December 18, 2017

GALITO'S FLAMED-GRILLED KINI DIBUKA DI MALAYSIA

Galito's Malaysia di eCurve Damansara
Liez suka Liez suka !!! 

Memang antara makanan kegemaran Liez ayam panggang yang diperap macam ni. Lagi pula dengan sos peri peri yang pedas menyengat... fuhhh berasap telinga tapi sedap.



Pada 12 Disember lepas, Galito's telah melancarkan pembukaan cawangan terbaru mereka di ECurve Damansara yang terkenal dalam menghasilkan hidangan ayam panggang gaya unik negara Afrika yang diperap selama 24 jam dengan rempah ratus rahsia yang menjadikan ayamnya kekal sedap dan lembut berjus.

Pengasas Galito's, Louis Germishuys 
Galito's diasaskan oleh Louis Germishuys yang ingin memperkenalkan citarasa makanan dari Afrika Selatan diserata dunia. Galito's telah beroperasi lebih sebanyak 150 restoran di 15 buah negara diseluruh dunia. Pembukaan di Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara dan Ri-Yaz Global Food bertanggungjawab sebagai pemegang franchise utama Galito's juga di Singapura dan Indonesia.


Pengasas Galito's, Louis Germishuys 
Menu-menu yang dihidangkan di Galito's Malaysia adalah hidangan yang istimewa dan unik selain hidangan utama ayam panggang, juga hidangan sampingan dan pembuka selera seperti Galibowl, Liver and Roll,Chilli Beans dan Fresh sweet potato chips. Selain ayamnya yang diperap 24 jam dengan rempah ratus terpilih ia juga adalah hidangan yang sempurna dalam menghasilkan makanan sihat dan enak di dunia. Hidangan yang ditawarkan di Galito's juga adalah lebih murah dan berpatutan.


Galito's Signature, Grilled Chicken

 1/4 ayam 1 menu sampingan RM 13.90
1/4 ayam 2 menu sampingan RM 15.90
1/2 ayam 1 menu sampingan RM 20.90
1/2 ayam 2 menu sampingan RM 23.90

Galito's Appertizer
Galito's Liver and Roll (RM 9.90)
Galito's Galibowl ( RM15.90)
Sweet Potato Chips (RM 5.00)
Boneless Grilled Burger (RM 13.90)
Tidak lengkap hidangan-hidangan ini tanpa sos peri-peri yang khas dibuat dan didatangkan dari negara asalnya. Mempunyai 5 jenis sos iaitu Sos Garlic peri-peri, sos Lemon & Herbs Peri-peri, sos Mild Peri-peri, sos Hot Peri-peri dan sos Extra Hot Peri-peri. Kesemua sos peri-peri ini dihidangan untuk penggunjung merasai sendiri rasanya yang lain dari yang lain.


5 jenis sos Peri-Peri untuk dinikmati
Korang boleh cuba hidangan di Galito's di 3 lokasi seperti bawah dan rasai sendiri keenakkan ayam panggan citarasa dari negara Afrika ini dan pastinya menawan deria rasa korang. Jangan risau pada yang mempunyai anak-anak kecil, Galito's juga ada hidangan istimewa kanak-kanak seperti Meatball Pasta (RM 14.50), Chicken Sausages + Chips (RM 14.50) dan Chicken Nuggets + Chips (RM14.50)



Jangan lupa untuk mengunjungi Galito's Malaysia yang kini telah dibuka di lokasi seperti dibawah. Jangan lupa untuk merasai keenakkan dan kelazatan hidangan-hidangan bersama keluarga dan teman-teman.


Outlet Galito's

Galito's Flame-Grilled Chicken eCurve
Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor
03-6211 0503

Galito's Flame-Grilled Chicken Subang Jaya
Jalan Kemajuan Subang, Ss 16, 47500 Subang Jaya, Selangor

Galito's Flame-Grilled Chicken Shah Alam
24, 4, Jalan Kartunis U1/47, Kawasan Perindustrian Temasya, 40150 Shah Alam, Selangor

Facebook:

Instagram:



2 comments:

  1. Yahoo! Happy to know that we have a new option for flame-grilled chicken, besides Nando's. Am a fan, so I must check this out and see how it compares!

    ReplyDelete

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (42) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers