Friday, February 28, 2020

13,000 Peluang Jawatan Kosong Di KerjaKosong.co

Friday, February 28, 2020 2
13,000 Peluang Jawatan Kosong Di KerjaKosong.co | Sebenarnya banyak jawatan kosong yang ditawarkan di seluruh Malaysia tapi tak ramai yang tahu macam mana nak mendapat tahu selain dari keratan akhbar dan dari sahabat-sahabat. Zaman makin berubah, kini zaman teknologi dan banyak peluang pekerjaan yang korang boleh cari dan percayai iaitu di KerjaKosong.co
13,000 Peluang Jawatan Kosong Di KerjaKosong.co 
Rupanya seramai 700,000 yang masih mencari pekerjaan dikalangan anak muda yang masih menggangur, ada yang baru lepas menamatkan pengajian dan ada yang masih tercari-cari pekerjaan yang mana sesuai dengan apa yang dipelajari. Tapi kecundang kerana susah untuk menjadi dari sumber yang benar dan tak banyak info diperolehi. Jadi korang tak perlu risau kerana banyak korang boleh mencari jawatan kosong 2020 dengan mudah.

Laman website ini memudahkan pengguna untuk mencari pekerjaan mengikut pilihan yang dikehendaki seperti jawatan kosong kerajaan, jawatan kosong swasta dan pelbagai jawatan kosong yang popular dan sering dicari. Juga ada tawaran jawatan kosong SPA dari pelbagai negeri yang lagi ada kekosongan. Memang mudah kerana pengguna bukan sahaja mengikut kekosongan yang ada tetapi juga memaparkan temuduga terbuka pelbagai sektor yang akan dijalankan.
13,000 Peluang Jawatan Kosong Di KerjaKosong.co 
Jawatan kosong juga dipaparkan mengikut negeri seperti jawatan kosong Perak, jawatan kosong Kuala Lumpur, Jawatan Kosong Kelantan, jawatan kosong Johor dan banyak lagi. Jadi pemohon hanya perlu klik mengikut negeri yang diminta dan korang boleh bersedia untuk menghantar resume dan juga persiapkan diri untuk menghadiri temuduga.

Liez juga suka dengan KerjaKosong.co kerana ia juga memberikan pelbagai tips, contoh soalan temuduga dan juga cara memohon jawatan kosong yang betul untuk bakal pemohon kumpul dan pelajari. Ini untuk memudahkan mereka untuk memohon dan juga bersiap sedia menjawab pelbagai soalan bila ditemuduga nanti. Tak perlu ke laman website lain semuanya ada di KerjaKosong.co

Jadi korang tak perlu ke laman website lain kerana semua yang korang perlukan ada di dalam website yang Liez boleh katakan sangat berguna dan banyak peluang pekerjaan yang korang boleh mohon tidak mengira taraf pendidikan. Apa yang korang boleh lakukan, perkemaskan resume dan bersiap sedialah untuk menerima panggilan temuduga nanti.

Jangan mengalah dan berusaha lagi kerana banyak jawatan kosong yang korang boleh cuba dan yang penting kena rajin untuk mencuba dan terus mencuba. Rezeki masing-masing berlainan, ada yang sekali ditemuduga terus dapat kerja. Ada yang berpuluh kali temuduga tapi belum ada rezeki tetapi perlu ingat yang penting kita terus usaha ye.

So, Liez doakan korang yang mencari kerja mendapat pekerjaan yang bukan sahaja sesuai dengan korang tetapi korang terus usaha mencati jawatan kosong di KerkaKosong.co

Calling Mums & Dads: More Huggies for Your Baby

Friday, February 28, 2020 2
Calling Mums & Dads: More Huggies for Your Baby | Calling all mums and dads, it’s time to stock up on Huggies diapers for your little ones. Huggies diapers are designed to keep your baby comfortable and protected at all times. Here’s a piece of awesome news: Huggies is having their Super Brand Day on Shopee this weekend! From 28 February to 2 March, find the best deals from your favourite brands Huggies, Kleenex, Scott and Kotex and save up to 50% on products such as diapers, baby wet wipes, tissue, kitchen towel and many more on Huggies / Kleenex by Kimberly-Clark Official Store on Shopee.


Exciting offers to look out for include:
Brand
Product Name
RRP
Promo Price
Huggies
RM120.00
RM86.00
Huggies
RM144.00
RM106.00
Huggies
RM26.00
RM20.00
Huggies
RM148.00
RM107.00
Kleenex
RM39.00
RM27.70
Kotex
RM14.00
RM12.20
Scott
RM18.00
RM13.00
Two is better than one, stretch your Ringgit further and save more when you purchase in a bundle:
Brand
Product Name
RRP
Bundle of 2
Huggies
RM239.80
RM156.80
Huggies
RM287.40
RM196.80
Huggies
RM295.80
RM198.80
Huggies
RM309
RM171.8
Huggies
RM381.80
RM205.80

That’s not all! On top of the exclusive offers and promos, on 28 February and 2 March, apply SBDHUG04 to enjoy up to 15% off your cart while on 29 February and 1 March, apply SBDHUG03 to receive 12% off your favourite products from the Huggies Official Store. Customers can look forward to the Huggies Super Brand Day on 2 March to enjoy even lower prices during Shocking Sale throughout the day. The Huggies Super Brand Day is in conjunction with the Shopee 3.3 Mega Sale happening from now until 3 March. Shopee users can look out for products with a price cut as high as 50% during Shocking Sale, while 50% discount vouchers are up for grabs.
To check out Huggies Super Brand Day’s exciting offers and deals, please visit https://shopee.com.my/huggies.os
To apply voucher:
  1. Select your desired products from the Huggies Official Store and add to cart.
  2. At the Shopping Cart, look for Huggies Official Store selection and click “Get Voucher” to claim discount vouchers.
  3. Upon check out at the Voucher section, click on “Use voucher or enter code”. Select your desired voucher or key in the voucher code.
  4. Proceed to check out and pay.

Thursday, February 27, 2020

Resepi Pan Mee Sup Halal Buat Hilang Mengidam

Thursday, February 27, 2020 9
Resepi Pan Mee Sup Halal Buat Hilang Mengidam | Tetiba.... bangun pagi je terus google resepi pan mee sup. Dah kenapa pulak Liez ni? Haaa tu la perihal perut Liez ni. Kalau nak makan sesangat memang terus mencari dan kalau tak jumpa di kedai, memang sanggup masak. Kisah nya pagi tadi la boleh pulak teringat nak makan pan mee sup. Teringat dengan pan mee sup yang Liez selalu makan masa bekerja dulu. 

Resepi Pan Mee Sup Halal Buat Hilang Mengidam

Tapi kebanyakan pan mee sup tidak halal kerana dimasak oleh kaum cina. Kalau tengok resepi-resepi dalam Youtube memang menggunakan daging khinzir. Jadi Liez pun olah sahaja resepi -resepi dalam Youtube kepada penggunakan daging ayam kisar.

Resepi Pan Mee Sup Halal Buat Hilang Mengidam

Pagi-pagi tadi dah ke Giant untuk beli bahan-abahn nak buat pan mee sup. Actually kebanyak bahan ada tapi bahan untuk sup seperti sengkuang dan daun bawang yang tak ada. Jadi sanggup la pergi sambil usung sekali anak-anak.

Pan Mee Sup Halal

Bahan-Bahan untuk sup:
Segenggam ikan bilis
1/2 biji sengkuang (size sederhana)
Daun bawang (diikat)
2 inci halia (diketuk)
Garam
Lada sulah
Perencah masakan Hilal (option)

Cara penyediaan:
1. Rebus semua bahan-bahan dalam seperiuk air. Perisakan dengan bahan perasa.

Bahan-Bahan untuk ayam cincang:
300g isi daging ayam (dikisar)
1/2 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
cendawan telinga (direndam dan dihiris)
cendawan Shitakii kering (direndam dan dihiris)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kicap cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu minyak bijan
Garam
Lada sulah
Perencah masakan Hilal (option)


Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing. 
2. Kemudian masukkan isi ayam dan gaul hingga masak. Sentiasa kacau biar daging menjadi hancur.
3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan minyak bijan. Gaul dan masukkan cendawan shitakii dan cendawan telinga. Tuangkan sedikit air. Dan biar ia kering.
4. Perisakan dengan garam, lada sulah dan bahan perasa.

Bahan sampingan:
1. Pan mee kering atau Kuewtiaw
2. Ikan bilis goreng
3. Pucuk manis atau bayam

Pelbagai resepi-resei masakan viral di https://t.me/ResepiKampungku


Thursday, February 20, 2020

Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2

Thursday, February 20, 2020 1
Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya Allah Yang Tahu - Part 2 | Walaupun sakit berkurangan tapi masih lagi fobia untuk membuang air besar. Even keluar berjalan pun mood dah down dan berjaga-jaga, macam jom jangka tau sebab sakitnya boleh datang tiba-tiba. Hari ahad dan hari seterusnya memang berdoa moga tak muncul rasa sakit tu. 
Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2
Dalam dua tiga hari, Liez google je rawatan atau cara tradisional yang boleh mengurangkan sakit dan menyembuhkan buasir ni. Sehingga lah terbaca tentang Manjakani yang boleh membantu masalah Liez ni. Terus time lunch hour, Liez keluar beli manjakani di kedai Sensei berdekatan dengan ofis. Sekali borong 6 bungkus ye. Balik dari ofis, lepas urusakan pasal Qaseh terus ke dapur dan memproses buah manjakani tu. Liez tumbuk sehingga menjadi serbuk dan simpan dalam bekas kecil. Standby simpan dalam toilet terus.

Liez punya trauma sampai berdoa moga tak diberi signal untuk membuang tau. Tapi akhirnya, jumaat tu mula dah ada tanda-tanda sakit perut. Mulanya tahan tapi makin lama memang tak boleh dah. Masuk toilet tapi keluar meraung kesakitan. Naik atas katil siap berguling, tak hirau dengan perut yang membesar tu. Makan ubat sakit doctor bagi dan akhirnya Liez tertidur dalam kesakitan tu. Nak sapu manjakani pun takut. Terpaksa EL hari tu.
Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2
Bersambung cerita bila balik Ipoh. Bila datang rasa sakit, terus ambik serbuk manjakani dan sapu. Berdenyut-denyut sakitnya. Gagahkan diri tahan dan bersabar. Malam tu kira tidur-tidur ayam sebab menahan sakit. Bangun pagi, sakit dah kurang tetapi terus sapu manjakani sehingga hari ke-10. Alhamdulillah, sakit buasir dah kurang cuma gatal-gatal di kawasan sekitarnya.

Sakit buasir tu kejap datang dan pergi sehingga la tiba hari nak bersalin. Selepas selesai bersalin, Liez dibawa ke wad dan Liez berehat disitu. Rasa sakit bersalin tu memang ada tapi kali ni rasa macam terlalu sakit. Sehingga keesokan pagi Liez nak mandi pagi, Liez rasa ada ketulan di anus Liez. Ya Allah, buasir tu keluar sekali masa Liez teran. Ishhkkk.. patutlah Liez rasa sakit yang lain macam. Rupanya ia terkeluar sedikit. Apa lagi, Liez beranikan diri tolak balik ke dalam. Fuhhh lega, dan sakit tu hilang sikit demi sedikit.
Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2
Alhamdulillah, sakit buasir tu tak datang sehingga 2 minggu Liez berpantang. Disebabkan Niyaz masih lagi Jaundis dengan bacaan yang tinggi, so Liez tak makan sebarang jamu pun. Jadinya, kemungkinan Liez akan kena buasir kembali memang tinggi. Nak makan ubat klinik memang Liez takut disebabkan menyusukan Niyaz. Jadi Liez google lagi untuk cari info untuk merawat buasir ni. Sehingga lah Liez terjumpa tentang Shaklee.

Ostematrix Shaklee Bantu Merawat Buasir
Bila Liez baca dan terus berminat nak tahu lebih info tentang produk Shaklee. Terus Liez hubungi nombor yang tertera dan bertanya sendiri dengan penjual Shaklee. Alhamdulillah, rupanya Ostematrix Shaklee bukan sahaja membantu merawat buasir tapi sangat bagus untuk ibu mengandung dan didalam pantang. Bila cukup info yang Liez nak, terus Liez beli Ostemetrix dan amalkan lebih kurang 3 botol. Selama itu, Liez tidak dihantui dengan sakit buasir lagi. Walaupun ada kalanya trauma nak membuang tapi dengan pengambilan Ostemetrix, sakit buasir dah hilang. Sebenarnya banyak lagi kebaikan Ostemetrix Shaklee, nanti Liez share di entry lagi ye.
Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 2

Wednesday, February 19, 2020

Buasir Ketika Mengandung.. Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 1

Wednesday, February 19, 2020 15
Buasir Ketika Hamil... Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 1 | Ini adalah pengalaman Liez ketika mengandungkan Niyaz tahun 2016. Kalau baca tajuk tu memang dah menyeramkan kan? Ini pengalaman yang Liez tak dapat lupakan dan selalunya orang segan nak cerita bab buasir ke sembelit ke tapi coretan ini Liez nak tulis buat kenangan dan juga buat info kepada semua. Liez sebenarnya segan nak ceritakan tapi tapi bila baca banyak artikal pasal buasir ketika hamil adalah normal, jadinya Liez berani nak ceritakan.


Buasir Ketika Hamil... Sakitnya Hanya ALLAH Yang Tahu - Part 1
Pertama kali Liez kena buasir ketika mengandungkan Niyaz dah masuk 7 bulan. Memang tak menjangka sebab masa mengandungkan Qaseh, liez hanya ada GDM atau kecing manis ditahap yang masih boleh dikawal.he Hanya perlu kawal permakanan. Tapi kali kedua mengandung, diuji dengan dugaan lain pula.

Nak jadi cerita, 30 Oktober tue bangun pagi dah rasa sakit sikit. Tak membuang pun sebab Liez memang dari lahir dah bermasalah nak buang air besar ni. Jadi dalam fikiran Liez, tak ada pa yang serius dan tak menjangka untuk kena buasir. Tapi bertambah sakit bila masuk waktu tengah hari. Keluar lunch dengan mak nak makan ikan bakar, tapi sakit tue menguasai jadinya makan takde feel. Tapi Liez masih bertahan;

Bila petang nak balik tue, rasa sakit yang teramat datang menyerang. Nak memandu pun, kereta duduk pun kejap ke kanan kejap ke kiri.. sekejap badan ke depan sekejap ke belakang. Mulut duk mengeluh sakit sepanjang jalan nak ambil Qaseh dekat nursery yang jaraknya dalam 300 meter je. Lepas jemput Qaseh, terus ke rumah adik kat PULAPOL untuk dinner. Dugaan sakit yang teramat sepanjang jalan tu jangan cakap lah..


Gambar: https://www.womenshealth.gov
Sampai je rumah adik, dah tak boleh duduk. Baring pun tak kena. Sakit berganda dan terus call encik suami untuk ke klinik malam tu juga. Memang tak boleh tahan dengan sakit tu. Nak menangis tahan sakit, control lagi rasa sakit tue. Terus ajak mak ayah dengan mak teman Liez ke Klinik Wangsa (DR Nadir yang famous dengan kanak-kanak tue). Sampai sana dah pukul 9 malam, dan nasib waktu tue doctor perempuan yang on duty, jadi tidak la rasa segan sangat nak cerita.

So bila dah jumpa, dia kata memang biasa ibu hamil untuk kena buasir kerana cara pemakanan, organ-organ dalaman dah terhimpit dan kekurangan zat lain. Jadi doctor nasihatkan untuk Liez banyakkan makan sayuran. Doctor juga bagi ubat masuk dalam punggung, ubat tahan sakit dan ubat lawas. Sampai rumah adik, makan roti sikit dan terus makan ubat tahan sakit sebabnya memang dah tak boleh nak tahan lagi. Syukur lepas makan ubat dalam 30 minit,  sakit terus dah berkurangan dan terus lepak rumah adik tengok Supersponstan Final.


Pic: https://www.organicfacts.net/
Habis show, terus gerak balik ke Batu Caves. Waktu tue dah tak sakit sangat so masih boleh drive lagi. Sampai rumah ingat nak mintak tolong my Dearie masukkan ubat punggung tapi dia dah berdengkur, Hahahaha memang ngelat bila suruh buat benda-benda macam tue. Teringat masa lepas operation buang lump dekat breast belah kiri dulu, encik suami tak berani nak tolong cuci luka tue.. Yang jadi mangsa, omak den la..Omak den memang hati cekal hahahha! Nak tak nak, kena buat sendiri masukkan ubat tue.

Esoknya, perut dah rasa memulas effect dari makan ubat lawas yang doktor bagi. Masuk toilet, memang lancar pembuangan tapi sakit nya- Allahuakbar, Tuhan je yang tahu. Keluar toilet sampai tak boleh nak jalan tegak, membongkok sampai ke katil. Yang silapnya, masa tengah sakit Liez pergi sumbat ubat punggung. Memang sakit yang AZAB!! Berdenyut- denyut sakitnya..

Memang berguling-guling atas katil sambil menangis tahan sakit. Encik suami tolong tenangkan Liez dan bagi makan ubat tahan sakit.. Tapi seriously memang sakit sangat2


BERSAMBUNG..... 

Friday, February 14, 2020

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal

Friday, February 14, 2020 5
Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal | Sempena cuti Thaipusam, Liez dan anak-anak balik ke Gapi. Encik suami kena tinggal sebab hari jumaat tu dia ada makan malam sempena CNY yang dianjurkan oleh syarikat. Kebetulan sekolah Qaseh ditutup sehari awal sempena Thaipusam. Haruslah cuti sebab rumah kami dan sekolah adalah di dalam kawasan hotspot tiap kali Thaipusam. Jalan akan ditutup sehari sebelum ye.

Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal
Bila balik Gapi, memang Liez boleh request nak makan apa pun boleh. Hahahaha untung kannnn?? Actually kebetulan bawa mak ayah pergi NSK untuk beli stok barangan basah. So Liez menyuarakan rasa hati nak makan ikan cencaru sambal sumbat belakang tu. Lama sangat tak makan. Padahal boleh je buat sendiri dekat rumah, biasalah kalau balik Gapi mulalah nak minta masak macam-macam.


Sesambil mak masak, Liez sempat record dan salin resepi. Jom masak!!!

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

Bahan-Bahan
Ikan cencaru (dibelah belakang)

Bahan untuk sambal (dimasak seperti buat sambal)
1 ulas bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
3 sudu cili giling
1 sudu paste asam jawa
2 inci belacan
garam dan gula
bawang besar (dihiris)

Cara penyediaan:
1. Ikan sencaru tadi di lumur garam kunyit. Kemudian sumbat sambal tadi dalam ikan.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak dan letak ikan dan bakar hingga masak.
3. Kemudian hidangkan dengan nasi panas.


Friday, February 7, 2020

Resepi Spicy Seafood Aglio Olio Memikat Selera Keluarga Liez

Friday, February 07, 2020 7
Resepi Spicy Seafood Aglio Olio Memikat Selera Keluarga Liez | Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Bulan Februari adalah bulan kelahiran untuk dua buah hati Liez, iaitu Encik suami pada 2 Februari dan anak teruna Liez, Niyaz pada 6 Februari. Jadi kami rancnag nak buat majlis harijadi kecil-kecilan sahaja dirumah untuk menyambut hari lahir Niyaz. Untuk Encik suami, kami dah raikan bersama di Tony Roma's hujung minggu yang lepas.
Resepi Spicy Seafood Aglio Olio Memikat Selera Keluarga Liez 
Sambutan hari lahir Niyaz kami buat awal sehari kerana ada urusan lain yang perlu dibuat. Selain kek, Liez sellau akan masak atau beli je makanan utama. Tapi kali ni, encik suami minta nak makan spicy Aglio Olio yang dah setahun gamaknya Liez tak masak.

Spicy Aglio Olio ni memang favourite encik suami Liez ye. Istimewa resepi ni, ianya pedas dan masam sesuai dengan selera tekak asia tau. Liez pun suka sangat sebab lagipun ia mudah je.

Spicy Seafood Aglio Olio

Bahan-bahan
1 pek spaghetti (rebus dan tos)
Bahan perapan
250g udang
250g sotong
2 sudu minyak zaiton
3 ulas bawang putih (cincang halus)
3 tangkai Italian parsley (cincang halus)
2 sudu besar serbuk cili (jenama wanita thailand atau sebarang jenama)
1/2 biji lemon (ambil jus)
Garam dan lada hitam
Sayuran
Tomato cherry
Cili benggala (dipotong dadu)

Cara penyediaan:
1. Perap dahulu udang, sotong atau sebarang seafood selama 30 hingga 60 minit. 
2. Panaskan minyak zaitun dan tumis bahan perapan tadi. Masukkan sedikit air resbudan spaghetti tadi. Bila udang hampir masak, boleh masukkan cili benggala dan tomato cherry. Jangan masak terlalu la, nanti tomato hancur.
3. Perasakan dulu dengan garam dan kemudian masukkan spaghetti yang dah direbus tadi.
4. Gaul hingga rata dan sebati. Pastikan air kering sepenuhnya.
5. Hidangkan dan untuk lebih menyelerakan, taburan parmesan cheese sebelum dihidangkan.


Jemana serbuk cili yang Liez gunakan


Peringatan: Cili flakes ni memang pedas jadi letak sedikit dahulu untuk perapan.
* seafood tu boleh ditukar dengan isi ayam juga.
* jus lemon ikut peringkat masam kegemaran masing-masing

Saturday, February 1, 2020

Kadar Tol Lebuhraya PLUS Diturunkan Mulai 1 Februari 2020

Saturday, February 01, 2020 5
Kadar Tol Lebuhraya PLUS Diturunkan Mulai 1 Februari 2020 | Salam Februari semua. Dah masuk bulan kedua tahun 2020, cepat betul masa berlalu ye. Tapi ada berita gembira juga di awal bulan ni bila kerajaan mengumumkan 18% penurunan kadar tol di semua lebuhraya kendalian PLUS.
Kadar Tol Lebuhraya PLUS Diturunkan Mulai 1 Februari 2020
Semalam kerajaan telah mengurangkan kadar tol untuk Lebuhraya Utara Selatan dari 13.6 sen/km kepada 11.15 sen/km berbanding sebelumnya iaitu 11.24 sen/km. Begitu juga dengan kadar tol dari tol Jalan Duta ke Alor Setar dikurangkan sebanyak RM10.00 iaitu RM45.50 berbanding sebelum ini RM55.50. Manakala kadar tol dari Jalan Duta ke tol Skudai sebanyak RM38.50 berbanding RM47.00 sebelum ini.

Diskaun kadar tol sebanyak 18 peratus itu akan diberikan kepada kenderaan penumpang, bas dan teksi di lebuh raya yang terlibat iaitu Lebuhraya Baru Lembah Kelang (NKVE), Lebuhraya Utara-Selatan Lingkaran Tengah (ELITE), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2), Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

Tidak ketinggalan, diskaun ini boleh digunapakai bagi kenderaan kelas 2, 3, 4 dan 5 bagi Jambatan Pulau Pinang. Dengan pengumuman dari kerajaan ini, ia tidak lagi menampung beban bayran pampasan kepad PLUS dan juga dapat menjimatkan sebanyak RM42 billion sepanjang tempoh konsesi hingga tahun 2058.