6 Resepi Istimewa dari Datuk Rizalman Yang Popular

6 Resepi Istimewa dari Datuk Rizalman Yang Popular |  Yes, siapa yang tak kenal dengan Datul Rizalman kan? Seorang pereka fesyen yang terkenal dan juga sangat petah berceloteh loghat utaranya. Memang tak kering gusi bila mendengar beliau berceloteh dan membebel.


6 Resepi Istimewa dari Datuk Rizalman Yang Popular
Beliau telah mendapat perhatian ramai setelah menjadi pereka fesyen kepada Yang Dipertuan Permaisuri Agung Tuanku Azizah Aminah. Selain itu, beliau juga mereka cipta handbag yang menjadi kegilaan wanita-wanita. Kalau tengok sampai ada yang sanggup order banyak dan berkongsi dengan kawan-kawan. Fuhhh!! memang power la Datul Rizalman.

Sekali lagi, beliau mengemparkan dunia fesyen negara dengan menyatakan persaraan dalam dunia rekaan untuk fokus kepada diri sendiri dan beribadat. Memang berita yang tak disangka tetapi itu adalah pilihan beliau dan kita kena hormati. Selepas itu beliau makin aktif didunia instagram dengan menenjukkan bakat masakan yang ramai mungkin tidak tahu.

Kalau tengok resepinya memang buat terliur, even Liez pun seronok tengok di memasak sambil mengomel.So kalau korang nak cuba boleh tengok resepi-resepi yang Liez sertakan ini.

6 Resepi Istimewa dari Datuk Rizalman Yang Popular


Daging Ketumbar

Bahan-Bahan
1 kilo daging (dihiris nipis)
3 biji bawang Holland (hiris kasar)
5 sudu besar Biji Ketumbar
3 sudu kicap
Garam
Gula
Serbuk perisa

Cara penyediaan:
1. Gaul daging dengan biji ketumbar, gula, garam, serbuk perisa dan kicap.
2. Panaskan minyak yang banyak dan masukkan daging dan masak hingga daging kering dan masak.
3. Masukkan bawang besar dan goreng hingga garing. Tapis minyak sebelum dihidangkan.



Ayam Masak Cili Hidup

Bahan dikisar:
10 biji cili merah (buang biji)
1 biji bawang besar 
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Bahan-Bahan
1 ekor ayam (potong 12)
3 sudu minyak sapi
3 sudu besar tomato sup Heinz
2 sudu sos tomato
2 sudu besar cili kisar
Rempah 3 sekawan
2 batang serai (diketuk)
4 Tangkai daun pudina
1 biji buah keras (hancur)
2 biji buah tomato (dipotong wedges)
Garam

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak sapi. Tumiskan rempah 3 sekawan, serai dan daun pudina. Biarkan naik bau dan masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga garing.
2. Kemudian masukkan cili kisar dan goreng seketika. Masukkan asam keping, buah keras, sup tomato Heinz dan sos tomato. Kacau lagi hingga garing.
3. Masukkan ayam dan biarkan ia masak. Kemudian masukkan tomato, santan dan susu cair. Biarkan kuah pekat dan taburkan daun pudina.



Daging Keling

Bahan-Bahan
1 kg daging batang pinang (potong kecil)
2 paket rempah kari daging
10 biji ulas bawang merah (dikisar)
2 batang kulit kayu manis
3 biji bawang besar (dipotong besar)
4 sudu besar minyak sapi Q.B.B
3 senduk kecil Cili kisar
4 tangkai daun kari
4 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap masin
4 sudu besar cuka
Garam

Cara penyediaan:
1. Masukkan daging, rempah kari dan bawang kisar dalam periuk. Masuk sekali cili kisar, kicap manis, kicap masin dengan cuka. Hidupkan api dan biarkan semua mendidih sehingga daging empuk. Pastikan digaul untuk elak hangit.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak sapi dan sedikit minyak masak. Masukkan daun kari dan kulit kayu manis, goreng hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris hingga garing.
3. Akhir sekali masukkan daging yang dimasak tadi dan biarkan seketika. Perasakan dengan garam dan boleh dihidangkan.




Sotong kunyit

Bahan-Bahan ditumbuk
8 ulas bawang merah
1 sudu besar Jintan manis
1 sudu besar Jintan putih
1 inci kunyit hidup

Bahan-Bahan
1 kilo sotong (dikerat 3)
1 biji Bawang besar (dihiris kasar)
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
2 biji cili hijau (belah dua)
3 biji kentang (dihiris bulat)

Cara penyediaan:
1. Gaulkan sotong, serbuk kunyit dan bahan yang ditumbuk tadi.
2. Panaskan minyak. Tumiskan Kulit kayu manis dan bunya lawang. Masukkan sotong yang digaul tadi. Biarkan sotong dimasak selama 5 minit.
3. Masukkan kentang, bawang besar dan cili hijau. Perasakan dengan garam. Biarkan ia masak dan boleh dihidangkan.


Macaroni Goreng

Bahan-Bahan
1 pek Macaroni (direbus dan tos)
5 ulas bawang merah (dikisar)
2 sudu cili kisar
5 susu besar sos tamato Heinz
3 sudu sos tomato
200g daging kisar
200g daging (direbus)
200 g udang (direbus)
Air rebusan daging
Pamesan cheese
garam

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah kisar dan dading kisar. Masak hingga daging masak kemudian masukkan cili kisar. Taburkan garam dan biarkan masak seketika.
2. Masukkan sos tomato Heinz dan sos tomato. Kemudian masukkan daging dan udang tadi. Biarkan ia kering. Baru dimasukkan air rebusan daging.
3. Biarkan kuah mendidih dan masukkan makaroni dan gaul hingga kering. Akhir sekali taburkan sedikit pamesan cheese.


Ikan Cencaru Rendang Asam

Bahan-Bahan
3 ekor ikan cencaru (dibuang kulit)
4 ulas Bawang merah (dihiris)
1 inci Halia (dihiris)
Cili merah
Air Asam jawa

Cara penyediaan:
1. Goreng ikan cencaru hingga garing.
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis Bawang dan halia dan cili. Kemudian masukkan air asam jawa.
3. Tambahkan air asam jawa hendak berkuah. Biarkan reneh dan masukkan ikan goreng tadi dengan bawang besar dan cili merah. Perasakan dan boleh dihidangkan.


Resepi diambil dari Instagram Datuk Rizalman > https://www.instagram.com/rizalman71/



Post a Comment

10 Comments

  1. Suka dengar celoteh dia,,sambil masak.

    ReplyDelete
  2. Kinah sejak bulan puasa ni suka tengok rancangan dia kat channel 104 Pung Pang Rizalman. Best pulak resipi2 dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun.. mostly resepi dia xcomplicated.. brg² ada di rumah..

      Delete
  3. nampak sedap belaka semua menu nih
    hehe

    ReplyDelete
  4. Semua resepi dia sedap liez.. dah pernah try 2 menu

    ReplyDelete
  5. kalau tengok dato rizalman ni masak, bukan main pekat dia punya penang tu...
    bersungguh dia masak, gaya macam orang lama , gaya orang tua masak

    ReplyDelete
  6. seronok layan rancangan masakan Dato Rizalman tu...layan dia bercakap telo utara tu...hehe

    ReplyDelete
  7. best dgr dia ckp utara..resepi smua sdp2

    ReplyDelete
  8. Dia masak pakai resepi mak dia. Mmg arwah mak dia di Penang dulu masak sedap2

    ReplyDelete