October 30, 2017

KELAHIRAN CUCU KE 6 DALAM KELUARGA


Syukur Alhamdulillah, minggu lepas Liez menerima berita yang adik ke 3 telah menjadi seorang bapa denganseorang kelahiran baby perempuan selepas penantian selama 6 tahun. Pelbagai dugaan yang dilalui oleh adik Liez dan isterinya. Kini Allah SWT telah makbulkan doa-doa kami semua.

Adik ipar Liez terpaksa bersalin pada usia kandungan 38 minggu secara caesarean kerana menghidap GDM ketika mengandung dan mengambil suntikan insulin. Doktor menyarankan bersalin caesarean kerana mungkin anak didalam perut besar dari saiz sepatutnya. Jadi adik ipar menyerahkan diri di Hospital Sungai Buloh dan selamat bersalin dua hari selepas itu.

Geram dapat pegang dan cium baby kecik ni

Dan hari sabtu lepas, Liez dan anak-anak serta mak ayah dan adik bongsu serta isterinya bermalam dirumah keluarga adik ipar. Keluarga adik ipar Liez kebetulan ada kenduri di kampung dan mereka meminta bantuan kami untuk menjaga adik ipar untuk 2 hari.

Muka Niyaz puas hati dapat pegang baby
Jadi seronok Qaseh dan Niyaz sebab dapat berjumpa dengan baby comel. Dari hari kami melawat di hospital, setiap hari Qaseh sibuk nak ke rumah pakciknya sebab nak tengok baby. Hari-hari asyik tanya bila nak pergi rumah pakcik.

Kakak Qaseh pun seronok dapat pangku baby
Semoga baby Raisha Nur Miqaila membesar dengan sihat dan menjadi anak solehah.

4 comments:

  1. alololo.. comelnya dia.. semoga membesar dengan sihat :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya dapat bau baby. Suka bau bby .hee..comel sgt2

    ReplyDelete
  3. Comelnya baby girl putih gebu rambut pun lebat

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semakin ramai ya Cucu

    ReplyDelete

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (41) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers