Sunday, March 29, 2020

5 Resepi Kerabu Untuk Sajian Pembuka Selera

Sunday, March 29, 2020 5
5 Resepi Kerabu Untuk Sajian Pembuka Selera | Assalamualaikum korang. Waktu sekarang ni memang asyik memikirkan nak masak apa untuk menu sekeluarga. Pelbagai menu ayam, ikan, daging dah dimasak. Sesekali tukar selera buat menu yang simple tapi yang penting sedap. Antaranya menu kerabu yang memang mendapat perhatian.

Kaedahnya mudah dan penting kena dengan selera setiap orang. Bagi Liez memang kerabu ni dah cukup sebagai pembuka selera, tak perlu menu yang fancy lagi. Jenis selera Liez biar kerabu ada cukup rasa masam, masin, pedas. Itu baru kaw!!!

1. Kerabu Suhun
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan:
Suun (rendam dengan air panas dan tos)
Ikan bilis( basuh, tos dan goreng
Cili padi (hiris)
Kacang tanah (disangai atau digoreng)
Serai (hiris)
Bunga kantan (hiris)
Bawang besar (hiris)
Batang seleri (hiris)
Daun bawang (hiris)
Sos ikan
Jus limau nipis
Garam (secukup rasa)
Gula (secukup rasa)

Cara penyediaan:
Gaulkan semua dalam mangkuk besar dan hidangkan.


Nota:
1. Kuantiti setiap barang ikut selera masing-masing. Kalau Liez suka ikan bilis, bunga kantan, bawang besar dalam kuantiti banyak.
2. Cili padi ikut kepedasan selera masing-masing.


2. Kerabu Ikan kembung rebus
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan:
3 ekor ikan kembung (direbus dan diasingkan isinya)
1 biji timun (dibelahdua dan di hiris nipis)
3 biji cili api (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji limau nipis
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan dalam satu bekas. perasa kan dengan garam dan air limau nipis secukupnya.

Nota:
Boleh juga menggunakan ikan yang telah digoreng


3. Kerabu Pegaga
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan
Daun pegaga
Halia (hiris nipis)
bawang putih (hiris nipis)
biji lada hitam
serai (dihiris halus)

Cara penyediaan:
1. Sangaikan bahan-bahan perencah didalam kuali hingga ikan bilis menjadi garing. Pastikan api perlahan dan selalu kacau untuk elak hangus.
2. Dah siap, tumbuk atau kisar bahan tadi hingga halus.
3. Hiris daun pegaga dan masukkan ke dalam mangkuk.Tuangkan perencah tadi dan gaul.
4. Tak perlu letak garam kerana ikan bilis dah ada garam.
5. Dan hidangkan. Boleh makan dengan nasi panas. Memang terangkat!!

4. Urap Ulam Selom
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan
Daun selom (dihiris halus)
kelapa parut (disangai dan ditumbuk)
ikan bilis (disangai dan ditumbuk)
bawang besar (dihiris halus)
lada hitam (ditumbuk halus)
biji lada hitam
garam

Cara penyediaan
1. Gaulkan semua bahan-bahan dan hidangkan


5. Kerabu Epal Hijau
Pelbagai Resepi Kerabu Untuk Sajian Bulan Ramadhan
Bahan-Bahan
buah epal hijau (dihiris halus)
bunga kantan (dihiris halus)
cili api (dipotong kasar)
jus lemon
garam
gula

Cara penyediaan
1. Gaulkan semua bahan-bahan dan hidangkan.

Thursday, March 26, 2020

Duduk Rumah, Shopee Hantar

Thursday, March 26, 2020 3
Duduk Rumah, Shopee Hantar | Beli-belah dengan selamat dari rumah dengan tawaran RM0.44 dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8
Duduk Rumah, Shopee Hantar 
Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April. Dalam tempoh ini, para pembeli masih boleh mendapatkan barangan penting mereka di Shopee, dan dihantar terus ke rumah melalui kempen 4.4 Shopee Brands Festival dari sekarang hingga 4 April. 

Platform membeli-belah atas talian itu bekerjasama rapat dengan rakan kongsi, peruncit dan pembekal seperti FreshTap, Vinda, PetPet, Pediasure, Friso, dan Enfagrow serta Tefal, Watsons, Arctic Hunter, Photobook Malaysia, Unilever, HomeHuk, LOréal, realme, P&G dan Reckitt Benckiser untuk meningkatkan bekalan dan memberi pengguna pengalaman membeli-belah atas talian tanpa bimbang.

Kempen ini turut menampilkan koleksi produk khas "Stay Home Essentials " atau “Keperluan Ketika Duduk Di Rumah” yang menawarkan barangan runcit segar dan beku, bahan masakan, minuman, makanan ringan dan bijirin, susu formula, lampin, barangan penjagaan dan mandian bayi, mainan, produk penjagaan diri, keperluan rumah, makanan haiwan peliharaan dan peralatan kerja dari rumah.

Bagi mereka yang memerlukan suntikan semangat, mereka berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai hingga RM444,000 hanya dengan bermain permainan Shopee yang menarik - Shopee Flip & Match, Shopee Lucky Bag, Shopee Throw dan One or Not.

Tandakan kalendar anda untuk dua tarikh ini - 27 Mac dan 4 April, kerana Shopee akan menawarkan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM8 antara 12 pagi dan 2 pagi, dan penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM16 untuk waktu lain sepanjang hari. Nikmati juga tawaran RM0.44 dan RM4 yang tiada tandingan semasa Jualan Kilat Shocking Sale dan diskaun hingga 80%.
Duduk Rumah, Shopee Hantar 
Anda tidak mahu ketinggalan dengan 4.4 Shopee Brands Festival, jadi layarilah
https://shopee.com.my/44

Saturday, March 21, 2020

Resepi Dalgona Coffee #kopiviral

Saturday, March 21, 2020 6
Resepi Dalgona Coffee #kopiviral | Salam hari ke 4 kita digalakkan untuk menghadkan pergerakkan disebabkan virus Covid-19 yang makin meruncing ni. Setiap hari makin meningkat rakyat Malaysia yang postif virus Pendemik ini dan bilangan yang meninggal dunia juga bertambah dari hari ke hari. 
Resepi Dalgona Coffee #kopiviral
Apa yang kita boleh buat adalah duduk dirumah dan lakuakan aktiviti bersama-sama anak dan keluarga. Ini sangat membantu untuk mengurangkan jumlah yang dijangkiti dan jugamengembalikan kehidupan seperti sedia kala. Liez dah 3 tahun menjadi suri rumah tangga , jadi bila kena stay dirumah memang perkara biasa tapi kesian pada anak-anak yang nak keluar bermain. So guys, bantulah kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia dengan mematuhi arahan untuk duduk dirumah untuk mengurangkan dan sekaligus nyahkan Covid -19 di negara kita.

Perasan tak bila kita berada dirumah, masa untuk bersam keluarga dan juga rasa nikmat menghidangkan makanan untuk keluarga. Waktu ni lah, nampak masing-masing menunjukkan kehebatan memasak di dapur kan? Hari-hari memasak untuk keluarga dan yang lagi best berkongsi resepi dengan rakan-rakan. Liez pun anatara yang suka share resepi dengan rakan-arakan di Facebook dan di Youtube.

Semalam Liez mencuba kopi viral yang dipanggil Dalgona Coffee. Katanya kopi yang menjadi popular di Korea Selatan di kala mereka diserang Covid-19. Fuhh, memang time-time kena berkurung ni time ni la mula teringin nak mengopi kan. So dengan adanya Dalgona Coffee, korang boleh mencubanya dirumah.

Dalgona Coffee

Bahan-Bahan
1 sudu besar Nescafe atau instant coffee kegemaran
2 sudu besar gula putih atau gula perang
3 sudu air panas
Susu rendah lemak, susu badam, susu full cream atau sebarang susu kegemaran
Ais kiub


Cara penyediaan
1. Nescafe, gula dan  air panas disatukan didalam mangkuk. Pukul hingga kembang atau berubah menjadi form dengan menggunakan hand mixer, shaker atau sudu. Ambil masa dalam 5 - 10 minit.
2. Dalam gelas, isi kan dengan ais kiub dan tuangkan susu sebanyak 3/4 gelas. Kemudian sudukan bancuhan nescafe yang sudah kembang diatas susu tadi. Tadaaa!!! dah siap.

#Tips:
gula boleh dikurangkan menggikut kesukaan. Boleh menggunakan susu pekat yang dibancuh dengan air.

Wednesday, March 18, 2020

Resepi Ayam Tandoori Buat Seisi Keluarga

Wednesday, March 18, 2020 6
Resepi Ayam Tandoori Buat Seisi Keluarga | Buat peminat ayam tandoori memang Liez tak boleh nak elak tiap kali ke kedai mamak. Antara port yang selalu Liez suka makan ayam tandoori ialah di NZ Curry House Wangsa Maju. Serius ayam dia sedap dan moist( tidak overcooked sampai kering) dan mint cutney dia sangat sedap. Perrggghh terliur bila teringat balik. Tapi harga ayam tandoori tu memang mahal dalam RM8 seketul. Kadang-kadang berebut dengan anak-anak.

Resepi Ayam Tandoori Buat Seisi Keluarga

Dan port baru Liez suka makan ayam tandoori ialah di Al Kadeer Batu Caves. Pergghhh akhirnya jumpa tempata makan ayam tanddori yang dekat dengan rumah Liez. Ayam dia super sedap dan mint cutney di pun super sedap. Lupa pula nak snap gambar. Yang bestnya, encik suami sampai mintak tambah minta cutney sampai 3 mangkuk ye.. Serius!! sedap guy!! Tapi biasa lah harga pun tinggi sikit.

Jadi buat menghilangkan rasa nak makan tandoori tu, Liez google dan jumpa resepi ayam tandoori ni. Dan serius sedap juga. Puas hati makan dan anak-anak pun tumpang sama. Jom Liez sharekan resepi ni.

Resepi Ayam Tandoori Buat Seisi Keluarga

Bahan perapan 1
1 sudu teh garam
1 sudu teh bawang putih - dicincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk cili
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1 1/2 sudu teh jus lemon


Resepi Ayam Tandoori Buat Seisi Keluarga

Bahan perap 2:
1 sudu teh halia - dicincang/tumbuk
1 sudu teh cuka
4 sudu makan yogurt
1 sudu makan daun ketumbar - dihiris halus
1 sudu makan daun pudina - dihiris halus
1 sudu makan jintan
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk kulit kayu manis
1/3 sudu teh serbuk buah pelaga
Sedikit pewarna merah
4 keping ayam - mana-mana bahagian dan dibuang kulitnya.

CARA:
1. Ayam diperap selama 3 jam dengan bahan perap 1
2. Setelah 3 jam, lumur ayam dengan bahan-bahan perap 2 selama semalaman
3. Kemudian ayam tadi di panggang pada suhu 170C selama 60 minit atau hingga ayam masak.
4. Setelah masak bolehlah dihidangkan dan diperah dengan limau nipis.



SELAMAT MENCUBA!!

Tuesday, March 17, 2020

Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Covid-19

Tuesday, March 17, 2020 1
Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Covid-19 | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, saudara-saudari rakyat Malaysia yang saya kasihi. 
Perutusan Khas Perdana Menteri Mengenai Covid-19
Malam ini, sekali lagi saya berada di hadapan saudara-saudari sekalian untuk memaklumkan situasi semasa ancaman wabak Covid-19 yang telah menimbulkan kebimbangan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia.

Sehingga kini, wabak Covid-19 telah merebak di 135 buah negara. Seramai 162,711 orang telah disahkan positif Covid-19 di seluruh dunia. Daripada jumlah ini, seramai 6,443 orang telah meninggal dunia. 

Di Malaysia, telah berlaku peningkatan kes Covid-19 secara mendadak, iaitu 190 kes semalam, disusuli 125 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang dijangkiti wabak ini adalah sebanyak 553 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.

Kerajaan memandang serius situasi semasa ancaman virus berbahaya ini terutama perkembangan gelombang kedua. Keutamaan Kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat. Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin. 

Untuk itu, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu lusa hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967. Perintah Kawalan Pergerakan ini meliputi; 

Pertama, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Untuk menguatkuasakan larangan ini, semua rumah ibadat dan premis perniagaan 2 hendaklah ditutup, kecuali pasaraya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian. Khusus untuk umat Islam, penangguhan semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang telah bersidang pada 15 Mac 2020. 

Kedua, sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara. Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (atau self quarantine) selama 14 hari; 

Ketiga, sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara; 

Keempat, penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti; 

Kelima, penutupan semua institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara; dan 

Keenam, penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan. 

Saya sedar bahawa saudara-saudari mungkin merasakan bahawa tindakan yang diambil oleh Kerajaan ini menimbulkan kesulitan dan kesukaran untuk saudara-saudari menjalani kehidupan seharian. Namun, tindakan ini mesti diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang berkemungkinan meragut nyawa rakyat negara ini. 

Kita telah melihat peningkatan wabak Covid-19 secara mendadak daripada puluhan orang yang dijangkiti virus ini kepada ribuan orang dalam masa yang 3 singkat di beberapa buah negara lain. Sudah pasti saudara-saudari tidak mahu keadaan yang sama berlaku di negara kita. 

Kita tidak boleh menunggu lebih lama sehingga keadaan menjadi lebih meruncing. Tindakan drastik perlu diambil dalam kadar segera untuk menyekat penularan wabak ini dengan cara mengehadkan pergerakan orang ramai. Inilah satu-satunya cara untuk kita mengelakkan lebih ramai rakyat negara ini dijangkiti wabak yang boleh meragut nyawa. 

Saya harap saudara-saudari dapat bersabar menghadapi dugaan ini. Jangan panik, jangan cemas, dan sentiasalah bertenang. Saya percaya dengan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan oleh Kerajaan, kita mampu menyekat penularan wabak ini dalam masa yang terdekat. 

Kita telah melihat beberapa buah negara yang mengambil langkah yang agak drastik untuk mengawal penularan wabak ini seperti negara China yang telah menunjukkan penurunan mendadak kes-kes jangkitan Covid-19.

Saya juga ingin memberi jaminan bahawa bekalan bahan-bahan makanan, keperluan harian dan penjagaan kesihatan termasuk topeng muka adalah mencukupi. Saya telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna agar sentiasa memantau situasi bekalan makanan dan keperluan harian di pasaran sepanjang tempoh Perintah Kawalah Pergerakan ini berkuatkuasa. 

Saya merayu kepada saudara-saudari agar sentiasa mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini. Ini adalah tanggungjawab kita bersama yang mesti kita laksanakan sebagai rakyat yang prihatin terhadap keluarga kita, masyarakat kita dan negara kita. 

Saya juga ingin memaklumkan bahawa Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara akan bermesyuarat setiap hari untuk memantau dan mengawasi situasi wabak Covid-19. Saya sendiri akan mempengerusikan mesyuarat ini dan memaklumkan kepada saudara-saudari perkembangan situasi wabak Covid-19 dari semasa ke semasa. 

Jika saudara-saudari mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, saudara-saudari boleh menghubungi Pusat Pengurusan Operasi Negara di talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini. 

Saya berdoa agar saudara-saudari sekalian terus cekal dan tabah dalam menjalankan tugas untuk negara demi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara ini sentiasa terpelihara. 

Akhir sekali, saya berdoa agar saudara dan saudari sekalian sentiasa diberikan perlindungan oleh Allah S.W.T. Wabillahitaufik wal hidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Friday, March 13, 2020

Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera

Friday, March 13, 2020 17
Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera | Penggunaan minyak pelincir kenderaan yang betul dan sesuai akan memastikan enjin kereta korang dilindungi secara optima. Oleh tu, baru-baru ni Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk terbarunya iaitu MAXGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLADE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.
Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
Majlis pelancaran " The New Glide" itu telah diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad. Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat dibawah Glide Group yang telah ditubuhkan pada 16 Januari 2007 yang memfokuskan kepada pembuatan minyak pelincir dibawah jenama Glide Lubricants.

Di majlis ini, mereka juga memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol baru ke atas semua produk yang dikeluarkan. Dua produk terbaru yang diperkanlkan ialah BEYOND SAE OW16 dan SAE 0W20 fokus kepada meninggikan taraf minyak pelincir kereta di mana ianya juga bakal merendahkan kesan pencemaran dari kenderaan. 

Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah juga baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV). Standard API: API SP/SN PLUS (RC). Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ini sudah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun dan Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.
Glide Technology Sdn Bhd Perkenal " Wajah Baru" Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera
Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya  Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan  maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa. Di samping itu, ia juga akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.

Untuk dua gred yang baru dilancarkan ini, Glide Technology Sdn Bhd memberikan tumpuan kepada pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tidak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan. Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah  RM170.00.

Bagi yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ini boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide  di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my. Untuk maklumat lanjut boleh layari lama web tertera dibawah:

Website : 

Facebook : 

Instagram :

Monday, March 9, 2020

Senarai Barisan Menteri-Menteri Kanan Dan Menteri Kabinet Terbaru Tahun 2020

Monday, March 09, 2020 4
Senarai Barisan Menteri-Menteri Kanan Dan Menteri Kabinet Terbaru Tahun 2020 | Alhamdulillah. Syukur akhirnya Perdana Menteri Malaysia ke - 8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai nama-nama menteri-menteri yang akan bersam-sama beliau untuk mengemudia jentera negara kita. Pengumuman dibuat sebentar tadi di Putrajaya.
Senarai Barisan Menteri-Menteri Kanan Dan Menteri Kabinet Terbaru Tahun 2020

Tiada Ahli Parlimen yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri sebalik Kabinet kerajaan di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai empat menteri kanan. 
Empat menteri kanan ini bertanggungjawab membantu Perdana Menteri menyelaras hal ehwal Kabinet berkaitan bidang ekonomi, keselamatan, pembangunan infrastruktur serta pendidikan dan sosial.


SENARAI MENTERI KANAN, MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI

Menteri Kanan

1. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri - Datuk Lim Ban Hong (akan dilantik sebagai senator)

2. Menteri Pertahanan - Datuk Seri Ismail Sabri Bin Yaakob
Timbalan Menteri - Datuk Seri Sri Ikhmal Hisham Bin Abdul Aziz

3. Menteri Kewangan - Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri I - Datuk Abd Rahim Bin Bakeri
Timbalan Menteri II: - Mohd Shahar Bin Abdullah

4. Menteri Kerja Raya - Datuk Seri Fadillah Yusof
Timbalan Menteri - Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh

Senarai Menteri-Menteri dan Timbalan menteri Kabinet

Menteri Pendidikan - Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I - Datuk Mah Hang Soon (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri II - Muslimin Bin Yahaya

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) - Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Khas) - Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof
Timbalan Menteri: Datin Mastura Yazid

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)- Datuk Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Eddin Syazlee Shith

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri (akan dilantik sebagai senator)
Timbalan Menteri: Ahmad Marzuk Bin Shaary

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak)
Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan - 
Datuk Seri Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Hasbi Habibollah

Menteri Alam Sekitar - Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Masrizal Muhammad (akan dilantik sebagai senator)

Menteri Sumber Manusia - Datuk Seri M Saravanan
Timbalan Menteri: Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan -Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Seri Santhara Kumar

Menteri Wanita dan Keluarga
- Datuk Seri Rina Mohd Harun
Timbalan Menteri: Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi - Datuk Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Mansor Bin Othman

Menteri Tenaga dan Sumber Asli - Datuk Shamsul Anuar Nasarah
Timbalan Menteri: Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri - Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ismail Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan - Datuk Seri Sri Dr Adham Baba
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan - Datuk Seri Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Datuk Che Abdullah Mat Nawi

Menteri Pembangunan Luar Bandar - Datuk Abd Latiff Ahmad
Timbalan Menteri I: Datuk Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Luar Negeri - Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Kamaruddin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna 

Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

Menteri Komunikasi dan Multimedia - Datuk Seri Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Zuraida Kamaruddin
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abd Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi - Khairy Jamaluddin
Timbalan Menteri: Ahmad Amzad Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi 
Datuk Seri Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi - Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie anak Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan - Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Jeffrey G. Kitingan

Menteri Perpaduan Negara - Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Datuk Seri Tiong King Sing


Menteri Belia dan Sukan - Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (akan dilantik sebagai senator)
Sumber : Harian metro

5 Resepi Biskut Raya Lama Yang Menjadi Pilihan Di Hari Raya

Monday, March 09, 2020 4
5 Resepi Biskut Raya Lama Yang Menjadi Pilihan Di Hari Raya | Dah masuk bulan March, dan lagi sebulan lebih kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Semoga kita bersempatan untuk berjumpa dengan bulan terbaik antara seribu bulan. Ada yang tengah ganti puasa kan?? Liez dah ganti puasa tahun lepas juga sebab taknak ganti last minute. Ada yang sibuk nak prepare baju raya lah dan ada yang sibuk mengeluarkan resepi-resepi biskut raya yang hendak dibuat sampel jualan atau untuk hari raya nanti.

Untuk Liez yang juga mengusahakan biskut raya (hanya musim perayaan je) take over bisnes biskut raya mak Liez, memang ada cookies yang menjadi pilihan wajib setiap hari raya. Terutama sekali biskut tart nenas dan biskut sarang semut. Dua raya raya ni kira biskut raya lama yang menjadi pilihan ramai di antara kita. Even Liez juga suka dengan tart nenas tu. Tapi memang macam mana banyak pun biskut raya moden, yang lama juga yang mesti ada di atas meja untuk dihidangkan.

6 Resepi Biskut Raya Yang Menjadi Pilihan Di Hari Raya

Resepi Tart Nenas

Gambar/Resepi: FB Petua dan Resepi
Bahan-bahan :-
Doh Tart
2 ½ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 ½ sudu besar tepung kastard
2 sudu besar tepung susu
1 cawan mentega (226 gm)
1 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar gula
Cara-cara untuk adunan doh:-
1. Pukul mentega, susu, minyak sapi, garam hingga sebati.
2. Masukkan telur dan vanilla, pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan membentuk doh yang lembut.


Jem nenas:
4 biji nenas muda
2 ½ senduk gula pasir
sedikit esen vanila
Bunga cengkih
Kulit kayu manis
Daun pandan

Jem nenas :-
1. Parut nenas. Jangan dibuang airnya.
2. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. 

3. Setelah kering masukan gula, esen vanilla, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.

Hiasan:
Kuning telur

Untuk tart nenas
1. Panaskan oven terlebih dahulu pada 150°C.
2. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar.
3. Oles kuning telur pada bahagian atas tart.Bakar selama 15 minit / sehingga masak.


Resepi Biskut Samprit

Gambar/Resepi: FB Azmah Zakaria
Bahan-Bahan
1 cawan buttercup
3/4 cawan gula aising
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila
2 cawan tepung jagung
1cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum
Cara-Cara:
1. pukul buttercup+gula+telur..gaul manja2 je ye..(jangan terlebih pukul)
2. masukan esen vanila. Kemudian masukan 3 jenis tepung (jagung+kastard+gandum)
3. bentukan bunga dan bakar selama 30minit dalam suhu 150c

Resepi Biskut Sarang Semut


Gambar/Resepi: FB Sheikh Mohd Radzi
Bahan-bahan:

250 gram butter (guna farmcow sahaja)
100 gram gula halus/kastor
350 gram tepung gandum (diayak)
100 gram tepung jagung (diayak)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna lemon
coklat rise utk hiasan


Cara-caranya:
1) Pukul kembang butter dan gula dengan mixer atau dengan tangan.
2) Masukkan kuning telur dan esen vanila. Gaul rata, tambahkan sedikit pewarna
3) Masukkan tepung dan gaul rata lagi
4) Parutkan adunan dalam mangkuk kecil dan sudukan ke dalam papercup
5) Taburkan coklat rise
6) Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama 15-20 minit atau sehingga masak

Resepi Biskut Suji

Gambar/Resepi: FB Jom belajar buat biskut
Bahan-Bahan
2 Cawan Tepung Gandum Halus
1 Cawan Gula Kastor
1 Cawan Minyak Sapi
Ceri cincang sebagai hiasan

Cara-cara:
1. Gaul tepung gandum dan gula dulu.
2. Campurkan minyak sapi sedikit demi sedikit & uli sehingga sebati. Adunan jadi lembut. 3. 3. Nak uli bulat menggunakan tapak tangan secara lembut.
4. susun diatas loyang dan letak ceri tengah-tengah sebagai hiasan. Bakar 170°C selama 20 minit.

Resepi Biskut Mazola

Gambar/Resepi: FB Jom belajar buat biskut

Bahan-Bahan
1kg Tepung gandum 300gm Kacang tanah 2 cawan Gula 2 cawan Minyak mazola / Minyak jagung 1 sudu besar Soda bikarbonat
Kuning telur + pewarna kuning (untuk sapuan atas)
Cara-cara:
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak tggu sejuk buang kulit dan blend kering smpai hancur
2. Blend kering gula
3. Sekalikan tepung gandum + kacang + gula + soda bikarbonat dan gaul rata.
4. Masuk minyak mazola dan gaul smpai jadi doh.
5. Tekap dengan acuan ( yang ni guna acuan tutup botol ja) dan sapu kuning telur.
6. Masuk oven bakar suhu 170°C msa lebih kurang 10 minit atau ikut jenis oven masing2.


Friday, March 6, 2020

Koleksi Resepi Masakan Hanis Zalikha @ Keknis

Friday, March 06, 2020 20
Koleksi Resepi Masakan Hanis Zalikha @ Keknis | Siapa tak kenal Hanis Zalikha kan? Dari seorang pengacara, menjadi pelakon dan berkahwin dengan pelakon Hairul Azreen. Liez memang minat sangat dengan Hanis Zalikha dari dia jadi pengacara sebab cara bershaja dan dia sangat cantik. Beauty with brain tau!!
Gambar: Instagram Hanis Zalikha
Pasangan ini terus popular bila dikurniakan seorang anak lelaki yang comel dan bijak, Yusuf Iskandar. Budak comel yang menarik perhatian ramai dan boleh jadi influencer kerana memiliki follower 2.7 juta di Instagram... power betul tau. Lagi pula, mereka memiliki seekor kucing gebu dan comel dipanggil Bujibu Chempel yang mempunyai 1.4 juta pengikut di Instagram. Liez memang suka tengok posting Bujibu ni sebab reaksi mukanya memang win!! Dan kelahiran anak perempuan mereka iaitu baby Alisa juga mendapat perhatian 824K pengikut kerana kecomelan dan keletahnya.

Liez juga suka mengikuti Keknis memasak tau. Menu-menu yang dihidangkan bukan sahaja untuk orang dewasa tapi juga kids-friendly. Ada banyak menu yang Liez suka dan cuba untuk dimasak dan Liez puas hati. Resepi-resepi yang bimasak juga senang dan cepat disediakan. Biasa lah bila ada nak kecil memang payah nak masak yang remeh temeh ni.

So Liez dah sediakan beberapa resepi yang menjadi pilihan Keknis dan sering dikongsi di Instagramnya. Bagi yang belum follow lagi boleh follow Instagram Hanis Zalikha

Teppanyaki Daging
Gambar: Instagram Hanis Zalikha
Bahan-Bahan daging
Daging Rib Eye (dihiris nipis)
Bawang besar (dipotong hiris nipis)
Sos Ikan
Lada hitam
Lada Sulah
Garam

Bahan-bahan untuk sayur
Tauge
Carrot (dihiris panjang)
Kucai
Bawang putih (dihiris)

Cara Penyediaan daging:
1. Gaulkan daging dengan lada hitam dan garam.
Panaskan minyak dan masukkan daging. Goreng hingga bertukar warna.
2. Masukkan bawang besar, sos ikan, lada sulah dan garam.

Cara Penyediaan sayur:
1. Gunakan kuali yang sama dengan daging (tak perlu basuh). panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih.
2. Masukkan tauge dan carrot, gaul seketika. Taburkan lada sulah, garam dan sedikit sos ikan.
3. Akhir sekali, masukkan kucai dan tutup api.


Resepi Cream of Broccoli

Gambar: Instagram Hanis Zalikha
Bahan-Bahan
2 sudu butter
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
Batang celery (sama banyak dengan bawang besar)
Broccoli ( sepokok kecil)
2 sudu besar tepung gandum
1 kiub pati ayam (dibancuh dengan 1 cawan air panas)
1 mug susu segar
1/2 mug cooking cream
1 keping cheddar cheese
Lada sulah
Lada hitam
garam

Cara penyediaan:
1. Cairkan butter. Masukkan bawang dan celery, masak hingga lembut.
2. Masukkan tepung dan air pati ayam. Gaul hingga rata.
3. Kemudian masukkan broccoli dan biarkan mendidih seketika. Kemudian masukkan susu dan biarkan reneh selama 10 minit.
4. Kisar bahan tadi dengan hand mixer atau blend hingga halus.
5. Kemudian masukkan cooking cream dan cheese. Perasakan lada sulah, lada hitam dan garam. Hidangkan.


Resepi Sotong Crunchy

Gambar: Instagram Hanis Zalikha
Bahan-Bahan
5 ekor Sotong (dipotong gelung)*
1/2 cawan susu segar*
* rendam semalam di dalam fridge*

Bahan rempah
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
1 biji telur
1 sudu besar tepung serbaguna
lada sulah 
garam
tepung serbaguna untuk salutan

Bahan untuk sos
1 ulas bawang putih (cincang)
3 sudu besar kicap cair
2 sudu besar gula perang
2 sudu sos ikan
Biji Bijan
Serbuk cili *optional*

Cara penyediaan
1. sotong yang direndam dengan susu ditapis. 
2. Kemudian campurkan semua bahan perapan tadi.
3. Panaskan minyak dan celup sotong perap tadi dalam tepung serbaguna dan goreng.
4. Bila sudah perang, boleh diangkat.
5. Untuk sos, panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih. Tuangkan bahan sos tadi dan biarkan berbuih sebelum masukkan sotong yang digoreng tadi.
6. Taburkan biji bijan dan hidangkan.


Resepi Kerapu Stim Ala Thai 

Gambar: Instagram Hanis Zalikha
Bahan-bahan:
Ikan kerapu 
3 batang serai (diketuk)
2 ulas bawang putih (diketuk)

Bahan untuk sos (bancuh)
1 biji limau nipis (ambil jus)
1 kiub pati ayam ( bancuh dengan 1 cawan air)
1 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
4 sudu gula perang
5 ulas bawang putih (cincang)
batang ketumbar (hiris)
Cili api

Minyak bawang putih

Cara penyediaan:
1. bersihkan ikan dan isikan serai dan bawang putih di dalam perut ikan.
2. letaak ikan didalam pinggan dan tuang semua bahan sos tadi.
3. Kukuskan selama 10-15 minit. Kemudian hidangkan dengan hirisan limau nipis dan tuang minyak bawang putih panas-panas.


Resepi Kabut Fried Chicken

Gambar: Instagram Hanis Zalikha
Bahan-bahan:
Ayam yang dipotong
Rempah kari
Tepung serbaguna
Telur
Garam 
Gula
serbuk Lada hitam

Cara Penyediaan:
1. Perap ayam dengan rempah kari, garam, gula dan serbuk lada hitam.
2. Biarkan sejam sebelum dimasukkan telur.
3. Panaskan minyak. Salut ayam tadi dengan tepung serbaguna dan goreng hingga garing.


Resepi Kepak Ayam Cajun Buttermilk 

Gambar: Instagram Hanis Zalikha
Bahan-bahan:
kepak ayam
buttermilk
3 sudu besar cili powder 
1 sudu besar cajun seasoning
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam

Cara penyediaan:
1. Rendamkan kepak ayam dalam buttermilk dan biarkan semalaman.
2. Untuk bakar, todkan kepak ayam tadi dan gaulkan dengan bahan rempah diatas.
3. Bakar dalam oven atau air frayer hingga masak.


Resepi Mushroom sup

Gambar: Instagram Hanis Zalikha
Bahan-bahan:
Cendawan butang (dihiris nipis dan dicincang)
1 tin cream of mushroom (sebarang jenama)
minyak zaitun
1/2 cawan susu segar
Parmesan cheese
Lada sulah
garam

Cara penyediaan
1. Panaskan minyak zaitun dan masukkan cendawan. Masak hingga hingga lembut.
2.  Masukkan cream of mushroom dan separuh tin air. Biarkan ia mereneh.
3. Kemudian masukkan susu segar dan parmesan cheese.
4. Akhir sekali, masukkan lada sulah dan garam.

Selamat mencuba!!!!!