December 9, 2017

RESEPI: THAI RED RUBIES

Thai Red Rubies

Pada yang pernah ke Thailand atau suka makan di restoran makanan Thai mesti pernah dengar nama makanan pencuci mulut Thai Red Rubies ni. Liez tahu dan dapat merasa Thai Red Rubies bila salah seorang rakan sekerja membuatnya untuk acara potluck di pejabat.

Pergghhh, first time rasa terus jatuh hati dengan keunikkan rasanya. Rasa manis berlemak dengan dicampur lagi haruman buah nangka dan keranggupan Red rubies itu sendiri. Istimewa lagi bila nama ayah Liez pun ada perkataan Rubies, sebab tu sedap kot hihihi

Apa Thai Red Rubies tu?
Ia adalah sejenis makanan pemanis yang terkenal di Thailand dengan nama 'Thapthim Krop' yang diperbuat dari sengkuang cina dan dicampur dengan buah nangka dan santan. Liez akan kongsikan resepi dan cara-cara membuat Thai Red Rubies ni

Bahan-bahan untuk Red Rubies
Sengkuang Cina ( dalam tin atau buah fresh)
Tepung Ubi kayu
Pewarna merah
Cara-cara membuatnya:
1. Potong buah sengkuang cina secara dadu.
2. Rendam sengkuang tadi didalam air yang dimasukkan pewarna merah. Biarkan 5 minit. Selepas itu tapis dan biarkan ditos sebentar.
3. Kemudian salut sengkuang tadi di dalam tepung ubi kayu. Pastikaan salutan tebal dan rata.


4. Panaskan air hingga mendidih dan masukkan sengkuang tadi. Biarkan hingga warna salutan sengkuang tadi bertukar menjadi lutsinar. Toskan dan rendam dalam air sejuk seketika.

Bahan-bahan untuk air gula nangka
Isi buah nangka
Gula putih
Daun pandan
Air

Cara-cara membuatnya:
1. Masukkan isi buah nangka yang telah dihiris, gula, air dan pintalan daun pandan kedalam periuk dan masak hingga gula cair. Kemudian sejukkan.

Bahan-bahan untuk kuah santan
Santan kelapa
Garam



Cara -cara membuatnya:
1. Campur santan, garam dan masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Biarkan sejuk

Cara Hidangan:
Campurkan sedikit sekuang cina, air gula hirisan buah nangka dan santan tadi di dalam mangkuk. Letakkan ais atau simpan dalam peti ais seketika. Thai Red Rubies ni sedap dimakan sejuk. Memang sedap bila makan time-time cuaca panas ni.

Dah lama nak buat Thai Red Rubies ni tapi asyik tertangguh sebab tak jumpa sengkuang cina tu. Kalau yang ingin mudah, boleh dapatkan buah sengkuang cina atau Waterchestnut dalam tin. Liez pula beli yang fresh. Agak renyah sikit nak buang kulit tu. Tapiiiii lagi sedappppp !!!

Cuba tau, mana tahu korang akan jatuh hati jugak dengan Thai Red Rubies ni.

14 comments:

  1. Nampak macam menarik dessert ni , CCL pun first time juga dengar nama deserrt ni , mesti cuba dessert lain dri lain ni

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sedap tau sbb gula nangka tu pulak... ishhkkk sedap sejuk gituuuuu

      Delete
  3. Omg, this is my all time favourite and must eat when I go Thai restaurant. Will try to make it my own this weekend as I'm having makan makan party at home. Thank you for your great sharing

    ReplyDelete
  4. Salam singgah sini lagi :)

    btw jom join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete
  5. Rupa-rupa nya senang dibuat. You made it look so effortless. Gonna try it.

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  6. Looks easy to make and delicious. Will print out the recipe for my maid to cook it.

    ReplyDelete
  7. Thai red ruby memang my favourite suka manisan

    ReplyDelete
  8. Oh, This THAI RED RUBIES is quite interesting and looks great recipe, Will definitely give this a try.

    ReplyDelete
  9. Thai Red Rubies memang kegemaran Rawlins kalau pergi Bangkok. Lazat dan menyegarkan!

    ReplyDelete
  10. Laaa. Fav saya ni, tapi tak tahu nak buat. Senang je rupanya nak buat dia.

    ReplyDelete
  11. this is one of my favorites... I must try this recipe.. thanks for the share...

    ReplyDelete
  12. Wah!!! so easy and simple.. thanks for the resipi.. dah lama cari mencari.. hahah

    racheal_foodilifecious

    ReplyDelete

Categories

Anak - Anak Ku (2) Contest (11) Diet (8) DIY (4) Famili (8) Food Review (2) giveaway (89) Hamil (2) INFO (13) ISLAM ITU INDAH (7) Isu Semasa (13) Jalan-Jalan (10) kesihatan (5) Luahan Rasa (15) Makan-Makan (16) menang (8) Minat (6) My Dearie (8) Niyaz & Qaseh (22) parenting (7) PERADUAN (4) petua (7) Resepi (29) Review (41) Segmen (43) ZALORA (1)

Followers

Google+ Followers