October 4, 2017

Potboy Groceries - Membeli belah atas talian sambil menangi hadiah lumayan


POTBOY GROCERIES adalah laman membeli-belah dalam talian di mana korang boleh membeli produk-produk kegunaan harian yang korang perlukan khusus untuk orang sekitar Lembah Klang. Menawarkan lebih dari 10,000 barangan seperti barangan dapur, minuman, kesihatan dan kecantikkan, barangan keperluan diri, barangan bayi dan kanak-kanak serta barangan keperluan haiwan. Ditubuhkan pada tahun 2016, Potboy Groceries ingin memudahkan kerja pembelian barangan keperluan harian korang tanpa perlu bersesak di atas jalan raya, beratur panjang di kaunter pembayaran  dan tercari-cari produk yang telah habis stoknya. Dan juga menawarkan penghantaran terus ke rumah korang secara PERCUMA tanpa pembelian minimum.Selain itu, PotBoy Groceries menawarkan harga barangan lebih rendah dari harga dipasaran lain kerana ianya terus dari pembekal.



Pembelian boleh dibuat menggunakan telefon bimbit melalui aplikasi INI dan juga komputer korang. Dan setiap pembelian korang tidak hanya habis disitu sahaja tetapi akan diberikan Potboy Gold. Ia seakan point untuk dikumpul dan ditebus dengan barangan terpilih. Dan ada hadiah menarik jika korang dapat mengumpul “Diamond”. Jadij angan berlenggah lagi untuk mendaftarkan diri dan dapat 100 gold PERCUMA. Jika korang ingin menambah jumlah gold selain membeli belah,korang boleh bermain permainan online yang disediakan.


Dan baru–baru ini, Liez dan beberapa blogger telah dijemput oleh Potboy Groceries untuk melawat Brand’s Suntory yang terletak di Bukit Jelutong Shah Alam untuk melihat sendiri kilang produk jenama Brand’s yang terkenal dengan minuman kesihatan berasakan pati ayam. Juga produk minuman kecantikan InnerShine yang diperbuat dari sarang burung, buah Prun dan Berry. Dan juga produk terbaru InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly.

Sebelum kami dibawa ke tempat pemprosesan, kami diberikan penerangan mengenai  sejarah terciptanya Brand’s Pati Ayam. Kami dibawa melawat dan melihat tempat pemprosesan dan pembungkusan produk Brand’s. Setiap pengeluaran produk Brand’s dijaga dan dikawal kualitinya dengan persekitaran kawasan pembuatan dan pekerjanya sentiasa bersih dan terkawal. Dan kemudian kami diterangkan mengenai InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly yang didatangkan dari Jepun. Details mengenai InnerShine Marine Collagen with Kyoto Grape Jelly akan Liez terangkan di entry INI.



Korang jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah dengan harga rendah dan kumpulkan Gold untuk mendapatkan lagi penjimatan dengan setiap pembelian di Potboy Groceries. Kumpul sebanyak mungkin dan mana tahu boleh memenangi Samsung S8+.

3 comments:

  1. Assalamualaikum Pn. Liez..
    Tambah lagi online shopping platform.. Semua di hujung jari Liez.. Harus LZ terjah Potboy Groceries website.. New info for me 😉..

    ReplyDelete
  2. hahahaha~ ai dah terpengaruh teruk tau dengna si potboy ni !! nakal.. habis duit kite..

    ReplyDelete

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (41) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers