Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya | Assalamualaikum korang. Lama betul Liez dan keluarga tak pergi bercuti tau. Biasalah encik suami dai bukan kaki berjalan dan tambahan lagi sekarang ni bila nak pergi berjalan ke mesti takut. Masih ada rasa tak selamat nak keluarga bawa anak-anak sejak dunia dilanda Covid-19.
Tapi akhirnya selepas kerajaan dah umumkan Malaysia sudah di fasa endemik, Liez dan encik suami plan nak bawa anak-anak pergi bercuti. Nak ke satu tempat ni, dah lama teringin dan berangan nak ke sana tapi bila fikirkan harganya terus tak jadi nak bawa diaorang. Alhamdulillah raya ke 4 baru ini kami akhirnya ke sana juga. Itu pun secara spontan plan dengan encik suami, kira beberapa hari lagi nak raya baru sibuk usha online untuk check harga bilik. Alhamdulillah ada rezeki anak-anak merasai pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya.
Sebelum bergerak ke Port Dickson, Liez dah usha dulu Waze untuk tengok keadaan lalulintas. Actually sebelum booking bilik pun dah mention dekat encik suami yang keadaan highway akan sesak sebab masih di bulan raya. Tapi kalau kita asyik cakap, tak nak lah kemana-mana sebab sesak, memang sampai ke sudahlah tak kemana-mana kan? Jadi kena redah jugak.![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
Selepas itu kami terus ke Lexis Hibiscus Port Dickson sebab anak-anak dah kecoh nak mandi pool. Anak-anak dah tak sabar sebab dah lama kan tak bercuti, lepak-lepak di hotel katanya. Setibanya di hotel, memang ramai sangat orang yang nak bercuti di sini. Lalulintas di dalam kawasan hotel pun dengan banyak kenderaan tetapi terkawal dengan bantuan staff Lexis Hibiscus yang dapat mengawalnya. Dan proses pengunjung yang hendak keluar dari kenderaan dan memunggah beg-beg jadi lancar kerana staf Lexis Hibiscus cekap membantu dan menguruskan.
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
SKY POOL VILLA, LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON
Selepas perbincangan, Liez nak belanjan encik suami dan anak-anak bercuti mengikut buget yang Liez mampu la kan. Selepas buat pengiraan, Liez membuat tempahan Sky Pool Villa untuk satu malam. Kalau korang nak tahu, Sky Pool Villa terletak di bangunan yang sama dengan tempat daftar masuk. Ia bukan berada di lokasi villa terapung tau. Kira ni villa budget yang korang boleh stay.Bagi kami yang berlima beranak ni memag sesuai sangat. Bila kaki jejak masuk ke villa, Ya Allah besar dan selesa untuk kami. Even boleh lagi seorang dua join bersama. Anak-anak jejak masuk je terus nak serbu ke pool. Liez seperti biasa, snap gambar villa dulu buat kenang-kenangan.
Bilik luas dengan 2 katil king. Ada dua bilik air , satu untuk mandi ada bathtub dan satu tandas sahaja. Dressing table pun besar dengan dua sink dan wardrobe lengkap. Kira lengkap semua in room amenities termasuk iron dan iron board, fridge, kettle, flat TV dengan channel. Pendek kata memang lengkap semua.
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
Akhirnya dapat Liez bawa Najla pijak pasir ye. Kesian Najla since dia dilahirkan di zaman covid ni, tak merasa nak lepak-lepak main diluar, pijak pasir atau mandi pantai semua tu. Jadinya kita bagi dia enjoy main pasir dengan kakak dan abang. Awal tu dia geli-geli tapi lama-lama naik seronok pula. Dapatlah kami lepak di pantai hampir sejam sebelum gerak balik ke restoran untuk makan malam. Encik suami dan reserve nama untuk makan malam di situ tetapi kami decide nak makan dekat villa je sebab rasa penat sangat.
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
![]() |
Pengalaman Menginap Di Lexis Hibiscus Port Dickson Sempena Cuti Raya |
Alhamdulillah dah selamat tunaikan impian anak-anak nak bercuti ke Lexis Hibiscus Port Dickson. Pengalaman bercuti di Lexis Hibiscus juga sangat berharga untuk kami sekeluarga. Liez dan encik suami dah rancang untuk kembali ke Lexis Hibiscus maybe untuk bercuti beberapa hari di sini.
10 Comments
Dahla cantik tempatnya mesti puas hati...
ReplyDeleteMy family and I stayed at Lexis Hibiscus last year. It was an awesome experience for us. Wish to stay there again someday.
ReplyDeleteNad pun teringin nak pergi sini. Masuk dalam wishlist. Kene kumpul duit juga ni nak pergi..huhu
ReplyDeleteBestnya kak dah sampai Lexis, teringin jugak nak bawak family bercuti kat sini.
ReplyDeleteWah. Rezeki dapat menginap kat sini kan. Rawlins pun suka enjoy sauna dan private pool kalau ke sini. Best kan.
ReplyDeleteSky Pool Villa ni best kan walaupun bukan the water bungalow type! Bilik luas and personal swimming pool.. rindunya nak staycation kat sini lagi.. :)
ReplyDeletelama x dtg sini.. seronok sebab pool dia... kena plan bw famili repeat bercuti di sini
ReplyDeleteWah seronoknya dah bercuti ke sini! Saya dah lama teringin nak bercuti ke sini tapi tak berkesempatan lagi :)
ReplyDeleteWow best kan, sekali sekala pergi staycation, i like to plan one too.
ReplyDeletebest yer holiday lexis hibiscus. dah lama juga teringin nak bawa anak-anak holiday ke sini. doakan kami murah rezeki boleh bawa anak-anak bercuti ke sini. InshaAllah...
ReplyDelete