Thursday, April 29, 2021

10 Resepi Dato' Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman 2021


10 Resepi Dato' Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman 2021 | Siapa tak terpengaruh bila tengok rancangan Pung Pang Rizalman S2 tu? Even encik suami Liez pun boleh layan dan teringin nak makan bila tengok Dato' Rizalman masak. Ditambah dengan celoteh, bergurau senda tu lagi. Aisshhh memang melekat depan tv tak kelip-kelip mata tau. Anak-anak pun kecoh bila bermulanya rancangan Pung Pang Rizalman ni.

Tapi lebih menarik tentang rancangan masakan Pung Pang Rizalman S2 ni bukan sekadar untuk berkongsi resepi dan petua tetapi Dato' Rizalman memberi tazkirah, nasihat dan kata-kata hikmah dalam islam yang berguna. Dato' Rizalman berkongsi hadis-hadis dan cerita- cerita tentang agama islam. Selain tu, ada artis jemputan seperti Liza Hanim, Noraniza Idris, Ajay dan ramai lagi untuk meriuhkan lagi suasana.

Sebelum ni Liez dah share resepi Mee Kari dan Sambal kerang yang sedap tu. Kali ni Liez kongsikan 5 Resepi Dato' Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman 2021. Moh kita!!!

10 Resepi Dato' Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman 2021

#1 Gulai Ikan Masin dengan Nanas (Tumis Darat)


Bahan-Bahan
500g ikan talang masin
1 biji nanas
3 biji bawang besar (kisar)
2 biji terung
3 biji cili hijau (belah dua)
2 pek Rempah kari udang dan ikan kering
1 kotak kecil santan
2 keping asam keping
1 mangkuk air
Gula
7 biji bawang merah (untuk tumis darat)
3 tangkai daun kari (tumis darat)

Cara penyediaan:
1. Satukan rempah dan bawang kisar. Masukkan sedikit air dan bancuhan rempah tadi dalam periuk. Biarkan mendidih
2. Masukkan ikan masin, gula dan asam keping. Biarkan hingga ikan kering masak.
3. Masukkan nenas dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan terung dan biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan santan dan cili hijau. Didihkan hingga semuanya masak. Tutup api.
5. Dalam kuali lain, panaskan minyak. Masukkan daun kari dan bawang hiris. Goreng hingga garing dan terus tuang ke dalam periuk gulai tadi dan tutup periuk sebentar. Siap untuk dihidangkan.


#2 Gulai Nangka Udang (Tumis Darat)

Bahan-Bahan
1/2 kilo nangka muda (potong kecil)
1/2 kilo udang
2 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2 pek Rempah kari udang
1 kotak kecil santan
1 keping asam keping
Garam dan gula
7 biji bawang merah (untuk tumis darat)
3 tangkai daun kari (tumis darat)

Cara penyediaan:
1. Campurkan rempah dan bahan kisar.
2. Dalam periuk, masukkan air dan nangka. Masukkan bancuhan rempah dan asam keping, biar mendidih.
3. Pastikan nangka tadi lembut. Kemudian masukkan udang dan biarkan mendidih.
4. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan gula.
5. Dalam kuali lain, panaskan minyak. Masukkan daun kari dan bawang hiris. Goreng hingga garing dan terus tuang ke dalam periuk gulai tadi dan tutup periuk sebentar. Siap untuk dihidangkan.

#3 Ikan Goreng Masak Lemak

Bahan-Bahan
7 ekor Ikan kembung (potong dua)
3 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
2 cm halia (kisar)
1 cm halis (kisar)
5 biji Cili merah (buang biji, kisar kasar)
3 biji cili hijau (kisar kasar)
3 batang serai (ketuk)
1 kotak kecil santan
1 keping asam keping
Gula dan garam

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak. Gaulkan ikan dengan garam kunyit dan goreng hingga garing.
2. Panaskan minyak tadi dan masukkan serai, cili kisar dan bawang kisar.
3. Masukkan asam keping, garam kasar dan gula. Goreng hingga pecah minyak.
4. Tuangkan santan dan ikan goreng tadi. Hidangkan.

#4 Bilis Toyu

Bahan-Bahan
Ikan bilis
tepung besar
3 biji bawang besar (hiris)
6 biji cili kering (hiris halus)
Kicap masin
Kicap manis
Gula

Cara penyediaan:
1. Taburkan tepung beras ke ikan bilis dan gorengkan hingga garing. Tapis dan ketepikan.
2. Minyak tadi, masukkan bawang, goreng garing. Masukkan cili kering. Goreng sekejap.
3. Masukkan kicap masin dan kicap manis.
4. Biarkan goreng tadi sejuk dan terus masukkan ikan bilis dan gaul. Hidangkan.
5. Perasakan dengan gula merah dan garam. Siap dihidangkan.

#5 Sambal Tumis Udang Cik Nab

Bahan-Bahan
1 kilo Udang
1 biji bawang besar (hiris)
1 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
2 cm Belacan
6 sudu besar cili kisar
2 sudu cili kisar kasar
Asam keping atau asam keping
Garam dan gula merah
Air

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang yg dihiris sehingga layu. Masukkan cili kisar.
2. Masukkan garam kasar, cili kisar kasar dan bawang kisar.
3. Masukkan asam keping dan belacan. Biarkan garing hingga pecah minyak.
4. Masukkan udang dan air. Biarkan mendidih.
5. Perasakan dengan gula merah dan garam. Siap dihidangkan.

Dah cuba ke resepi Mee Kari Rizalman tak? Memang sedap.

#6 Cucur Udang

Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
4 cawan tepung beras
500 gm Udang
5 biji bawang merah (hiris)
4 batang filamen ketam (hiris)
1/2 tin jagung
2 biji telur
Daun bawang
4 - 5 cawan air sejuk

Cara penyediaan:
1. Gaulkan semua bahan kecuali daun bawang dan udang.
2. Panaskan minyak dalam pan. Masukkan daun bawang dalam bancuhan.
3. Sendukkan bancuhan tadi dan taburkan udang diatasnya, tuangkan dalam minyak panas.
4. Gorengkan hingga kekuningan dan hidangkan.

#7 Bihun Sup Utara Dan Sambal Tumis Cumi

Bahan - bahan:
Bihun (rendam dengan kunyit)

Bahan-Bahan (sup)
1 ekor ayam (potong kecil)
2 sudu cili kisar
1 kotak kecil santan
1 biji bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 cm lengkuas (kisar)
2 cm kunyit (kisar)
1 cm belacan (kisar)
1 batang serai (ketuk)
10 biji cili padi hijau (kisar)
10 biji cili padi merah (kisar)
5 biji cili merah (buang biji) (kisar)
1 keping asam keping
5 helai daun limau purut
Garam dan gula

Bahan-Bahan (sambal)
Sotong kecil (rebus)
bawang merah (kisar)
bawang putih (kisar)
1 bawang besar (kisar)
2 sudu gula merah
2 keping asam keping
2 sudu besar kicap

Cara penyediaan (sup):
1. Rebus daging dan tulang hingga masak. Kemudian masukkan lada hitam, serai, 4 sekawan. Biarkan mendidih.
2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang ditumbuk. Biarkan mendidih.

Cara penyediaan (sambal):
1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang yang dikisar hingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kisar, garam, gula, asam keping, biarkan hingga pecah minyak.
3. Kalau kurang masam, boleh tambahkan air jawa.
4. Masukkan cumi, perasakan dengan garam dan gula. Hidangkan.

#8 Gulai Ayam Siam

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong kecil)
2 sudu cili kisar
1 kotak kecil santan
1 biji bawang besar (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
2 cm lengkuas (kisar)
2 cm kunyit (kisar)
1 cm belacan (kisar)
1 batang serai (ketuk)
10 biji cili padi hijau (kisar)
10 biji cili padi merah (kisar)
5 biji cili merah (buang biji) (kisar)
1 keping asam keping
5 helai daun limau purut
Garam dan gula

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serai. Perasakan dengan garam. Masukkan cili kisar, masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan sam keping dan sedikit air. Kemudian masukkan ayam dan biar hingga ayam masak. Masuk daun limua purut.
3. Masukkan santan, garam dan gula. Biarkan sedikit kering dan sedia untuk dihidangkan

#9 Masak Lemak Telur ikan mayong

Bahan-Bahan
Telur Ikan Mayong (rendam dalam air kapur 1/2jam, toskan)
Cili padi hijau (tumbuk halus)
kunyit hidup (tumbuh halus)
1 kotak kecik santan
2 helai daun kunyit
3 batang serai (ketuk)
serbuk kunyit

Cara penyediaan:
1. Rebuskan telur ikan mayong dengan air dan gula dalam 15 - 20 minit. Toskan.
2. Dalam periuk lain, tuangkan air dan masukkan bahan yang ditumbuk dan serai. Didihkan hingga cili masak. 
3. Kecilkan api dan masukkan santan. Kacau dan masukkan garam dan gula.
4. Masukkan daun kunyit dan biarkan mendidih. Tambah sikit serbuk kunyit.
5. Akhir sekali, masukkan telur ikan mayong dan didihkan seketika. Hidangkan.

#10 Sup Ayam (Tumis Darat)

Bahan-Bahan:
1 kilo ayam (potong kecil)
biji Bawang merah (hiris)
2 cm Halia (hiris)
kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
2 sup bunjut
3 biji air lemon
1 biji Bawang holland (potong 4)
Daun sup dan daun bawang.
Garam
10 biji bawang merah (untuk tumis darat)

Cara penyediaan:
1. Dalam periuk, masukkan ayam, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan sup bunjut.
2. Tambahkan air, bawang merah dan halia. Didihkan lagi.
3. Perasakan dengan garam. Masukkan jus lemon dan bawang holland.
4. Masukkan daun sup dan daun bawang. Tutup api.
5. Dalam kuali lain, panaskan minyak. Goreng bawang hiris hingga garing dan terus tuang ke dalam sup tadi dan tutup periuk sebentar. Siap untuk dihidangkan.

Haaaa... apa lagi cuba lah. Liez ada cuba 2,3 resepi di atas dan memang sedap. Kira tak rugi untuk dicuba tau.



5 comments:

  1. tak sempat tengok sangat lah pung pang kali ini... tapi dato rizalman cara masak mmg gaya org tua dulu-dulu

    ReplyDelete
  2. sy cari resepi sambal ikan yg letak santan tu dari PUNG PANG RIZALMAN 2021 tp tk jumpa

    ReplyDelete
  3. hahhahaha.. seronok tengok diaorang masak dalam rancangan tuhh.. tau la mulut rizalman tu kann...riuh

    ReplyDelete