Saturday, May 23, 2020

CLiPtec BTW308D Exclusive Launch on Shopee

Saturday, May 23, 2020 0
CLiPtec BTW308D Exclusive Launch on Shopee | With the drive to exceed customers’ preferences and produce excellent, high quality, user-friendly technology that is essential to the ever-changing digital world today, CLiPtec is no stranger to the tech community. With the optimism and determination to invent futuristic products for today’s digital lifestyle, CLiPtec is on track with the latest trend as it introduces its latest Bluetooth earbuds.
CLiPtec BTW308D Exclusive Launch on Shopee
The CLiPtec BTW308D Bluetooth Digital Display True Wireless Stereo Earphone With Power Bank (Dot-X) comes with a built-in advanced Bluetooth chip version 5.0, enabling the earphones to have higher compatibility and excellent sound quality with a low power consumption for calls and music. It’s charging dock is also equipped with a 2-way digital LED display screen that allows the user to see the power volume, battery balance and also ongoing charging status. Now we no longer have to worry about our earphones giving up on us halfway through a call or while our favourite tracks are playing.
CLiPtec BTW308D Exclusive Launch on Shopee
This pair of earphones also comes along with a power bank function as it is equipped with a unique conductive portable charging system of 2200mAh capacity battery, so users will never have to worry about running out of battery on their TWS earphones and mobile phone. Equipped with one-step pairing technology, taking both earphones out of the charging box allows them to auto-pair with each other to  ensure users get the best sound quality experience.
CLiPtec BTW308D Exclusive Launch on Shopee
For music lovers out there who appreciate a good-quality sound performance, these earphones come with an innovative acoustic design and cutting-edge stereo sound, delivering a clean treble response and distortion-free deep bass. With no more wires bound, users can enjoy sports and music to their heart's content.

Talking about convenience and safety, the one-button design provides users with a multi-functional singular button to answer or reject phone calls, Bluetooth pairing, power on-off, and play or pause music. At just 4.7 grams per unit weight, this small and light comfortable design lets users enjoy music up to 5 hours at 70% volume. 
CLiPtec BTW308D Exclusive Launch on Shopee
Music lovers can get the CLiPtec BTW308D DOT-X Bluetooth Earphone for only RM169. If all of the above have not caught your attention, then this will. From now till 31 May, the earphone will be up for pre-order at only RM89.00, almost half its original price for the first 100 customers only at CLiPtec’s Official Store on Shopee Mall. These first 100 customers will also be receiving a free CLiPtec THE LOCK Slim Flat USB 2.0 Micro-B Cable OCC100. They can also enjoy a special purchase-with-purchase offer of the GZU360 USB Charger at RM3.00 only (RRP: RM15.00).
The CLiPtec Official Store on Shopee is where shoppers can be assured that the products received are 100% authentic, while enjoying a worry-free 1-year warranty. For more information on CLiPtec’s deals and promotions, head over to the CLiPtec Official Store at https://shopee.com.my/cliptec

Friday, May 22, 2020

Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Khutbah Solat Raya Bersama Keluarga

Friday, May 22, 2020 2
Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Khutbah Solat Raya Bersama Keluarga | Allahuakbar!!! Lagi 2 hari lagi berakhirnya bulan Ramadhan dan kita akan melangkah ke bulan Syawal. Terasa cepatnya masa berlalau kali ini. Suasana Ramadhan yang lain dari yang lain dengan kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sejak dari PKP, semua aktiviti kita dihadkan terutama sekali aktiviti kita beribadah di masjid dan surau. Dan ada hikmahnya kerana kita diberikan masa dan kesempatan untuk meluangkan masa dengan keluarga dan juga yang penting beribadah bersama-sama. Diwaktu ini, solat kita berimamkan ayah, abang atau adik. Seronoknya kan??

Sempena Syawal yang bakal tiba Ahad ini, pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk menunaikan solat Aidil Fitri bersama-sama keluarga yang merupakan norma baru bagi kita semua. Tapi bersediakah imam kita yang akan mengimamkan dan berkhutbah Aidil Fitri kali ini. Di sini Liez sharekan 
Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Khutbah Solat Raya Bersama Keluarga
Panduan Solat Sunat Aidilfitri Di Rumah Dan Khutbah Solat Raya Bersama Keluarga

PERSIAPAN DIRI: Panduan Solat dan khutbah Aidil Fitri
Bagaimana persediaan para imam yang akan solat dan berkhutbah Aidil Fitri kali ini?

Tentunya ia satu pengalaman indah menjadi imam dan berkhutbah di hadapan jemaah ahli keluarga sendiri. Walaupun sunat, tetapi eloklah kita sempurnakan solat dan khutbahnya sekali.


Solat Aidil Fitri dua rakaat biasa kita dilakukan.


Rakaat pertama selepas doa iftitah, kita bertakbir (Allahu Akbar) tujuh kali dan diselangi oleh bacaan tasbih (Subhanallah wal hamdulillah, wala ilaha Illah walLahu Akbar) enam kali.

Setelah itu baca al-Fatihah dan surah pilihan.

Pilihlah surah yang mudah bagi anda.

Pada rakaat kedua, dikehendaki bertakbir (Allahu Akbar) lima kali diselangi dengan bacaan tasbih, seperti di atas.

Diikuti bacaan Al-Fatihah dan surah pilihan.

Sesudah memberi salam, imam akan berkhutbah.

Saya ringkaskan di sini kaedah berkhutbah Aidil Fitri. Ia boleh dilakukan oleh semua imam.

Usah gusar. Ia mudah dan simple. Ingat, khutbah ada dua, khutbah satu dan khutbah dua yang diselangi oleh DUDUKnya imam.


Rukun khutbah ialah:


1. Alhamdulillah (memuji Allah)

2. Selawat ke atas nabi (Alluumma salli ala Muhammad... )
3. Ittaqullah! (pesan bertakwa kepada Allah)
4. Baca satu ayat al-Quran
5. Doa kepada seluruh muslimin (Allummaghfir lil muslimin wal muslimat)

Semua rukun ini perlu dibacakan dalam bahasa Arab. Ringkasnya jika anda menyebut seperti ini sahaja,


1. Alhamdulillah,

2 Allumma salli ala Muhammad,
3. Ittaqullah,
4 Alhamdulillahi Rabbil Alamin, dan
5. Allummaghfir lil muslimin”,

maka SAH khutbah kita. Kemudian anda duduk sebentar, bangun dan ulang semula, maka ia sudah memadai, sudah sah.


Ia tersangat ringkas kan...


Bagi mengindahkan lagi susunan khutbah Aidil Fitri, maka kita tambahlah beberapa perkara.


Kita mulakan dengan takbir (Allah Akbar!) 9 kali.

Dan kita pesanlah dengan nasihat berkenaan kekeluargaan dan sambutan Aidil Fitri, maka jadilah ia lebih cantik.

Jemaah pun boleh tersenyum lebar.

Saya kemukakan satu contoh teks khutbah yang boleh dijadikan panduan kepada para imam.


KHUTBAH PERTAMA


1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Wal Asr, Innal insanalafi… - baca surah Al-Asr, (wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala saidina Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib) marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya
6. Alhamdulillah, hari ini buat pertama kali abah (saya) berdiri dan berkhutah di hadapan anak-anak dan keluarga yang dikasihi.

Alhamdulillah wabak Covid 19 ini banyak memberi pengajaran kepada kita sekeluarga. Kita bersyukur kerana kita selalu dan kerap solat berjemaah. Kita boleh solat tarawih berjemaah dan kita banyak melakukan aktiviti keluarga secara lebih dekat.

Sebagai ketua rumah tangga, abah (saya) sedar saya perlu memastikan keluarga kita ini sentiasa berada di bawah reda Allah. Maksudnya saya perlu pastikan kita semua sentiasa mentaati Allah dan Rasul-Nya pada seluruh kehidupan kita.

Alhamdulillah kerana keluarga kita menjadi HEBAT dan SEMPURNA kerana kita punyai seorang IBU yang cukup baik. Seorang IBU yang sentiasa siang malamnya berkorban untuk kita. IBU tidak pernah mengeluh, walaupun tugasnya tidak pernah berakhir menguruskan keluarga kita.

Kita juga bersyukur kerana kita punyai anak-anak yang baik. Anak-anak abah (saya) yang sentiasa membantu keluarga, yang boleh disuruh untuk buat itu dan ini.

Anak-Anak abah (saya) sememangnya HEBAT. Anak-anak Abah (saya) sentiasa membahagiakan kami sebagai bapa dan ketua keluarga.

Pada Aidil Fitri ini, marilah kita saling bermaaf-maafan sesama kita. Lahirkan kemaafan itu dari lubuk hati kita yang suci bersih, sebersih indahnya Ramadan yang baharu sahaja kita tinggalkan.

Abah dan ibu sayang kepada anak-anak dan ahli keluarga kita. Abah memohon kemaafan atas kekurangan abah sepanjang mendidik anak-anak.

Kita bukanlah insan sempurna, walaupun sebenarnya kita mahu menjadi TERBAIK kepada semua orang.

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib) Walhamdulillah..

Imam kena DUDUK sebentar. (sediakan kerusi yang sesuai)

KHUTBAH KEDUA


1. Allahu Akbar 9 kali (sunat)
2. Alhamdulilah (wajib) Alhamdulillah, Allah yang berfirman (Qulhuwallahu Ahad - baca surah Al-Ikhlas, - wajib)
3. Asyhaduan La Ilaha illa Lah, Wa Asyhaduanna Muhammadan Rasulllah (sunat)
4. Allahumma salli ala Muhammad … (wajib)
5. Ittaqullah! (wajib)
6. Sidang jemaah yang dikasihi, jadikanlah hari raya ini sebagai hari terbaik untuk kita mengeratkan silaturahim kalangan keluarga kita.

Kita saling bermaaf-maafan dan kita berziarah saudara terdekat. Marilah kita menjaga ibadah wajib kita sebagaimana kita menjaganya pada bulan Ramadan yang lalu, marilah kita menjaga akhlak dan peribadi kita agar kita ini dikenal sebagai seorang muslim yang soleh dan solehah.

Marilah kita menjadikan al-Quran sebagai tilawah harian kita, agar nantinya al-Quran itu bisa menjadi peneman kita di alam kubur kelak. Anak-anak, sentiasalah mendoakan keselamatan dan kesejahteraan ibu bapa dan adik beradik kita.

Doakanlah keampunan kepada ibu bapa dan saudara terdekat, agar kita ini hidup dalam iman dan kembali kepada Allah juga di dalam iman. Andai kata kelak nanti, ibu dan abah ini telah tiada, maka doa dan amalan anak-anak kalian adalah peneman kami yang terbaik yang kami nantikan.

7. Allahumaghfir lil muslimin wal muslimat, al-ahya’i hum wal amwat. (wajib)

Ya Allah Kau ampunilah segala dosa kami dan ahli keluarga kami. Selamatkanlah negara kami daripada mara bahaya wabak dan segala jenis fitnah dan penyakit.

Berikanlah kami kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia dan akhirat.

(Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar)

Walhamdulillah.
Tamatlah khutbah dan boleh bersalaman dengan ahli keluarga.
Perlu diingat, semasa berkhutbah, imam kenalah berdiri.
Kalau ada tongkat, boleh pegang tongkat.
Jika tiada, tak perlu pegang apa-apa. Kalau pegang penyapu, dah kelakar pula jadinya!
Selamat berkhutbah. Doakan kebaikan untuk saya juga…

Ustaz Ahmad Nawawi Yaakob

UiTM Segamat
Imam Surau Al-Muhajirin

Tuesday, May 19, 2020

Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G

Tuesday, May 19, 2020 11
Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G | Syarikat telekomunikasi terbesar di China menyasarkan syarikat telco sederhana di Malaysia untuk bekerjasama dalam meningkatkan usaha pengkomersialan teknologi 5G di negara ini. Mereka sedang menyasarkan syarikat yang berkemampuan untuk bersama mengembangkan perniagaan.
Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G
Sumber dari industri menyatakan, antara  syarikat yang mungkin menjadi pilihan mereka adalah Green Packet Bhd dan XOX Bhd. Dimana XOX Bhd merupakan syarikat telco termurah yang berada di Bursa Saham Malaysia dan salah satu syarikat telco yang sedang sedang pesat berkembang di Malaysia. XOX yang mempunyai kira-kira RM35 juta tunai yang kini menawarkan pelan data 4G paling kopetitif dan inovatif telah merangka untuk menumpukan kepada infrastuktur 5G di rantau ini
Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G
Teknologi 5G yang terkini menjanjikan pengalaman telekomunikasi berkelajuan tinggi untuk muat turun dengan lebih cepat dan rangkaian yang berkemampuan tinggi. Ini membuka peluang untuk untuk memberikan perkhidmatan baru, operasi rangkaian dan juga meningkatkan pengalaman pengguna. Dengan teknologi 5G, syarikat telco mampu meningkatkan kelajuan muat turun dan kapasiti data bulanan dalam pakej tahap had kepada pengguna. Selain itu ia mampu menghasilkan peluang kepada vendor rangkaian, infrastruktur dan peralatan.

Dalam tiga bulan yang lalu, XOX telah bekerjasama dengan Advance Tech Communication Sdn Bhd (ATC) untuk melancarakan telefon pintar 4G dan 5G dengan keupayaan komunikasi satelit tambahan dipanggil XPLORE. Dimana XOX menjadi sayrikat telco pertama yang memasarkan dan mengedarkan produk tersebut kepada penggunanya ke seluruh Asia Tenggara.Telefon pintar tersebut dilengkapi dengan sambungan satelit dan radio mudah alih digital, akan dilancarkan oleh ATC kepada pengguna XOX.

Pengarah eksekutif XOX Steve Tan, syarikat menyediakan rancangan untuk rangkaian terpadu dengan mengintegrasikan rancangan prabayar dan pesanan dengan perkhidmatan kecemasan satelit ATC yang luas.

"XOX cukup kuat dan berpengaruh sebagai sebuah syarikat. Ia menerapkan strategi pemasaran yang tepat serta idea dan produk inovasi untuk melalui Pandemik Covid-19 ketika ini dan mendorong syarikat ke maju ke hadapan. Faktor kejayaan untuk XOX dibina dengan memanfaatkan jenama , saluran pengedaran dengan pertumbuhan asas pelanggan yang kukuh. Saham XOX melonjak 11.11 peratus di tengah dagangan aktif pada hari Jumaat untuk ditutup 5 sen menjadikannya permodalan pasaran sebanyak RM54.62 juta. Kaunter itu meningkat satu sen dengan 154 juta saham diniagakan."kata sumber yang dekat dengan XOX. 
Syarikat Telco Gergasi dari China Mencari Syarikat Malaysia Yang Tersenarai Di Bursa Saham Untuk Pembangunan 5G
XOX juga menduduki tempat kelima dalam sektor telco dan merupakan syarikat MVNO nombor satu di Malaysia dengan pangkalan pelanggan semasa hampir mencecah tiga juta, termasuk pengguna telefon bimbit prabayar dan pascabayar. Bulan lalu. XOX menandatangani perjanjian dengan DGB Asia Bhd untuk bekerjasama dalam penggunaan sehingga 1,000 mesin layan diri dengan strategi XOX untuk memusatkan perhatian pada perniagaan yang berlainan untuk membangun aliran pendapatannya. Dan Penganalisis percaya saham syarikat telco akan naik kerana sektor ini mengaut keuntungan lumayan, di tengah Pandemik Covid-19.

Penilaian syarikat telekomunikasi di Malaysia akan bertambah menarik dan sektor ini dijangka berkembang pada kadar yang cepat dengan peralihan semasa yang berlaku di landskap digital seperti 5G, Internet of Things (IoT) dan kecerdasan buatan (AI).

Wednesday, May 13, 2020

6 Resepi Istimewa dari Datuk Rizalman Yang Popular

Wednesday, May 13, 2020 10
6 Resepi Istimewa dari Datuk Rizalman Yang Popular |  Yes, siapa yang tak kenal dengan Datul Rizalman kan? Seorang pereka fesyen yang terkenal dan juga sangat petah berceloteh loghat utaranya. Memang tak kering gusi bila mendengar beliau berceloteh dan membebel.


6 Resepi Istimewa dari Datuk Rizalman Yang Popular
Beliau telah mendapat perhatian ramai setelah menjadi pereka fesyen kepada Yang Dipertuan Permaisuri Agung Tuanku Azizah Aminah. Selain itu, beliau juga mereka cipta handbag yang menjadi kegilaan wanita-wanita. Kalau tengok sampai ada yang sanggup order banyak dan berkongsi dengan kawan-kawan. Fuhhh!! memang power la Datul Rizalman.

Sekali lagi, beliau mengemparkan dunia fesyen negara dengan menyatakan persaraan dalam dunia rekaan untuk fokus kepada diri sendiri dan beribadat. Memang berita yang tak disangka tetapi itu adalah pilihan beliau dan kita kena hormati. Selepas itu beliau makin aktif didunia instagram dengan menenjukkan bakat masakan yang ramai mungkin tidak tahu.

Kalau tengok resepinya memang buat terliur, even Liez pun seronok tengok di memasak sambil mengomel.So kalau korang nak cuba boleh tengok resepi-resepi yang Liez sertakan ini.

6 Resepi Istimewa dari Datuk Rizalman Yang Popular


Daging Ketumbar

Bahan-Bahan
1 kilo daging (dihiris nipis)
3 biji bawang Holland (hiris kasar)
5 sudu besar Biji Ketumbar
3 sudu kicap
Garam
Gula
Serbuk perisa

Cara penyediaan:
1. Gaul daging dengan biji ketumbar, gula, garam, serbuk perisa dan kicap.
2. Panaskan minyak yang banyak dan masukkan daging dan masak hingga daging kering dan masak.
3. Masukkan bawang besar dan goreng hingga garing. Tapis minyak sebelum dihidangkan.



Ayam Masak Cili Hidup

Bahan dikisar:
10 biji cili merah (buang biji)
1 biji bawang besar 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong 12)
3 sudu minyak sapi
3 sudu besar tomato sup Heinz
2 sudu sos tomato
2 sudu besar cili kisar
Rempah 3 sekawan
2 batang serai (diketuk)
4 Tangkai daun pudina
1 biji buah keras (hancur)
2 biji buah tomato (dipotong wedges)
Garam

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan rempah 3 sekawan, serai dan daun pudina. Biarkan naik bau dan masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng seketika. Masukkan asam keping, buah keras, sup tomato Heinz dan sos tomato. Kacau lagi hingga garing.
3. Masukkan ayam dan biarkan ia masak. Kemudian masukkan tomato, santan dan susu cair. Biarkan kuah pekat dan taburkan daun pudina.



Daging Keling

Bahan-Bahan
1 kg daging batang pinang (potong kecil)
2 paket rempah kari daging
10 biji ulas bawang merah (dikisar)
2 batang kulit kayu manis
3 biji bawang besar (dipotong besar)
4 sudu besar minyak sapi Q.B.B
3 senduk kecil Cili kisar
4 tangkai daun kari
4 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap masin
4 sudu besar cuka
Garam

Cara penyediaan:
1. Masukkan daging, rempah kari dan bawang kisar dalam periuk. Masuk sekali cili kisar, kicap manis, kicap masin dengan cuka. Hidupkan api dan biarkan semua mendidih sehingga daging empuk. Pastikan digaul untuk elak hangit.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak. Masukkan daun kari dan kulit kayu manis, goreng hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris hingga garing.
3. Akhir sekali masukkan daging yang dimasak tadi dan biarkan seketika. Perasakan dengan garam dan boleh dihidangkan.




Sotong kunyit

Bahan-Bahan ditumbuk
8 ulas bawang merah
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Jintan putih
1 inci kunyit hidup

Bahan-Bahan
1 kilo sotong (dikerat 3)
1 biji Bawang besar (dihiris kasar)
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji cili hijau (belah dua)
3 biji kentang (dihiris bulat)

Cara penyediaan:
1. Gaulkan sotong, serbuk kunyit dan bahan yang ditumbuk tadi.
2. Panaskan minyak. Tumiskan Kulit kayu manis dan bunya lawang. Masukkan sotong yang digaul tadi. Biarkan sotong dimasak selama 5 minit.
3. Masukkan kentang, bawang besar dan cili hijau. Perasakan dengan garam. Biarkan ia masak dan boleh dihidangkan.


Macaroni Goreng

Bahan-Bahan
1 pek Macaroni (direbus dan tos)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 sudu cili kisar
5 susu besar sos tamato Heinz
3 sudu sos tomato
200g daging kisar
200g daging (direbus)
200 g udang (direbus)
Air rebusan daging
Pamesan cheese
garam

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah kisar dan dading kisar. Masak hingga daging masak kemudian masukkan cili kisar. Taburkan garam dan biarkan masak seketika.
2. Masukkan sos tomato Heinz dan sos tomato. Kemudian masukkan daging dan udang tadi. Biarkan ia kering. Baru dimasukkan air rebusan daging.
3. Biarkan kuah mendidih dan masukkan makaroni dan gaul hingga kering. Akhir sekali taburkan sedikit pamesan cheese.


Ikan Cencaru Rendang Asam

Bahan-Bahan
3 ekor ikan cencaru (dibuang kulit)
4 ulas Bawang merah (dihiris)
1 inci Halia (dihiris)
Cili merah
Air Asam jawa

Cara penyediaan:
1. Goreng ikan cencaru hingga garing.
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis Bawang dan halia dan cili. Kemudian masukkan air asam jawa.
3. Tambahkan air asam jawa hendak berkuah. Biarkan reneh dan masukkan ikan goreng tadi dengan bawang besar dan cili merah. Perasakan dan boleh dihidangkan.


Resepi diambil dari Instagram Datuk Rizalman > https://www.instagram.com/rizalman71/



Tuesday, May 12, 2020

Resepi Kambing Masala Oleh Chef Wan

Tuesday, May 12, 2020 2
Resepi Kambing Masala Oleh Chef Wan | Salam Ramadhan semua. Pejam celik pejam celik dah masuk hari ke 16 kita berpuasa ye. Dah tak lama lagi nak raya. Tapi harus diingat, kita masih la dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ye. 


Sejak PKP dari 18 March tempoh hari, peti ais Liez memang sentiasa penuh dengan barang basah terutama sekali dibahagian freezer. Encik suami asyik topup ikan, seafood, ayam daging agar tak putus bekalan makanan basah untuk Liez masak. Alhamdulillah, dapat selalu makan seafood macam sotong, udang dan ketam. Padahal sebelum ini memang jarang nak membeli semua tu. Boleh kira setahun mahu 3,4 kali je.

Baru-baru ini encik suami pesan daging kambing dan daging batang pinang dari sahabat yang membuat delivery ke kondo kami. Dibeli sekilo daging setiap satu. Masa beli tak fikir lagi nak masak apa tapi bila nak masak baru kelam kabut nak cari resepi. Tapi Liez tak risau sebab kitab resepi chef terkenal, Chef Wan memang sentiasa berikan idea yang best-best. Bila dan cari, akhirnya kami decide nak masak Kambing Masala.

Kambing Masala Resepi Chef Wan

Bahan-bahan:
1kg daging kambing
3 sudu minyak sapi
3 ulas bawang besar * cincang
4 ulas bawang putih  * cincang
1 inci halia  * cincang
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk buah pala
1 sudu besar garam masala
1 sudu besar serbuk jintan manis
3 sudu besar puri tomato
400g yogurt tanpa perasa
1 cawan air
Garam
2 tangkai daun ketumbar  * cincang
3 batang cili hijau  * cincang

Cara penyediaanhttps://www.youtube.com/watch?v=ag-Fbl6xDE4


Memang Liez boleh jamin resepi Kambing Masala dari Chef Wan ini memang sedap, tak boleh dinafikan. Memang tak rugi untuk korang mencubanya.


Friday, May 8, 2020

Jom Shopping Raya Sempena MyRaya PG MALL

Friday, May 08, 2020 23
Jom Shopping Raya Sempena MyRaya PG MALL | Salam Ramadhan guys!! Pejam celik dah masuk dua minggu kita berpuasa dibulan Ramadhan ini. Kini tiba waktunya untuk korang mula membeli belah untuk persiapan raya kan? Ditambah lagi kita masih lagi dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19 jadi jangan pening kepala nak keluar pergi ke mall untuk membeli keperluan raya ye.  Apa yang Liez nak share ialah korang boleh membeli belah untuk hari raya ini di satu platform atas talian yang sedang popular sekarang iaitu di PG Mall.
Jom Shopping Raya Sempena MyRaya PG MALL 
Jom Shopping Raya Sempena MyRaya PG MALL

PG Mall adalah satu platform E-commerce No.1 Malaysia yang mula bertapak pada tahun 2017 dan merupakan satu-satunya platform E-commerce Malaysia yang kian popular. PG Mall juga tersenarai sebagai salah satu dari 3 E-commerce yang kerap dilawati oleh iPriceinsight.  PG Mall menawarkan pelbagai keperluan dari perhiasan rumah, keperluan barangan dapur, pakaian bayi dan kanak-kanak, pakaian dewasa lelaki dan wanita dan banyak lagi. Kiranya korang boleh dapatkan semua barangan dari A ke Z semuanya di www.pgmall.my

Jom Shopping Raya Sempena MyRaya PG MALL 
Sempena Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi, korang boleh dapatkan semua barangan keperluan hari raya di PG Mall dengan pelbagai tawaran menarik dan hebat khas untuk korang. Korang tidak boleh lepaskan peluang ini kerana PG Mall menawarkan pelbagai tawaran menarik untuk korang rebut.

Untuk pelanggan baru PG Mall, korang berpeluang untuk mendapat potongan harga RM15 keatas pembelian minimum sebanyak RM40 yang serius berbaloi dan menguntungkan. Atau potongan 15% untuk pembelian sebanyak RM250. Voucher penembusan boleh dimuat turun dia website PG Mall tertakluk kepada first come first serve basis. Ia juga tertakluk kepada terma dan syarat.

Jom Shopping Raya Sempena MyRaya PG MALL 
Selain itu, PG Mall juga telah berkerjsama dengan rakan perniagaan yang juga menawarkan beberapa tawaran istimewa khas buat pelanggan PG Mall. Salah satunya ialah dari Maybank yang menawarkan kepada pengguna Maybank QRPay dimana potongan harga 20% sehingga RM20 dengan pembelian minimum RM30 untuk sekali pengguna pada bulan Mei dan Jun bermula pada 4 Mei hingga 26 June 2020.

Jom Shopping Raya Sempena MyRaya PG MALL 
Bagi pengguna Touch ’n Go ewallet pula, pulangan tunai e-voucher sehingga RM40 setiap bulan ditawarkan. Ini tertakluk ke pada 1 pulangan tunai setiap minggu keatas pembelian minimum RM10. Promosi ini berlangsung sehingga 28 Jun 2020. 


Jom Shopping Raya Sempena MyRaya PG MALL 
Istimewa untuk pengguna Celcom, potongan sebanyak 20% atau sehingga RM20 untuk seorang pengguna diberikan kepada 500 transaksi yang pertama setiap bulan sehingga bulan 32 Julai 2020.
Jom Shopping Raya Sempena MyRaya PG MALL 
Untuk pengguna Air Asia Big Loyalty pula, korang juga mendapat keistimewaan dimana 2x BIG points ditawarkan bila korang membeli-belah di PGMall dan BIG points juga boleh dibelanjakan ketika membeli-belah di PG Mall. Promosi ini sah sehingga 31 Mei 2020.

Jangan lepaskan peluang berjimat sempena hari raya ini dengan membeli-belah di PG Mall sekarang dan nikmati keistimewaan selagi promosi berlangsung. Untuk mendapat lebih maklumat dan info, boleh layari www.pgmall.my

#PGMall #onlineshopping #shopping #ecommerceplatform #Raya #RayaCampaign #PGMallSeller #PGMallMerchant 


Monday, May 4, 2020

11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak

Monday, May 04, 2020 9
Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak | Sejak lockdown 18 March hari tu, masing-masing dah mula penat dan stress. Penat dan stress sebabnya terperap dalam rumah je. Kerja rumah masih dibuat seprti biasa tetapi rasa makin banyak sebabnya anak-anak ada dirumah. Rumah sentiasa bersepah dengan permainan dan makanan yang bertabur dilantai. Belum lagi kena memasak dan pastikan anak-anak dan suami tidak lapar di kala berada dirumah.
11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak
Yang anak-anak pula asyik mengadu bosan duduk dirumah, tengok TV, buat ulangkaji dan bermain. Ye la kan, tak keluarga rumah dah dua minggu memang mula la diaorang buat hal. Bergaduh la berlari la menjerit la. Mama pula stress mendengarnya.
Membantu di rumah menimbulkan rasa percaya diri: apabila ibu bapa menegaskan bahawa anak-anak melakukan tugas mereka, membiarkan mereka tahu bahawa mereka tidak hanya disayangi tetapi mereka diperlukan. -Wendy Mogel, Ph.D.

Tapi inilah masanya untuk kaum ibu untuk mengajar anak-anak dari usia 3 - 7 tahun mengurus dan menjaga kebersihan rumah yang bersesuaian dengan usia mereka. Sebenarnya banyak yang boleh mereka lakukan tetapi pastikan orang dewasa perhatikan.

Kelebihan Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak

  • Mengajar anak tentang nilai tanggungjawab dalam diri
  • Penting bagi mereka untuk belajar bagaimana melakukan kerja-kerja untuk beri mereka rasa kepunyaan dan masyarakat.
  • Memberikan mereka rasa bahawa mereka adalah penting dan masyarakat memerlukannya untuk membantu ia berfungsi.
  • Anak-anak harus belajar melakukan tugas adalah kerana ia membantu mereka memahami bahawa rumah itu tidak membersihkan sendiri

11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak

1. Vacum atau Menyapu Lantai

Ada sesetengah anak-anak takut dengan bunyi hampagas atau vacum tu. Sama macam Qaseh dan Niyaz masa umur 2-3 tahun siap menangis bila Liez pasang vacum. Tapi lama-lama mereka jadi excited bila tengok kotoran yang disedut masuk dalam vacum. Terus mereka suka dan nak cuba buat. Lagipun kerja va chum ni mudah dan selamat untuk mereka.

2. Membersihkan habuk

Ni memang Liez akan suruh mereka buat sebab kerja paling senang. Berikan mereka kain lembap atau penyapu bulu ayam untuk membuang segala habuk terutama di atas kabinet tv, celah-celah kabinet dan sebagainya. Boleh cuba ajar mereka sapu atau lap habuk-habuk di bingkai gambar ke. Mudahkan??

3. Susun atur meja makan

Pada usia begini, mereka memang excited nak membantu mengankat lauk pauk, pinggan dan sebagainya. Tapi perlu berhati-hati kerana ada pingan atau perkakasan dari kaca. Jadi boleh minta mereka mengangkat dan menyusun pelapik pinggan, sudu dan garfu, cawan dan ajar mereka susun mengikut susunan yang betul.

4. Membersihkan meja

Ni Qaseh memang suka nak buat tapi kadang-kadang marah dia juga sebab dia akan sapu semua nasi ke lantai. Aishhh pening juga nak kena menyapu lantai pulak kan. Tapi ini memang mudah untuk mereka lakukan. Berikan mereka kain dan peyembur pewangi dan perhatikan mereka membersihkanya.

5. Mencuci Pinggan Mangkuk

Yang ini perlu diperhatikan kerana banyak peralatan kaca. Jadi ibu tolong tengokkan dan pastikan mereka tahu bagaimana untuk membersihkan dari minyak dan susun semula semuanya ditempat sepatutnya.

6. Mengemas dan membersihkan bilik

Boleh diajar seawal usia 5 tahun sebenarnya. Ajarkan mereka untuk membetulkan cadar dan bantal, menyusun buku-buku di rak, menyusun permainan di tempat yang ditetapkan. Mungkin untuk lebih memberi mereka semangat untuk mengemas bilik sendiri, korang boleh cuba mengubah suai bilik mengikut kehendak anak. Pasti mereka semangat nak pastikan bilik mereka sentiasa kemas dan bersih.

7. Mengasingkan dan mencuci pakaian

11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak
Mereka boleh diajar untuk mengasingkan pakaian bewarna dan pakaian putih untuk dicuci berasingan. Kerja mudah kerna mereka sudah mengenal warna dan kerja yang mudah untuk mereka masukkan pakaian ke dalam mesin basuh.

8. Melipat pakaian

Liez baru mengajar Qaseh melipat pakaian sendiri dan pakaian Niyaz. Boleh diharap untuk melipat dan menyimpan pakaian didalam almari sekarang. Cuba perlu di ingatkan cara lipatan yang betul dan kemas.

9. Memasak

11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak
Ini perlukan pemerhatian ye. Bukan apa, sebab bila didapur banyak menggunakan pisau dan juga penggunaan api. Jadi ibu-ibu tolong perhatikan anak-anak bila di dapur. Mungkin boleh diajar untuk menumbuk bawang dan membasuh beras. Selain itu boleh ajar diaorang buat cookies, tapi dalam penggunaan oven ibu kena tak over. bahaya sebab panas. Yang selebihnya, ibu kena pastikan anak-anak selamat ye.

10. Menyiram pokok

Paling mudah dan senang. Di rumah Liez ada la 5, 6 pokok di balkoni so Liez boleh harapkan mereka siram. Tapi ada masa diaorang main juga sampai basah balkoni tu.

11. Memberi makanan kepada haiwan peliharaan

Yang ni mesti anak-anak suka. Mungkin ada bela kucing, arnab, hamster boleh la beri anak-anak peluang untuk memberi makanan. Boleh ajar mereka memberikan makanan dan air dengan jumlah yang betul.

Agak menarik kan 11 Aktiviti Urus Rumah Yang Sesuai Untuk Anak-Anak kan? Bukan sahaja mengurangkan masa terluang tetapi juga memberikan mereka peluang untuk sam-sama membantu kita dirumah dan membolehkan mereka biasa dengan kerja-kerja tersebut bila sudah besar nanti. Boleh diharap kalau tiba-tiba mama demam ke, tak sihat ke. So parents boleh ajar anak-anak kesemua aktiviti diatas.

Friday, May 1, 2020

Covid-19 : Bolehkah Menderma Darah Ketika Covid-19?

Friday, May 01, 2020 4
Covid-19 : Bolehkah Menderma Darah Ketika Covid-19? | Petang jumaat yang lepas Liez menerima panggilan dan panggilan tersebut dari Pusat Darah Negara. Itu merupakan panggilan yang dibuat untuk meminta penderma untuk menderma darah yang semakin berkurang sejak Covid-19 melanda negara kita. Nurse tersebut meminta Liez menyampaikan kepada kawan-kawan, sahabat handal dan keluarga untuk datang ke Pusat Darah Negara untuk menderma darah kerana simpanan darah makin berkurangan. Dan simpanan darah yang banyak diperlukan ketika ini.
Covid-19 : Bolehkah Menderma Darah Ketika Covid-19?
Fakta Tentang Menderma Darah Ketika Pandemik Covid -19.
1. Adakah ia selamat untuk menderma darah ketika Covid-19 merebak?
- Ianya selamat. Kajian mendapati tiada transmisi boleh berlaku melalui pendermaa darah atau penerimaan darah.
- langkah pencegahan diambil berat dengan menyaring setiap penderma darah sebelum masuk ke Pusat Darah Negara dan ia bebas dari Covid-19.
- Pusat Darah Negara dan pusat kutipan darah statik bukan tempat rawatan pesakit dan ia selamat untuk dikunjungi oleh penderma.

2. Apakah kriteria khas yang perlu penderma tahu berkaitan Covid-19?
- Tangguhkan pendermaan darah buat sementara waktu bagi:
a. Penderma yang disahkan mengalami jangkitan Covid-19 : TIDAK DIBENARKAN menderma sehingga 28 selepas sembuh sepenuhnya.
b. penderma tidak mempunyai gejala tetapi mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 : TIDAK DIBENARKAN menderma sehingga 28 dari tarikh kontak
c. penderma tidak bergejala tapi mempunyai sejarah ke China, Korea, Japan, Itali dan Iran :TIDAK DIBENARKAN menderma sehingga 28 hari selepas tiba dari negara terlibat

Apa yang korang perlu sediakan untuk keluar Ke Pusat Darah Negara ketika Perintah Kawalan Pergerakan?

Mungkin antara punca ramai yang tidak dapat menderma darah adalah kerana kita masih didalam Perintah Kawalan Pergeraka (PKP) yang menghadkan pergerakkan kita. Selain itu, ramai yang risau jika mereka tidak dibenarkan untuk menderma darah dan ditahan ketika melalui sekatan jalan raya. 

Korang jangan risau, apa yang korang perlukan adalah membawa buku merah/Kad pendermaan darah ATAU mengisi borang menderma darah secara online ATAU mendapatkan slip temujanji untuk menderma darah. 




Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga menggalakkan orang ramai yang ingin menderma supaya menghubungi talian hotline Kementerian Kesihatan (KKM) bagi berbuat demikian.
Beliau akui bekalan darah mengalami kekurangan namun pihaknya sudah mengawal penggunaannya khususnya untuk rawatan lain di hospital bagi mengelak penyusutan bekalan secara mendadak.
“Sekarang ini dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Semua orang dihadkan keluar. Jadi mereka yang ingin menderma boleh hubungi kita dan petugas kesihatan akan datang ke rumah untuk ambil bekalan darah,” katanya pada sidang media hari ini.
Beliau berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti 3,000 jururawat yang sudah bersara untuk kembali dipanggil bertugas bagi menampung kekurangan petugas kesihatan ketika ini.

Jom kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab untuk mengumpul bekalan darah negara dan memastikan bekalan cukup bila diperlukan. Ini juga boleh dikatakan salah satu jihad kita untuk membantu mereka yang memerlukan. Mungkin kita tidak mampu membantu dari segi kewangan tapi boleh membantu dengan menderma darah.

Ayuh Rakyat Malaysia !!!!