November 18, 2017

KEGUNAAN CUKA EPAL LEBIH DARI SEKADAR UNTUK KURUS


Kalau dikirakan Liez tak suka sangat rasa cuka epal sebab rasanya yang masam dan agak tajam. Tapibilamengetahui khasiatnya,terus Liez gagahi juga untukmengambilnya sehari sekali. Seperti pepatah inggeris "Sebiji epal setiap hari,mampu menjauhi doktor". Tapi kalau korang tahu khasiatnya jika diamalkan setiap hari, confirm korang ajak suami korang ke pasaraya untuk dapatkan cuka epal. 

Hihihi.. ye boleh buat korang kurus tau. Tapi ada lagi kelebihan yang korang perlu tahu dan sangat berguna untuk korang dalam kehidupan seharian. 

1. Sebagai minuman kesihatan
Cuka epal membantu menurunkan berat badan kerana kandungan asid asetik yang tinggi. Selain itu mengawal tahap alkali dalam badan, membantu dalam sistem buah pinggang, membunuh bakteria dan mengawal kandungan gula dalam badan. Juga boleh memecahkan lemak dan secara tidak langsung membantu proses penurunan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolestrol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

2. Sebagai toner wajah
Kaya dengan Potassium yang membantu proses detokfikasi harian khas menegangkan kulit wajah, mengurangakan dan merawat jerawat serta menjadi toner semula jadi yang sesuai untuk semua jenis kulit.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 2 bahagian air. Gunakan dengan kapas muka untuk memberikan rawatan optimum.

3. Rambut kembali segar dan bersinar
 untuk yang mengalami rambut berminyak dan tidak bermaya. Akan membersihkan minyak dan rambut akan bersinar dan segar

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air. Lumurkan pada rambut selepas syampu

4. Mengurangkan kesan sunburn
Kalau dah seharian korang berjemur, pasti korang mengalami kulit terbakar. Cuka epal dapat mengurangkan kepanasan dan kesakitan pada lapisan kulit.

Campurkan 1 bahagian cuka epal dalam air mandian dan berendam. 

5. Sebagai cecair pencuci
Dapat membantu membersihan permukaan dan juga memberikan kesegaran sepanjang hari.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air. Gunakan kain bersih.

6. Sebagai penyegar udara
Bila datang musim jerebu atau pun ada bau busuk yang mengganggu, cuka epalini dapat mengatasi bau kurang enak di rumah.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 1 bahagian air. Letakkan disudut rumah dan biarkan ia menyerap bauan tadi.

7. Menghapuskan kutu pada kucing
Pada yang bela kucing, mungkin ini boleh membantu korang. Memnghapuskan kutu di badan kucing dengan bahan yang selamat dan murah. Bukan saja membunuh kutu tetapi bulu kucing akan bersinar.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 3/4 bahagian air. Masukkan ke dalam botol dan semburkan pada bulu kucing dan bilas.

8. Menghapuskan lumut 
Lumut atau tumbuhan tumpang yang berada di pasu tanaman korang juga boleh dipauskan dengan cuka epal.

Campuran 1 bahagian cuka epal dengan 6 bahagian air. Masukkan ke dalam botol dan semburkan pada lumut dan lalang di pasu. Biarkan.



2 comments:

  1. banyak jugak kegunaan dia tapi mana nak dapat eh hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat giant pun dah ada... cari dekat dengan bahagian cuka

      Delete

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (42) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers