Resepi Mee Kari Dato Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman

Resepi Mee Kari Dato Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman | kalau bulan ramadhan, memang mudah terpengaruh ye Liez ni. Tengok resepi orang up di FB ke IG ke mesti nak je cuba. Lagi-lagi resepi Dato Rizalman yang ditayangkan dalam rancangan masakan sempena ramadhan, Pung Pang Rizalman di Astro Ria. Dah 7 resepi yang disiarkan dan antara yang menarik selera Liez ialah Mee Kari.

Resepi Mee Kari Dato Rizalman Dalam Pung Pang Rizalman 

Istimewa mee kari Rizalman ialah ada sambal kerang. Ye... sambal kerang. Memang tak pernah jumpa pun orang jual mee kari ada sambal kerang ni. Itu yang Liez nak cuba dan kebetulan encik suami dan emak teringin makanan yang sama. Jadinya, hari sabtu yang lepas Liez dan encik suami ke Pasar Keramat dan dapatkan bahan-bahan untuk masak mee kari Rizalman. Sampaikan, akak jual sayur tu pun dah boleh agak apa yang Liez nak masak hihihi..

Mee Kari Dato' Rizalman


Bahan-Bahan ( Kuah kari)
500g Isi Ayam (potong kecil)
500g udang
500g isi kerang
1.5 kg santan
1 biji bawang besar (kisar halus)
2 inci halia (hiris halus)
2 sudu besar cili kisar
3 pek kecil rempah kari ayam dan daging
Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
Daun kari
Fish cake dan fish ball
Tauhu kering
Asam keping
Garam

Bahan-bahan (Sambal kerang)
10 biji bawang merah (di hiris)
4 sudu besar cili kisar
2 sudu air asam jawa
Garam dan Gula

Cara penyediaan Kuah Kari
1. Panaskan minyak dan masak ayam hingga kering air.
2. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, daun kari. Goreng hingga naik bau.
3. Rempah kari dan bawang besar kisar di campur sekali. terus masuk ke dalam periuk bersama cili kisar tadi. Biarkan hingga garing.
4. Kemudian masukkan air dan santan. Biarkan mendidih, kemudian masukkan udang, fish cake, fish ball.
5. Bila sudah menggelegak, masukkan tauhu kering dan kerang. Perasankan dengan garam.

Cara penyediaan sambal kerang
1. Tumis bawang merah yang dihiris hingga hampir garing.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan biar hingga garing. 
3. Masukkan air dan asam jawa. Perasan dengan garam dan gula.
4. Akhir sekali masukkan kerang dan biarkan 5 minit dan sedia dihidangkan.

Alhamdulillah resepi mee kari Dato Rizalman ni memang sedap. Kena pula dengan sambal kerang yang pedas tu. Bak kata abang Gee, sedap taktau nak habaaaaaaaaaaaaaaaaq !!!! hihihi selamat mencuba ye.

Untuk lebih banyak resepi viral, boleh ke https://t.me/ResepiKampungku


Post a Comment

7 Comments

  1. tak sempat lagi nk layan pung pang dato rizalman nih... asyiklah terlepas je... puasa ni belum masak lagi mee kari, ujung minggu nanti bolehla kot nak cuba

    ReplyDelete
  2. amboi Leez, sedapnya menu resepi Dato Rizalman lagiii.. kerlass gituew

    ReplyDelete
  3. sedap nya mee kari resepi dato rizalman

    ReplyDelete
  4. Raya ni nak buat mee kari resepi dato rizalman

    ReplyDelete
  5. berapa hari ni asyik teringat mi kari je. kena masak ke kena beli ni.

    ReplyDelete
  6. Sebut kerang je dah terbayang kesedapan dia adui

    ReplyDelete
  7. Haisssh jadi teringin mee kari pula 😅😍. Dah terbayang makan mee kari saat sedang hujan begini, pasti sedaaap 👍😅

    ReplyDelete