INNERSHINE MARINE COLLAGEN WITH KYOTO GRAPE JELLY - CANTIK DALAM DAN LUAR

By Mrs Liez - 3:55 AM



Susah hati betul bila orang tegur korang nampak tua padahal umur belum 40 tahun lagi kan ? Mulalah tidak keruan mencari produk kecantikan untuk ditempekkan di muka agar nampak muda. Tapi sebenarnya cara itu salah. Walaupun korang tempek bedak 2 inci sekali pun, muka kita akan kekal begitu. Bertambah pula dengan penglihatan mata tidak jelas, sakit satu badan dan sebagainya. Itu menandakan tubuh badan mengalami kekurangan kolagen dalam badan.



Kenapa Liez kata kekurangan kolagen?
  1. Kolagen menyokong 70% struktur kulit dan ia mengekalkan ketegangan, kelembutan dan penghidratan kulit kita.
  2. Kolagen adalah kompenan utama kornea mata. Kekurangan kolagen akan mengakibatkan kurang kadar pandangan mata.
  3. Kompenan semulajadi untuk tulang, ligament dan tendon didalam tubuh badan manusia.
  4. Kekurangan kolagen boleh menyebabkan akar rambut menjadi lemah dan rambut keguguran.
  5. Boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular kerana kurang keanjalan salur darah.
  6. Bahagian otot payudara dan punggung akan lemah dan tidak pejal.

Tubuh badan manusia memang mempunyai kolagen semula jadi dan sangat banyak pada usia 20an tapi akan berkurangan bila umur semakin meningkat. Jadi untuk menggantikan kandungan kolagen yang hilang, kita perlu menggambil kolagen untuk membantu system tubuh badan kita.



Brand’s telah mengeluarkan produk minuman kecantikan terbaru iaitu InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly. Produk kolagen yang terkenal di Jepun dan juga di Taiwan. Kebanyakan kolagen dipasaran sekarang hanya menggunakan kolagen dari sumber seperti lembu atau ikan. Tetapi InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly dihasilkan dari ikan laut dalam dan diestrak dengan Kyoto Grape yang dari Jepun.

Apa keistimewaan InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly?

  1. Kolagen dalam bentuk jelly dan mengandungi 1,000 mg kolagen ikan laut dalam. Lebih mudah diserap tubuh badan dan rasanya sangat sedap. Rasa masam manis dan tiada gula tambahan hanya gula semulajadi buah anggur Kyoto.
  2. Bagi yang menjaga berat badan, InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly bebas lemak dan memiliki hanya 16 kcal setiap satu.
  3. Membantu membaiki dan menjana semula kulit, tulang dan kolagen dalam badan.
  4. Vitamin C dalam kolagen membantu penyerapan dalam badan.
  5. Vitamin E untuk anti oksidan dan anti bakteria,Bagus untuk mata dan tulang.
  6.  Kandungan kolagen yang membantu memulihkan luka,menguatkan akar rambut dan menganjalkan otot punggung dan payudara.


Waktu sesuai untuk mengambil InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly?
  1. Di awal pagi sebelum sarapan.
  2. Sebelum setiap makanan utama
  3. Sebelum tidur.
  4. Lebih mudah difahami, diambilketika perut masih kosong. Ini bagi memdahkan badan menyerap kolagen secara optimum. Disyorkan mengambil 1 strip InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly di waktu pagi dan 1 strip lagi di waktu malam.
Bagaimana korang nak dapatkan InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly? Korang boleh dapatkan di Potboy Groceries dengan harga promosi RM58 sekotak (NP RM 75) atau RM 110 untuk2 kotak (NP RM 150). Berjimat sambil mengumpul Gold untuk memenangi hadiah menarik.

Klik banner untuk pembelian

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Tak pernah cuba lagi makanan tambahan yang ada kolagen.
    Biasa makan multivit dan evening primrose sahaja.
    Nanti nak pi cari. Ini produk baru kan

    ReplyDelete
  2. Tak sangka Liez harga InneShine Marine Collagen jenis Kyoto Grape Jelly murah dan mampu beli.. Biasa produk bercollagen mahal..

    ReplyDelete
  3. Sha tak boleh makan produk yang ada kolegen.. huhuhu

    ReplyDelete