually Chef Alvin adalah ketua chef di Barcook bakery The Garden Midvalley dan beliau yang akan memerhatikan dan memantau setiap pembuatan roti yang akan dijual disini.

Selain roti dan patri, Barcook bakery juga ada menjual pelbagai jenis kek yang ready made atau boleh dibuat custom-made mengikut tema pelanggan. Barcook bakery juga ada menjual homemade kaya original dan kaya pandan tanpa bahan pengawet, Signature biskut kacang dan beberapa jenis cookies yang mendapat permintaan pelanggan.
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Pelbagai Roti Dan Pastry Dibuat Segar Setiap Hari Di Barcook Bakery Di The Garden Midvalley
Barcook bakery akan memastikan setiap roti dan pastry yang dibuat disini dijaga kualitinya dengan menggunakan bahan-bahan dari supplier membekalkan bahan-bahan halal dan berkualiti tinggi. Jadi pelanggan tak perlu takut untuk mencuba produk dari Barcook bakery ni.

Selain Barcook bakery di The Garden Midvalley, mereka juga berada di lokasi lain di Bangsar South dan IOI Mall Puchong. Untuk lebih maklumat, boleh usha media sosial Barcook bakery seperti dibawah:-


Facebook:

Instagram:

Alamat lokasi:-
The Gardens, Midvalley
LG-225, Lower Ground Floor
Tel : 03-2202 2234
The Sphere, Bangsar South
UG-7, Upper Ground Floor
Tel : 03-2732 0821/ 0822
IOI Mall, Puchong
Lot G00A3A & G00A5B, Ground Floor
Tel : 03-8074 7725

Sambal Daging Mudah Cara Tokmak

Wednesday, January 29, 2020 4
Sambal Daging Mudah Cara Tokmak | Tekak Liez ni memang tak boleh kompromi dah. Kalau teringin sesangat memang nak waktu juga. Tak boleh nak tunggu-tunggu.
Hari ini punya cerita. Lepas je hantar anak dara turun untuk naik van sekolah, boleh pulak teringat dengan sambal daging macam Tokmak Liez masak. Boleh pula bila dalam lif nak naik ke atas, selera tu datang dengan tiba-tiba. Aduhhh, parah betul. Tapi nasib la memang ada daging dalam freezer baki daging korban tahun lepas. So apa lagi, terus call mak dan tanya resepi tu.
Sambal Daging Mudah Cara Tokmak
Rupanya resepi Tokmak Liez ni mudah je. Bahan-bahan memang semua ada so proses memasak bermula. Dalam kurang 20 minit siap sudah resepinya. Kalau yang balik kerja tu, tak tahu menu apa nak dimasak boleh cuba resepi ini.

Sambal Daging Mudah Cara Tokmak
Bahan-bahan
300g daging dipotong nipis
300gm cili kisar
3 ulas bawang merah (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
1 inci halia (diketuk)
sebatang serai (diketuk)
air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan:
1. Tumis bawang merah, bawang putih dingga kekuningan. Masukkan halia dan cili kisar. Goreng hingga pecah minyak.
2. kemudian masukkan asam jawa, daging dan air. Biarkan selama 10 minit atau hingga daging lembut.
3. Kemudian perasakan dengan garam dan gula.

#TIPS
- jumlah bahan-bahan terpulang pada masing-masing. Kena pandai agak dengan jumlah daging yang digunakan.
- resepi cepat dimasak jika menggunakan daging yang lembut. Kalau daging liat, perlu masak agak lama untuk biarkan ia lembut.

Friday, January 17, 2020

Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's

Friday, January 17, 2020 15
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's | Assalamualaikum korang. Tidak lama lagi, kaum Teonghwa akan menyambut Tahun Baru Cina pada hujung bulan ini dan di perayaan ni mereka akan bersama-sama dengan ahli keluarga lain berkumpul nak menikmati makan besar. Di waktu perayaan inilah mereka akan memasak dan menikmati hidangan istimewa seperti Yee Sang. 
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's 

Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Hidangan Fortune Feast Di Tony Roma's
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's 
Kalau teringin nak makan ribs atau makanan western yang boleh buat Liez puas hati adalah di Tony Roma's. Ia sangat sinonim dengan hidangan ribs lembut dan menyelerakan yang tidak ada di tempat lain. Kira dan jadi trademark tau!!

Sempena Tahun Baru Cina, Tony Roma's telah melancarkan beberapa menu istimewa Fortune Feast yang sangat menepati dengan perayaan ini. Liez telah mencuba sendiri  beberapa menu yang ditawarkan seperti :-

Fortune Salad with Grilled Salmon and Crispy Salmon Skin @ RM58.88 nett
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's 
Sesuai dengan perayaan Tahun Baru Cina yang akan menghidangkan makanan wajib iaitu yee sang. Tapi versi dari Tony Roma's sangat sedap. Pelbagai sayuran dan buah-buahan seperti Zicchini, radish, lobak merah, nenas, kobis merah, cili capsicum. Juga kekacang seperti walnut dan yang lebih istimewa ialah adanya grilled salmon dan kulit salmon yang ranggup. Dinikmati dengan sos masam manis. 

Ong Lai Salad with crispy salmon skin @ RM 38.88 nett
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's 
Liez suka sangat yang ni. Dengan sos masam manis yang sesuai dengan hidangan yang pelbagai sayuran. Krup krap krup krap ranggupnya salmon skin tu memang memikat rasa. Kena repeat makan balik nanti.

Apa kata Liez ?
Sangat sedap dan berbeza dengan yee sang yang Liez pernah makan sebelum ini. Ramuan sayuran dan buahan serta sos yang cukup rasa memang sangat memikat rasa.

Trio Happiness @ RM 68.88 nett
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's 
Buat penggemar kepak ayam, boleh cuba menu istimewa ini. Dengan 3 perisa yang sangat sedap. Dari kiri- Falming Spicy Chicken Wings, Tengah- Salted Egg Chicken Wings, Kanan- Red Hot Chicken Buffalo Wings.

Apa kata Liez ?
Menu kedua pula ialah Trio Happiness yang menyengat deria rasa dengan rasa kepak ayam pedas menyengat, masin dan manis dengan 3 jenis sos berlainan. Layan makan kepak ni, sampai tak sedar boleh makan 4 ketul tau!

Short Ribs With Honey Plum Sauce @ RM98.88 nett
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's 
Kalau sebut Tony Roma's memang terkenal dengan hidangan ribs yang lembut dan sedap. Hidangan istimewa ini khas sempena Tahun Baru China. Ketulan besar ribs dengan sos plum madu yang dihidangkan bersama kentang putar, pelbagai sayuran yang di grilled  dan french toast.

Apa kata Liez ?
Menu yang ditunggu-tunggu ialah short ribs dengan sos plum madu tu. Aduhhh memang sangat lembut dan isinya lekang dari tulang. Kkena pula dengan sayuran dan kentang putar yang cukup rasa. Perggghhh memang hilang rasa mengidam tu!

Reunion Meal @ RM138.88 nett
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's 





Ini hidangan yang boleh dimakan untuk dua orang ye. Memang banyak dan puas makan. Didatangkan dengan Flame Grilled Lamb ribs, Half BBQ Chicken dan Signature Kickin' Shrimp. 

Apa kata Liez ?
Menu terakhir sekali pulak ialah reunion meal yang mempunyai ayam, ribs dan udang yang menjadi antara signature Tony Roma's. Puas makan ye sebab portionya sesuai untuk  2-3 orang makan. Semua cukup rasa dan lebih tetap Liez katakan SUPERB!!

Fortune Dip @ RM 28.88 nett
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's 
Hidangan pembuka selera yang kena dengan selera Liez. Rasa pedas savouri yand sangat sedap. Dalam satu hidangan ada Rich Chipotle beef and beans, Crispy potato dan Toasted french toast.
Erat Jalinan Kekeluargaan Sempena Tahun Baru Cina Dengan Fortune Feast Di Tony Roma's 
Korang jangan ketinggalan untuk menikmati hidangan-hidangan Fortune Feast Tony Roma's ini sempena Tahun Baru Cina ini. Limted time ye. Kalau nak lebih mudah, korang boleh instal aplikasi Bite and Bites di telefon bimbit korang.

Wednesday, January 15, 2020

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu

Wednesday, January 15, 2020 7
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu | Alhamdulillah dah masuk minggu kedua persekolahan dan Liez lega Qaseh tidak menghadapi masalah untuk ke sekolah. Even dia excited nak ke sekolah sampaikan setiap hari mesti nak cepat bersiap untuk ke sekolah. Liez nak catatkan minggu pertama Qaseh bersekolah di dalam blog ini untuk kenang-kenangan dan untuk Qaseh baca suatu hari nanti.
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu
Hari pertama persekolah memang Liez dan Encik suami excited untuk hantar Qaseh ke sekolah. Seperti biasa, anak teruna kecil Liez tinggalkan dengan mak ayah. Tak boleh dibawa sebab nanti tak boleh nak control dia dengan ramainya ibu bapa yang lain. Alhamdulillah sesi persekolah Qaseh di waktu petang so tak ada la kelam kabut sangat kan.

Seperti biasa, dihari pertama sekolah memang ramai ibu bapa yang nak tengok anak-anak masuk sekolah dan kami tak terlepas sama untuk rasa pengalaman ni. Teringat bila tengok dekat kaca tv tiap kali sekolah bermula, ramai anak-anak yang meragam dan buat hal. Biasalah bila anak-anak nak masuk sekolah dia tak biasa dengan persekitaran sekolah yang luas, dengan kawan-kawan yang tidak dikenali dan takut kena tinggal dengan mak ayah. Memang kelakar kalau di ingatkan balik. Tapi Qaseh memang jenis selamber je. Dia tak ada masalah since kami masukkan dia ke taska pada usia 5 dan 6 tahun. Lega hati mama baba ni.

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu
Bila sampai di sekolah, pelajar-pelajar tahun satu diminta untuk beratur di dalam dewan untuk memulakan sesi transisi selama 12 hari bermula 2 Jan sehingga 17 Jan 2020. Waktu ni anak-anak diberikan tag nama mengikut warna kelas yang diberikan ketika hari orientasi sebelumnya.

Selepas 30 minit berkumpul, anak-anak dibawa ke kelas masing-masing dan ibu bapa yang hadir dibenarkan menunggu anak-anak di kantin. Kami tunggu Qaseh hingga waktu rehat jam 3.10 petang untuk melihat macam mana dia membawa diri dan mengikut arahan cikgu. Juga nak tahu macam mana dia nak menyesuaikan diri dengan keadaan kantin. Dia mungkin akan berbelanja di kantin sesekali sebab Liez dah plan nak beri dia bekal setiap hari. So dia tak perlu bersesak untuk beli makanan dan yang penting Liez rasa makanan yang dibawa dari rumah lebih terjamin kebersihan dan ikut selera dia.

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu
Tiba waktu rehat, guru-guru mula membawa pelajar-pelajar turun dan beratur untuk ke kantin. Nampak teratur bila mereka turun mengikut kelas masing-masing dan tidak bercampur dengan pelajar-pelajar tahun 2 dan 3. Kami tengok je Qaseh dari jauh dan bila dia pandang kami, kami just suruh dia ikut arahan guru.

Selesai waktu rehat, pelajar diminta ke dewan semua untuk sessi seterusnya tapi kami pun gerak pulang untuk membeli keperluan dapur dan akan ambil Qaseh semula jam 5.50 nanti. Lega bila tengok semuanya dalam keadaan terkawal dan teratur. Bukan apa, biasalah budak-budak memang akan kekok terima rahan dari orang yang baru dikenali. Tapi Liez tengok semuanya memberikan kerjasama temasuk ibu bapa.

Actually ada cerita menarik Liez nak share. Sebenarnya dalam perancangan kami sebelum ini, Qaseh akan ke sekolah dihantar oleh Liez sendiri. Tetapi bila memikirkan beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, 5 hari sebelum sessi persekolah bermula baru kami sibuk nak cari transporter untuk Qaseh. Liez tanya jiran yang juga menghantar anak ke sekolah yang sama untuk mendapatkan no telefon transporter. Tapi malangnya, dah penuh. Akhirnya Liez post pertanyaan dalam group FB kondo kami, mana tahu ada residen yang boleh bantu tetapi tiada respon. 3 hari selepas itu, Liez dapat Whatsapp dari seorang ibu (Zati) yang juga mencari transporter untuk ke sekolah yang sama.

Dia ada contact transporter yang dia gunakan untuk menghantar anak-anak ke sekolah tadika tetapi transporter taknak buat penghantaran ke sekolah rendah anaknya disebabkan berlainan arah dan tidak berbaloi untuk menghantar anaknya sahaja. So Liez pun setuju kalau untuk join sekali tetapi datang masalah lain. Masa sekolah anak-anak sekolah rendah bertindih dengan masa ulang sekolah tadika yang diambil. Jadi masalah tidak selesai.

Baca tentang orientasi >>>> https://www.mrsliez.com/2020/01/sesi-persekolahan-tahun-2020-hari.html

Akhir sekali, encik suami bertanya dengan geng lepak di kondo kami dan akhirnya ada uncle indian yang buat khidmat transporter yang menghantar anak-anak ke sekolah Qaseh. Encik suami called and akhirnya dia setuju untuk ambil anak-anak kami. Liez informed Zati dan dia setuju. Pergghhh lega rasanya dapat transporter anak-anak.

Satu lagi, anak Zati ni jenis tak bergaul dengan orang. Zati bagi tahu sendiri yang anaknya, Aisyah pernah buat perangai selama 6 bulan dari umur 4, 5 dan 6 tahun dia bersekolah. So dia macam risau dengan Aisyah bila ke sekolah nanti. Tapi Liez bagitahu dia, nanti Liez akan suruh Qaseh berkawan dengan Aisyah untuk buat dia rasa selesa dan tidak takut. Kebetulan diaorang dapat kelas yang sama, so mudah untuk Qaseh get along dengan Aisyah. Alhamdulillah, dah masuk minggu ke 3 bersekolah, Qaseh dan Aisyah berkawan baik. Lega Zati dan suaminya bila dengar Aisyah bercerita dia berkawan dengan Qaseh setiap hari. Even, kalau tunggu van nak ke sekolah, Aisyah tunggu Qaseh sampai baru dia naik van bersama-sama. Haaa tu la kisahnya. Qaseh dapat kawan baru dan Liez dapat la geng dekat kondo ni.

Thursday, January 9, 2020

HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil Untuk Enjin Kereta Lebih Selamat Dan Perjalanan Lancar

Thursday, January 09, 2020 11
HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil Untuk Enjin Kereta Lebih Selamat Dan Perjalanan Lancar | Bila sebut tentang kereta, tak ramai kaum hawa yang tahu tentang penjagaan enjin kereta ter masuk la Liez ni. Liez tahu bawa kereta dan selebihnya encik suami la yang tolong periksa. Liez memang tak tahu apa pun tapi Liez cuba untuk belajar mengenai tentang kereta. Antara perkara yang penting yang korang perlu tahu dalam penjagaan enjin kereta ialah dengan memilih dan menukar minyak enjin kereta yang betul dan sesuai.


HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil Untuk Enjin Kereta Lebih Selamat Dan Perjalanan Lancar
Pentingnya minyak enjin pada kenderaan
1. Minyak enjin atau pelincir memastikan pemanduan kereta senyap dan perjalanan jauh tidak menjadi masalah.
2.  Pelincir bagi komponen yang bergerak dalam sesebuah enjin seperti piston, crankshaft, connecting rod, camshaft dan lain-lain.
3. Minyak pelincir menyumbang kepada penyejukan enjin.


HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil 
Baru-baru ni Liez telah dicadangkan untuk menukar minyak enjin dan diperkenalkan dengan HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil. Minyak yang dikeluarkan ini adalah yang premium dan berkualiti tinggi, separuh sintetik yang membantu melindungi kehausan pada enjin dan memberikan ketahanan yang lebih tinggi terhadap penghasilan enapcemar enjin.

Minyak berkualiti tinggi ini yang dihasilkan oleh syarikat Malaysia yang memfokuskan dalam penghasilan minyak pelincir kenderaan. Syarikat HELLO™ bukan sahaja menghasilkan minyak yang berkualiti tinggi, cekap dan mesra alam tetapi juga memberikan keutamaan tentang kepuasan pelanggannya.

Produk yang Liez gunakan ialah HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil SAE 10W-40 API SN.
HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil Untuk Enjin Kereta Lebih Selamat Dan Perjalanan Lancar
Kelebihan HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil SAE 10W-40 API SN
  • dirumus khas dengan bahan tambahan untuk membrikan perlindungan kepada enjin untuk memajangkan hayat enjin
  • memberikan perlindungan kepada kelikatan dan pecahan haba
  • mengawal enjin dalam keadaan sejuk dan bersih untuk mengekalkan prestasi enjin pada tahap terbaik.
  • membantu menggurangkan penggunaan minyak
Penggunaan minyak HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil sesuai digunakan untuk kenderaan yang menggunakan petrol, LPG atau CNG, kenderaan kormesial ringan dan juga kenderaan 4WD. 

HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil Untuk Enjin Kereta Lebih Selamat Dan Perjalanan Lancar

Dan pengguna tidak perlu risau kerana minyak HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil telah mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008 dan juga sijil lesen API yang diiktiraf. Pengguna juga diberikan perlindungan insuran liabiliti sebanyak RM1,000,000 untuk satu tuntutan. 
HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil Untuk Enjin Kereta Lebih Selamat Dan Perjalanan Lancar
Pengguna juga mendapat manfaat dari penggunaan minyak iaitu setiap pembelian minyak enjin dari Hello Lubricant akan dapat mata ganjaran dimana bila ia dikumpul ia boleh ditebus guna untuk mendapatkan minyak secara PERCUMA.

Bagaimana ingin mendapatkan mata ganjaran?
Korang hanya perlu goreskan kod QR pada permukaan atas penutup botol minyak HELLO™ dan scan. Seterusnya korang perlu mengisi butiran peribadi dan mata ganjaran akan tertera.
HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil Untuk Enjin Kereta Lebih Selamat Dan Perjalanan Lancar
HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil Untuk Enjin Kereta Lebih Selamat Dan Perjalanan Lancar
Kumpulkan sebanyak yang boleh dan boleh ditebus dengan minyak enjin seperti http://hellolubricant.com/redemption/

HELLO™ Syntetic Formulation Engine Oil Untuk Enjin Kereta Lebih Selamat Dan Perjalanan Lancar
Sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut boleh layari http://hellolubricant.com atau lawati media social HELLO™ di facebook https://www.facebook.com/HelloLubricant/?epa=SEARCH_BOX

Saturday, January 4, 2020

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu

Saturday, January 04, 2020 2
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu | Assalamualaikum korang. Alhamdulillah kita sudah tiba ke tahun 2020. Dan tidak lewat untuk Liez ucapkan Selamat Tahun Baru 2020 kepada semua. Semoga tahun ni akan memberikan kita kesempatan untuk beribadat dan mencapai apa yang diingin. Dan juga dimurahkan rezeki untuk keluarga.
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
Tahun ini juga anak sulung Liez berusia 7 tahun dan memasuki Tahun satu. Cepat betul masa berlalu, macam rasa baru je Liez lahirkan dia. Alhamdulillah Qaseh sebenarnya teruja nak belajar lagi selepas menamatkan pembelajaran selama dua tahun di sekolah tadika.

Segala persiapan persekolahan seperti pakaian, kasut sekolah dan peralatan sekolah dah Liez urusan di awal cuti sekolah yang lalu. Macam pakaian, tudung dan kasut Liez beli di Pusat Pakaian Hari-Hari di Batang Kali. Budget beli semua dalam RM245 je untuk 3 pasang baju kurung, 3 pasang kasut hitam dengan 6 pasang stokin hitam, 3 helai tudung, 2 helai singlet dan seluar tight. Murah sangat dan berbaloi-baloi dan kualiti pun terbaik.
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
28 Disember 2019 adalah tarikh orientasi Tahun satu di sekolah. Qaseh excited nak lalui hari persekolahan dan kami lega Qaseh tak buat hal dan cool je. Kami antara orang terawal yang hadir ke sekolah. Nampak tak siapa ayang lebih excited, parents ke Qaseh?! hihihi

Selesai membuat pembayaran yuran (kami orang pertama tau), terus Qaseh dibawa ke tapak perhimpunan untuk berkumpul sebelum semua pelajar dibawa ke kelas masing-masing. Yang perents pula berkumpul di dalam dewan untuk sesi penerangan oleh Guru Besar dan Penolong Kanan sesi petang. Sementara parents dalam dewan, semua pelajar dibawa ke kelas masing-masing untuk orientasi. 

Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
Selesai penerangan, sesi membuat pembayaran dijalankan. Yang bestnya, Liez menjadi orang terawal yang beraturdan tidak perlu beratur panjang. Uiishhh jenuh nak tunggu kalau duduk belakang-belakang tu. Sementara Liez beratur untuk membuat pembayaran, Encik suami pula keluar untuk mengambil buku teks. Dalam 10 minit selesai semua urusan persekolahan Qaseh kecuali pembelian buku nanti Liez buat dihari pertama persekolahan.
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Orientasi Qaseh Tahun Satu
Liez sempat menjenguk Qaseh di kelas dan dia berada di meja hadapan sekali. tengok pula anak-anak lain masih mewarna tetapi Qaseh dan siap dan dia menjadi volunteer membantu cikgu memberikan roti dan air mineral pada kawan-kawan yang lain. Good job kakak!!

Nak lagi ?? >>> Sesi Persekolahan Tahun 2020 - Hari Pertama Qaseh Di Persekolahan Tahun Satu

Selesai orientasi jam 12 tengahari dan semua pelajar bersurai. Qaseh pun seronok sebab dapat jumpa kawan-kawan baru dan juga membantu seorang kawan yang ada masalah untuk sesuaikan diri di tempat baru. Nanti Liez story kan ye.