Saturday, August 27, 2022

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Saturday, August 27, 2022 0

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan | Giant Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia menyasarkan untuk menyediakan 500,000 sumbangan makanan dengan kerjasama The Lost Food Project (TLFP) menjelang akhir tahun depan. Ini dijangka akan tercapai dengan pelancaran Kempen "Have You Eaten?" atau ‘Sudah Makan?’, di mana peratusan daripada semua produk beras jenama Meadows yang dibeli, akan disalurkan untuk membeli beras bagi golongan yang memerlukan. Bersama-sama dengan kempen ini, Giant Malaysia juga memberi sumbangan sebuah lori penghantaran Giant, kepada The Lost Food Project (TLFP), sebagai sebahagian daripada kerjasama berterusan mereka. 

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Pelancaran itu disaksikan oleh Encik Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di Pasaraya Giant Setapak.

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Kempen yang dinamakan "Have You Eaten?", sebuah frasa yang sering digunakan di Asia bagi menggambarkan kebimbangan dan keprihatinan, adalah salah satu usaha tanggungjawab sosial korporat GCH Retail untuk mengurangkan bebanan rakyat yang memerlukan dan meningkatkan sumbangan kepada sekuriti makanan di Malaysia.

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) berkata: 

Giant sedang berusaha untuk memberikan nilai dan kualiti terbaik untuk membantu pelanggan kami meningkatkan nilai mata wang mereka pada masa yang mencabar ini. Kami sedar bahawa semakin ramai dalam komuniti setempat yang mungkin tidak mampu untuk mendapatkan makanan walaupun sehari sekali, apatah lagi tiga kali sehari bagi menampung kehidupan seharian mereka.

Oleh itu, selari dengan misi kami untuk menyediakan pelanggan apa yang mereka perlukan, kami juga perlu berusaha untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan, lebih-lebih lagi pada masa yang mencabar ini.


Sudah Makan?’

Kempen ‘Sudah Makan?’ bertujuan untuk bekerjasama dengan pelanggan Giant, di mana bagi setiap 1 kg beras Meadows yang dijual, 10 sen akan disumbangkan kepada pembelian beras Meadows, pada harga kos. Sumbangan beras Meadows ini dianggarkan akan dapat memenuhi sebahagian besar daripada sasaran 500,000 hidangan makanan kepada penerima bantuan, di mana ia merupakan matlamat Giant dengan kerjasama TLFP. 

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Kempen “Sudah Makan?” ini akan menyaksikan Giant turut bertumpu dan berusaha lebih gigih menderma makanan, terutamanya beras, bagi memenuhi permintaan yang paling banyak ketika pemberian sumbangan, kerana ia merupakan makanan ruji yang penting.

Komitmen ini meliputi seluruh produk beras Meadows yang boleh dibeli di Giant, serta semua pasaraya di bawah GCH Retail yang turut menyokong pengembangan Program sumbangan makanan Giant, dengan kerjasama TLFP. 

Giant Food Rescue x TLFP
Giant telah mula merintis dan bekerjasama dalam program Selamatkan Makanan dengan TLFP pada 2018, dengan hanya 12 cawangan yang mengambil bahagian. Kini dengan Kerjasama yang lebih kukuh bersama TLFP, Giant bakal menambah bilangan pasaraya yang mengambil bahagian kepada 12 buah pasaraya Giant yang akan turut memberi sumbangan bagi kategori makanan Segar & Kering.

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Encik Lee Yik Hun, Pengarah Pemasaran, SEA (Makanan) 

Penambahan ini adalah perlu kerana kini terdapat lebih banyak keluarga yang memerlukan bantuan, terutamanya pasca pandemik, di mana ianya telah menjejaskan lebih ramai orang dalam komuniti di sekeliling kami.

Matlamat kami adalah untuk sentiasa menambahbaik serta mengembangkan program ini ke seluruh negara, walau bagaimanapun dua tahun kebelakangan ini sememangnya mencabar. Kami amat bersyukur kerana kini kami dapat meneruskan niat murni kami untuk mengembangkannya ke seluruh negara, dengan tujuan untuk memberikan bantuan kepada masyarakat di kawasan lain yang mempunyai operasi pasaraya Giant.


Sumbangan Makanan Giant x TLFP
Pada pelancaran hari ini, Giant juga telah mengumumkan kerjasama baharunya dengan TLFP melalui pemberian lori penghantaran Giant, bersama dengan 4,000 kg makanan keperluan atau anggaran bersamaan dengan 11,430 hidangan makanan, kepada 200 buah keluarga yang terdiri daripada PPR Seri Semarak dan PPR Sg Bonus.

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Majlis serba ringkas tetapi penuh bermakna itu turut disaksikan oleh En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Diantara barangan makanan yang sempat disumbangkan oleh Giant, terdiri daripada barangan keperluan seharian seperti Beras Meadows, Minyak Masak, Tepung, Gula, Kit Ujian Kendiri C-19 dan beberapa barangan runcit. Baucar tambahan bernilai RM100 turut disumbangkan kepada setiap keluarga, bagi membolehkan mereka membeli apa yang mereka perlukan. 


Program kolaborasi seumpama ini amat baik bagi membantu masyarakat yang mengalami krisis kekurangan makanan. Jalinan kerjasama antara Giant bersama The Lost Food Project sewajarnya dijadikan contoh oleh syarikat-syarikat korporat yang lain bagi membantu golongan yang daif dan memerlukan supaya tiada siapa yang terpinggir selari dengan janji utama dan transformatif bagi Agenda 2030 untuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)


En. Quek Kia Ann, Pengarah Bahagian Komuniti, Jabatan Kebajikan Masyarakat, ketika menyaksikan penyerahan lori penghantaran Giant kepada TLFP serta majlis penyerahan sumbangan makanan kepada wakil keluarga jemputan yang turut hadir.

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Sememangnya perubahan iklim merupakan salah satu cabaran terbesar pada generasi kini. Kesan buruknya semakin ketara daripada gelombang haba Eropah kepada banjir dan musim kemarau yang berulang di Malaysia. Kesannya terhadap tanaman, perikanan dan ternakan hanya dapat dibayangkan, yang mana ia mungkin dengan secara tidak langsung, boleh mengakibatkan peningkatan kelaparan.

Gas rumah hijau (GHG) daripada industri makanan sahaja, menyumbang 34% daripada jumlah pelepasan yang telah mengakibatkan krisis iklim hari ini.


Tuan Haji Abdul Wahap Long, wakil dari The Lost Food Project.
Kami merasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan Giant bagi memberikan sebahagian daripada penyelesaian bagi pengurangan perubahan iklim. Tindakan untuk meminimumkan lebihan makanan di mana perlu dan mengelakkannya daripada berakhir di tapak pelupusan sampah, sebaliknya menjadikan ia sebagai pemberi harapan kepada keluarga yang kurang berkemampuan, dengan membantu memenuhi meja makan mereka dengan makanan

Dermaan makanan sahaja adalah tidak memadai, kerana terdapat juga keperluan untuk mengagihkannya dengan cepat, terutamanya barangan segar. Oleh itu, Giant mengambil satu lagi langkah untuk membantu menyelesaikan perkara ini dengan menderma sebuah lori penghantaran Giant. Lori ini bertujuan untuk mengumpul dan mengagih lebihan makanan, di kawasan sekitar pasaraya Giant di Lembah Klang. Lori ini dihiasi dengan penjenamaan kempen dengan terang.

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

GIANT MALAYSIA Melancarkan Program CSR “Sudah Makan?” Bagi Memebantu Rakyat Malaysia Yang Memerlukan

Sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menimbulkan kesedaran tentang inisiatif ini, Giant juga telah mengubah penampilan semua kenderaan penghantarannya untuk memaparkan mesej kempen tersebut, sebagai jemputan dan galakkan kepada pelanggannya untuk turut serta dalam membantu memberi makanan kepada mereka yang kelaparan.

Kami ingin menggalakkan pelanggan kami dan orang ramai untuk menyertai kami dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan, serta menangani masalah kelaparan di Malaysia. Walaupun dengan hanya membeli sekilo beras, anda sudah boleh membuat satu perubahan. Lagipun, kami benar-benar percaya bahawa “It’s The Little Things That Will Make a Giant Difference!


MENGENAI GCH RETAIL (MALAYSIA) SDN BHD

GCH Retail (Malaysia) Sdn. Bhd. (GCH Retail) merupakan anak syarikat kepada DFI Retail Group, iaitu pengendali rangkaian pasar raya besar dan pasar raya Giant; TMC, Cold Storage, Mercato dan Giant Mini. Mengikuti trend pasaran terkini, GCH Retail akan terus memberikan pengalaman runcit moden dan memanfaatkan pelanggan Malaysia melalui pelbagai produk dan hasil, termasuk pilihan nilai berkualiti serta tawaran premium dan eksklusif.



Tuesday, August 23, 2022

Bintang Di Sebalik Single Hit Every Summertime, NIKI Mengeluarkan Album Baru, Nicole

Tuesday, August 23, 2022 0
Bintang di sebalik single hit Every Summertime, NIKI mengeluarkan album baru, Nicole | NIKI bintang di sebalik “Every Summertime” dari soundtrack filem Marvel Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings yang sedang viral di TikTok, mengeluarkanalbum terbarunya Nicole yang boleh didengarkan melalui 88rising.

 Bintang Di Sebalik Single Hit Every Summertime, NIKI Mengeluarkan Album Baru, Nicole

Nicole memperlihatkan bagaimana NIKI mengimbas kembali asal usul menulis lagunya dalam
sebuah persimpangan usia yang mempertemukan NIKI masa kini dengan diri remajanya. Album ini menampilkan lagu-lagu yang diarkibkan dari masa lalu NIKI yang telah diciptakan semula untuk album ini, di samping beberapa lagu baru yang menggunakan kelebihan berceritanya untuk meneroka tema cinta, kesedihan, dan setiap emosi di antaranya.

Semasa keluaran Nicole, NIKI berkongsi bahawa video YouTube yang diarkibkan semasa di
sekolah menengah membuatnya sedar bahawa lagu-lagu tersebut merupakan dimana jiwanya berada. Kebanyakan lagu telah diciptakan di garaj dan ruang tamu para kolaborator, dan keseluruhan proses menurut NIKI terasa begitu riang dan bertenaga seperti seorang kanak- kanak di taman permainan. Melalui album Nicole, NIKI belajar untuk percaya pada gerak hatinya dan mempunyai keyakinan pada dirinya sebagai penulis lagu dan penerbit muzik.

Ditulis sepenuhnya oleh NIKI, Nicole adalah hasil produksi bersama Jacob Ray (Alison
Wonderland, Evan Giia), Tim Anderson (Halsey, BANKS), Ethan Gruska (Phoebe Bridgers,
Remi Wolf), dan Jacob Reske (Vince Staples, Trippie Redd), bersama produksi tambahan
daripada NIKI.

Lagu terbaru NIKI "High School in Jakarta” telah mengumpulkan hampir 4 juta strim. Video
muzik lagu tersebut melepasi 3 juta tontonan sejak dikeluarkan pada Jumaat lalu, menjadi video terpantas NIKI yang pernah mencapai kejayaan ini. “High School in Jakarta" mengikuti single sebelumnya “Oceans & Engines,” sebuah balada yang menyayat hati tentang menyerah kepada perhubungan yang terputus. Dalam masa yang singkat sejak pengeluaran, lagu ini telah mengumpul lebih 13 juta strim dan 2 juta tontonan pada video muziknya. NIKI pertama kali mengumumkan Nicole dengan mengeluarkan single utama “Before,” sebuah rekod penuhnostalgia yang menerima pujian daripada NME, UPROXX, dan Teen Vogue bahawa rekod itu “menyerlahkan dengan sempurna kehebatan penulisan lagu NIKI.” Ketiga-tiga lagu muncul di album Nicole.

Awal musim panas ini, NIKI mengumumkan lawatan solo pertamanya di Amerika Utara “The
Nicole Tour,” yang hampir terjual habis dalam tempoh 3 jam pertama penjualan umum. Lawatan bermula di Vancouver, BC pada 8 September dengan perhentian di bandar-bandar utama termasuk New York City, Chicago, San Francisco.

 Bintang Di Sebalik Single Hit Every Summertime, NIKI Mengeluarkan Album Baru, Nicole

NIKI juga menjadi artis Indonesia pertama yang tampil membuat persembahan di Coachella,
bersama Rich Brian. Penampilannya di Coachella akan diikuti dengan sebuah persembahan di Head in the Clouds Festival 2022 dari 88rising akhir bulan ini di Brookside at the Rose Bowl. NIKI sebelum ini menjadi penampil utama di Head in the Clouds Festival 2021 pada November lalu dengan set memukau yang mendapat pujian daripada MTV, Flaunt, dan The AV Club yang memujinya sebagai “goddamn superstar.”

Sehingga kini, NIKI telah mengumpul lebih 1.8 billion strim merentas semua platform. Single hit- nya “Every Summertime” dari soundtrack filem Marvel Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings tular awal tahun ini, mencapai Spotify Today’s Top Hits dan kini mempunyai lebih 220 juta strim dan bertambah. Lagu tersebut, yang ditulis dan dihasilkan oleh NIKI dengan
kerjasama kolaborator lama Jacob Ray adalah lagu cinta yang turut menyuntik elemen bunyi
yang meriah dan mengimbas kembali R&B dan jiwa klasik. Strim lagu di SINI. Dengar/strim Nicole dan nantikan lebih banyak lagi daripada NIKI tidak lama lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati nikizefanya.com
________________________________________________________________________

TENTANG NIKI

Sejak debutnya dengan EP tahun 2018 Zephyr, NIKI telah mencipta jejak yang luar biasa dalam persada pop, mengumpul peminat global yang setia dengan lebih 1.8 billion strim setakat ini dan mencipta sejarah sebagai artis Indonesia pertama yang pernah membuat persembahan di Coachella. Namun, setelah melancarkan album pertamanya MOONCHILD penyanyi dan penulis lagu yang berpangkalan di Los Angeles itu berasa terdorong untuk mengkaji semula sepenuhnya proses artistiknya — suatu langkah yang mendapati dia meninjau kembali katalog besar lagu-lagu yang tidak ditapis dan bersandarkan indie-folk yang ditulisnya di bangku Sekolah Menengah. Ketika kembali kepada pendekatan aliran kesedaran terhadap penulisan lagu yang mendefinisikan bahan terawalnya, pemuzik berusia 23 tahun itu tidak lama kemudian menciptakan album keduanya, Nicole: sebuah karya yang ditulis sepenuhnya oleh NIKI, menonjolkan kehebatannya bercerita dan vokal ekspresif mesra dengan lebih sempurna berbanding sebelum ini. Separuh pertama album ini terdiri daripada lagu-lagu baru atau belum pernah didengar sementara separuh kedua menampilkan lagu kegemarannya daripada saluran YouTube yang digemari ramai, NIKI menghidupkan lagu-lagunya berdasarkan pengalaman hidup yang spesifik yang segera menghubungkan semula pendengar dengan kegesaan dan kesedihan cinta pertama mereka sendiri. Nicole kini boleh didapati melalui 88rising.


Untuk maklumat lanjut mengenai NIKI, sila hubungi:
Lynette Yong > lynette@blackstar.space






Akademi Renang SWIMRUSH Untuk Kanak-Kanak dan Wanita Muslimah Di Kuala Lumpur Dan Selangor

Tuesday, August 23, 2022 1

Akademi Renang SWIMRUSH Untuk Kanak-Kanak dan Wanita Muslimah Di Kuala Lumpur Dan Selangor | Sebelum negara kita dilanda Covid-19, Liez mencari aktiviti untuk anak-anak join yang boleh dibuat untuk mengisi masa, dijadikan sebagai hobi atau aktiviti yang boleh menaikkan semangat diaorang. Kebetulan ada seorang jiran yang merupakan swimming instructor di kondo tempat Liez menetap, terus Liez masukkan kakak untuk kelas berenang. Even mak mertua Liez galakkan dan sponsor kelas berenang anak-anak. Tapi tak lama selepas itu, cikgu yang mengajar berpindah.

Bila kerajaan umumkan tiada lagi PKP, mak mertua Liez dah bertanya jika ada kelas berenang yang berhampiran. Kebetulan Liez ke klinik bersebelah dengan Komplek Renang Sri Siantan dan ternampak banner Akademi Renang SWIMRUSH Untuk Kanak-Kanak dan Wanita Muslimah di Kuala Lumpur Dan Selangor

Sedang elok sangat lokasi kelas renang derhampiran dengan tempat tinggal Liez dan harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Akademi SWIMRUSH ada perkhidmatan guru renang wanita yang berpengalaman dan bertauliah. Confident la sikit kan kalau nak belajar renang nanti hehehe

Selain itu, SWIMRUSH akan lebih fokus kepada keselamatan dalam air dan water confident untuk memastikan semua yang terlibat dalam keadaan selamat dan faham ketika kelas dijalankan.

Korang yang takut dengan air, yang tidak tahu bagaimana hendak berenang, tidak yakin untuk berada dalam air yang dalam atau pada sesiapa yang nak menajamkan lagi skill renang pun boleh sertai kelas oleh SWIMRUSH ni. Senang cerita, korang boleh bawa seisi keluarga untuk join kelas renang bersama-sama.

SILIBUS KELAS RENANG SWIMRUSH ACADEMY

Korang bukan sahaja akan belajar asas renang tetapi beberapa silibus seperti:

🔹 Basic Swimming (Bubble & Floating)
🔹 Freestyle
🔹 Backstroke
🔹 Breastroke
🔹 Butterfly
🔹 Water Confidence & Water Safety.


JADUAL KELAS DAN HARGA KELAS RENANG SWIMRUSH ACADEMY

RM250 untuk 4 sesi  + RM20 untuk pendaftaran (awal kemasukan). Korang juga akan dapat PERCUMA swimming cap dan 1 replacement class




LOKASI KELAS RENANG SWIMRUSH ACADEMY

Terdapat 3 lokasi untuk kelas renang oleh SWIMRUSH iaitu:-
1. Komplek Renang Sri Siantan, Batu Caves
2. Komplek Renang UiTM Shah Alam
3. Jalan Turi, Bangsar

          Kompleks Renang UiTM Shah Alam      Kompleks Renang Sri Siantan, Batu Caves

BAGAIMANA NAK DAFTAR??
Hanya klik link www.wasap.my/60133654711/gladies




Monday, August 22, 2022

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

Monday, August 22, 2022 0
Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON | Assalamualaikum korang. Minggu lepas Liez dan encik suami ke Aeon One Utama. Dah lama jugak tak ke sana, kalau tidak sebulan sekali wajib jalan-jalan cuci mata dengan anak-anak. Plan Liez ke sana kerana nak usha koleksi pakaian dalaman keluaran Aeon iaitu innerCasual atau iC. Rasanya Liez ada share tentang AEON lancar koleksi pakaian athleisure di entry sebelum ini.

Koleksi iC adalah koleksi pakaian teknologi tekstil dari Jepun yang telah menarik hati pelanggannya sejak ia diperkenalkan pada Julai yang lalu. Ia bukan sahaja murah tetapi berkualiti dan sesuai untuk dipakai secara kasual atau ketika bersukan.

Yang lebih menarik, koleksi iC dihasilkan 100% dari kapas organik yang ditanam di ladang tanpa menggunakan bahan racun perosak atau bahan kimia yang boleh merosakkan fabrik dan juga merbahaya kepada manusia.

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

Pakaian iC mempunyai 5 koleksi yang sesuai dipakai dan digayakan pada bila-bila masa seperti:

ACTIVE WEAR (aktif)
• Pakaian mudah bergerak, ringan dan berfungsi untuk gaya hidup aktif
• Fungsi: ringan, menyerap peluh, cepat kering, antibakteria, anti bau, boleh diregangkan

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

PEACE FIT (berfungsi, gaya hidup)
• Teknologi kain sejuk, mengurangkan kadar UV, menyerap peluh, cepat kering, antibakteria

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

KATHARINE HAMNETT (fesyen mampan)
• Fesyen oleh pereka dan aktivis British yang ikonik


Kredit: FB Inner Casual by AEON Malaysia

Kredit: FB Inner Casual by AEON Malaysia

MIRAIBEAUTY 
• koleksi pakaian dalam yang cantik dan bergaya

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

ORGANIC COTTON
• koleksi pakaian dari 100% kapas organik yang bebas bahan merbahaya.

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

Liez sudah mendapat 2 inner shirt dan juga 1 seluar untuk encik suami. Serius suka kerana walaupun material nipis tetapi berkualiti dan sesuai dijadikan pakaian dalaman. Liez pakai untuk kegunaan seharian di rumah, memang selesa dan tak panas.

Harga pula, korang mesti tak percaya tau. Harga serendah RM19 untuk pakaian yang selesa dan berkualiti. Tak dapat di tempat lain ye.

Baru-baru ini di Aeon One Utama, mereka melancarkan koleksi Katharine Hamnett yang merupakan pereka fesyen terkenal yang komited terhadap aktiviti melindungi alam sekitar. Dengan slogan 'Saving The Planet', beliau menghasilkan koleksi pakaian menggunakan kapas yang mesra alam sekitar selain ianya selesa, lembut pada kulit, menyerap kelembapan dan mudah kering. Antara produknya adalah pakaian harian, T-shirt dan seluar boxer.

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON

iC AEON juga berkolaborasi dengan TRIBE BOXING STUDIO yang berlokasi di Tropicana Garden Mall dalam mempromosikan jenama iC dan juga memberi peluang kepada pembeli iC untuk mencuba sessi boxing dengan TRIBE BOXING STUDIO. 

Jenama Pakaian Santai Dan Kasual Teknologi Tekstil Dari Jepun InnerCasual (iC) By AEON 

Korang yang nak dapatkan koleksi iC boleh ke AEON Taman Maluri Shopping Centre, AEON Mid Valley, AEON Mall Bandar Utama, AEON Mall Wangsa Maju dan AEON Mall Tebrau City.

Tentang iC
iC ialah kedai konsep khusus pakaian AEON bagi pakaian dalam, pakaian aktif dan pakaian kasual. iC komited sepenuhnya membangunkan produk yang sesuai dengan gaya hidup harian pelanggan dengan keselesaan maksimum. Selain itu iC menawarkan produk mampu milik yang berkualiti tinggi, berfungsi, mampan dan sesuai untuk semua peringkat umur dan saiz badan. 5 jenama utama dalam koleksi iC ialah PEACE FIT, ACTIVE WEAR, KATTHARINE HAMNETT, MIRAI BEAUTY, COTTON ORGANIK memfokuskan untuk pakaian harian.

Untuk maklumat lanjut, sila layari:
Website: https://lifestyle.myaeon.com.my/special-campaign/innercasual
Facebook: Inner Casual By AEON Malaysia
Instagram: innercasual.my