BERGEMBIRA DI THE ASIANPARENTS BABY BASH SEPTEMBER 2017

By Mrs Liez - 8:30 AM



Hari Sabtu yang lalu Liez mengambil peluang bawa Qaseh dan Niyaz bersama-sama di event yang diadakan oleh The Asianparent di Dreamworld Playland Starling Mall, Damansara Uptown. The Asianparent adalah laman sesawang kekeluargaan terbesar di Asia Tenggara.


Event yang dinamakan The Asianparent Baby Bash menjemput para ibu bapa untuk bersama anak-anak belajar sambil bergembira. Memang seronok sangat bila berada bersama ibu bapa yang lain dan anak-anak yang comel. Anak-anak telah diberikan bahan-bahan pembelajaran yang sangat mudah dan sangat berkesan. Bila tengok ibu bapa dan anak-anak sangat excited memang happy sangat. Liez bawa Niyaz untuk merasai sendiri antara aktiviti-aktiviti yang diadakan. Qaseh dengan babanya buat aktiviti bermain di playground.








Disamping aktiviti  untuk anak-anak dan ibu bapa, terdapat juga mini pameran dari Bosch dan Drypers. Selain itu, acara cabutan bertuah juga dinantikan oleh ibu bapa. Hadiah yang ditawarkan juga sangat lumayan dan ditaja bersama dengan jenama-jenama terkenal 
Antara penaja-penaja yang turut serta
Dan alhamdulillah Liez antara yang bertuah memenangi voucher dari Kidxy. Yeayyyy, Liez dah plan terus nak redeem apa nanti. Tapi memang Liez suka betul aktiviti-aktiviti yang melibatkan parenting ni kerana ia merapatkan lagi dan mengeratkan bonding antara ibu bapa dengan anak-anak. Dan anak-anak Liez sangat gembira !!


Terima kasih kepada Tickled Media kerana sudi menjemput Liez dan keluarga bersama-sama melalui aktiviti-aktiviti menarik dan memberikan info-info berguna mengenai alam kekeluargaan.

Kalau korang tahu banyak info mengenai kekeluargaan,korang boleh ke 
The Asianparent Malaysia atau instal aplikasi Parent town. Banyak info-info mengenai kekeluargaan, ibubapa, anak-anak,rumah tangga dan info semasayang korang boleh tahu 

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Wahh bertuah tu dpt menang voucher. 😊

    ReplyDelete
  2. Menarik aktiviti dekat sana tu liez. Tahniah menang voucher.

    ReplyDelete
  3. waa.. bestnye ~~ biasa event camni mesti banyak dessert !!!! tengok tu.. comot anak akak.. hahahaha~

    ReplyDelete