FOOD TRUCK @ DATARAN WANGSA MELAWATI


Kalau sebut pasal makanan , memang Liez la orang yang excited tau. Liez memang kaki makan. Tengok badan la hihihi. Liez pula memang suka cari tempat makan yang best dan mencuba makanan baru. Dearie Liez pun kaki makan kira sejoli la kami berdua. Kira Food hunter la.


2 minggu lepas, Liez berjaya pujuk Dearie untuk makan di Food Truck Wangsa  Melawati. Ajak sekali adik bongsu Liez dan wifenya. Kira bertuah sebab diaorang pun kaki makan. Selalu lalu di situ tapi tak singgah pun. Selalunya pergi Food truck Ampang. Kali ini kita cuba tempat baru pula. Nak cari pun senang. Lokasinya adalah di Pejabat KWSP Wangsa Melawati. Kawasan ini agak luas dan jangan risau tentang parkir okay.

Ada lebih dari 30 food trucks yang menawarkan pelbagai jenis makanan dari makanan tempatan hingga makanan barat. Juga terdapat pelbagai food truck yang menawarkanminuman panasdan sejuk untuk korang pilih mengikut selera korang. Liez macam biasa akan cari coffee dulu. Dan Dearie belikan Nasi Yam Hainan untuk Niyaz dan Fettucini Carbonara untuk Qaseh. Kami berdua tumpang makan sikit-sikit.










Ada busking setiap malam
Merasa Churos besar dari muka Qaseh
Ada juga Clown yang menghiburkan pengunjung setiap malam

Jadi korang kalau nak makan-makan santai boleh la ke Food Truck @ Dataran Wangsa Melawati. 

Masa operasi: 7 malam hingga 12 malam
Hari operasi: Selasa hingga Ahad
Landmark: KWSP Wangsa Melawati






Post a Comment

2 Comments

  1. kalau boring2 lepak sini, paling suka takoyaki dia sedap..

    ReplyDelete
  2. Banyak jgk truck yg jualnya. Memang mcm2 lah leh makan. Kita sama kak. Suka makan.hee

    ReplyDelete