JONLIVIA - PAKAIAN SUKAN YANG MEMBAKAR KALORI 3 KALI LEBIH CEPAT


JONLIVIA
Ada berita baik untuk yang sukan bersukan atau yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat. Jonlivia adalah pengeluar pakaian sukan khusus bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat disamping memberikan impak yang baik kepada badan. Jonlivia yang berasal dari Taiwan, merupakan jenama no 1 untuk Activeware yang membantu dalam proses penurunan berat badan.



Terbaru, Jonlivia telah mengeluarkan siri pakaian sukan yang  dipanggil ActiveSeries yang sesuai untuk lelaki dan perempuan. Yang menarik perhatian Liez ialah Jonlivia Women Long Sleeve ActivTee Plus. Liez dah mencubanya dan sangat berpuas hati dengan keputusan yang terhasil.


Kelebihan Jonlivia ActivSeries adalah kerana material dari bahan yang memudahkan pengaliran haba dan memberikan keselesaan kepada pemakai. Dengan teknologi CoolVenti yang akan membuatkan badan segar walaupun berpeluh.


Jonlivia Women Long Sleeve ActivTee Plus juga mempunyai teknologi Neo Abs yang membakar lemak diperut 3 kali ganda lebih cepat dari memakai pakaian sukan yang lain. Pada yang nak dapatkan 6 pack pada perut korang, mesti korang teruja kan dengan kemampuan Jonlivia ini. Dengan teknologi NeoHeat juga akan membakar lemak dalam badan dengan pantas dan mudah. Dengan pemakaian Jonlivia ActivSeries ini korang boleh mendapatkan berat badan dan bentuk badan yang korang inginkan dengan lebih cepat dan selamat. Memang cukup selesa ketika Liez memakainya dan yang pasti tidak rasa rimas atau melekit.



Satu lagi keistimewaan Jonlivia Women Long Sleeve ActivTee Plus ialah bahagian lengannya disediakan poket disisi lengan untuk memudahkan pemakai menyimpan telefon bimbit korang ketika menjalankan aktiviti. Tak perlu risau lagi kerana ianya selamat. 

So korang tunggu apa lagi, lawat website www.jonlivia.com untuk mendapatkan koleksi-koleksi pakaian sukan dan juga ada koleksi ShaperSeries dan juga koleksi PhiroBack Supporter. 

Nota: Jonlivia Women Long Sleeve ActivTee Plus agak singkat dan agak singkat dibahagian punggung. Jadi Liez sarankan korang pakai bersama sweater atau dipakai sebagai inner. 

Post a Comment

9 Comments

  1. waa.. best ni.. tak de la fit sangat, senang nak bergerak..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum & selamat pagi sis Liez

    Semoga Allah lancarkan semua urusan kita hari ini

    Amin

    Bagusnya ada baju khusus untuk bersenam dan bakar lemak

    Insyaallah sihat sebab keluar peluh

    ReplyDelete
  3. bagus la long sleeve, tak ada lagi alasan bagi muslimah yg taknak bersenam

    ReplyDelete
  4. Cantiklah baju itu Liez..
    Memang sesuai sangat untuk bersukan..

    ReplyDelete
  5. Macam menarik jer ni...baju ni membantu membakar lemak kan..

    ReplyDelete
  6. Macam best je ni. Mesti habis berpeluh masa pakai exercise ni kan

    ReplyDelete
  7. Bagus ni. Boleh pecahkan lemak cepat

    ReplyDelete