10 makanan perangi tekanan (stress)

By Mrs Liez - 9:30 AM



Korang tahu atau tidak bahawa rakyat Malaysia yang berusia 16 tahun ke atas telah menghidapi tekanan perasaan dan meningkat dari tahun ke tahun. Mengikut kajian oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) , tekanan perasaan bakal mengantikan penyakit kardiovaskular yang menjadi faktor utama sama ada seseorang itu masih boleh bekerja atau tidak. Dan penyakit berkaitan mental ini akan menjadi masalah kesihatan kedua tertinggi di Malaysia selepas penyakit jantung menjelang 2020.

Takut kan bila dengar tentang masalah tekanan perasaan ni? Korang bayangkan dulu hanya orang yang berusia sahaja yang ramai menghidap penyakit tekanan perasaan tapi sekarang kanak-kanak dibangku sekolah pun sudah menghidap penyakit tekanan perasan kerana masalah-masalah persekitaran mereka. Yang dewasa jangan cakap la, dengan masalah ditempat kerja, di rumah, kewangan dan macam-macam lagi yang harus difikirkan.

Jadi, kita harus mengatasi masalah tekanan perasaan dengan mendapatkan rawatan dari pakar psikologi, mendapat sokongan dari rakan sekerja, majikan,keluarga dan sahabat-sahabat dalam memahami dan mengatasi masalah-masalah yang menjadi punca seseoarang itu menghidap masalah mental.

Faktor pemakanan juga membantu sedikit sebanyak dalam menguruskan masalah tekanan perasaan ini. Mungkin korang boleh ikuti tips ini

1. Menentang kecenderungan untuk mengambil makanan tidak sihat ketika menghadapi tekanan. Sebaliknya ambil makanan yang membantu melegakan tekanan dan kebimbangan.

2. Makan makanan organik yang mengandungi Tryptophan Asis Amino seperti jenis kekacang seperti Badam, Walnut dan Pecan yang mengandungi tahap Tryptophan Asis Amino yang tinggi dan meningkatkan tahap Serotonin yang dikenali sebagai Hormon kebahagiaan.


3. Memilih makanan yang kaya dengan zat besi bagus untuk mengelakkan keletihan. Makanan tergolong dalam kategori ini ialah telur, daging,ikan salmon, kerang dan sayur-sayuran seperti Kale, Bayam dan Brokoli


4. Makan makanan yang kaya dengan vitamin B12 yang bagus untuk Neurologikal dana penghasilan sel darah merah. Makanan seperti Udang, Kerang, Ikan Salmon dan sayuran laut seperti Kelp dan Korella


5. Makanan mengandungi vitamin D3 atau sinaran matahari selama 15 minit dapat membantu menghindari dari masalah keletihan, sakit otot dan kemurungan.



6. Makan makanan yang kaya dengan Magnesium yang penting sebagai sumber mineral yang mengalakkan enzim dalam badan. Ia terkandung dalam sayur hijau seperti bayam dan sawi, kekacang sepeti Badam, Pecan dan Walnut. Juga dari jenis benih seperti biji labu, biji bunga matahari dan lebih mudah makanlah coklat.


Lepas ni korang kena pastikan makanan yang diambil ketika tertekan seperti diatas. Ia akan membantu korang menguruskan tekanan dan baik dari aspek kesihatan, memperbaiki kesihatan Kardiovaskular, tahap gula dalam darah yang seimbang dan mengekalkan berat badan yang sihat. Dan juga yang mempengaruhi mood dana adalah pilihan ditangan korang.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments