Resepi Sandubu Jjigae Viral Dek Drama Queen Of Tears

Resepi Sandubu Jjigae Viral Dek Drama Queen Of Tears | Terikut -ikut je dengan makanan viral. Ehhh sebenarnya Liez dah lama suka buat Sandubu Jjigaei ni tapi kali ini Liez tukar protein dia je. Dari daging biasa, Liez tukar ke Beef Breakfast Streaky. Serius sedap korang!!! dia ada rasa smoked tu memang terangkat.

Sebelum ini Liez pernah cuba isi ayam, tetapi tak naik ummmphhh dia. Cuba tukar dengan Chili tuna in oil, lagu tak boleh masuk, Even anak-anak tak nak makan sebab diaorang tak minat ikan. 

Sandubu Jijgae pernah viral masa awal-awal populariti drama Korea di Malaysia beberpa tahun yang lalu tapi kali ini muncul viral kembali disebabkan Drama Korea Queen of Tears. Liez tak tengok langsung tapi bila buka TikTok, asyik FYP je pasal Sandubu Jjigae ni. Apa lagi teringin tu membuak-buak lah. Beli bahan-bahan dekat Segi je, murah pun murah.

Bila siap, Kakak dan Najla la yang excited. Menu Korea kan walaupun tak tahu apa pun pasal Korea tapi sebab kena dengan selera diaorang, habis seperiuk. Mengadap 3 beranak masa makan tengahari punya cerita. Sampai kakak suruh repeat buat lagi. Resepi pun mudah dan barangnya senang nak cari kan.

Seronok lagi, masak menggunakan periuk elektrik dari HODEKT. Liez memang suka sebabnya periuk ni tak ada pemegang panjang tu. Mudah sangat Liez nak simpan dalam kabinet, tak makan ruang dan size nya sesuai untuk masak makanan untuk 3 - 4 orang. Berbaloi korang, harga murah dan mudah nak guna.

Video cara penyediaan Sandubu Jjigae - Resepi Sandubu Jjigae Menggunakan periuk HODEKT

Bahan - Bahan
Daun bawang (potong halus)
Daging atau Beef Streaky (potong kecil)
1 sudu kecil bawang putih (kisar)
1 biji bawang Holland (dadu atau hiris)
3 sudu besar Kimchi
2 sudu Gochujang (optional)
2 sudu besar Gochukoru (Liez guna jenama Ommason (Halal)
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos ikan
1 ketul Tofu lembut
2 bungkus Enoki mushroom (nak lebih pun boleh)
Garam
Lada Hitam

Cara - Cara Penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak, tumis sebentar daun bawang.
2. Kemudian masukan daging, kacau hingga masak.
3. Masukkan bawang putih dan bawang holland. Biarkan hingga bawang holland layu.
4. Masukkan kimchi dan biarkan 2 minit, kemudian tuangkan air.
5. Bila mendidih, masukkan Gochukoru, Gochujang,  kicap cair dan sos ikan.
6. Dan mendidih, masukkan tofu lembut. Biarkan 1 minit kemudian masukkan enoki mushroom.
7. Perisakan dengan garam, lada hitam dan gula (jika perlu)
8. Biarkan mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.



Post a Comment

0 Comments