August 30, 2017

MERDEKA ! MERDEKA ! BLOGGER CONTEST BY LAZADA MALAYSIA

MERDEKA! MERDEKA! BLOGGER CONTEST
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke 60, website e-dagang popular LAZADA MALAYSIA sekali lagi menganjurkan contest yang dipanggil MERDEKA! MERDEKA! Blogger contest yang berlangsung dari 21 Ogos hingga 31 Ogos 2017. Ini adalah salah satu cara terbaik untuk LAZADA MALAYSIA mempromosikan kempen jualan mereka kepada rakyat Malaysia. Liez antara blogger yang tidak pernah melepaskan peluang ini. 

Mana tidaknya, hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Dan banyak barangan yang Liez suka bila membuka website mereka. Mana tahu ada rezeki Liez untuk memenangi salah satu dari hadiah yang ditawarkan. Boleh juga membantu suami serba sedikit membeli barangan keperluan since Liez berhenti kerja.

Kepada kaki shopping dan pembeli setia di LAZADA MALAYSIA, MERDEKA! MERDEKA! SALES kali ini menawarkan potongan harga sehingga 80%. Juga mempromosikan produk - produk buatan Malaysia dalam memberi sokongan sempena Hari Kemerdekaan ini dengan harga yang pasti korang tidak mahu lepaskan. Menarik kan?

Dan jangan ketinggalan untuk merebut peluang mendapatkan harga terbaik di LAZADA FLASH SALES. Pastikan korang melekat di depan komputer atau telefon bimbit korang pada setiap jam 10.00 pagi -11.59 pagi,12.00 tengahari - 13.59 petang, 2.00 petang - 3.59 petang, 4.00 petang - 5.59 petang dan 6.00 petang - 7.59 malam. Rugi kalau korang terlepas peluang ini.

Jom rebut peluang membeli di LAZADA FLASH SALES

Soalan Pertama:
Apa yang anda suka menjadi rakyat MALAYSIA?
Sebagai rakyat yang dilahirkan di bumi bertuah ini, Liez berasa sangat bertuah dan berbangga dengan pencapaian Malaysia dari segi ekonomi dan juga pembangunan yang dicapai. Dengan pembangunan ekonomi yang menjadikan kita negara maju dari negara-negara Asia yang lain. Kepelbagaian agama dan bangsa yang mewujudkan perpaduan dan integriti sesama rakyat Malaysia. Saling menjaga sensitiviti dan memahami sesama agama dan kaum untuk menjadikan negara Malaysia terkenal sebagai negara yang berbilang kaum dan etnik.

Soalan kedua:
Jenama tempatan yang Liez pilih
Pastinya Oldtown White Coffee. Kenapa? Liez adalah peminat kopi. OLDTOWN White Coffee adalah produk tempatan yang menawarkan pelbagai variasi kopi yang kebanyakkan memenuhi selera Liez dan keluarga. Rasanya yang sedap dan harganya berpatutan. Dan kopi juga adalah minuman yang popular dikalangan rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa sekali pun. Kopi juga menyatukan rakyat Malaysia. Buktinya,kita boleh melihat pelbagai kaum duduk di satu meja sambil menikmati secangkir kopi.

Soalan ketiga:
Pilih dua produk dari jenama tempatan yang dipilih

1. OLDTOWN COFFEE 3 in 1 Less Sugar 

2. OLDTOWN COFFEE 3 in 1 Hazelnut


Kedua campuran kopi ini memang menjadi pilihan Liez sekeluarga untuk di simpan dirumah. Kesedapan kopi putih dengan kandungan gula yang kurang sangat sesuai bagi orang yang ingin menjaga badan tetapi masih dapat menimati kopi yang sedap
Dan juga kopi campuran Hazelnut yang lain dari yang lain sangat memikat hati keluarga Liez. Tidak dinafikan Oldtown White Coffee menjadi produk pilihan tempatan yang popular dikalangan rakyat Malaysia dan akan terkenal setanding produk kopi luar negara. 

Jadi jangan lepaskan peluang membeli di LAZADA MALAYSIA dan jangan lupa hebahkan kepada sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga.

Sempena Hari Kemerdekaanyang bakal menjelma ini, marilah sama-sama membina negara Malaysia dengan satu hati, tidak mengira apa agama, budaya dan bangsa yang dianuti. Menjaga keharmonian dan kesejahteraan Malaysia demi anak-anak masa hadapan dan demi mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Image result for logo hari kemerdekaan ke 60 TRANSPARENT

WARISAN


                    Disini lahirnya sebuah cinta
                   Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan


Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini



Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki



Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang 
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini



Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


No comments:

Post a Comment

Followers

Google+ Followers