Pasang Net Pada Grill Balkoni - Detik Cemas Monyet Cuba Menerkam | Detik cemas semalam petang bila ada seekor monyet memanjat dan berhenti di balkoni rumah kami. Kebetulan si kakak dan si adik tengah layan tengok tv, Liez di dalam bilik dan ayah Liez dekat dining table. Terkejut Liez dengan bunyi sliding door di tutup dengan kuat dan si kakak menjerit-jerit sebut monyet. Yang si adik ikut sama menjerit ketakutan.
![]() |
![]() |
![]() |
Masalah monyet ni dah lama sebab kondo kami dibina berhampiran dengan kawasan bukit. Setiap hari memang boleh nampak monyet-monyet panjat bumbung townhouse, masuk rumah. Even setiap hari boleh tengok sekumpulan monyet selongkar tong sampah besar dekat belakang kondo.Bukan tak pasang pera
ngkap, awalnya ada juga monyet yang diperangkap. tapi lama-lama dia pun cerdik, tiada monyet yang masuk perangkap. Ada juga orang dari jabatan perhilitan datang untuk pasang perangkap tapi temui jalan buntu.
Even ada petua kata letakkan patung harimau. hahahaha ada je jiran yang letak tapi hmmmm tak dia endahkan nya.. relax je monyet-monyet tu mengadap patung tu.
![]() |
Tapi disebabkan kejadian semalam, kami nekad pagi tadi untuk beli net dan pasang di grill balkoni. Demi keselamatan anak-anak dan juga pengudaraan rumah ni. Kalau tidak memang semua tingkat, sliding door ditutupnya. Plan nak pasang invisible grill tapi tunggu budget cukup ye. Insya-ALLAH ada rezeki memang nak pasang nanti.
Pagi tadi selepas breakfast dating dengan encik suami, kami ke kedai hardware untuk beli net. Alhamdulillah dah lega sebab dah pasang net dan anak-anak rasa selamat. walaupun yang si kakak masih takut-takut dan biarkan sliding door terbuka.
![]() |
4 Comments
Dekat rumah mak, monyet datang dengan geng ambil barang yang ada dekat porch kereta. Makanan kucing dalam plastik siap dengan bekas makanan habis diangkutnya..terpaksa pulak mak kasi makanan kucing kat dalam rumah
ReplyDeleteDiairg ni ambik mkn sikit je, selebihnya buat sepah, rosakkan.. jiran² dok bising kata habis makanan diaorg tabur satu rumah
Deletelepas ini monyet pulak senyum dari luar melihat orang kena kurung ...spesies monyet akan serang kawasan perumahan sebab mereka kelaparan..bahaya untuk kanak-kanak...cara terbaik hapuskan atau pindahkan monyet ke habitat semula jadi mereka dengan bantuan majlis PBT
ReplyDeletemonyet mmg boleh jadi agresif. bagus la Liez buat keputusan pasang net tu utk ketenteraman sekeluarga..
ReplyDelete