Resepi Mee Kari Dato Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman
Resepi Mee Kari Dato Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman | kalau bulan ramadhan, memang mudah terpengaruh ye Liez ni. Tengok resepi orang up di FB ke IG ke mesti nak je cuba. Lagi-lagi resepi Dato Rizalman yang ditayangkan dalam rancangan masakan sempena ramadhan ini, Pung Pang Rizalman di Astro Ria. Dah 7 resepi yang disiarkan dan antara yang menarik selera Liez ialah Mee Kari.
![]() |
Resepi Mee Kari Dato Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman |
Istimewa mee kari Rizalman ialah ia ada sambal kerang. Ye... sambal kerang. Memang tak pernah jumpa pun orang jual mee kari ada sambal kerang ni. Itu yang Liez nak cuba dan kebetulan encik suami dan emak teringin makanan yang sama. Jadinya, hari sabtu yang lepas Liez dan encik suami ke Pasar Keramat dan dapatkan bahan-bahan untuk masak mee kari Rizalman. Sampaikan, akak jual sayur tu pun dah boleh agak apa yang Liez nak masak hihihi..